AWAS! ANDA MUNGKIN JADI MANGSA FESYEN WALAU TAK SUKA BERFESYEN

8/28/2015 03:28:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

AWAS! ANDA MUNGKIN JADI MANGSA FESYEN WALAU TAK SUKA BERFESYEN. Dulu zaman rumaja masa masih sekolah.. Ada spesis budak2 ni suka sangat bergaya dengan headphone. Nampak ranggi katanya even headphone memang sekadar untuk bergaya padahal takde pun walkman ke discman ke dia bawak. Semata mata headphone untuk di jadikan sebagai pelengkap gaya. Zaman tu mana ada smartphone lagi.. ada la enpon tapi zaman 3310,butterfly bagai.


Bila fikir kelakar jugak la kan.. Tapi serius masa tu aku pun nampak wah.. memang trendy, style,mutu & keunggulan sangat. Almaklum la budak budak katakan. Apa saja yang jadi trend cantik di mata dia. Zaman sekarang pun nampak headphone bukan berfungsi untuk mendengar music pada gadget malah di jadikan sesuatu sebagai pelengkap gaya. Orang panggil apa tu.. OOTD katanya. Almaklum la dah masuk zon makcik makcik ni.. bukan reti sangat OOTD bagai hahaha

Tapi awas kadang2 tersalah pakai aksesori even nampak kecil & simple je boleh buat gaya kita nampak pelik & macam tak kena gaya. Walau niat kita bukan nak bergaya pun sekadar melengkapi keperluan diri bila berada di luar. Silap pakai jam pun boleh nampak gaya kita jadi pelik apatah lagi silap pakai aksesori lain. Jangan pelik gadget2 kita pun boleh buat penampilan kita jadi cacat kalau tak kena gaya. Kalau dah jadi mangsa dengan fesyen ni serius bukan setakat tak cantik malah nampak kelakar & buruk. Nak nampak style pun bukan main letak je kat badan..

Moral of the story.. Bukan orang yang suka berfesyen je boleh jadi mangsa fesyen kadang orang yang tak suka berfesyen pun boleh nampak macam mangsa fesyen sebab setiap apa yang kita pakai tu tetap di namakan fashion walau tak up to date. Jadi penting sangat kita tahu cara nak gayakan sesuatu atau nak padankan sesuatu di badan kita.

8 comments:

  1. nasib akak ni cuma pandai bergaya fesyen makcik2 je...jadi kalau yg nak bergosib bagai pon dah tentu la makcik2 gak...hahaha...kira terselamat di situ...kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Hahahaha..sokong awak seratus peratus!

    ReplyDelete
  3. hahah..betul ke ada yang pakai headphone je??giler lawak la..dah kenapa pakai headphone je..dia ingt headphone tu macam sepit rambut??hahha

    ReplyDelete
  4. heee..dah tak ikut langsung perkembangan fesyen skrg ni... memang dah fesyen makcik2 je..ahaks..

    ReplyDelete
  5. sedar tak sedar, ramai sebenarnya yang dah jadi fashion victim....

    ReplyDelete
  6. ena ni lagi tak suka berfesyen.. pakai mana yang selesa, dan menutup aurat selagi mampu... kalau boleh nak pakai baju kurung je, tapi malas la pula nak menggosok.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Bergaya biar berpada-pada.. Jgn ikut orang tapi tak kena pada kita nnti kena gelak.. :-)

    ReplyDelete
  8. Kekadang sakit mata menengok pun ada jika x kene gaya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com