20 BE @ CPUV NUFFNANG ON GOING DI BLOG

10/10/2015 03:38:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

20 BE @ CPUV NUFFNANG ON GOING DI BLOG. tetiba hari ni ada mood nak menunjuk nunjuk jumlah BE @ CPUV yang tengah on going di blog lekatlekit.com & duniamelekitku.blogspot.com. Mesti ada yang masih tak tahu aku ada 2 blog, dua2 blog tu nampaknya kali ni memberi hasil dari memacak banner Nuffnang sejak tahun 2010. Alhamdulillah kesemuanya BE @ CPUV ada earning walau earning setiap satu kempen tu dah tak dapat hasil macam dulu. At least sikit2 campur semua dah banyak.

Mungkin jugak kesan dari transformasi yang aku buat di blog. Yelah.. lepas tukar template kepada lebih mesra SEO bagai aku tetiba dapat hidayah nak tukar ke dot com. Alhamdulillah aku tak rasa sia sia dengan pelaburan yang aku buat untuk blog aku. Traffic pun semakin meningkat cuma yang tak naik lagi harga review di blog lekatlekit.com. Still sama macam dulu setakat ni Jadi sapa2 nak review sila ambil kesempatan atas kemurahan hati aku yang masih tak nak naikkan harga review. hahahah...

Nuffnang walau 2 ticket aku hantar sebelum berdomain dot com dia tak balas at least CPUV yang on Going tu dia tak burn lepas tukar dot com. Pelik betul aku dengan nuffnang ni.. Kalau tunggu dia reply ticket aku gamaknya sampai sekarang aku tak ber dot com. Gila busy Nuffnang mengalahkan perdana menteri Malaysia. Hahahaha

Ramai yang tanya kenapa masih dengan Nuffnang sebab ads yang lain masih belum layak apply. Apa kau fikir aku setia sangat ke? hahahaha... Dalam mencari side income kat blog takde istilah setia. yang mana offer lebih, itulah aku akan pergi. It's all about money. hahahaha. Tapi satgi aku cakap macam ni ada pulak yang ambil kesempatan nak memanipulasikan kenyataan aku.. "Patut la pun. Dia berblog sebab duit rupanya.. " Aku berblog bukan sebab duit tapi aku berblog sambil cari duit. Beza maksudnya. Tu namanya gunakan peluang yang ada. Dari berblog kosong2 macam tu, manafaatkan la apa yang boleh. Dapat sekupang dua pun jadilah dari tak masyuk langsung kan?

Erkk.. tadi rasa nak cerita pasal BE @ CPUV jer kan? Apsal rasa macam terlebih cerita. Mungkin berjangkit dengan MummyDearie kot. Hahaha... Meh la tengok Tayang Umum BE @ CPUV yang sedang On Going kat Blog aku. Walau ada orang dapat lagi banyak tapi bagi aku kualiti tu lebih penting dari kuantiti. Buat apa BE berderet macam keretapi tapi earning satu dua sen je dapat kumpul, kan? hahahaha. Ok la tu kan 20 BE manatau boleh kumpul sampai pergi ke sini >> Ni cara Nak Jelajah Gold Coast Australia Selama 5 hari << Rezeki manusia terletak pada usaha, ye dak?? Kot2 rezeki dapat pi Australia 5 hari pun dah syukur hasil pacak banner Nuffnang katanya.


Moral of the story.. Time BE @ CPUV tengah rancak berdisko elok la rajin2 update blog sebab CPUV ni di kira dari per views bukan per clik. Banyak orang views blog hangpa masa BE @ CPUV ni sedang berkumandang maka peluang nak menjana lebih banyak earning tu terbuka luas.

3 comments:

  1. wow!
    bestnyaaa....
    MG punya nuff cannot open la...tatau la ape plak mslahnye ...ermmmm :(

    ReplyDelete
  2. banyak tahniah ... cam blog aku cpuv byk tp amaun ciput kuikui

    ReplyDelete
  3. Banyaknya Suria dapat, jelous saya. Tahniah buat Suria moga terus maju jaya dan berjaya lagi kaya.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com