DOSA PEREMPUAN YANG KAHWIN DENGAN SUAMI ORANG

5/01/2015 11:06:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Berdosa ke kawen dengan laki orang? Kalau jadi bini ke 5 tu maybe dosa la sebab terlebih kuota. Sebab kuota lelaki Islam hanya boleh kahwin 4 jer.. Tu mesti mesti memenuhi syarat di gariskan dalam Islam. Bukan semua lelaki berkelayakkan berkahwin lebih dari satu. Tapi musykil pulak kan apa pulak dosa seoarang perempuan kahwin dengan laki orang.

Sumber Google

Dosa ni hanya dosa dari pandangan mata & penilaian manusia jer... Kesian pulak aku dengan sorang retis bernama Hanez Suraya ni seolah2 tiada maaf pulak manusia2 yang obses membenci dia biarpun dia cuba berubah kearah lebih baik. Yer.. betul aku pun kutuk dia masa kontroversi dia dengan laki orang dulu tapi yelah.. aku ni nampak jer lantang & berpuaka tapi Insya Allah aku masih berfikiran terbuka & pemaaf. Lagipun dosa dia bukan dengan aku kot.. dengan sipolan. Aku just cuma seorang manusia yang pernah tak menyokong perbuatan salah dia satu ketika dulu.

Baru2 ni katanya Hanez Suraya mula belajar bertudung. Bila Isu tu di Up oleh blog2 hiburan kesian pulak baca2 komen haters tegar dia. Tetap tak boleh terima. Tetap nak kutuk dengan mengaitkan dia dengan kesalahan lalu dia. Hari ni muncul pulak cerita dia mengandung.. kena lagi kutuk. Hai la manusia... Macam la kita tak pernah buat silap & tak pernah di maafkan. What past is past la wei..Sejahat2 jahat manusia pun boleh jadi sebaik baik umat. Takde yang mustahil. Hidayah Allah tu milik semua.

Sumber Google

Macam tu jugak nasib ramai perempuan yang berkahwin dengan suami orang atau bekas suami orang yang masa kenal mungkin lelaki tu masih suami orang. Bagi aku memang la salah dok bercinta dengan laki orang. Bagi seorang perempuan aku pun masih belum kuat nak terima hakikat berkongsi kasih tapi dalam kes dah berlaku ni, nak tak nak kena redhakan jer. Kita sebagai orang luar ni tak payah jadi penghukum sangat. Nak2 lagi kalau orang tu dah mula tunjuk perubahan yang lebih baik dari sebelumnya. Aku memang tak suka nak mempertikai atau mengutuk orang yang buat perkara baik. Macam orang dari free hair berubah memakai hijab, orang dari seksi mula pakai pakaian sopan. Even tak sempurna tapi sekurang kurangnya dia menginjak kepada perkara yang lebih baik dari sebelumnya. Tak perlu nak kutuk & kaitkan dia dengan kesalahan lepas dia.

Perbuatan dia dulu mungkin salah tapi jangan menghukum dia seolah2 dia tak layak jadi orang yang lebih baik. Bukan satu dosa kawen dengan bekas laki orang even perbuatan dia dulu memang mengundang marah ramai orang tapi bagilah peluang. Allah pun bagi hambaNya peluang untuk jadi lebih baik selagi ada nyawa, siapa kita nak jadi penghukum orang yang pernah bersalah sampai tak boleh terima even dia dah berubah kearah kebaikkan pun.

Jangan jadikan seorang perempuan yang berkahwin dengan suami atau bekas suami orang tu seorang pendosa yang tak terampun sangat di pandangan mata kita.Sedangkan kita pun seorang pendosa jugak. Belajar adil dalam menilai orang lain. Jangan sebab kau tak suka, yang baik dia buat pun tetap kau nampak buruk. Tapi kalau yang jenis memang tak reti rasa bersalah, dah la rampas laki orang dok bangga2 harus la kena kritik supaya dia sedar diri takde orang akan bagi dia award sebab berjaya rampas laki orang. Cerca ada la kau dapat sebab spesis tu memang kategori minta kena kutuk pun. hahahaha

Moral of the story... Kalau kita mengharapkan peluang begitu juga orang lain. So, jangan terlalu membenci kadang2 kebencian kita pada seseorang tu la mencipta kesakitan dalam diri kita sendiri.

7 comments:

  1. tkpelah kan
    past is past :)
    kalau kawen dgn bini org tu sesat ..huhu

    btw,
    jemput join GA sempena mother days :)

    http://melangkaugarisan.blogspot.com/2015/05/mothers-day-giveaway-sponsored-by.html

    ReplyDelete
  2. iyalah kan? sudah-sudahlah,dah jodoh dia dengan suami sekarang ni. doakan je yg terbaik untuk semua yang terlibat dalam kes diorang tu,tak payah kita jadi hakim tak bergaji pulak nak bising-bising.

    ReplyDelete
  3. setuju dengan entri sis...bagilah dia peluang untuk berubah..

    ReplyDelete
  4. Suka entry nih..
    Semoga kita semua menuju ke jln yg benar dan sntiasa istiqamah

    ReplyDelete
  5. Hidayah itu datangnya dari Allah. Begitu juga jodoh ketentuan Allah. Siapalah kita manusia nak menghakimi perencanaan Allah..sebaliknya bermuhasabahlah dengan kehilafan diri sendiri...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com