BARANG YANG DI TERIMA TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE, EZBUY HANYA BAYAR PAMPASAN RM1.96

9/20/2016 05:15:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

TERIMA BARANG TAK SAMA SEPERTI GAMBAR DI WEBSITE,HANYA DI BAYAR RM1.96 SEBAGAI PAMPASAN DARI EZBUY. Baru2 ni aku ada terima barang yang aku shopping kat website ezbuy. macam biasa la shipping dari china. Jauh tu.. Kira kali kedua la aku membeli belah di ezbuy ni. Sebab delivery dia memang terbaik bagi aku. Pengalaman pertama bershopping kat ezbuy memang tak ada apa2 masalah bila barang sampai. Memang puas hati.


Untuk kali kedua ni.. Ada sedikit masalah berlaku bila aku rasa barang yang aku terima tak sama macam gambar yang terpapar kat website ezbuy. Barang tu sepasang seluar Jogger pants jenis design macam jeans tu. Almaklum la sekarang trend korea katanya. Aku memang minat fesyen2 korea walau tak minat drama2 korea. So aku beli la sepasang kat laki aku.. Sebab haritu aku tengok dia beli sepasang jogger pants yang jenis cotton. nampak dia macam suka je fesyen macam tu... Sebab kat ezbuy ni murah boleh la beli sepasang dua untuk suami. Nanti aku paw balik kosmetik kat dia hahaha

Harga dia memang murah. RM28.10 jer (tak termasuk shipping+Agent fee+Delivery). Kat gambar tu memang nampak cantik dah la walau harga dia murah. Tapi bila sampai warna dia pun memang jauh beza dengan dalam gambar & design dia pun sedikit berbeza. Hangpa boleh rujuk gambar kat bawah ni...

Beza sangat gambar kat website dengan barang yang di terima

So aku hantar complaint kat email. Depa reply & seller bersetuju nak bayar pampasan sebanyak 3 Rmb kalau convert ringgit malaysia bari singgit lebih jer. Tapi item tu memang depa tak ambil balik la. Aku cuba demand minta vocuher membeli belah tak dapat jugak. Depa bayar RM1.96 je sebagai pampasan. Wat de hek sungguh. Nasib baik seluar tu bila pakai nampak cantik & asben aku suka. Kalau memang out of taste nak mengamuk jugak la rasa. Tapi dia suruh order lagi sepasang warna yang lebih gelap.. tu bermakna dia selesa & suka la.

Seluar yang asben aku pakai tu la seluar yang di maksudkan. elok pulak bila di pakai. Kalau tak pakai nampak macam seluar bundle jer. Jangan nak mention pasal perbezaan ketinggian pulak. Sesungguhnya aku memang pendek hahaha

Cuma aku tak boleh terima hakikat sikit bila pampasan di bayar RM1.96 tu. alang2 kau tak payah bayar lagi bagus. Sakit pulak hati kita ni, awak!! Kalau ikut include shipping semua tu maybe dalam RM34.80 macam tu la. Barang harga RM34++ dapat pampasan cuma RM1.96.. lawak of the day sungguh. Aku bagitau laki aku pun dia gelak hahahaha. Apapun harga seluar tu masih murah sebab kat luar maybe harga dalam RM60-RM70 jugak. Cuma tips membeli belah kat ezbuy ni kalau nak beli sikit2 rugi bayar shipping tu.. beli banyak jimat jugak shipping kos dia. Sebab mula2 aku beli shipping dia agak mahal berbanding yang kedua. Yang pertama aku beli 2 pasang pants jer. Yang kedua aku beli 6 item.. seluar baju kasut bagai.

Moral of the story.. Apapun itulah risiko membeli belah secara online. Kita hanya pilih berpandukan gambar kalau barang yang dapat berbeza sikit dari gambar tu memang perkara biasa berlaku.

3 comments:

  1. Beli online memang berisiko.. tu sebab kekadang berkira2 jugak nak beli online ni walaupun teringin..

    ReplyDelete
  2. Itulah risikonya kan mummy..
    Hurm sabor je lah..
    Mummy tima kasih cetus idea edit gambor bg private skit..
    Kihkihkih
    Kita copy paste tau..
    Jmpt singgah umah baru kita mummy..
    Umah lama dah kunci x bg org msk..
    Hihihihi

    ReplyDelete
  3. Hi sis, just want to share a trick with you. EZBUY ni sebenarnya hanya agent untuk membantu kami kat Msia ni utk membeli barangan online CHINA nama TAOBAO dengan harga delivery yg lebih murah, terutamanya dengan service PRIME. Sebelum ni kalau sis nak tahu, saya gunakan service freelance agent dan delivery fee mmg terrible walaupun barang asal murah. (They all kira ikut setiap 500g + service fee)
    And another thing is, setiap pembelian online memanglah berisiko. Terutamanya dengan TAOBAO kerana website ini dah lama operate kat CHINA dan ada terlalu ramai org yg bergantung kepada website untuk membeli segala-galanya. So of course, muncul byk kedai yg jual barang yg exactly the same tapi harga lain-lain. Well kita ni sbg buyer of course beli yg paling murah kan.
    OK TRICK DIA DI SINI.
    Usually barang yg murah sampai unbelievable mmg quality dia out. Tapi out sampai tahap mana bergantunglah kepada nasib buyer. So untuk elakkan beli cheap stuff but that stuff is rubbish, ALWAYS REFER BALIK DENGAN CUSTOMER REVIEW di website TAOBAO.
    Kalau barang tu quality ok, review they all mmg cantik, because semua kedai kat TAOBAO perlukan review untuk up-kan sales. So kalau refer review website ok, we can buy the thing with more guarantee.
    TAPI SIS FIRSTLY KENA MINTA TOLONG KAWAN CHINESE la, sebab review kat original website TAOBAO all written in Mandarin. :)

    Happy Shopping SIS :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com