RAMAI YANG TAK TAHU FUNGSI TABLET YANG SEBENAR

12/15/2015 09:46:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

RAMAI YANG TAK TAHU FUNGSI TABLET YANG SEBENAR. Aku seorang pengguna tablet walau tablet aku kategori zaman pra sejarah dah. Tapi macam biasa la.. aku tak kejar sangat teknologi gadget elektronik ni.. Selagi ia mampu berfungsi selagi tu aku lenjan sampai lunyai katanya. Selalunya tablet aku ni untuk whatsapp, Instagram atau online FB time2 nak tidur. Selebihnya aku banyak guna pc untuk update blog. Smartphone macam biasa la.. Walau kategori smartphone aku ni dah tak berapa smart sangat tapi tetap fungsinya sama macam pakai 3310 jugak. Hanya untuk sms & call jer.. Selebihnya aku bagi anak aku tengok youtube bagi memanafaatkan bateri yang ada. yelah.. skrin kecik so tak banyak sangat quota internet dia pakai. hahahaha


Sesetangah orang tak suka sangat guna tablet tapi lebih suka buat aktiviti online dengan smartphone atau laptop. Sebenarnya ramai yang tak tahu fungsi tablet ni sebenarnya. Yelah.. bukan semua orang rajin sangat study pasal gadget elektronik ni. Kadang2 tau guna jer.. Kadang2 guna sebab orang lain guna & kadang2 tak reti sangat pun guna semua fungsi dalam gadget tu tapi sebab trend dia pun beli jugak la. Almaklum la.. kita jenis manusia tak nak kalah katanya. Kau ada aku pun ada... last2 kau hado? hahahaha

Tapi kalau aku ni nak menunjuk pun buat malu diri sendiri jer..  Apa yang aku ada memang untuk di gunakan sebaik mungkin. Almaklum la zaman media sosial ni.. Selain bersosial, kita juga bekerja melalui gadget2 elektronik ni. So, orang2 macam kami ni takde istilah sangat nak menunjuk. Menunjuk seorang blogger kadang2 menunjuk sebab kerja yang menuntut dia menunjuk2 macam tu. Mungkin yang bukan blogger tak berapa paham la.. Tapi cukup korang faham bila korang tengok benda tu mampu menghasut anda membeli atau memiliki setelah melihat blogger lain menunjuk nunjuk. Korang akan faham.. itulah tugas seorang blogger.

Erkk.. termelalut pulak. Berbalik kepada isu tablet yang tak semua orang tahu tentang dia ni.. Tentu korang nak tahu, tablet sebenarnya mengambil alih 2 fungsi alat ni dalam satu gadget. Nak tau fungsi apa yang dia ambil alih meh baca kat sini >> Ini Yang perlu Anda Tahu tentang Tablet <<

Moral of the story.. Sebelum membeli apa2 gadget elektronik elok la study dulu kelebihan, kekurangan, keperluan & kegunaan dia. Adakah menepati keperluan anda membeli atau tidak. Kadang2 kita terpaksa beli 2 atau 3 gadget walhal ada je gadget yang melengkapi 3 keperluan yang anda perlu. Kan rugi kalau tak tahu..

3 comments:

  1. Sekarang lebih kepada keperluan...tapi kalau sentiasa bertukar itu kehendak...hihi...ada rezeki lebih mungkin boleh kot...bagi PC tab ni fliksibel...terutama untuk blogger la...ringkas...terutama bila berada di luar...

    ReplyDelete
  2. CH dah lama mengidam Tab ni..
    Senang nak update entri..
    Tapi rezeki belum mari lagi suria :)

    ReplyDelete
  3. Akak memang lagi suka cara konvesyenallah. Duduk depan meja menghadap desktop. Lagi besar, lagi selesa. Akak tak biasalah nak online membaca mahu pun buat kerja dengan smartphone mahu pun lappy. Kekok sesangat. Tak puas rasanya menatap benda kecik-kecik ni ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com