PERHATIAN UNTUK SEMUA YANG SUKA ISI MINYAK DI PETRONAS

10/09/2015 10:50:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

PERHATIAN UNTUK SEMUA YANG SUKA ISI MINYAK DI PETRONAS. Ramai yang suka isi minyak kat petronas selain tandas dia boleh la tahan kat certain2 station, tak tau ada orang kata minyak dia lebih baik tapi asben aku kata minyak kat shell lebih tahan lama berbanding kat petronas. Aku tak tau la sebab aku tak pernah drive. Aku selalu jadi co-pilot je kat sebelah je.  tukang membebel untuk hilangkan rasa mengantuk pemandu. Almaklum la...memandu dalam suasana tenang & sunyi ni boleh mengundang rasa bosan jadi perlukan rappers macam aku untuk membebel. hahaha... rappers kau!


Kalau perjalanan jauh tu kadang2 dua tiga kali jugak berhenti kat stesen minyak petronas ni. Kalau tak sebab nak isi minyak memang nak membuang isi perut la. Bagi yang kereta pakai NGV memang kat petronas je ada NGV kan. Jadi tu sebab stesen minyak petronas ni nampak meriah sangat nak2 lagi menjelang cuti umum & musim perayaan. Ada pengguna setia petronas ni depa ada card mesra petronas. Cukup point boleh la redeem barang. Walau petronas bagi payung je pun ada sampai naik minyak tetiba barang nak redeem tu habis stok. Punya obses la depa dengan hadiah dari petronas ni.

Aku rasa kejadian2 amuk sebab tak dapat barang redeem petronas akan berlaku tak lama lagi. Nak tau sebab apa?? Kalau nak tau sebab apa meh tengok kat sini. Inilah sebabnya >> Ini Sebab Pengguna Petronas Akan Berebut rebut <<

Jadi pada pengguna yang setia dengan stesen petronas & ada kad mesra petronas tu sila ambil perhatian supaya korang tak rasa nak mengamuk atau membuat amukkan puaka di stesen minyak sehingga menjadi viral seantero alam maya. Redeem hadiah awal2 sikit kalau dah cukup point. hahahaha

Moral of the story.. Kalau percaya pada rezeki & selalu pratikkan redha dalam hidup rasanya kalau barang nak redeem habis stok takde la kejadian amuk bagai kan. Kalau ada rezeki dapat la. Takde rezeki mungkin rezeki kita untuk perkara lain. Jadi bawak2 bersabar yer mak incik & pak incik sekalian.

5 comments:

  1. saja nak bagi tau. Petrol PETRONAS dan SHELL ni datang dari depoh yang sama. Maksudnya petrol PETRONAS dan SHELL ni sama jer. Tak caya Tanya driver lori tangki PETRONAS dan SHELL. Mana dia orang amik petrol tu. Tak salah aku kat Putrajaya depoh dia orang tu. Kalu lalu Kampung Pulau Meranti ke Putrajaya, akan lalu depoh tu.

    ReplyDelete
  2. Kad Mesra pun ntah ke mana.. sebab dah lama dan jarang sangat isi minyak dekat Petronas sekarang..

    ReplyDelete
  3. ahkak peminat shell....gituh..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Ramai yang cakap macam tu juga. Isi minyak di Shell lagi lebih banyak km dari petronas tapi saya lagi suka singgah petronas..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com