RESEPI RENDANG AYAM SAMAN MENYAMAN

8/24/2015 12:18:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI RENDANG AYAM SAMAN MENYAMAN. Kalau setakat rendang ayam.. biasa je. Bersepah kat blog mat gebu dapur tanpa sempadan tu kan. Tapi Kalau Rendang ayam saman menyaman tu dia.. nama menu pun rare katanya. resepi dia rare jugak ke? Hahahaha... Yang rare tajuk entri jer. Resepi dia tak rare sangat la kan. Saja nak share sebab aku tak tau nak buat apa jadi aku karang la entri resepi bersempena aku masak rendang ayam. Kenapa saman menyaman?? Kebetulan pulak rendang ayam ni terhasil masa isu mamat sememeh mana ntah ugut nak saman aku. Jadi sempena memperingati hari kena ugut saman aku namakan rendang ni rendang Ayam saman menyaman. Kelas kau jah!! hahaha... Nak tau apa kes saman menyaman ni boleh baca kat entri ni >> KALI KEDUA KENA UGUT SAMAN SEPANJANG JADI BLOGGER <<

Bagi adik adik yang baru nak belajar masak.. Mesti perlukan resepi. Resepi akak ni memang simple & senang sangat. Tak payah pening kepala sangat korang nak cari bahan sebab bahan bahan buat rendang ni semua benda yang ada kat Malaysia.

Antara bahan bahannya
Ayam
Serai
Lengkuas
Kerisik
Santan
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Kunyit hidup - kalau takde skip je bahan ni
Cili kering
Daun Kunyit -  ni pun kalau takde ok je
Daun limau - pun kalau takde tak jadi masalah besar
Garam

Cara nak masak
Mula2 potong ayam. Cuci & toskan
Lepas tu rendam cili kering dalam air panas atau nak rebus pun boleh. Tak payah lama agak kembang sikit ok la tu
Kupas bawang besar, bawang putih,halia,kunyit hidup,serai,lengkuas. Kemudian potong.
Blend/Kisar Bawang besar,bawang putih,halia,kunyit hidup,serai,lengkuas & cili kering.
Lepas dah kisar halus tu.. Tumiskan dalam minyak panas. Biar sampai pecah minyak bahan2 kisar tu baru masuk ayam. Penting masak bahan kisar sampai pecah minyak sebab nak pastikan cili tu betul2 masak.Pendek kata sampai naik bau la. kalau kurang masak siap kau dating dengan Mr T (Toilet). Masak Ayam sekejab baru masuk kerisik kemudian santan & daun limau.  jangan lupa masukkan garam.
Lepas semua dah masak baru masukkan hirisan daun kunyit. Potong halus2 hokay.

Maka terhasilah rendang ayam saman menyaman lekat lekit style. Bukan susah pun nak masak. Asal sedap di tekak masing2 sudah. Resepi rendang ayam aku ni adalah resepi paling simple. Elok la yang baru nak belajar masak cuba. Kang ikut resepi yang rumit2 terus spoil mood nak masak pulak. hahaha

Masak sempena mai haseben request nak makan.

Moral of the story.. Masakan yang kita rasa macam susah sangat kadang2 cara nak buat dia simple cuma yang jadi susah adalah nak matching bahan bahan masakan tu je. Dulu aku tak reti jugak nak matching bahan2 tu.. Tapi bila selalu kita masak kita sendiri tahu macam mana nak matchingkan bahan2 masakan tu agar rasa dia sedap di tekak kita. Dulu buat rendang aku tak berani letak banyak lengkuas takut rasa pelik rupanya lengkuas tu kalau lebih sikit rasa dia sedap & bau rendang tu lagi wangi. Tapi aku tak suka banyak kerisik rasa pekat sangat kuah dia. Bila dah selalu masak auto kita tahu apa yang nak kurang atau lebih untuk sedapkan masakan kita mengikut selera sendiri.

1 comment:

  1. hehe...kelakar plak nama resipi ni
    ada nampak "perbalahan" tu...tak berani mencelah aje =)

    betullah, saya pun dulu tak pandai
    tapi 8 tahun punya practise, kira boleh jugalah
    cuma rendang memang belum penah buat lagi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com