INILAH RAHSIA TRICK AHLI SILAP MATA JUARA DUNIA

10/07/2015 09:43:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

INILAH RAHSIA TRICK AHLI SILAP MATA DUNIA. Silap mata ataupun magic memang bukan sebab sihir walau ada di antaranya guna sihir. Kebanyakkan guna trick je. Nama pun ahli silap mata depa just buat mata kita tersilap pandang je untuk menjadikan kita nampak macam magic. tapi bukan semua orang ada kepakaran buat magic ni.. Tapi semua orang boleh belajar kalau minat dalam bidang silap mata.


Pemain silap mata sekarang ni bukan sekadar penghibur jalanan. Ada yang dah di iktiraf sampai keperingkat dunia hanya dengan bermain silap mata jer. Bukan setakat main silap mata nak jual minyak angin, ubat kuat batin bagai dah.. Boleh buat konsert silap mata. Travel seluruh dunia dengan hanya buat persembahan silap mata. Bukan takat tu jer.. dah jadi satu slot untuk rancangan tv silap mata ni. Jadi kesimpulannya jadi pemain silap mata kalau serius memang boleh cipta nama & di jadikan sumber pendapatan yang lumayan.

Kalau korang memang jenis takde hobi atau nak cari hobi baru apakata try belajar trick silap mata. Kalau tak mampu ke peringkat dunia pun manalah tau boleh buat kerja part time buat show kat majlis hari jadi kanak kanak ke kan. Nak masuk kelas takde modal korang boleh belajar kat sini macam mana Trick paling mudah ahli silap mata dunia guna untuk buat magic >>Ini Rahsia Trick Ahli Silap Mata Dunia Guna Untuk Buat Magic Paling Mudah <<

Nak jadi ahli silap mata tak perlu bakat semulajadi cuma perlu minat & kesungguhan untuk belajar ilmu magic jer. Jadi sesiapa saja boleh jadi ahli silap mata kalau ada kemahuan kearah tu. Aku dulu pun ada kawan suka belajar & buat magic. Menyampah sangat asyik terkena dengan dia je tapi serius enjoy kalau ada kawan yang suka buat magic. Kadang2 dia magickan diri sendiri jugak.. sekejab ada kemudian hilang tanpa jejak punya la lama tetiba muncul hulur kad jemputan kahwin. hahahaha. Magic sangat tau!

Moral of the story.. Silap mata ni kalau takde unsur khurafat atau syirik tak salah di jadikan hiburan. Yelah kita boleh belajar fokus sebab hanya orang betul2 fokus je boleh kantoikan trick ahli silap mata.

5 comments:

  1. Sapa2 yang berminat..boleh aje belajar. Kira satu skill tambahan juga tu

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Nama pun silap mata kan...

    ReplyDelete
  3. silap mata ni, mata yang tersilap kan. sapa nakbelajar boleh dah tu

    ReplyDelete
  4. Salam kenal...Suka tengok je... ok lah..buat hiburan....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com