NAK TAU KENAPA MELAYU DI PANDANG HINA?

4/12/2016 02:27:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

NAK TAU KENAPA MELAYU DI PANDANG HINA?. Orang melayu paling ramai suka merendahkan bangsa sendiri. Orang melayu paling ramai suka memburukkan bangsa sendiri. Pendek kata yang paling ramai berpecah belah sekarang ni adalah bangsa melayu jadi tak pelik la dalam pertelingkahan sesama bangsa melayu.. Bangsa lain ambil kesempatan untuk merampas semua hak orang melayu di Tanah Melayu yang kini Bukan lagi Tanah Melayu tapi Malaysia.


Kita tak payah la cakap isu politik.. macam berat sangat. Kita tengok di sekeliling kita sudah. Baru ada kelab popular sikit... sikit je popular dia. Takde la sampai peringkat international. Malaysia pun tak ramai orang kenal sangat pun cuma popular di kalangan golongan tertentu je. Tu pun tetiba kepala jadi macam belon kena isi  angin. Besar kepala dok ada. Tak boleh orang berbeza pendapat sikit.. tak boleh orang bangkang sikit istihar musuh. Ajak geng boikot bagai. Tu baru hal remeh temeh yang hanya libatkan media sosial. Gamaknya orang macam tu kalau di angkat jadi Perdana Menteri boleh lingkup jugak negara sebab jenis yang rasa diri dia sentiasa betul. Nasib baik baru jadi ketua darjah persatuan geng geng hutan amazon. Tu pun dah dok amalkan sistem berpuak. Kalau dah jenis berpuak confirm la susah nak bersatu ye dak?? Maka berlakulah perpecahan antara orang melayu.

Tu salah satu contoh la.. Contoh yang lain. Misal kata seorang melayu yang dia kenal buat something buruk pada dia ayat tipikal orang melayu. Ni la melayu.. Ni la perangai buruk orang melayu.. Ni la  janji melayu.. melayu bla.. bla.. dot com dot my. Padahal bukan semua orang melayu macam tu cuma bila seorang orang Melayu buat.. dia akan sebut Melayu. Bila sebut Melayu.. dia mewakili semua yang berbangsa melayu. Kau point kat orang kau nak cakap sudah la. Main2 bangsa.. kenapa kau lahir bangsa Orang asli ke bukan melayu? Kau pun melayu jugak kan? So kau tak rasa macam menghina diri sendiri ke bila kau menghina bangsa melayu??

Kita sebenarnya yang memberi gambaran buruk tentang bangsa kita pada orang lain. Kita yang menjatuhkan bangsa kita sendiri sebenarnya bila kita sentiasa memberi persepsi buruk & contoh yang buruk tentang bangsa kita. Kadang2 sebab terlampau marah pada seseorang secara tak sengaja apa yang kita hina adalah bangsa bukan individu yang buat salah pada kita.

Jangan me'layu'kan bangsa Melayu. Kalau bukan kita yang menaikkan martabat bangsa Melayu siapa lagi.. Takkan nak suruh bangsa lain memperjuangkan bangsa melayu kot. Mustahil la kan.. Yang dok ada sekarang pun tunggu peluang je nak ambil semua hak orang melayu. Depa umpama tarik rambut dalam tepung.. pelan pelan & sikit2.. Sedar2 tinggal kain pelekat je kita ni. Maka inilah masa kita kena berubah. Paling penting jangan buat benda ni >> 5 Isu Paling Hot Yang Anak Muda Tak Boleh Buat << Kalau kita tetap tak berubah melakukan kesalahan yang sama seterusnya di warisi generasi akan datang tak mustahil zaman kegemilangan orang melayu nanti hanya wujud dalam buku teks sejarah tanah melayu je la.

Kesimpulannya kat sini.. Hari ni orang melayu di pandang hina bukan kerana perbuatan dari bangsa lain tapi penghinaan itu datang dari bangsa melayu sendiri. Orang melayu menghina bangsa melayu bukan sesuatu yang pelik sangat dah berlaku.. Malah bagai satu fenomena biasa. Jadi.. apa nak pelik kalau orang pandang Melayu ni macam hina sangat sebab kita yang memberi gambaran itu pada orang luar. Jadi tepuk dada tanya selera.

2 comments:

  1. ermmm betul tu kak. ermmm menyesal menyesal!

    ReplyDelete
  2. Itu pun kira nasib baiklah kalau ada lagi sejarah orang Melayu dalam buku teks. Buatnya takda, lagilah haru.

    Kadang-kadang, cakap terus-terang, akak pun suka juga guna statement, 'Nilah orang Melayu/Macam nilah orang Melayu...' blahblahblah. Sebabnya bukan apa, memang terbukti asalnya orang Melayu aje yang suka buat/cakap perkara macam tu.

    Tapi memang pun orang Melayu kita macam ni kot ek. Bangsa lain nampak yang buruk-buruk aje tentang kita. Kita ni pulak bila dijulang lama-lama, bukan main gembira dan alpa sampai sanggup berpecah belah kalau tak sependapat. Yang lain tu tunggu masa aje kat bawah. Kang dah jatuh, marilah sama-sama tepuk tangan dan kita dah tentu-tentu terjelepuk, payah nak bangun.

    Eh, pernah sekali satu bangsa ni, dahlah PR aje kat Malaysia lepas tu boleh tanya suami akak (belakang akaklah ni), kenapa kahwin orang Melayu? Orang Melayu ni tak baik, tak pandai jaga laki!

    Berbulu-bulu tau dada akak, nasib baik sempat cukur. Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com