TAG-ALONG.. LAGENDA SERAM JIN YANG MENGHANTUI GUNUNG

4/12/2016 08:12:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

TAG-ALONG.. LAGENDA SERAM JIN YANG MENGHANTUI GUNUNG. Setiap negara mesti ada kisah lagenda seram dia tersendiri. Tak kira la orang putih ke, orang hitam ke,orang cina,jepun,melayu,siam bagai. rata2 memang ada kisah seram yang menjadi kepercayaan masyarakat di sesuatu tempat. kalau dah legend tu memang cerita dia sentiasa di sampaikan dari satu genarasi ke genarasi.


Kat taiwan ada satu kisah berkaitan denganJin yang tinggal di kawasan Gunung yang menyerupai seorang budak perempuan yang sering berbaju merah. Hobi dia suka culik orang tua & kanak kanak. Katanya mangsa2 dia melibatkan orang - orang yang pernah melakukan kesalahan.

Alkisahnya seorang broker hartanah yang tinggal bersama nenek dia sejak dari kecil. Nak di jadikan cerita.. satu hari di kawasan kejiranan mereka kecoh bila seorang warga tua (perempuan) hilang. Puas la cari tak jumpa2. Maka poster2 tentang di kehilangan dia di lekatkan merata rata untuk tujuan menghebahkan kehilangan dia. Tapi broker tanah ni dia memang tak berapa ambil tahu sangat hal sekeliling sebab dia sentiasa sibuk dengan kerjaya dia. Malah dengan nenek dia sendiri pun dia jarang luangkan masa.

Satu hari.. Nenek dia pulak hilang. Dia fikir nenek dia mungkin kemana mana sebab merajuk. Pagi sebelum nenek dia hilang & sebelum dia pergi kerja dia janji dengan nenek dia akan bawa kekasih dia datang makan malam bersama tapi tak jadi selepas isu perkahwinan di bangkitkan mereka bergaduh. Si makwe ni tak mau kawen katanya lelaki tu masih tak stabil & tak mampu pikul tanggungjawab seorang suami & ayah. So, dia lebih selesa terus dalam hubungan percintaan macam tu je tanpa ikatan perkahwinan atau ada anak.

Selepas nenek dia hilang.. perempuan tua (kawan kepada nenek dia) yang hilang sebelum ni tiba2 di jumpai. Bila dia bertanyakan tentang nenek dia kepada perempuan tua tu, perempuan tu dengan bersungguh sungguh minta maaf tanpa tahu hujung pangkal kenapa & mengapa. Sebab time tu dia tengah rushing nak pergi kerja so malas nak soal siasat sangat.

Macam macam kejadian pelik berlaku selepas nenek dia hilang. Dia nampak kelibat budak perempuan berbaju merah dalam rakaman dalam video camera milik kawan nenek dia yang pernah hilang sebelum nenek dia hilang. dalam rakaman tersebut sekumpulan pendaki sedang melawat di kawasan gunung tersebut tanpa sedar di ekori seorang budak perempuan berbaju merah.  Dia selalu dapat mimpi ngeri berkaitan budak baju merah. Yang paling mengejutkan bila di periksa cctv di bilik kawalan tempat tinggal dia.. kelihatan seorang kanak kanak berbaju merah membawa nenek dia ke satu tempat yang mereka sendiri tak tahu kemana. Selepas itu broker tanah tu pun turut hilang.

Si Makwe pulak risau sebab sebelum kehilangan kekasih dia (broker tanah) & berlaku juga pada dia kejadian2 pelik & seram. Sebelum pakwe dia hilang, Si Pakwe ada datang ke tempat kerja dia & ajak dia makan malam dengan nenek di rumah. Bila sampai di rumah, Si lelaki ni terus meluru ke dapur & makan. Bila tengok pakwe dia sedang makan benda2 kotor macam cacing & serangga terus di makwe ni lari ke pondok pengawal untuk minta tolong kat seorang lelaki tua yang menjaga kawasan perumahan tu.. Bila sampai je kat dalam rumah lelaki tu dah tak ada & meja makan pun kosong. Pengawal tua tu mula syak ada sesuatu berkaitan perkara mistik yang berlaku di rumah tersebut. Maka dia buat sedikit ritual untuk menghalau hantu.. Semasa ritual di buat, hantu tersebut ada memberi signal tentang kehadirannya.

