UMUR DAH BERPULUH TAHUN MASIH PAKAI BAJU RAYA BUDAK

7/13/2015 11:47:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Sapa gamaknya taste dengan baju kanak kanak ni kan? Alahai.. awet muda sungguh taste dia. Mesti cute jer muka kertu tapi baju kanak kanak. Ke layak di gelar tak sedar diri?? Amboi.. Puaka sangat tau statement macam tu.. Bukan ku pinta lahir kedunia katanya. Tapi Anugerah Allah ni yang terindah harus aku terima.. Syahdu Uolls..

Aku bukan la nak mengumpat sesapa di hujung2 puasa ni. Tapi nak cerita jer.. Bukan cerita pasal orang pun. Alkisah minah sorang ni, umur dah berpuluh tahun (jangan tanya berapa tahun cukup korang tahu dah masuk zon puluh tahun hahahahaha) tapi tiap kali nak beli baju raya yang ready made mesti dia cari baju kanak kanak. Bukan la dia perasan dia awet muda nampak macam baru 11 12 tahun tapi di sebabkan size ketinggian dia tak membesar bersama usia maka dia takde pilihan.

Memandangkan sekarang ni baju2 raya 1 design yang sama ada size dari kanak kanak sampai dewasa.. senang la sipolan tu nak cari baju raya. Takde la rasa pakai baju kanak kanak sangat even size memang size kanak kanak tapi design dia sama jer dengan design dewasa. Yelah.. atas kesedaran pengeluar baju raya tentang trend sedondon ni maka depa keluarkan design yang sama dari size kanak kanak sampai dewasa. Bagus.. aku sangat sokong.

Design baju macam ni yang dewasa pun ada.. see sama je kan design baju kanak kanak. Tapi tak taste pulak baju lycra macam ni

Tapi sayangnya... sipolan ni peminat baju kurung dari kecik sampai la sekarang tetap tak membesar tapi trend pulak menyusahkan dia cari baju kegemaran dia. Yang banyak jubah moden, tak ketat kat dada.. cutting kat pinggang. Dia nak baju kurung jugak tapi macam tak banyak pulak baju kurung tahun ni. Ada pun yang size dewasa.. Kalau size kanak kanak nampak design kanak kanak sangat. hahahaha...

Itulah keluhan rasa mak budak bertubuh ketot.. tinggi 140cm jer.. berat tak sure pulak berapa lepas kurus ni. Belum timbang lagi katanya. Kalau nak tempah memang tak logik la ada tailor sanggup jahit & siap dalam satu hari ye dak.. maka takpe esok masih ada untuk menyambung pencarian baju raya. Dok fikir dah.. kalau tak jumpa jugak baju kurung nak pakai blaus dengan seluar je raya ni. Alah.. baju raya tak effect mood beraya, ok!

Moral ofr the story.. kisah di atas kisah benar yang terjadi kat diri aku. Gamaknya sampai anak aku besar pun aku still kena pakai baju raya size kanak kanak. hahahaha

6 comments:

  1. Takpe..nant jalan sebelah anak orang kate adik beradik...comel ape...heheheh

    ReplyDelete
  2. keciknya sis...akk dpt bygkan...hahahaha...comel tau!!!awet muda

    ReplyDelete
  3. mesti comel je suria ni tau...pakai je baju jubah atau mini kurung dik tapi jgn le beli ketat sangat mesti comel di pagi raya gitu.....selamat hari raya dik maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  4. Tu maknanya nya tetiap tahun baju raya kena tempah dengan tailor khas..bukan yang lekeh2 ni tau...hahhaha...khas punya..tak de dua baju tu kat malaysia ni..saiz pun tak jumpa yang sama dengan mak2 orang yang lain..hehe

    ReplyDelete
  5. Tapi kekadang terfikir juga. Ke trend bahu raya budak2 sekarang sedikit over designnya?

    ReplyDelete
  6. Alololo...comey tu! Klu gi beraya rumah org still dapat duit raya lagi tak? Heheee gurau jer sis...untung la awak, awet muda sentiasa

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com