PERHATIAN! SILA KOSONGKAN MEMORY CARD ANDA SEBELUM 31 OGOS

8/30/2017 11:02:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

PERHATIAN! SILA KOSONGKAN MEMORY CARD ANDA SEBELUM 31 OGOS.  Hidup zaman teknologi ni manusia & telefon tak boleh di pisahkan. Bila teknologi semakin berkembang kalau dulu enpon jer.. Sekarang smartphone pulak.. Bila dah pakai smartphone kena la ada memory card ye dak.. Apalah erti sematpon tanpa card memory.. Kalau takde boleh kemurungan jugak ok. hehehehe



Tapi kalau ada memory card tapi full.. Lepas tu nak delete semua saka saka dalam tu sayang. Sebab semua ada kepentingan & sentimental value katanya.. Lebih lebih gambar yang berjuta juta lemon tu. Pun boleh menyebabkan depression juga. Silap haribulan boleh migrain katanya.

Sebab tu la hangpa kena kosongkan Memory card sebelum 31 Ogos... Kira hari ni last untuk hangpa berbuat demikian. Tak kisah la nak delete ka.. Nak backup kat tempat lain ka.. Janji memory card hangpa ada space untuk di isi lagi. Jangan tanya pasai pa kena buat macam tu... Tapi kalau ada yang tanya juga kena la remind..

Lusa kan nak raya. Trend raya zaman sekarang kena selfie.. wefie bagai.. Tak buat semua tu tak trendy la beb! Kena Boooo.... hahaha. erkk...  Sebab tu la hangpa kena kosongkan memory card sebelum 31 ogos. Nak2 lagi yang nak balik kampung. Sebab kat kampung satgi tak dak masa dah nak backup data data atau gambar. Kang ada yang terdelete memori daun pisang, memori berkasih.. Lepas tu balik rumah menangis tepi bucu katil sambil pintal2 selimut pulak. Sebab menyesal delete gambar2 bersama kekasih2 lama.. sentimental value katanya. hehehehe

Mesti ada yang kata.. Benda lagu ni pun nak tulis dalam blog. Apa kematu dah ka idea hang lekat lekit. Dak Aiih... kami kan suka memberi pesanan khidmat masyarakat. Sebab terlebih bagi pesanan khidmat masyarakat jugak la kena saman. Tengok betapa prihatinnya kami kepada masyarakat sampai kena saman sebab nak membantu bagi pendedahan. Jadi hargailah blogger macam lekatlekit.com ni... hehehehe

Apapun bagi yang dah packing nak balik kampung tu.. Sila pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik untuk perjalanan jauh. Jangan kat tengah2 highway satgi berasap bagai.. Siang2 hari ok la. Buatnya berasap tengah malam.. nak2 lagi kat area Gua Tempurung tu tak ke mengelupur hehehe. Tapi bukan tu je..  kena pastikan minyak pun cukup sehingga sampai ke R&R atau stesen minyak seterusnya..

Di kesempatan ni lekatlekit.com nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 60 buat semua rakyat malaysia.. Semoga kita sehati sejiwa & selamat hari raya aidiladha.. Moga Tiada yang terkorban di jalan raya, Amin.. Ampun maaf sekiranya ada kata kata yang menguris hti sesiapa.. Mohon doakan Semoga kes saman sivil keatas saya di permudahkan & Mohon semoga Allah bagi kemenangan buat semua yang menyokong perjuangan saya.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com