MR DIY SELAYANG MALL SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA NI

12/26/2015 11:56:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

MR DIY SELAYANG MALL SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA NI. Ni kisah semalam berlaku kat kedai Mr DIY selayang mall.. Alkisahnya aku nak beli la tuala cantik & lembut ni. Tapi Mr DIY kat selayang Mall memang serabut sikit. Kadang2 tag lain harga lain. Nak2 lagi semalam.. tak tau la maybe depa tengah dok kemas balik kot. Tengok bersepah jugak barang. Kebetulan ada seorang staff DIY kat tuala tu tengah kemas kemas. takpe la.. dia nak buat kerja aku nak cari barang. Aku capai la satu tuala tu kemudian tengok tag harga kat rak sebab kat barang tak ada tag. Untuk double confirm aku tanya la akak tu betul ke harga tag kat rak tu.


Wah.. best je dia sekolahkan aku. Dia cakap.. "Dik.. Jangan main tengok harga kat tag rak tu, tengok kat barcode jugak." Erkk.. apa fungsi kau letak tanda harga kat Rak barang tu kalau bukan untuk memudahkan pelanggan nak tau harga barangan. Aku pulak nak kena check barcode bagai.. yer boleh je buat tapi sebab cara dia jawab soalan tu buat aku rasa macam aku pulak yang salah aku sound la jugak gaya2 sopan.. Sebab dia panggil aku adik maka aku pun panggil dia akak sebab kalau dari pandangan mata aku memang dia nampak lebih akak dari aku.. Aku cakap macam ni .. "Akak.. Selalunya customer refer harga dari tag. Jadi letak tanda harga yang betul kat barang tu yer. Customer takde masa nak belek barcode bagai." dia senyap.. aku pun senyap la. Aku letak balik tuala tu.. Aku blah je. Jadi keputusannya seri la. Dia boom aku.. aku balas balik. Cukup la pertarungan setakat tu. tak payah nak bising2 katanya. hahahaha

Masalah kat kedai2 barang ni memang selalunya masalah tanda harga. Ada cawangan Mr DIY yang kemas & teratur senang customer nak  beli & tengok harga.. Ada yang macam cawangan selayang mall. Barang memang sentiasa bersepah.. tag harga tak payah cakap. Memang kebanyakkan aku double confirm dulu sebelum bayar kalau yang takde tag harga melekat kat barang tu. Memang tak confident aku kalau harga yang letak kat rak. Kadang2 nama barang tu short form salah baca barang lain nak bayar tetiba hantar barang jadi lain mula la rasa terawang di udara (naik angin) katanya. hahahaha. Samada check mesin scan tu atau double confirm dengan jurujual kat situ. Satu lagi econsave.. Tu pun tak boleh percaya juga harga kat tag. Kang pergi bayar jadi harga lain.

Ni Mr DIY selayang Mall.. Maybe gambar ni masa baru buka. Nak tau macam mana keadaan dia sekarang sila la pergi sendiri. hehehe -Gambar sumber Google-

Tak semestinya hangpa menawarkan harga barang murah kedai mesti nampak murahan macam sarang tikus.. ye dak? Susun la elok2 & letak tanda harga betul betul. Kenapa setiap cawangan tu tak sama view dia walaupun dari syarikat yang sama? Kenapa kat tempat A kemas & bersih je tempatnya tapi cawangan B kalau tetiba jumpa ular sawa tengah tidur pun tak tekejut. Yang aku perasan kalau Mr DIY kat mall2 besar yang eklusif sikit la. Tempat orang 'ada ada' katanya mesti cantik je barang2 dalam tu tersusun. Kalau setakat macam selayang mall.. yang katanya standard dia tak mencapai tahap golongan 'ada ada' ni mesti macam sarang tikus. Pelik betul.

Benda ni menyusahkan pembeli. Sekaligus menyusahkan pekerja kat situ juga sebab pembeli terpaksa rujuk dengan depa. tak salah kalau memudahkan kedua dua belah pihak. Dua2 senang kan? Apa guna jual barang2 yang sah & bercukai kalau kedai macam jual barang2 yang di kategori haram, Kalau barang2 ni main sumbat2 ye kita paham la.. depa meniaga dalam keadaan takut takut. Sebab bila2 masa je boleh kena ambush. Ni Mr DIY terkenal seluruh Malaysia tapi kedai macam jual barang seludup je.

Moral of the story.. Untuk kedai murah macam Mr DIY, econsave.. Kalau nak buka pasaraya @ kedai biarlah nampak macam kedai bukan nampak macam kedai baru di landa taufan.

P/S : Untuk pengetahuan semua.. aku memang selalu ke Mr DIY selayang Mall ni memang sejak dari pertama kali aku jejak kaki ke situ sampai sekarang sama je bersepah. hahaha

6 comments:

  1. Huhu...sepatutnya bagi memudahkan customer kot ltk tanda harga kan?xkose la kita stiap kli ambk brg nk pegi cari tmpt scan barcode tu..huhu..bkn ada banyak pun scan barcode tu kt satu2 kedai..hmm

    ReplyDelete
  2. Sama gakla DIY kat AEON AU2..memula bukak A++...lelama cam hampeh..kena berteleku tgk barcode betul2..kalau tak 'terkena' la..

    ReplyDelete
  3. betul tu kan..xkan semua brg nak kena g scan..lecehlah..

    ReplyDelete
  4. Saya baru beli brg (13/01/2016) dkt Mr DIY selayang mall, beli 2 set foldable stool Harga rm11.90/set. Mmg la nmpk murh kan rm11.90 tu. Tapi sampai2 rumah, just ade 1 set je yg complete ade bdn + kepala. Esok nye (14/01/2016) sy dtg balik dgn penat2 balik keje dgn rushing dia, alih2 dorg xnk bg n suruh bwk brg berat tu ke hulur ke hulur dgn naik tren semata2 nak amek brg yg tertinggl tu di sebabkan slh cashier dorg tu. Rasa mcm org bodoh bergaduh dgn staff sana. Supervisor pon sama bangang, so nonsense k buat cmni dkt customer. Ingat senang nk ulang along abiskn minyk kereta + penat rushing sana sini semata2 brg rm11.90. Sy akan buat aduan sebagai pengguna. Tq sgt2 eh sbb dah Lyn sy mcm ni. Tq k Mr DIY selayang mall. -eyna-

    ReplyDelete
  5. Saya baru beli brg (13/01/2016) dkt Mr DIY selayang mall, beli 2 set foldable stool Harga rm11.90/set. Mmg la nmpk murh kan rm11.90 tu. Tapi sampai2 rumah, just ade 1 set je yg complete ade bdn + kepala. Esok nye (14/01/2016) sy dtg balik dgn penat2 balik keje dgn rushing dia, alih2 dorg xnk bg n suruh bwk brg berat tu ke hulur ke hulur dgn naik tren semata2 nak amek brg yg tertinggl tu di sebabkan slh cashier dorg tu. Rasa mcm org bodoh bergaduh dgn staff sana. Supervisor pon sama bangang, so nonsense k buat cmni dkt customer. Ingat senang nk ulang along abiskn minyk kereta + penat rushing sana sini semata2 brg rm11.90. Sy akan buat aduan sebagai pengguna. Tq sgt2 eh sbb dah Lyn sy mcm ni. Tq k Mr DIY selayang mall. -eyna-

    ReplyDelete
  6. manusia ni memang Allah dah cipta sifatnya yang "tidak pernah puas" dengan apa sahaja. susah untuk puaskan hati manusia ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com