AWAS! 6 SOALAN NI MAMPU MEMBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA

3/05/2016 10:06:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! 6 SOALAN NI MAMPU  MEMBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA. Manusia semua ada sikap suka 'cover' katanya. Contoh.. Kalau kat rumah kita lebih santai. Nak2 lagi memang dengan family sendiri kan. Nak duduk terkangkang..  gelak kuat kuat.. makan polok2 dalam mulut.. korek hidung merata merata.. kentut kuat kuat & bla.. bla.. banyak lagi perkara tak semegah kita buat bila berada di tempat kita selesa. Tapi tidak di luar.. Nak2 depan bakal jodoh. tersendawa kuat sikit pun malu macam rasa berbogel di khalayak ramai apatah lagi kalau terkentut mungkin terus tak jumpa dah bakal jodoh lepas tu. Gila kau! Malu kot.. Sanggup cari orang lain jadi bakal jodoh katanya sebab tak sanggup nak hadap lagi orang yang sama lepas terkentut masa tengah candle lite dinner. hahahaha.

Tu kira perangai natural yang tak senonoh. Tak termasuk lagi perangai hati yang tak berapa nak cantik macam cepat marah,suka maki hamun bla.. bla.. bagai. Sebelum kawen sikit punya baik dia cover.. lepas kawen silap sikit habis wall friendlist dia penuh dengan maki hamun dia kat pasangan dia atau sesapa saja yang buat dia sakit hati. Tapi masa bercinta sikit punya lemah lembut bahasa.. hahahaha

Gambar carian Google

Sepandai mana pun kita cover perangai buruk masih orang yang jenis akal panjang. Dia ada teknik & trick untuk jerat kita dengan soalan yang mungkin secara tak sengaja boleh menampakkan perangai kita yang sebenar. Kita rasa dah cukup cover baik punya.. Nampak gud gud macam perempuan melayu terakhir atau lelaki idaman malaya dah.. Tapi dengan soalan soalan tertentu yang kita tak perasan sebenarnya benda tu sedang menjerat kita yang sedang berpura pura mungkin buat kita terkantoi tanpa sedar. Jadi hati hati la.. Kalau kita ada perangai yang tak elok berubah bukan berlakon sebab berlakon ni tak kekal lama. Sampai satu masa terkantoi jugak katanya.

Kat sini ada 6 soalan mudah yang mampu membongkar perangai sebenar anda yang mungkin selama ni korang tak sedar atau buat2 tak tahu. Penting mengenali diri sendiri untuk kita tahu kat mana buruk & baiknya kita.. Kadang2 kita ni bukan nak cakap apa la.. Ada juga perangai tak sedar diri. Dok rasa apa kita buat dah betul & baik sangat dah sedangkan kita ni lebih banyak buruk dari baik. Jadi inilah masa kita mula mengenali siapa diri kita yang sebenar. Kalau nak tahu 6 soalan yang bakal membongkar perangai sebenar korang meh try test kat sini >> 6 Soalan Mudah Ni Mampu Membongkar Perangai Sebenar Anda <<

Moral of the story.. Jadi diri sendiri tak salah tapi yang salah bila diri kita jadi benda yang tak elok je. Orang sekarang bila mempertahankan perangai buruk selalu bagi alasan sebab dia nak jadi diri sendiri kan? Jadi marilah kita sama2 merenung diri kita.. cukup baik kah untuk kita mempertahan apa yang kita sedang jadi sekarang... hehehe. Peace No War!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com