FAKTA SEBENAR TENTANG SMARTPHONE HUAWEI YANG PERLU ANDA TAHU

8/02/2016 02:04:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

FAKTA SEBENAR TENTANG SMARTPHONE HUAWEI YANG PERLU ANDA TAHU. Sejak terjebak dalam aktiviti photography tak profesional (sekadar ambil gambar menu masakan aku je.hihihi) ni aku mula minat dengan gadget2 yang ada camera. Lebih2 lagi fungsi camera yang boleh menyerlahkan gambar yang di ambil macam guna DSLR. Almaklum la.. DSLR ni besar.. Rimas la nak mengusung jadi kalau ada camera kat smartphone yang ala2 DSLR memang aku sangat - sangat teruja. Nasib baik la kemampuan diri ni terbatas & aku masih sedar diri aku ni bukan anak Perdana menteri jauh sekali bini perdana menteri.

Smartphone huawei P9 bagaikan membawa DSLR dalam smartphone katanya.hehehe

Sekarang ni rancak Huawei mempromosikan smartphone terbaru mereka Huawei P9 yang duta produk dia Siti Saleha. Apa yang best Huawei P9 ni ada leica kamera. Ada dua camera kat belakang beb. Bukan je boleh buat kesan bokeh yang gambar background nampak blur tu.. Malah boleh buat banyak lagi kesan2 menarik pada gambar macam light trails, motion blur & banyak lagi yang normally selalunya orang buat melalui DSLR. Gambar dia pun lebih cantik berbanding smartphone jenama terkenal yang lain. Bila dok baca fungsi2 smartphone huawei P9 ni.. menitik airmata,hidung & air liur beb! Selalu jugak dok gebang depan laki pasal smartphone ni. Kalau dah macam tu memang ada keinginan mendalam la nak memilik cuma takde la sampai nak memaksa untuk di beri.

Selain dari kehebatan fungsi camera dia.. Huawei antara jenama smartphone yang mempunyai fungsi keselamatan Android yang terbaik berbanding smartphone jenama terkenal yang lain. Banyak lagi fakta tersembunyi yang mungkin korang tak pernah tahu pasal huawei ni, jadi kalau rasa nak busy body jadi tepi kain huawei meh baca kat sini >> Korang tahu tak fakta epik ni tentang phone Huawei? Kalah jenama lain beb! <<

Kalaulah.. tetiba huawei hadiahkan aku sebiji P9 untuk reviews alangkah indahnya hidup ini.. andai dapat menatap wajahmu.. erkk.. ternyanyi pulak. hehehehe. Apapun kalau korang tengah survey smartphone baru tak salah korang risik2 huawei P9. Nak2 lagi yang suka photoshoot atau berselfie ni. Memang yang jenis suka ambil gambar & bergambar sesuai sangat guna smartphone huawei P9.

1 comment:

  1. Merata dok baca pasal Huawei P9 ni. Memang best bangat ke smartphone ni gamaknya?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com