JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016

9/27/2016 03:04:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016. Patut la entri aku tentang atm/debit card maybank tu tetiba dapat views mencanak mengatasi entri cerita Volkswagen kuning yang sejak dua menjak ni meraih views yang tinggi. Rupanya ada viral palsu yang sedang di sebarkan & orang sibuk dok share walau tak tahu hujung pangkal kesahihan berita tersebut.


Ada terbaca satu mesej yang di kongsikan penggunakan media sosial.. mesej dia bertulis macam ni..
Friendly reminder...for those customers who had not yet to change new ATM cards after 30/09/16, B.Islam will charge RM21/-,BSN RM60/-, Maybank RM200/, whilst CIMB is silent but existing cards will b invalid effective 01/01/17 .Bank Islam opened until 7 pm(Mnday to Thursday, n open until 1.30pm on Sturday ..at any branch u can do it...hurry up. - INI ADALAH VIRAL PALSU -
Amboi suka suka hati jer hangpa nak sebarkan berita palsu yang boleh mengundang kesesakkan di semua cawangan bank kat Malaysia ni. Jangan panik ok! Kad Atm/debit card korang sekarang masih valid sampai 31 dec 2016. Ada masa pergi la tukar kat mana2 cawangan bank yang berdekatan. Kalau korang guna atm/debit card maybank boleh apply & aktifkan melalui maybank2u je. Secara online je tak payah susah2 nak pergi bank. Kalau tak reti nak apply secara online boleh rujuk entri ni. Ada tutorial bergambar memudahkan anda >> CARA UNTUK MOHON KAD ATM/DEBIT & AKTIFKAN SECARA ONLINE <<

Yang dok sebar berita palsu pasa atm/debit card tu.. rentikanlah. Tak pepasal kang bank kena serbu dengan rakyat malaysia. Yelah.. hari ni dah 27 sept.. Lagi 3 hari je nak masuk 30 sept. Confirm la orang panik takut tetiba nak guna kat atm/debit nanti tak boleh.

Gamaknya dah takde kerja sangat la dok buat khabar angin macam tu. Kau fikir dok buat berita palsu & viralkan tu kau boleh jadi manusia yang terkenal macam Si Amigo Mr Potato yang popular seluruh dunia ni & yang sorang rakan duet dia yang terkenal kat smule >> Macam kenal je mamat ni, bukan dia famous kat Smule ke? Kenapa Ada Video Dia Bersama Lelaki Bermisai Tebal Ini? << Mimpi je la nak jadi popular macam ni kalau setakat dok sebar viral palsu.

1 comment:

  1. Ini yang kemarahan akak membuak-buak kembali! Dah dua hari akak dengan senyum langsuir masuk maybank tau tapi bila akak tanya jerk kat kaunter nombor tu, 'ramai tak orang nak tukar kad', dijawabnya oleh staff 'ramai puan, lebih 20 orang!' So akak pun senyum balik sambil berlalu keluar. Malas ler nak tunggu lelama!

    Akak dah tukar online since 24 Ogos tapi si Citylink buat dajal sampai hari ni kad baru tak sampai tau! Geram sangat nih! Rasa macam nak MC je untuk tukar semua kad bank tau!

    By the way, masa mula-mula depa warwar suruh tukar mereka kata macam ni, 'sebenarnya kena tukar sebelum Sept 2016, kad baru akan fully operasi by 2018. Tapi kita extend free tukar kad sampai Dec 2016, puannnnnnn!'

    So akak tak jadilah MC ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com