PEMINAT FYNN JAMAL JANGAN SENTAP SANGAT

10/07/2015 12:38:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

PEMINAT FYNN JAMAL JANGAN SENTAP SANGAT. Tadi ada terbaca isu yang jadi kontroversi pasal seorang pengacara & pelakon Karl Shafek yang tweet pasal suara fynn Jamal. Dalam tweet dia tu ada tulis lebih kurang macam ni.. Fynn jamal ni menyanyi ke, menjerit atau meraung. Ayat tu lebih kurang macam tu la. Apa lagi histeria habis la peminat fynn Jamal dengan tweet karl Shafek ni. Depa tak boleh terima hakikat kalau ada orang kata Fynn Jamal Tak boleh menyanyi.


Fynn Jamal bukan tak boleh menyanyi cuma suara dia mengalunkan lagu tu tak dengar macam menyanyi. Lebih kepada mengalunkan puisi dengan ada sikit la melodi kat situ. Fynn Jamal bagi aku bukan penyanyi pun dia cuma mendeklamasikan puisi je. Tapi tak pelik la kat Malaysia ni memang ramai penyanyi yang tak boleh menyanyi dengan sedap pun. Menyanyi tu sapa pun boleh menyanyi tapi nak menyanyi dengan suara yang lunak merdu bak buluh perindu memang bukan semua orang di lahirkan dengan bakat tersebut. Sebab benda tu anugerah Allah yang bukan semua orang dapat kelebihan tersebut. Tapi zaman jual rupa ni asal kau boleh baca lirik pun kau dah boleh jadi penyanyi kalau muka cantik. Ye dak??

Dia dah mention awal awal nak tanya jer... tu pun peminat fynn Sentap sampai kecoh satu alam maya. Hahaha

Yang pelik peminat Fynn Jamal ni marah pulak dengan tweet Karl Shafek tu. La... apa salah dia. Dia bagi pendapat dari apa yang dia rasa & dengar. Tu hak dia kot nak rasa sapa nyanyi sedap & tidak. Dia dengar kenapa pulak hangpa yang nak judge untuk dia. Hangpa pun ada penyanyi yang hangpa rasa suara dia tak sedap. So, takde salah kat mana2 pun. Aku peminat Amy Mastura yang memang suka dengan lagu2 dia sejak dari dulu sampai sekarang tapi kalau orang cakap Amy Mastura memang tak boleh menyanyi dengan baik secara live aku setuju. Dia memang tak boleh nyanyi live. Tu hakikatnya. Kenapa perlu kita jadi obses & taksub sampai nak menidakkan kebenaran.

Tu la.. Nak jadi penyanyi make sure korang memang berbakat dalam bidang nyanyian. Kalau memang suara setakat lulus nyanyi dalam jamban je baik la tukar impian tu. Pi la jadi magician. Sebab magician cuma perlu belajar trick tak perlu bakat semulajadi sangat. Nak belajar cara buat silap mata paling mudah dari juara ahli silap mata dunia meh tengok kat sini >> Juara Silap Mata Dunia Kongsi Cara Buat Silap Mata Paling Mudah <<

Moral of the story.. Tak kira la orang tu kita suka, kita minat.. Tak semua orang macam kita suka apa yang kita suka. Pendapat setiap orang berbeza tu perkara biasa.

P/S : Peminat Fynn Jamal ni memang jenis tak boleh terima kritikkan kot. Asal orang kata suara fynn Jamal tak sedap je mesti sentap. Kau fikir kalau kau dengar sedap semua orang dengar sedap jugak ke? hahahaha

5 comments:

  1. Peminay fanatik la tu kot. Hehe pernah dgr gak dia nyanyi

    ReplyDelete
  2. Akak suka lagu2 Fyn tapi tak adalah nak meroyan bila orang komen2 artis2 ni.

    ReplyDelete
  3. Dah fanatik sangat la tu....minat pon biar le berpada2 jgn terlampau2 pulak....tak bole nak hadam

    ReplyDelete
  4. hmmm fynn jamal ... aku pun tak berape kenal ... lagu die ... arjuna beta ke hape tu penah la dgr ....hak memasing2 suka hati la nk ckp ape ni bkn ngara komunis ... ade sekatan bersuara

    ReplyDelete
  5. Fynn jamal pun sama macam tu,...bukan boleh orang kritik dia..depan2 dia kata "ok.." kalau pi IG dia jangan nak ajar dia macam2..lagi2 bab ajar anak..mendapat la!hehhe..kat belakang ada je bunyi nye..Tapi memang dia tak boleh nyanyi..untuk cipta puisi dia memang terbaik..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com