SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN

10/23/2015 11:23:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN. Dalam hidup kita tak kira lelaki atau perempuan walau tak kedekut tahap bakhil pun tetap ada benda yang dia tak boleh share dengan orang. Ada orang tak boleh share bantal dengan orang.. ada orang tak boleh share masalah dengan orang & ada orang pantang kalau orang share pakaian dia. Setiap orang ada la perkara yang dia tak boleh share dengan orang tapi cuma 1 perkara yang aku rasa kebanyakkan semua perempuan sama. Dia takkan boleh share dengan sesiapa benda ni. Setakat pad dia boleh lagi share dengan orang tapi benda ni memang mana2 perempuan kebanyakkan akan terus bertukar jadi macam2 watak yang bukan diri dia bila dia tahu orang lain cuba share.


Yer betul tekaan puan puan semua.. Suami! Walau bukan semua perempuan macam tu tapi kita tak dapat nafikan kebanyakkan perempuan memang takkan sanggup kongsi suami dengan orang lain. Betul la.. Islam menghalalkan poligami & Sunnah Nabi pun berkahwin empat. Tapi sebab lelaki yang kawen je dia nak ikut cara Islam & sunnah nabi membuatkan perempuan memang tak boleh terima hidup berkongsi suami.

Terbaca kat harian metro semalam pasal seorang perempuan ni amuk & pecahkan kereta BMW laki dia sebab kantoi laki dia ada perempuan lain. Nak2 masa kejadian memang perempuan simpanan lelaki dia ada dalam kereta ty. Tak kira la berapa juta kereta tu.. Bila melibatkan perempuan lain ni.. Bukan takat kereta, silap haribulan dengan laki dia sekali dia hentak. Itulah yang berlaku pada pasangan warga China ni. Memang kita tak boleh nak cakap apa.. Kita sendiri pun tak boleh terima kecurangan pasangan macam tu jugak orang lain. Curang bukan cara yang di ajar Islam. Kalau awal2 lagi dah tipu bini macam tu.. kau jangan berlagak ustaz nak cakap pasal sunnah bagai.


Perempuan bila lelaki tu dah ada ikatan perkahwinan dengan dia tetap la lelaki tu segala galanya untuk dia. Biarlah laki dia takde ciri ciri lelaki macam ni >> Seksi Sebenar Seorang Lelaki << tetaplah laki dia & kau jangan cuba2 nak try. Silap orang kau try kepala boleh bersepai.

Moral of the story.. Biarpun Islam menghalalkan poligami tak bermakna semua tindakkan anda tu betul untuk berpoligami. Niat tidak menghalalkan cara. Kalau nak buat perkara baik, cara pun kena betul baru seimbang.

5 comments:

  1. ranap kereta mahal. huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Jgn pulak kita menidakkan hukum yg Allah bagi...kalau lelaki ikut syarat dan cara yang betul..mana mungkin kaum hawa boleh terima...mesti ada tentangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan yang tak bagi suami kawen lebih dari satu menidakkan hukum Allah? Check dulu suami yang nak kawen lebih dari satu adakah layak ke tidak sebelum nak judge perempuan menidakkan hukum Allah. Kalau dah tak layak.. hukum apa pulak membenarkan kaum lelaki boleh kahwin lebih dari satu?

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com