SARAPAN DENGAN KOPI MERCIK MEMANG SPOIL BETUL LA

10/10/2017 11:00:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

SARAPAN DENGAN KOPI MERCIK MEMANG SPOIL BETUL LA.. Awat pulak hang ni lekatlekit? Dak la.. Kami nak share ni pengalaman minum kopi mercik. Serius memang potong la minum kopi mercik ni kalau sebelum makan. Nak tau sebab apa.. hangpa baca la sampai habis yer entri ni.


Baru baru ni.. Saya dapat 1 pack Kopi mercik untuk di cuba katanya. Dengar nama mercik ni macam best je kan? Alhamdulillah kopi dia memang sedap. Tak berat sangat rasanya. Kira memang sesuai la di ambil sebagai minuman harian.

Saya ni jenis jenis kopi.. saya memang akan ambil waktu pagi. Sebab tak mau satgi malam malam jadi burung hantu. Sia sia kena kawan dengan langsuir pulak kan? dah la rupa ni lebih kurang je macam langsuir satgi ada bomoh tangkap letak dalam botol tak ke naya. Sebab tu saya memang tak suka ambil apa jenis kopi ni lewat petang atau malam. Almaklum la kopi ni minuman berkafien so dia akan bagi kita tenaga & kecerdasan. Waktu malam tu dah tak berapa relevan nak cergas sangat dah.. hahahaha


Kopi dia serius sedap.. Rasa manis dia manis sedang sedang. Memang takde la tahap diabetes dia punya kemanisan. Sebab kopi mercik ni memang datang dalam sachet.. So kita cuma perlu tuang dalam cawan, campur air panas atau suam kacau & minum terus je. Instant kopi. Memang sesuai untuk yang jenis pemalas atau sibuk mengalahkan Datin Seri Rosmah Mansor & Dato Seri Najib Tun Razak. memang takde masa la nak buat kopi nak kena rendam serbuk kopi, tapis, masukkan gula/creamer/susu bagai tu.

Kalau sedap, senang di ambil.. Habis tu apa yang potongnya??? Kan.. semua dah cukup sempurna apa lagi yang tak bestnya pulak. Haru sungguh lekatlekit ni kan? Serba tak kena ja dia ni. Ada saja dia rasa nak komplen..

Yang tak best & Spoil nya.. sebab kalau ambil sebelum ambil makanan breakfast confirm lepas tu kenyang. Spoil sungguh sebab ada satu hari saya dah siap masak nasi goreng sardin lagi tau nak breakfast.. Tapi saya tersilap minum kopi mercik ni dulu. Lepas minum dah hilang selera nak makan nasi goreng sardin. Gigih juga makan sesuap dua tapi dah rasa full. Memang kopi mercik ni buat kita rasa kenyang. Elok sangat la kalau hangpa nak turunkan berat badan boleh kawal sikit nafsu makan tu kan. takde la belasah nasi lemak hari hari. hehehehe

Selain memberi rasa kenyang, kopi mercik ni membantu melawas juga ok! sebab bila ambil kopi ni nampak macam sistem penghadaman tu agak bagus bila aktiviti membuang semakin lancar ke saluran sepatutnya hahahaha.. Walaupun dia potong selera makan tapi dia membantu jugak la melawas. Yang mana rasa ada masalah sembelit boleh la try yer... Moga tak berkerut sangat muka bila mencangkung dalam jamban tu. hehehehe

Jangan risau kopi ni tiada pengawet atau perisa tiruan. 100% menggunakan bahan asli. Kopi mercik ni hasil keluaran anak felda ok! Tu yang patut kita support & bangga sebab keluaran tempatan.


Sebab dia kopi 3 in 1.. Bagi golongan yang bekerja elok la simpan stok nak nak jenis waktu lunch pun dia bantai kerja. Apa ingat tak ada ke manusia spesis macam tu. Dulu senior kat opis saya.. dia memang jenis workaholic gila. Bukan setakat hari minggu dia boleh datang kerja tanpa di paksa.. malah tenghari jarang tengok dia keluar lunch. Kat situ la dia buat kerja.. kat situ la dia makan.. cuma kencing berak je dia bangun ke toilet. So, kopi macam ni memang sesuai la untuk golongan macam dia. At least memberi rasa kenyang takde la gastrik nanti. hehehehe

macam mana nak dapatkan Kopi Mercik ni??
 Whatsapp jer 017 2429610 

Atau boleh layari
Facebook : Kopi Mercik
Instagram : kopimercik

3 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com