PUSAT ZAKAT MENYUSAHKAN LAGI ORANG SUSAH
Tapi tu la nak mohon ni bukan pergi sana isi borang settle. Nak siapkan borang tu macam2 benda nak dapat. Sain tu sain ni.. cop tu cop ni.. Pendek kata tak semudah & tak mudah la nak merasa bantuan zakat. Dah susah payah orang tu settle kan borang nak mohon bantuan zakat.. tunggu punya tunggu permohonan still takde jawapan. Alih2 tanya katanya maybe borang depa hilang. Aku yang baca pun urut dada.. ikat diri sendiri kat tiang.. tahan sabar katanya. Apatah lagi orang yang hadap benda tu. Kakitangan yang hilangkan borang tu janji nak settlekan tapi sampai si budak Auni tu up entri pun masih tak settle2.
Di Malaysia ni nak bagi bantuan pada mereka yang memerlukan macam bukan nak menyenangkan tapi menyusahkan lagi orang yang sedia susah. Nak kena turun naik pejabat zakat. Dah la orang tu susah.. maybe transport pun takde harap dapat la pusat zakat ringankan beban tapi sementara nak ringan tu dia bagi beban yang berat tu. Kang ada pulak bidas tak tau jangan main cakap. Abis yang dok nampak selama ni macam tu jer berlaku. Yang konon tau sangat tu yelah.. dapat publisiti dari kerjasama pusat zakat katanya.. semua pun jadi betul la. Gamaknya Kalau kerajaan Malaysia bayar depa pun terus kerajaan Malaysia semua betul.. hikhikhik
Jangan hanya memudahkan pembayaran zakat tapi menyusahkan bagi penerima zakat. Tang nak kutip tepi kaki lima pun boleh.. Tang nak bagi kat golongan yang memerlukan macam2 prosuder nak kena buat. Takdenya nampak orang susah tepi kaki lima terus bagi bantuan zakat. Jangan harap sangat la perkara tu boleh berlaku secara berleluasa. Last2 aktivis dari NGO je dok buat kerjal Amal membantu golongan macam tu tanpa perlu isi borang pun.
Islam tu mudah tapi kita yang menyusahkan. Bukan salah Islam tapi salah kita sendiri.. Kenapa tak di mudahkan urusan memohon bantuan zakat? Kenapa perlu menyusahkan orang yang sedia maklum susah?
Moral of the story...Ini realiti bukan fitnah atau gosip. Kita boleh nampak apa yang berlaku.So pada yang menidakkan terpulang.Pada yang nak suruh orang pergi sound direct kat kakitangan pusat zakat, ni zaman laman sosial. Takat individu pergi sound ingat pihak Zakat terus takut & semuanya jadi mudah. Ni zaman yang orang take action bila dah jadi viral. Takkan tu pun tak tau!
P/s : Anggota RELA yang suruh nyonya pakai kain batik sibuk sangat nak ambil tindakkan.. Ni staff pejabat Zakat hilangkan borang permohonan orang tak kena tindakkan ker? Oo.. lupa belum jadi viral so tak jadi isu besar la, kan...
____________________________________________________________
Update terkini :
Kan?? semuanya kena jadi isu kat media social. Kena tulis kat blog atau viralkan kat FB baru ada tindakkan pantas. Alhamdulillah settle jugak kes budak Auni dengan Pusat Zakat.
Yang Menarik
Orang malaysia kategori kurang subur sejak 2010?? Nak tahu sebab apa meh tengok kat sini >> Ini Sebab Malaysia mempunyai tahap kesuburan yang rendah <<
Ye...kesian dgn auni dan suami.. Moga di permudah semua.
ReplyDeleteRindunya nak add kak suria balik... huwaaaa penatnya nak jadi stalker... takde teman gaduh.. boring :(
ReplyDeleteTerima kasih up pasal entri ni kak.... problem aku dengan zakat, adalah sebab budak praktikal yang careless... itupun lepas dah aku buat entri tu baru depa masing2 buat siasatan... kalau tak... menunggu bulan jatuh ke riba laa gamaknya :( alhamdulillah...
memang siapa2 yang baca pun akan urut dada..kita yang tak turun naik pejabat zakat pun jadi geram je..geram sebab mudah sangt jawapan nya.."borang hilang...'..mujur dah selesai..tu kuasa blog..lepas ni up date entry tentang kuasa blog pulak..akak ingt nak tulis tapi tak jadi sebab tak pandai nak karang..tetiba....hahhahahah
ReplyDeletePrinsip kerja kita di Malaysia ni memang macam tu pun. Sekali kena 'ketuk' barulah jalan laju sikit. Kalau tidak selamanya bertatih, tak reti-reti nak belajar jalan laju maju ke depan gitu....
ReplyDeleteYa benar, nak minta apa-apa bantuan pihak yang sepatutnya kena selidik dalam-dalam. Kalau main beri aje orang minta, takut yang tak sepatutnya dapat pun boleh dapat. Tapi bab isi dokumen bagai, prosedur itu ini, tak boleh ke mudahkan aje supaya orang yang susah tak semakin susah hati jadinya...
Oh, akak pernah saksikan kakitangan agensi dengan selamba badak sambil duduk goyang kerusi beritahu pada pemohon yang borangnya hilang dan dia tak tahu nak buat macamana sebab dia terima aje borang tapi yang proses orang lain. Makanya in between borang tu hilang bukanlah salah dia sepenuhnya. Solusi termudah - boleh tak isi balik borang baru dan submit semua dokumen yang berkaitan sekali lagi!
Sebab si pemohon ni sangat memerlukan perkhidmatan, nak tak nak akak rasa dia buat baliklah all over again. Akak yang duduk santai di sebelah sambil pasang telinga ni pulak yang naik angin tak tentu pasal!