TEMPAT BEST BOLEH DI KUNJUNGI DENGAN CUTI 1 HARI

10/14/2015 11:10:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

TEMPAT BEST BOLEH DI KUNJUNGI DENGAN CUTI 1 HARI. Bila cuti umum jatuh bukan hari minggu ni kadang2 ada orang tak tau nak pergi mana. Dah bosan nak ukur bandar sebab tempat tu tiap2 minggu pun kita pergi. Rasa nak keluar dari bandar tapi cuti satu hari kat mana nak pergi? Jangan risau sebenarnya ada tempat best yang korang boleh kunjungi yang jauh dari bandar dengan tak perlu bermalam. Boleh balik hari je.


Contoh tempat yang best boleh di kunjungi tanpa perlu bermalam adalah genting highland. Nak2 lagi yang ada anak.. Genting highland memang mampu buat anak2 enjoy kat sana. genting highland semua kita sedia maklum la kan terkena dengan taman tema permainan. Permainan yang boleh di mainkan oleh semua peringkat umur. Untuk kanak, remaja & dewasa semua ada. Selain tu sebenarnya banyak lagi tempat menarik di puncak genting tu cuma kita je kadang2 tak tahu sebab kita hanya tertumpu pada Theme Park je.

Antara tempat menarik di genting highland adalah Snow World yang di bina seperti kabin kayu, iglu. Ada juga permainan luncur ais & tempatnya memang bersalji. Tapi salji tiruan la tapi dapat merasai suasana sejuk macam musim salji jugak.Yang suka shopping boleh cuci2 mata kat First World Plaza. Atau nak lawat ladang strawberi boleh pergi ke Ladang Strawberi park. Tu antara tempat2 menarik boleh di kunjungi la bila ke genting Ye betul boleh buat dalam masa 1 hari. tak caya.. Try la pergi dulu.

Tapi kalau korang nak lari dari aktiviti biasa orang buat kat Genting korang boleh cuba buat benda ni bila kesana. Memang best kalau benda ni kita buat kat genting. Nikmat hingga ke langit ke tujuh katanya. Hahaha melampau kuasa 3 tu gambarkan kenikmatannya. Nak tau apa perkara lain yang lebih best kita boleh buat kat genting meh tengok kat sini >> Perkara Yang Mungkin Kita Tak Pernah Fikir Nak Buat Kat Genting Tapi Sebenarnya Best <<

Macam aku ni kalau untuk jalan2 satu hari ni kadang2 pergi Melaka,Cameron Highland,Bukit Fraser, Bukit tinggi.. Tu tempat2 yang selalunya kalau pergi balik hari je. Alah tak jauh sangat perjalanan dia dari KL ni. So keluar pagi malam dah sampai rumah. Ok la tu untuk cuti umum pendek macam ni kan? At least dapat jugak jenjalan dari mereput dalam rumah. hehehee

Moral of the story.. Apapun kita nak buat atau nak pergi so manafaatkan cuti dengan sesuatu yang boleh buat kita semua  Enjoy!

3 comments:

  1. seram nak pi genting ni... mcm2 cerita dgr pasai hotel sana heehee!

    ReplyDelete
  2. Pergi genting memang balik hari, tak pernah tido sana..

    ReplyDelete
  3. Akak duk rumah je cuti semalam dik...lepak dgn famili je...kalau dari kl nak pi genting memang dah tak jauh kan lepak sana sampai malam syok tengok kabus ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com