RESTORAN SATAY KLASIK SELAYANG TOLONG AMBIL PERHATIAN PERKARA NI

3/22/2016 09:57:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

RESTORAN SATAY KLASIK SELAYANG TOLONG AMBIL PERHATIAN PERKARA NI.  Dah lama kami laki bini nak try satay kat restoran ni. Dua tiga kali jugak pernah singgah tapi manjang singgah tutup atau mungkin belum buka lagi masa tu. Semalam sebab ada hal sampai malam kat selayang maka sempat la menyinggah kat restoran satay klasik ni.


Restoran dia memang kemas, bersih & cantik. Selesa la nak makan. Masa kami laki bini datang tu.. tak ada ramai pelanggan. Nampak 1 meja je ada pelanggan dok makan. Lepas kami tengah makan tu baru datang pelanggan lain. Menu kat situ bukan semata mata satay jer.. Ada macam2 western food jugak. Pada penggemar mee jawa kat situ pun ada sediakan mee jawa.

Kemas,bersih,simple & nice tempat dia

Sebelum nak makan normally mesti la orang minta menu. Ok.. menu tak ada. Just menu2 dia boleh refer kat banner yang dia sangkut dalam restoran tu. Buku menu  memang tak ada. Ok boleh di maafkan la. Masa nak bayar... pergi cashier just cakap meja berapa & di ulang balik semua menu yang kami pesan tadi then dia kira. tot tet tot tet dia tekan.. Jumlah dia dalam RM23++ kot tak silap aku. Ingat ada la resit ke bagai aku nak tengok harga2 menu makanan tu pun tak ada. Whatdehek punya restoran. Ni kalau nak menipu senang2 je la. Buku menu tak ada. Tanda harga makanan tak pamir. Tup2 siap makan dia kira just bayar.


Mana boleh meniaga macam tu bang Ooi.. Salah di sisi undang2 tak pamer tanda harga. Satay sebatang berapa ringgit pun pelanggan tak tahu. Almaklum la baru first time makan so mana la tau harga makanan kat situ. Tak boleh main kira2 macam tu jer.. Restoran dah cantik, makanan dah sedap. Satay memang rasa puas hati. Kuah satay pun sedap tapi yang tak sedap tu la harga makanan tak pamer. At least buat la buku menu yang ada sekali harga makanan yang di jual.

Pun macam tu aku tak dapat nafikan satay ayam ni sedap,hokay!

Semalam kami just order satay ayam 10 cucuk.. kentang goreng & mee jawa, air sirap 2 gelas & air kosong segelas. Bab makanan tu rasa berbaboi bayar. Takde pertikaian. Kalau korang nak makan satay sedap memang rekemen kat situ. Cuma tolong pamir tanda harga ye bang! Tak kira la kau meniaga apa sekalipun penting untuk pamer harga. Even meniaga makanan pelik macam ni pun >> 10 Gabungan Makanan Pelik Yang Confirm Orang Malaysia Tak Berapa Mampu Nak Makan. Boleh morning sickness jadinya << Tetap kena tunjuk harga.

Mee Jawa

Mengikut firasat aku kononnya.. Harga secucuk satay ni maybe RM1, order 10 cucuk RM10, harga mee jawa maybe RM5, harga kentang goreng pun maybe dalam RM5, harga sirap maybe RM1.20 segelas sebab order 2 gelas harga maybe RM2.40, harga air kosong maybe RM0.50 sebab jumlah yang kami makan malam tu kena bayar RM23. Kalau ikut harga dari firasat bomoh tak berapa nak menjadi aku ni.. Kurang 10sen... tak tau kat mana yang aku terkurang tu. Hanya Depa je la tahu. So, nak kata murah sangat bagi aku harga dia harga biasa je. Boleh la nak makan sekali sekala kan.

Moral of the story.. Bukan soal mampu ke tak mampu nak bayar makan tapi soalnya kalau tup tup kena bayar. Jangankan harga makanan, bil pun takde pun boleh mengundang syak wasangka jugak. Kau tersilap kira ke, terlebih kira ke customer confirm tak tahu. So, fikir fikirkan lah kenapa penting kena pamir tanda harga.

P/S : Ni kali kedua aku berjaya ambil gambar JJCM. Tu pun sebab asben aku ingatkan. Dia sekarang dah boleh terima kenyataan yang bini dia seorang blogger so dia tau mungkin benda2 macam ni di perlukan seorang blogger untuk menulis dalam blog. Cuma aku memang tak expert lagi la nak buat food review. Kalau ada isu je baru aku tulis.. hahahaha

4 comments:

  1. jarang restoran takletak tanda harga..atau diorg lupa nak pamer tanda harga hari tu?? hehe

    ReplyDelete
  2. ade jgk restoran letk harga ..tp bila kira mahal dr tnda harga

    ReplyDelete
  3. Saya penah pegi restoran ni masa baru2 je bukak (xingat bila, tp dh bertahun jgk la)..kat area kg melayu kepong, kan?...time tu pon xde menu, xde resit..org tgh ramai, jd malas nk tanya byk2, tapi mmg sekali je la pegi kalau tempat mcm tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com