ISU HANGAT TERKINI! BEKAS MAKNYAH TERKENAL KEMBALI JADI PONDAN

9/06/2016 10:52:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

ISU HANGAT TERKINI! BEKAS MAKNYAH TERKENAL KEMBALI  JADI PONDAN. Untuk minggu ni isu hangat mula2 pasal kontroversi Si Uqasha Senrose yang keluarkan statement tak mahu bertudung lagi setelah 3 tahun tampil dengan imej bertudung. Nak tau sebab apa dia tak mau bertudung nanti korang boleh baca la kat entri ni (UQASHA SENROSE RASA MUNAFIK & MEMPERMAINKAN AGAMA BILA BERTUDUNG PUNCA DIA KEMBALI FREE HAIR). Tak mau komen apa2 pasal keputusan yang dia buat.. Kot2 tetiba tahun depan dia dapat hidayah bukan takat bertudung malah memilih untuk menutup aurat lebih sempurna dari kita2 yang dok mengumpat ni ni.. Kang malu sendiri je. Sebab orang kata hidayah milik Allah.. kalau dia nak bagi kat manusia jahil sejahil jahilnya pun tak mustahil..


Tup tup timbul pulak isu seorang bekas maknyah yang pernah mendapat perhatian ramai bila dia memilih untuk berubah menjadi seorang lelaki setelah bertahun tahun menjadi seorang lelaki berpewatakkan perempuan. Beliau katanya seorang jutawan pengasas produk kecantikkan jugak. Masa konon dia dah insaf & berubah menjadi lelaki banyak la stesen2 TV untuk rancangan bual bicara jemput dia untuk minta dia berkongsi cerita & pengajaran di sebalik penghijrahan dia tu.

Tapi Malangnya mungkin ujian terlalu berat & gagal melawan nafsu keperempuanan yang ada dalam diri dia.. dia kembali menjadi seorang maknyah & kembali berpakaian wanita. Katanya dugaan dari mulut2 orang pun salah satu punca dia kembali ke alam maknyah ni. Katanya dah penat.. dia jadi pondan pun orang hina, dia kembali jadi lelaki pun orang kata dia 'tunggang agama' untuk raih populariti. Sampai orang tanya pasal misai dengan janggut dia tak tumbuh2 pun dia jadi stress katanya. Tu yang 7 Abang yang menjadi Idola kepada Lelaki yang nak bermisai ni kekalkan Imej bermisai depa kot agar sentiasa nampak seperti lelaki sejati >> 7 Abang Ini Adalah Idola Lelaki Yang Nak Bermisai << Rupanya Misai pun boleh jadi satu masalah untuk kehidupan seorang lelaki yer. hikhikhik. Biasa la manusia. Macam2 perangai.. ada yang menyokong & ada yang mengherdik. Kita tak boleh nak bentuk perangai manusia menerima kita seperti yang kita nak.. Itu sangat mustahil dalam kelompak manusia yang besar. Jadi blogger pun kena kutuk inikan public figure macam tu. Normal la dalam kehidupan kita. Tak ada dunia yang semua orang sependapat dengan kita kot. Cari la celah mana pun tak jumpa manusia macam tu.

Hurmm.. Nak komen2 lebih2 pun tak berani macam aku cakap tadi. Mana tau lepas ni tetiba dia kembali kepangkal jalan & menjadi seorang lelaki seperti yang Allah jadikan dia.. Siapa tahu. Cuma sayang.. dah elok2 berubah kembali ke kehidupan songsang macam tu. Moga Allah membuka kembali pintu hidayah buat dia.

Teringat pulak bekas seorang maknyah ni.. Setakat ni selepas dia memilih menjadi lelaki sejati tak nampak la apa2 menggugat dia kembali ke alam maknyah. Beliau seorang guru yang nampak sangat berdedikasi dalam kerjaya yang dia pilih. Dok tengok jugak dulu dia selalu update aktiviti dia dengan anak murid. Dia bagi kelas tuisyen percuma.. handle untuk apa2 pertandingan atau persembahan.. Dengan menyibukkan diri dengan benda2 bermanafaat macam tu maybe buat dia tak ada masa nak fikir pasal dunia maknyah yang penuh seribu satu noda. Rasanya di bekas maknyah yang kembali jadi pondan tu pun sepatutnya penuhi aktiviti harian dia dengan kerja2 ibadah atau kebajikan.. Baru la dia tak rindu dunia maknyah. Sebab meninggalkan sesuatu yang dah sebati dalam diri ni bukan mudah.. perlu kekuatan mental & fizikal. Perlu istiqomah melakukannya.

Cikgu Erin Salah Seorang Bekas Maknyah yang dah kembali ke pangkal jalan & setakat ni nampaknya dia bahagian dengan kehidupan seorang lelaki. Rupanya dia pernah menawarkan bantuan pada sipolan yang kembali pondan tu tapi biasa la.. Manusia kadang2 rasa diri semua ada & mampu handle sendiri semua perkara alih2 sebab iman serapuh ranting kayu mati akhirnya patah berderai menyembah bumi

Moral of the story.. Moga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada beliau. Kesian pulak bila teringat si Ayah dia yang tak pernah berhenti membantu & berharap anak dia kembali ke pangkal jalan. Bila dia kembali ke jalan hitam pasti remuk hancur hati si Ayah.

3 comments:

  1. Apa boleh buat nasib badan, dia sendiri yang memilih jalan mana nak di tuju.

    Moga Allah bagi petunjuk buat kali kedua.

    ReplyDelete
  2. Adoii... sedih macam tak percaya jer...
    Mrs.A follow IG dan FB dia.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com