INI SEBAB BEKAS ROCKERS 80AN & 90AN KENA TENGOK ROCK BRO

10/31/2016 11:40:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

INI SEBAB BEKAS ROCKERS 80AN & 90AN KENA TENGOK ROCK BRO. Zaman 80an & 90an adalah zaman kegemilangan bagi lagu2 rock. Zaman tu kalau nak tengok generasi muda belia pakai seluar ketat rambut panjang.. ada yang lurus, ada yang ikal mayang ada yang kerinting memang boleh nampak kat mana2 saja. Zaman tu jugak search, wings, damasutra & banyak lagi kumpulan rock tengah popular. Kira time tu lagu2 rock memang in-trend la. Tapi muzik rock ni aku rasa sampai sekarang pun masih di terima. Kira evergreen la kan...

Bagi rockers zaman 80an & 90an kalau nak mengimbau kembali zaman rock anda dulu boleh la pergi menonton filem rock bro.. Sebab filem ni mengisahkan perjuangan rockers zaman tu. Di selang seli dengan babak babak komedi yang aku rasa confirm tak sempat mengantuk punya tengok filem ni. Dalam filem ni menampilkan zaman kegemilangan rock yang dah hujung2 la sebelum kemunculan irama rap & hip hop awal 90an. Filem ni mengisahkan perjuangan 1 kumpul rock anak muda Rimba bara yang dah lama tak dapat job buat persembahan. Terpaksa melakukan kerja sambilan untuk menyara hidup & membuat persembahan di gig tapak ekspo tani. Yang sedihnya persembahan mereka di bayar dengan buah buahan & sayur sayuran termasuk la petai & terung dari penganjur. Lebih menjadi masalah bila vokalis mereka Zul kapan tarik diri & menyertai kumpulan 4URU. Tak dapat bayangkan bekas vokalis black metal, kemudian join kumpul rock selepas tu nyanyi lagi RAP. hahahaha.

Namun Rimba Bara tetap gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Dalam pada masa yang sama Jijoe (khir Rahman) jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman. Sebab terlampau sayangkan Ella, dia sanggup meninggalkan dunia rockers untuk seorang kontraktor kelas F sebagai bukti cinta dia pada Ella & mahu mencari kehidupan yang stabil & lebih terjamin. Keputusan tu buat Rimba Bara semakin hilang arah hingga mencetuskan konflik antara mereka.

Apa kesudahan perjuangan mereka kena pergi tengok kat pawagam. Dah mula di tayangkan 27 oct 2016 haritu. Bagi rockers sejati confirm filem ni antara filem yang korang akan suka katanya

Boleh tengok Trailer Filem Rock Bro

Barisan pelakon yang hebat seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, dan Azmi Bahron. Dalam filem ni turut ada penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings. So, kalau jiwa rockers anda masih ada... Wajib menonton filem ni ok!

Aku sebenarnya pun teringin nak tengok jugak.. Tapi tu la.. susah betul nak bawa budak lala tengok wayang yang bukan taste dia. Almaklum la budak2.. dia tengok kartun je la. So terpaksa la tunggu keluar dalam bentuk DVD. nak tengok astro first pun.. astro tak langgan katanya. hahahaha.. Takpe.. takde apa nak kejar sangat. Kalau filem yang best.. tengok awal atau tengok lambat tetap tak hilang best nya tu. hehehehe

Apapun.. Semoga Rock Bro akan dapat sambungan hangat sehingga Box Office & All the best untuk semua yang terlibat dalam Filem Rock Bro!

1 comment:

  1. Fuh.. Kena tengok ni. Saya membesar di zaman rock kapak. Pasti indah mengimbau kenangan lalu. tapi masalahnya, isteri saya tak suka rock. Apatah lagi anak-anak. Kena pegi sorang-sorang la gini.
    Itu hari ( Jumaat- 28/10/2106) ada cerita ROCK di TV3 pakul 2pm. anak-anak pakat kutuk saya sebab minat pakaian macam ni.. huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com