Penduduk kat situ memang percaya kisah lagenda seram berkaitan Jin Gunung syak jin gunung tu kembali menganggu manusia selepas ada orang yang menceroboh kawasan gunung tersebut. Jadi perempuan tu cuba mencari maklumat tentang gunung tersebut. Sebab rasa kehilangan & sayangkan kekasih dia sanggup mengikuti pasukan penyelamat ke gunung tersebut untuk mencari kekasih dia setelah dia membuat siasatan sendiri & percaya kekasih dia di bawa oleh kuasa mistik ke situ.

Malangnya dalam ekspedisi pencarian tu dia tersesat. Sesat yang di rancang oleh jin gunung yang jahat. Time tu dia jumpa macam2 benda seram termasuk cerita lagenda konon setiap pokok yang ada atas gunung tu semuanya mempunyai roh manusia. Menurut cerita orang tua tua.. Orang yang hilang di gunung tu semua roh mereka di penjara pada setiap pokok di situ. Dia melihat ramai roh yang menakutkan terikat di pokok. Sampai la dia jumpa kekasih dia di salah satu pokok yang terdapat kat situ. Dia cuba menyelamatkan kekasihnya & cuba melarikan diri dari tempat tu.

Tapi jin gunung tu berjaya menangkap mereka semasa mereka cuba melarikan diri.. Hanya salah seorang sahaja boleh balik. Tapi dengan kuasa cinta & penyesalan yang dia rasa Akhirnya mereka berjaya tumpaskan jin gunung & balik.


Begitulah review cara lekat lekit untuk filem seram taiwan tag-Along ni. Orang review macam seram sangat tapi sekilas aku tengok klasifikasi filem P13 pun aku boleh agak tak seram mana. Munafik pun orang cakap seram sangat tapi P13 tak payah gebang seram dengan aku. Aku normally tengok cerita seram semua klasifikasi 18. Yang tu semua kebanyakkan filem dari Thailand. Baru menusuk ke kelambu seramnya.


Tapi cerita ni not bad. Jalan cerita dia pun best jugak. Babak2 hantu keluar pun mampu la buat korang termencarut sikit katanya. effect hantu dia pun nampak menakutkan la bagi yang penakut. Jadi boleh la kalau yang suka tengok filem seram nak buat koleksi dvd atau nak tonton filem ni.

Kadang2 tengok trailer ni macam seram sangat alih2 tengok feel dia biasa biasa je. Sebab trailer tu sangat penting untuk buat orang tertarik nak tonton sesuatu filem. Tapi rahsia di sebalik penghasilkan trailer sesebuah filem agar nampak menarik ramai yang tak tahu. Kalau nak tahu rahsianya meh tengok kat sini >> 6 Rahsia Perlu Anda Tahu tentang Sekuel Cloverfield Yang Mampu Buat 1 dunia menanti Untuk Menonton << Tu sebab kebanyakkan orang tertipu dengan trailer. hahaha

4 comments:

  1. za dah tengok movie ni, memang menyeramkan habis. effect hantu tu memang macam real, nak2 bila dalam hutan ya ampun.. seriau..

    ReplyDelete
  2. Tahap keseraman kita ni sama ke tidak? Nanti akak check cerita ni tengah malam. Kotnya ada kat youtube. Akak tengoklah yerk.

    Eleh, betul ke Cloverfield tu seram? Akak tengok yang first entah macam apa je ceritanya. Dah ada sekuel ek?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com