NAK POPULAR JANGAN JADI MACAM BLOGGER NI

2/26/2015 10:30:00 AM suria lekatlekit 17 Comments

Blogger mana pulak ni? Konsep ko memang cari pasal je ke lekat lekit? Tak jugak.. Sebenarnya kalau orang rasa benda tu jadi pasal, maka dia rasa cari pasal tapi bagi aku dia punya pasal la kan kalau dia nak terasa. Tapi blogger yang aku nak cerca ni.. Adalah untuk korang jadikan contoh supaya korang tak jadi macam dia kalau korang nak jadi blogger ala2 retis keluar masuk majalah,tv,suratkhabar,radio.. paling tak pun muka terselit celah2 blogger popular lain.


Blogger mana tu cuba habaq sikit.. Blogger ni, blogger puaka sikit. Dia suka melantang semua isu tak kira isu semasa, isu retis, isu laman sosial & apa2 isu yang dia rasa minat nak kupas,kupis & kopek. Blogger2 lantang camni.. Jangan berangan sangat la nak di jemput untuk wawancara tv ke, atau di interview wartawan majalah atau suratkhabar. Nasib baik blogger ni dia tak list pun impian dia nak jadi blogger tahap retis yang muka keluar masuk tv majalah,suratkhabar bagai. Cuma dia suka menulis jer. Takde la gila glemer sangat cuma maybe gila traffic sikit tu ada la.. sebab dia suka orang baca apa dia tulis so kena la gila traffic jugak. Traffic tu adalah pengunjung blog, pengunjung adalah pembaca even baca tajuk je pun. Sebab tu dia tulis blog. Kalau dia rasa nak tulis untuk dia sendiri baca lagi bagus dia tulis diari. kena kutuk pun tak, hati pun tak sakit ye dak??

Jadi pada korang semua yang ber impian untuk jadi blogger terkenal dapat cover untuk majalah, surat khabar, boleh interframe dalam tv & radio jangan jadi blogger macam dia. Pi la tulis tips kecantikkan ke,tips jaga anak ke, tips masakan ker (ini bukan sindiran tapi memang kenyataan).. atau tulis je kisah kehidupan seharian korang. Best ke tak best cerita korang tu bukan penentu korang boleh atau tak jadi popular keluar muka kat media massa & elektronik yang penting korang kena tahu macam mana nak ketengahkan penulisan & blog korang jer. Ingat semua blogger popular tu best sangat ke cerita dia dalam blog (tapi ada jugak yang best cuma jumlahnya tak ramai).. Tapi di sebabkan dia pandai guna strategi untuk menaikkan blog dia maka blog dia di kenali even penulisan biasa biasa jer. Termasuk rajin pergi event2 atau bersosial di luar laman sosial dengan blogger lain. Nanti senang nama & blog korang di sebut sebut... kekekeke.

Jangan jadi macam blogger berbakat dalam penulisan blog Nyah Zulfikar Hazri pemilik blog rasa hati.. even dia berbakat & penulisan dia memang best tapi di sebabkan dia tak pandai ketengahkan blog dia maka dia tak popular. Nak2 lagi sekarang dia bz dengan bisnes dia.. langsung blog terabai. Sedikit kerugian kat situ sebab pada pandangan aku dia sangat2 berbakat dalam bidang penulisan even dia banyak tulis pasal kisah nostalgia dia je.

Aku memang tak mampu buat semua tu. Aku ada keterbatasan & aku tak rasa kepuasan menulis sangat kalau aku ikut konsep sama macam blogger pemes amos yang lain. Biasa la citarasa manusia kan berbeza. Matlamat setiap orang pun tak sama. So aku pentingkan kepuasan aku dalam menulis bukan populariti semata mata. Tapi setiap orang ada impian & target masing.. Cuma tu la.. kalau penulisan macam aku ni nampak macam berani & lantang tapi tak banyak peluang untuk jadi popular & terkenal sangat. Kalau korang nak jadikan blog sumber pendapatan, maka kena ada populariti. Jadi jika korang mengimpikan sesuatu yang gilang gemilang penuh glemer dengan menulis blog.. konsep penulisan macam blog aku adalah tidak sesuai korang jadikan contoh walau mampu juga jana pendapatan tapi takde la banyak sangat. Itu sahaja tips dari aku yang tak popular bagaimana korang nak jadi blogger popular. Yang penting usaha, doa & tawakal.

erkk.. sebenarnya aku maksudkan diri sendiri yang tak patut jadi contoh rupanya. hahahaha.. ok tamatlah riwayat kesan degil.

P/S : Pendapat & tips ni adalah dari pemerhatian aku selama 6 tahun menjadi blogger tersembunyi di alam maya. populariti kadang kadang bukan semua di nilai dari bakat seseorang tapi ia wujud dari cara bagaimana sesorang itu mengetengahkan diri dia. itu adalah kenyataan yang kita tak boleh nafikan. So, sesiapa sahaja berpeluang untuk jadi popular bergantung pada rezeki & usaha masing2.

17 comments:

  1. Assalamualaikum. hehehe kupasan yang menarik. pedas2 gitu.hihiiii sheila menulis untuk tatapan masa akan datang sebab sheila pelupa orangnya. ekekkeeee ;p

    ReplyDelete
  2. fuhh...nasib baik tak ada dalam senarai..

    ReplyDelete
  3. dok baca sambil imagine kak lekatlekit tgh membebel dpn aku haha

    ReplyDelete
  4. Betul kak suria. Blogger yang macam kita ni, suka kritik2 orang ni memang susah nak.popular sebab ramai orang tak suka. Nak nak blogger yang tulis isu politik macam.saya ni. Haha

    ReplyDelete
  5. 6 years . many experience that cannot buy anywhere :)
    keep bloging

    ReplyDelete
  6. haahla sis,..akk notis ada blogger yang dia ada aura dia tersendiri..even dia menulis takdela bestkan?
    tapi akk suka sangat cara penulisan sis..terbaik so far..:-)

    ReplyDelete
  7. kak..sy xnk jd blogger pemes..biarla suam kuku cenggini je..

    ReplyDelete
  8. Akak salah seorang blogger yang gila traffik tapi tak suka nak popular2 ..Cukup takut kalau jadi perhatian..sebab bila jadi perhatian ramai orang akan nampak salah kita dan mula la muncul pembenci..i benci pembenci..eekekek

    ReplyDelete
  9. Saya taknak glamer, anonymous pun takpe, asalkan masyukkk :)

    ReplyDelete
  10. Lamanya sis jadi blogger..tabik.

    ReplyDelete
  11. Akak sempat lari pi terjah blog tu sambil baca entri Suria ni tau. Wah, memang terbaik cara menulisnya! Suka pulak akak membacanya. Santai jerk. Tapi itulah, dia dah 'lupa diri' dia blogger. Senyap pulak tak berupdate ya!

    ReplyDelete
  12. saye pun tak femes langsung. Follower pun sorang jerrr.. tambah lagi tak reti tambah button follower time awal2 dulu. Tp saya pelik bila join group blogger, bila post je, tak lama pastu post hilang. Agaknya kena ada ramai followers baru layak nak post kat blogger group. Apa fungsi group klu mcm tu? Hmm...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com