TERKINI! ROKOK DI LENGKAPI DENGAN SETEM CUKAI IMBAS CODE GUNA APLIKASI MOBILE

8/10/2016 10:01:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

TERKINI! ROKOK DI LENGKAPI DENGAN SETEM CUKAI IMBAS CODE GUNA APLIKASI MOBILE. Macam macam kerajaan buat untuk menghalang aktiviti penyeludupan rokok & aktiviti menjual rokok seludup kat Malaysia ni. Rokok seludup tak semestinya jenama2 yang biasa kita dengar.. kadang2 ada yang menyeludup rokok2 jenama terkenal untuk elak cukai. Nak kaut untung lebih gamaknya.


Sebab tu kerajaan sangat alert pasal rokok ni. Mungkin salah satu pendapatan terbesar negara kot. Isu rokok ni nampaknya lebih besar dari isu GST & kenaikkan harga barang. Terbaru kerajaan telah membuat perubahan kepada kotak rokok yang masuk secara bercukai dengan meletakkan dakwat keselamatan bawah kotak rokok. Banyak betul ciri2 keselamatan guna dakwat kat Malaysia ni kan. Dulu kita pakai dakwat masa nak cop ibu cari kalau buka buka account bank & sebagainya.. sekarang dakwat di gunakan untuk menanda pengundi supaya tak mengundi dua kali katanya. Dah habis kes mengundi.. kotak rokok pun kena dakwat jugak hehehehe

Selain di letakkan dakwat pada bawah kotak rokok. sekarang di lengkapi dengan setem cukai yang boleh di imbas (scan) menggunakan aplikasi yang anda boleh download melalui App mobile. Katanya untuk membenteras jenayah rokok seludup. Tu dia memang gigih sungguh kerajaan kita membenteras rokok seludup dari membenteras perkara perkara lain yang lebih membahayakan keselamatan negara.

Kalau korang nak tengok macam mana rupa kotak rokok yang di lengkapi dengan setem cukai yang boleh imbas code guna smartphone tu meh la tengok kat sini >> [WAJIB BACA] Setem Cukai Rokok Baharu Berkuatkuasa Mulai 1 Ogos 2016…Apa Yang Berubah? << cantik tak? hehehehe

Aku rasa la kan.. dari kerajaan pulun sangat dok tumpu pada rokok ni ada baik tumpu pada lambakkan warga asing yang masuk malaysia secara tidak sah. Depa ni ada yang lebih mengancam keselamatan penduduk tempatan berbanding rokok.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com