DAGU JUNA ANAK FYNN JAMAL DI CENGKAM PEMINAT HANYA KERANA INGIN SELFIE

9/09/2016 11:18:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

DAGU JUNA ANAK FYNN JAMAL DI CENGKAM PEMINAT HANYA KERANA INGIN SELFIE. Pagi pagi scroll intstagram untuk terapi mata katanya. Kat Instagram yang aku follow ni tak banyak perkara yang menyakitkan mata & hati.. Jadi sementara berehat rehat tengok2 IG pun best jugak terserempak pulak dengan 1 post dari Fynn Jamal Bercerita tentang anak dia Si Arjuna tu. Biasa la Fynn Jamal memang selalu berkongsi kisah anak Istimewa dia, Juna Sebab tu aku suka follow.


Semua orang tahu juna seorang anak autistik yang sangat comel. Pada pandangan mata kasar orang yang tiada knowledge pasal autisme ni akan memandang Juna macam kanak kanak normal yang lain tapi bila mendekati anak anak autisme ni baru akan nampak kelainan mereka sebab mereka bukan kurang upaya tapi berkelainan upaya. Kenapa mereka yang ada anak macam ni mengklasifikasikan autisme adalah kelainan upaya.. sebab mereka mempunya tingkahlaku & perangai yang berbeza dari anak anak normal. Mereka bukan terencat akal atau sakit mental, ok! Autisme bukan dalam kategori tu.. Kalau apply OKU card pun mereka di kategorikan dalam masalah pembelajaran walau banyak anak autisme yang mempunyai IQ yang tinggi & bijak dalam pelajaran tapi sebab kelainan yang mereka ada.. mereka sukar untuk ikut kebiasaan yang anak anak normal lain buat. Sebab tu di sekolah mereka di tempatkan di kelas PPKI tapi bukan sebab mereka tak berpontensi dalam pelajaran tapi sebab kelainan tingkahlaku tu buat mereka sukar untuk belajar seperti anak anak normal.

Autisme ni sangat unik.. ada beberapa kategori.. Several.. Moderate & mild.. Dan ada dalam kategori high functioning dimana secara kasarnya mereka nampak normal tapi masih ada kelainan yang orang2 terdekat je perasaan. Yang kategori high functioning ni memang boleh berdikari & bersekolah di aliran perdana dengan golongan normal. Autisme bukan penyakit jadi ia memang tiada ubat untuk sembuh tapi boleh di hilangkan ciri2 autisme tu dengan terapi. Normally yang kategori mild ni boleh sampai ke fungsi normal di mana ciri2 autisme tu boleh di hilangkan sehingga mereka nampak seperti anak anak normal yang lain. Cuma benda tu takkan berlaku tanpa berbuat apa2.. Perlu usaha & sokongan dari ibu bapa & orang2 sekeliling jugak.

Tu serba sikit tentang autisme yang di hadapi oleh anak kepada selebriti terkenal Fynn Jamal. Autisme ni memang ada masalah eye contact & sukar fokus kepada sesuatu perkara contoh macam nak ambil gambar. Memang agak susah bagi sesetengah anak anak autisme untuk pandang camera apatah lagi nak buat aksi2 bila bergambar. Sebab Juna memang sangat terkenal di kalangan peminat Fynn Jamal secara tak sengaja dia pun popular & ada peminat sendiri. Bila peminat jumpa Juna kat public mesti la nak selfie cuma kesian la kat Juna bila orang yang tak faham masalah dia nak paksa dia bergambar seperti yang depa nak sampai aku rasa agak berkasar. Dari cerita Fynn Jamal.. ada peminat sampai cengkam dagu Juna sebab nak dapat shoot Juna pandang camera tu. Allah.. kalau anak aku pun orang buat macam tu sakit jugak hati mak ni.. Tapi kita faham situasi Fynn tu kalau dia tegur mungkin jadi isu fynn jamal sombong bla.. bla.. bagai sebab peminat ni bukan semua jenis faham masalah orang lain. Asal retis jer dia nak dapat layanan yang sepatutnya sebagai peminat yang sentiasa menyokong.


Bila berhadapan dengan seorang anak austisme tak kira kanak kanak atau dewasa yang perlu ada adalah kesabaran, kasih sayang, simpati & perkemanusiaan. Sebab emosi mereka boleh berubah dengan tiba2 hanya sebab kesilapan kecil jer & mereka jugak mungkin tak mampu ikut apa yang kita minta atau harap. Untuk mendapat sesuatu dari mereka perlu kesabaran yang amat tinggi. Kena bijak mengawal situasi bila mereka mengamuk atau naik angin. Tak semua orang ada kesabaran tu setiap masa & tak semua orang mampu jadi macam mamat ni yang sangat cool mengawal keadaan bila berhadapan dengan manusia yang sangat annoying yang boleh menguji kesabaran sesiapa saja >> 4 Situasi Yang Confirm Buat Korang Panas & Cara Mamat Ni Mengatasinya << Memang spesis macam mamat ni tak banyak kat Malaysia.. Nak handle mamat poyo pun kau tak mampu apatah lagi nak handle anak autisme memang failed la. hehehe

Moral of the story.. Menuntut orang untuk memahami adalah perkara yang sangat susah.. Jadi aku setuju cara fynn jamal tidak selalu mendedahkan Juna pada public kerana bukan semua orang faham tentang tingkahlaku & perangai seorang anak autisme ni lebih lebih secara fizikal mereka nampak seperti anak anak normal yang lain. Kita sedia maklum manusia ni suka buat spekulasi & persepsi sendiri jadi anak yang ada autisme selalu menjadi salah faham pada mereka yang tidak faham.

1 comment:

  1. Nak buat macam mana kalau awal2 maknya pun jadikan anak selebriti. Harap bertabahlah :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com