HUJAN WANG DI BULAN NOVEMBER? SAPA NAK CEPAT BACA!

11/09/2017 11:00:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

HUJAN WANG DI BULAN NOVEMBER? SAPA NAK CEPAT BACA! Tengah tengah memang perlukan duit & ada masalah kewangan ni dengar benda2 yang boleh mendatangkan sumber duit ni agak teruja juga la. Almaklum manusia memang perlukan duit untuk teruskan rutin harian. Tak payah membongak sangat.. Duit semua tak penting, yang penting cinta. Kau nak bercinta pun kena ada duit.. So, takde istilah hidup tak perlukan duit. Apa ingat nak hadap pasangan kau boleh kenyang telan air liur je ke?


Bukan apa Markonah tetiba cerita pasal duit ni tadi tertengok kat website Beauroque.. alah yang jual shampoo santan tu.. Takkan kau dah lupa konah. Shampoo yang tengah viral sekarang katanya. Tapi sekarang bukan la nak cerita pasal shampoo tapi ni ha nak cerita depa dok kelam kabut buat kempen membantu pelanggan berjimat semasa berbelanja di e-commerce depa, di website Beauroque.com tu mana lagi. Bukan kedai runcit minahci yer.. Kempen yang di beri nama #bnovemberrain.

Kenapa #bnovemberrain? Katanya sempena November yang hujan & bah sana sini.. Maka elok la depa ambil kesempatan untuk menurunkan hujan wang kepada para pelanggan depa melalui kempen Jimat cermat semasa membuat pembelian di website depa. Baguih budaknya depa ni.. merujuk kepada Beauroque.


Bukan takat hangpa boleh berjimat cermat amalan mulia & pasti syaiton menangis kerana tiada pembaziran.. Malah depa nak bagi hangpa peluang menang cabutan bertuah dengan nilai hadiah yang memang meleleh air liur.. RM1111.00 kau! Banyak satu tu.. Bukan singgit yer. Baca betul betul jumlah tu.. Tak mau ka? Takpa.. hangpa tak mau kami nak. Biaq kami ja nak sertai kempen ni & peluang cerah sikit nak menang. hahahahaha


Tapi yang mana rasa nak jadi pesaing saya join kempen ni.. Syaratnya sangat mudah. Lagi mudah dari masak air hehehehe tak caya baca la dulu


 Cara untuk join kempen ni adalah.. 

Para pelanggan hanya perlu membeli kupon kempen yang bernilai RM10.00 sahaja & kupon ini membolehkan para pelanggan mendapat diskaun pembelian bernilai 11% daripada harga barangan yang ditempah. Alah kupon spoloh hengget apa la sangat kan berbanding hadiah yang mungkin bakal menang tu.

Para pelanggan boleh mula menggunakan kupon bermula daripada 11 November 2017 sehingga 30 November 2017 untuk membuat pembelian. Sempat la dapat gaji nak redeem kupon tu kan? hehehehe

Bayangkan, dengan hanya melabur RM10.00, tuan-tuan & puan-puan layak untuk mendapat peluang memenangi wang tunai bernilai RM 1111.00 & juga berjimat semasa membeli. Bak kata mat salih ” Killing 2 birds with 1 stone“. Tapi nak killing bird dengan lastik peluru batu lagi susah dari dari join kempen ni. Tak payah nak lastik lastik.. Beli kupon spoloh hengget & berbelanja sikit di Beauroque..beli shampoo santan ke hapa yang patut, peluang terbuka nak menang hadiah bernilai RM1111.00 tu

Kupon yang di jual terhad & setia pelanggan hanya boleh dapatkan 1 kupon untuk setiap orang. Dalam erti kata lain.. Peserta untuk kempen ni juga limited la. Sapa cepat dia dapat beli kupon & dapat peluang menang cabutan bertuah.

Untuk update terkini & info yang lebih pantas berkaitan kempen elok la hangpa like & follow  Facebook Page : Beauroque  . 
Sila see first sekali untuk tidak terlepas pandang apa2 annoucement penting


 Syarat-syarat penyertaan & Syarat untuk menang 

➠Beli kupon bernilai RM10.00 sahaja daripada website Beauroque

➠Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan pada 8 Disember 2017 melalui LIVE FB di page FB Beauroque.com

➠Hanya pemegang kupon #bnovemberrain yang memenuhi syarat no.1 & 2 di atas sahaja yang layak mendapat hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan.

➠Kempen akan tamat pada 30 November 2017.

➠Tertakluk kepada terma & syarat.

Dah faham macam mana nak join hujan wang di bulan november bagi kempen berjimat yang di anjurkan Beauroque. Dok melangut apa lama2 kat sini.. Pi la sertai cepat. hehehehe

Semoga berjaya & di limpahi hujan wang yang mencurah curah. Amin..

1 comment:

  1. sangat menarik..

    kalaulah duit turun umpama hujan...

    memang best sangat la.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com