MISTERI KEHILANGAN TANPA TANDA,GHAIB DI ALAM NYATA

12/09/2015 03:12:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

MISTERI KEHILANGAN TANPA TANDA,GHAIB DI ALAM NYATA. Ayat tipikal drama.. kalau mati mana kuburnya, kalau hidup mana orangnya. Macam tu la aku ibaratkan situasi sekarang.  Misteri yang menghantui aku sejak pagi tadi. Masih menjadi misteri yang tak berjawapan sampai saat aku karang entri ni. Tak tau samada dah arwah atau masih tersembunyi kat mana2 sudut dalam rumah ni. takkan ghaib macam tu je kot.. Macam tak masuk akal pulak aku fikir.


Alkisahnya Galaxy Y pusaka kesayangan aku.. ghaib dengan tiba tiba. Aku baru perasan dalam pukul 11.30 pagi tadi. Aku tak tau anak aku dah jatuhkan dari tingkat 9 rumah aku ni secara tak sengaja masa menikmati permandangan dari tingkap atau anak aku tercampak kat mana2 sudut dalam rumah ni. Aku cari sana sini tak jumpa. Aku syak dah arwah kat bawah la anak aku jatuhkan... Tapi aku turun ke bawah pun dah lambat. Kalau betul jatuh bersepai segala organ dia pun mungkin tukang cuci bangunan dah bersihkan sisa2 anggota badan dia yang dah berkecai.

Apapun aku memang tak boleh la benda2 hilang macam ni. Hilang yang kita tak tahu kat mana. Kalau kena curi dah tau kena curi.. Tapi ni tak tau tersepit celah2 ketiak sesapa ke.. tersorok bawah lipatan kain ke.. Atau tercampak ke bawah dari tingkat 9. Semua spekulasi jer.. Ni kena pergi cari air penawar nak lupakan misteri ni kalau tak boleh gila isim aku fikir. hahahaha

Moral of the story.. Setiap kehilangan tu selalunya Allah nak ganti dengan lebih baik. Dan mungkin suatu hari dia akan muncul sendiri, Siapa tahu.. Sebab kadang2 kita cari berkali kali kat tempat yang sama tak jumpa tapi bila lama2 kita akan jumpa barang hilang kat tempat yang kita dah pernah cari. Tak tau kenapa kita tak nampak masa cari.. Mungkin itulah hikmah yang Allah nak bagi. Dia hilangkan & kemudian bagi semula waktu kita betul2 memerlukannya macam kes2 ni >>11 Benda Yang Pernah hilang Di di temui & buat orang rasa macam menang loteri <<

P/S : kapal terbang sebesar MH370 hilang pun orang cari tak jumpa, apatah lagi enpon kecik aku tu.. kan? hehehe

3 comments:

  1. Itu adalah sebuah petanda untuk sebuah handphone yg baru..hihii

    ReplyDelete
  2. hehe..jangan cari..klau cari memang tak jumpa... baca selawat... dan doa.. jikamasih rezeki akan jumpa la tu...

    ReplyDelete
  3. Semua spekulasi mengarah kepada si kecil tu. Kasihan dia alahai padahal yang sebenar emaknya yang alzheimer boleh terlupa dipeluk Galaxy Y tu erat-erat sampai masuk dalam bantal ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com