PERKARA YANG PELAJAR IPT TERPAKSA BUAT UNTUK TERUS HIDUP

3/24/2016 02:33:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

PERKARA YANG PELAJAR IPT TERPAKSA BUAT UNTUK TERUS HIDUP. Teringat adik aku dulu masa duduk asrama. Dia kata dia selalu makan megi sampai jadi ketagih. Megi sampai sekarang menjadi makanan favorite dia even dia sedar megi @ mee segara salah satu makanan tak sihat. Adik aku yang sorang tu memang makan tak memilih sangat. Sedap ke tak sedap dia makan macam tak ada apa2 berlaku je. Jadi kau masak la campak2 macam mana pun dia tetap telan tanpa was was. Mungkin sebab dari umur 16 tahun dia dah duduk asrama sampai la graduate.. membuatkan dia menjadi seorang yang hilang deria rasa hahahaha.. mati la kalau adik aku baca statement ni. Tak pun kawan2 dia baca sebab dia kata ada kawan2 dia tahu yang kakak dia ni blogger. Walau depa tak kenal muka kakak dia.. tapi muka anak buah dia shahila tu buat depa dapat detect yang adik aku ada kakak seorang blogger. Macam mana depa tahu.. dah tentu depa baca blog aku. hahahaha


Berbalik kepada isu betapa susahnya kehidupan pelajar zaman 2016 ni aku macam tak percaya pulak. Sebabnya student sekarang dah tak ramai pergi kelas jalan kaki atau naik basikan. Majoriti dah ada kereta sendiri. Tu kereta.. mungkin mak bapak depa punya. Tak tengok lagi smartphone depa. Kadang2 mengalahkan orang yang dah ada kerjaya & pendapatan stabil. Lagi ada yang terbaru.. depa tak terlepas try yang laters version. Susah la nak jumpa student sekarang yang masih setia denga galaxy y macam aku ni.

Sebab kebanyakkan student sekarang suka mengamalkan gaya hidup.. biar papa asal bergaya. Biar ikat perut sampai usus bocor asalkan boleh tayang gadget canggih dengan kawan kawan lain. Kadang2 macam tak percaya bila ada yang kata student sekarang terpaksa struggle buat benda ni untuk teruskan pengajian & hidup >> Ini Perkara Yang Kebanyakkan Pelajar IPT Terpaksa Buat Untuk Teruskan Hidup Sebagai Mahasiswa/siswi<< Nampak macam anak orang kaya jer student2 sekarang kan. Kadang2 macam tak percaya kesusahan yang mereka hadapi.

Tapi ada jugak yang struggle buat benda2 tu semua memang sebab pastikan dia dapat habiskan pengajian sampai graduate. Sebab tu ada yang pakai baju yang sama dari tahun pertama sampai tahun akhir. Kasut tu sampai boleh buat main ice skating dah.. memang licin giler. Jalan atas lantai licin pun kena slow2 macam pengantin. Almaklum la tapak kasut dah jadi macam kasut untuk ice skating kan..

Apapun.. Pada student2 jangan enjoy sangat dengan loan tu. Masa dapat enjoy masa nak membayar kemain minta kerajaan convert loan ke biasiswa padahal pointer dapat cukup2 makan je. Duit loan banyak habis tukar smartphone & pi holiday dengan kawan kawan je. Apa kau fikir govement bagi loan suruh kau berjimbaraya?? Kalau kau nak guna duit kerajaan untuk bersuka ria tunggu bapak kau jadi perdana menteri dulu.. ops! hehehee...

2 comments:

  1. betul..tengok la blogger2 yang masih belajar sekarang ni..enpon diaorang canggih2 tu...tu belum tengok depa selfie kat mana..

    ReplyDelete
  2. student skrg ada juga yang struggle, sambil belajar sambil kerja.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com