AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN CONTEST & GA DI BLOG

5/09/2015 03:07:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Penipu ni ada dalam pelbagai nama... Dunia blog pun ramai jugak penipu. Kalau dia tak tipu duit orang dia tipu orang dengan contest / GA semata mata nak tarik traffic ke blog dia. Cara senang jer... Buat je GA/Contest dengan hadiah yang menarik, tertarik kau memang daboom confirm la ramai yang join. Lepas tarikh contest/GA tu tamat... dia pun buat diam & macam tak pernah ada apa2 yang berlaku.


Keji tak? Yang still aku ingat blog tehOais ke hapa nama dia.. Memang menggunakan trick macam tu. Sampai sekarang contest dia tak umum pemenang. Hadiah wang tunai yang agak lumayan. Lepas jugak shopping baju raya kalau dapat.

Bukan hanya 1 blog penipu macam tu malah banyak & tak mustahil ada penipu sedang menggunakan trick yang sama untuk menarik traffic ke blog dia. Yelah.. iklan2 dia pacak pun memerlukan visitor jugak. Kalau tak sesia iklan2 yang bersepah tu ye dak.

Aku ni jenis makin lama makin pemalas nak join semua benda tu.. Aku lebih selesa menulis. Cuma yang memang rajin join apa2 GA @ Contest tu berhati hati la.. kenali siapa yang menganjurkan contest tu. Check betul2 sponsor hadiah contest/GA tu.. Jangan semborono je join alih2 habuk pun tak dapat. Tak menang tak sakit hati sangat tapi kalau di tipu memang meluap jugak la hati, kan?

Yang nak sponsor untuk contest/GA blogger lain pun kena make sure jugak. Tengok blog dia macam mana. Bila korang sponsor apa benefit yang korang dapat. Kena betul2 check admin blog yang menganjurkan contest/GA tu. Tengok jugak berapa usia blog dia, berapa banyak follower dia & paling penting kena tahu siapa penganjur tu. adakah identiti dia samar2 & mencurigakan atau tidak.. sebab ada kes blogger di minta sponsor untuk contest/GA yang dia buat lepas tu diam.. contest kemana, GA kemana.. yang sponsor tu hangus camtu jer. Tak kira la apa yang korang sponsor tu kecil atau besar tapi tetap kena alert. Jangan bagi peluang mudah penipu meraih keuntungan haram depa. Biar kita cerewet sikit tak pe jangan terlalu lurus bendul percaya je tanpa selidik dulu.

sekarang ni nak menipu orang semudah satu clik jer.. Jadi kita yang berisiko kena tipu ni kena bijak seperti google jugak. Kena sentiasa alert dengan semua perkara & kena sentiasa beringat sebelum buat sesuatu keputusan. Penipu akan terus menipu dengan apa cara sekalipun selagi dia berpeluang menipu. Tak semua penipu berjaya di hadap ke muka pengadil.. ada penipu yang masih lepas bebas macam lavender mummy. Dia boleh jadi sesiapa saja untuk menipu kita dengan apa cara sekalipun. Jadi tak salah kalau kita minta butir peribadi penganjur contest yang kira rasa mencurigakan. Kalau blogger yang sedia di kenali tu ok la.. yang dah biasa anjurkan contest/GA tu tak perlu la buat macam tu. Sebab ramai sangat blogger yang kadang2 tak tau datang dari mana tup2 PM minta sponsor. Aku sendiri pun banyak jugak dapat PM dari blogger yang aku tak pernah kenal tapi aku tolak secara baik la.


 tetiba aku tertanya tanya dia buat apa la sekarang kan? Masih boleh cari makan dengan menipu ke? Kalau korang tak kenal siapa.. ni la lavender mummy atau nama sebenar dia Nurzusilawati Nadzri. Pernah juga dia guna nama Isabella Azry. Paling licik di alam maya sampai sekarang belum tertangkap.

Moral of the story... nak join contest sekarang ni tengah berlangsung Group Mama Bloggers Malaysia. Jemput la meraikan contest yang mereka anjurkan. Hadiah2 agak menarik & lumayan. Nak tau senarai hadiah meh la tengok kat  SENARAI HADIAH SEGMEN GMBM 1st GIVEAWAY 2015

6 comments:

  1. Betul sis.. Baik admin mahupun penaja haruslah bertanggungjwb. Itu janji mereka pada orang kan? Jangan je nak harapkan orang folo,like dsb,tapi kita tak tunai tugas kita. Alhamdulillah,tqsm sis sebab sudi promote GA GMBM ye,esok langsungnya. InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. hai kak suria...

    memang kena alert, tapi kita tak mengharap sangat. kalau menang tanpa hadiah takpe lah. yg penting kita support segmen dorang..

    ReplyDelete
  3. Betul2..niat kita nak meriahkan ga dia..tapi boleh pulak dia menipu..walaupun tak harapkan menang tapi cara dia tu buat rasa nak picit2 je muka dia. Hehehh

    ReplyDelete
  4. Macam-macam kan. Menipu cara gini pun ada. Sedih pulak bila membacanya. Tapi Mek ila pun pernah kena walaupun bukan dengan blog. Masuk peraduan tapi pemenang tak diumum dan senyap begitu sahaja.

    ReplyDelete
  5. Tu pasal kalau contect ni, saya join yg mmg saya kenal..yg rasa-rasa boleh betol2..alhamdulillah, iphone 5s dh dalam tangan heheheheh

    ReplyDelete
  6. Suria, nak minta sponsor BioEssence untuk GA akak boleh? Nanti akak hantar copy IC yerk :)

    Akak memang jaranglah join contest ni kecuali kalau betul-betul ada masa, peluang dan kenal dengan penganjurnya. Kalau tidak, memang tidaklah jawabnya.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com