PENGAKUAN JUJUR BLOGGER GUNA SUSUK EMAS UNTUK CANTIK

9/30/2015 10:15:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

PENGAKUAN JUJUR BLOGGER GUNA SUSUK EMAS UNTUK CANTIK. Blogger mana ni yang guna susuk emas pulak. Gamaknya nak dapat banyak job advertorial kot sebab tu dia obses nak cantik. Perempuan mana tak nak cantik. Kalau Allah bagi pilihan orang boleh lukis macam mana rupa yang dia nak, gamaknya takde seorang pun melukis wajah dia supaya nampak buruk. Semua orang lukis muka dia yang dia nampak cantik walau orang lain tengok nampak buruk. Biasa la sebab cantik di mata setiap orang tak sama jadi apa yang kita rasa cantik belum tentu cantik di mata orang lain. Sebab tu Allah tak bagi kita kelebihan membentuk rupa macam kita nak sebab mungkin akan jadi huru hara. Ada orang dah bagi rupa manusia sanggup buat pembedahan supaya nampak rupa binatang gamaknya kalau boleh lukis2 muka macam dia nak tau la apa jadi.

Ni la contoh jarum emas yang di gunakan dalam aktiviti khurafat men'susuk' untuk cantik. Kau bayang benda2 camni tok bomoh cucuk2 dalam muka kau.

Berbalik kepada cerita blogger guna susuk emas nak cantik ni sapa gamaknya gerangan blogger tu. Ni jangan bagitau orang lain yer... Kita2 je tahu. Blogger tu aku la. Mesti ada yang mula muncung.. Rupanya lekat lekit pakai susuk emas. Bukan pakai tapi guna ok! Susuk emas tu bukan jenis cucuk2 masuk dalam kulit tu. Kena guna tok moh bagai.. Ni susuk emas dalam bentuk sabun. Kelas kau jah! Zaman sekarang nak bersusuk2 tak payah dah buat benda2 khurafat & syirik dah. Dah di formulakan dalam bentuk sabun gitu! Apa susah nak bersusuk untuk cantik sekarang kan? Senang & cepat. Tak menyakitkan atau menyeramkan ritual dia. Tenyeh2 kat muka dia segala susuk meresap masuk kedalam kulit. Khasiat dia membantu memulihkan & mencantikkan kulit katanya.


Aku dah guna sabun susuk emas ni lebih kurang sebulan. Selama ni asal bulan mengambang je nak menempek kat muka aku. Selain kat muka aku jugak guna pada tangan sebab ada kesan garu bekas alergik. Pepaham je la kalau alergik ni silap makan jenuh bergaru. Lepas bergaru dah tentu tinggal kesan parut. Alhamdulillah cepat pudar parut bekas garu ni & bila makan seafood pun dah kurang gatal. Kat muka aku ni walau dah tak subur dengan jerawat tapi ada lagi parut bekas jerawat yang serius dulu. Serius parut jerawat ni pun bukan senang nak hilang. Hasilnya selepas seminggu memang bukan setakat jerawat tak tumbuh.. parut2 degil pun nampak pudar & pori2 yang terbuka pun banyak dah tertutup.

Ni bukan lantai jubin bercorak ok. Ni la perbezaan kulit wajah aku bahagian pipi dulu & sekarang. Gambar ni selepas seminggu aku guna sabun susuk emas. Episod sedih muka penuh parut2 jerawat yang mekar berbunga tu kini semakin berakhir. Salah satu produk yang membantu membantutkan jerawat seterusnya tidak menghasilkan parut baru & merawat parut lama adalah sabun susuk emas. Penting ok menghalang jerawat dari tumbuh barulah tak jadi parut. Bila tak banyak parut jimat la concealer & foundation katanya. 

Mula2 pakai tu rasa merenyam (gatal macam resdung) kat bahagian hidung & mata. Lepas dua tiga hari gatal2 tu hilang. Mungkin sebab resdung jugak kot. Almaklum la masalah alergik & jerawat ni memang ada kaitan dengan resdung kan. Jadi aku rasa sabun ni pun boleh menyelesaikan masalah resdung jugak la. Sebab lepas aku pakai memang rasa gatal2 tu dah takde. Mata aku pun tak selalu merah lagi. Mungkin kandungan herba yang ada dalam sabun ni secara tak sengaja mampu merawat masalah resdung. Ni kira bonus jugak untuk aku lepas guna sabun susuk emas.

Antara testimoni yang berjaya menggunakan sabun susuk emas

Sabun susuk emas ni berasaskan kunyit. Kalau korang nak tau khasiat kunyit ni bukan saja mampu menyembuhkan jerawat malah menghalang jerawat dari tumbuh. Sebab tu orang india suka pakai kunyit kat muka. Tapi kita kalau nak pakai kunyit kat muka memang tak la kan?? Tak tau bila kesan kunyit tu nak hilang. So bila di formulakan dalam bentuk sabun macam ni takde la kita was was nak guna sebab tak meninggalkan kesan kuning pada wajah.


Kelebihan produk ni bukan untuk masalah jerawat jer tau... No no.. ia jugak berfungsi untuk mereka yang ada masalah celah ketiak,peha & belakang leher hitam. Boleh juga di gunakan sebagai feminim wash. Korang sabun je guna sabun susuk emas ni Insya Allah ramai yang membuktikan ia berkesan. Kenapa ia di namakan sabun susuk emas sebabnya kalau korang guna muka boleh nampak flawless bersinar bak emas. Tak payah lama2 nak nampak hasil paling lama try seminggu. Selain tu ia jugak mampu mengurangkan kedutan & kesan2 penuaan. Bukan saja boleh di guna pada muka malah seluruh badan. Sabun dia pun bukan jenis cepat cair macam kebanyakkan sabun pencuci wajah yang lain. Lasak macam sabun cap kapak katanya hahahaha. Tapi tetap kena simpan dalam bekas tertutup agar sentiasa bersih. Sesuai di gunakan untuk lelaki & perempuan.


Cara guna pun senang... macam biasa basahkan muka & tangan. Ambil sabun susuk emas gosok2 sampai jadi buih. Lepas tu gosok2 kemuka biarkan lebih kurang 10 minit kemudian cuci. Lepas cuci korang boleh rasa muka bersih & segar sangat. Sebaiknya guna 2 - 3 kali sehari untuk mendapatkan hasil yang cepat & memuaskan

Sabun susuk emas ada free trial tau kalau korang nak cuba dulu cuma perlu bayar postage. Sekarang ni mereka memerlukan 10 org yang mempunyai masalah kulit untuk test power produk ni & boleh berkongsi gambar testimoni selepas menggunakan. Untuk yang nak beli 25 orang terawal yang order selepas baca entri ni (mention je dari blog lekatlekitstory) akan dapat free postage. Tapi kena mention blog lekatlekitstory tau! Tak mention tak dapat la offer tu.

Kalau korang rasa minat nak cuba free trial, atau nak rebut jadi testimoni untuk 25 orang yang ada masalah kulit atau korang malas la nak tayang2 muka tapi nak try produk ni dengan membeli sendiri  atau nak jadi agen/pengedar korang boleh rujuk di 

Facebook : Sabun Susuk Emas
Call/Sms/Whatsapp : 012 3995719 / 019 2172510

Cepat dapatkan sabun susuk emas ni. Bukan sahaja berkesan pada masalah kulit malah banyak tawaran hebat & menarik.

Moral of the story.. Jom bersusuk tanpa perlu cocok cocok.Susuk tanpa amalan khurafat & syirik katanya. 

3 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com