ARTIS BERCERAI PAGI, PETANG DAH UMUM KINI RUJUK KEMBALI

10/01/2015 11:24:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

ARTIS BERCERAI PAGI, PETANG DAH UMUM KINI RUJUK KEMBALI. Aku pernah tulis entri pasal sorang retis ni yang tak menyempat nak umum dia di ceraikan. Mana tidaknya.. Pagi katanya di ceraikan petang tu dah kecoh seantero alam maya bila dia up benda tu kat media sosial. ( boleh baca kat entri ni ARTIS DI CERAIKAN PAGI TADI PETANG DAH UMUM PENCERAIAN ) Selalunya retis sampai naik mahkamah baru timbul kontroversi bercerai bagai. Ada sampai dah berbulan malah bertahun bercerai baru nak umum. Jarang la pagi lafaz cerai, petang dah umum. Yelah.. kita maafkan la sebab katanya emosi dia tak stabil sebab dia tengah mengandung anak keberapa ntah aku pun dah lupa.

Almaklum la emosi orang mengandung kan... Tapi laki dia best. Cool je. Seboleh2 cuba tak ikut emosi juga sebab yelah sapa tak sayang bini & anak anak. Tapi Alhamdulillah berkat sabar laki dia kot bertahan dengan kerenah retis mengandung ni khabarnya dah nak rujuk balik. Retis pompuan ni pun mengaku tindakkan dia tu sebab terlalu ikut emosi. Haritu beriya sangat cakap macam laki dia tu teruk sangat & dia memang dah tak tahan.


Tu la.. masa marah kadang2 kita orang pompuan ni cakap tak fikir apa dah. Sebab tu penting untuk kita sentiasa latih diri menahan dari dok update semua perkara kat Media sosial. Takut bila kita terbiasa jadikan media sosial sebagai diari yang boleh tulis apa saja tanpa rasa malu & bersalah tak mustahil perkara perkara macam ni akan berlaku kat diri kita. Belajar simpan rahsia diri, rahsia keluarga. Yelah.. kang ada pulak cakap.. FB aku memang aku create untuk meluahkan perasaan. Gamaknya sebelum wujud FB dia jenis jumpa semua orang cerita semua masalah dia hadapi kot sebab bila wujud FB dia tak rasa mengaibkan atau malu untuk tulis & semua orang baca.

Penting masa emosi kita tak stabil kita cari sesuatu yang boleh menenangkan macam minum kopi. Kopi pun boleh di nikmati dengan pelbagai cara yang selama ni kita tak pernah terfikir. Mungkin boleh cuba minum kopi dengan campuran benda2 pelik macam arang, ludah monyet.. erkk ludah monyet. Ada ke orang minum kopi lidah monyet. ada tak caya tengok kat sini >> Benda Pelik Yang Di Campurkan Dalam Kopi Yang Kita Tidak Pernah Tahu << Manalah tau minum kopi dengan campuran benda2 pelik mampu bagi ketenangan sementara agar kita tak buat perkara bodoh kat media sosial. Sebab setiap benda tu mesti ada khasiatnya tersendiri. Ok jugak tu kan??

Moral of the story.. Memang nak tulis apa kat media sosial hak individu tapi jangan lupa hak orang membaca & menilai. Kalau kita tunjuk mesti la orang tengok kalau orang termengata maka kena la bersedia.

4 comments:

  1. Yang lawak nya masa dalam melodi tu gaya cakap macam tak de perasaan langsung dah kat laki dia..heheh teteiba kali ni dok sebut pasal sayang2 pulak..heheheh

    ReplyDelete
  2. Dah namanya pun retis...
    Apa yang dibuat, semuanya menjadi perhatian. Kalau up date apa2 status pun, ramai yang baca.

    ReplyDelete
  3. Bagos la depa nak berbaik semula sian anak2 lagi2 yg masih dok dalam perut tu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com