ANAK KALI PERTAMA KE ASRAMA SEDIAKAN BUKU PANDUAN MENCUCI DELOURVA UNTUK MEREKA

2/28/2018 10:00:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

ANAK KALI PERTAMA KE ASRAMA SEDIAKAN BUKU PANDUAN MENCUCI DELOURVA UNTUK MEREKA. Ingat tak kali pertama kita mula mencuci pakaian sendiri bila? Hahahaha.. seingat saya.. saya mula cuci baju saya sendiri masa umur dalam sekolah rendah lagi. Masa tu tinggal dengan makcik.. even kadang2 makcik cucikan.. Tapi selalunya cuci sendiri jugak. Sorry ok bukan guna washing machine.. Masa tu rumah makcik tak ada washing machine. memberus sampai sado dengan tangan ok.


Kalau zaman dulu kita kadang2 belajar secara semulajadi dari hasil pemerhatian kita tapi zaman sekarang budak budak semua mak bapak tolong buat. Diaorang pun jarang nak memerhati perkara lain selain smartphone sampai masa perlu ke asrama & berdikari semua perkara, masa tu la mula mengelabah tak tau nak buat apa. Selalu mak yang buat semua dari basuh baju sampailan iron baju tapi bila kat asrama memang takde la mak mak nak buat dah. Pepandai la kau urus sendiri.


Selain mak bapak perlu sediakan keperluan untuk anak anak mencuci pakaian sendiri ni.. Bagus juga kalau ada sekali buku panduan untuk mereka rujuk. Contoh macam produk delourva ni.. Bila kita beli produk pencuci pakaian dengan mereka.. memang di sertakan sekali buku panduan untuk menggunakan produk tersebut. Sekaligus memberi tutorial secara bertulis & bergambar yang memudahkan pengguna untuk merujuk.

Dalam buku panduan Delourva ni dia ada bagitahu kegunaan setiap item & cara menggunakannya. Antara Item yang ada dalam rangkaian produk Delourva ni adalah..

1. Serbuk Cuci delourva. Ada 2 iatu
➠Pek Permulaan 1kg Kandungan
➠Pek Isian Semula 2kg Kandungan

➛Berfungsi untuk mencuci pakaian putih & bewarna . Selain menanggalkan kesan kotoran Ia juga berfungsi mengembalikan keserian pada warna fabrik yang kusam.

2. Penghapus kotoran (Stain Remover)
➛Berfungsi untuk menanggalkan kesan kotoran lama & baru

3. Pewangi Fabrik 
➛Untuk memudahkan mengosok (Iron) pakaian & memberi haruman pada pakaian

Dalam buku panduan ni di beri tutorial bergambar bagaimana nak gunakan semua item tersebut mengikut langkah yang betul. Tak kira cara cucian tangan ataupun cucian menggunakan mesin basuh menggunakan rangkaian produk Delourva.

Sebagai contoh fungsi & cara guna untuk produk Delourva untuk mencuci kesan kotoran lama yang melekat pada pakaian atau fabrik. Ada step by step yang perlu kita ikut sebelum mencuci supaya mendapat kesan pembersihan yang kita harapkan menggunakan rangkaian produk delourva. Langkah langkah tersebut adalah seperti di bawah..

1. Guna Penghapus kotoran (Stain Remover) dengan cara menyembur pada kesan kotoran tersebut.

2. Rendam bersama dengan serbuk pencuci delourva mengikut sukatan yang di tetapkan (Sukatan ada di berikan dalam buku panduan tersebut). Untuk pakaian putih perlu di rendam dalam air panas & pakaian berwarna menggunakan air suam

3. Selepas tu sekali lagi sembur Penghapus kotoran (Stain Remover) & gosok (berus) dengan lembut.

4. Akhir sekali cuci macam biasa samada menggunakan mesin basuh atau cucian tangan.



Juga di berikan panduan cara untuk mencuci kasut sekolah. Memang bagus untuk anak anak kita yang baru pertama kali melangkah ke asrama & baru mula belajar berdikari untuk buat semua perkata sendiri.


Bagus juga buku panduan delourva ni.. Selain serbuk pencuci dia memang untuk kegunaan mencuci pakaian & kasut sekolah tak kira yang berwarna putih atau bewarna lain. Di sediakan buku panduan bagi memudahkan anak anak kita yang mungkin kali pertama masuk asrama & berjauhan dengan keluarga. Jadi salah satu benda yang patut ada sebagai persediaan anak masuk asrama adalah rangkaian produk delourva ni. So mak ayah tak perlu risau dah.. Anak boleh ke tak cuci baju sendiri. Dengan rangkaian produk delourva pakaian sekolah anak anak kita pun tak nampak kusam & baju putih tak jadi kekuningan.

Kalau berminat nak dapat produk & buku panduan ni boleh hubungi/layari :

 Facebook : Sabun Basuh baju Sekolah 
 Website : www.delourva.com 
 Call / Whatsapp :  018 989 8686 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA

2/27/2018 08:29:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA. Rasanya ramai dah tahu viral hari ni tentang Neelofa artis & ahli perniagaan yang berjaya yang berasal dari kelantan ni. Alah.. Isu pasal majlis launching tudung terbarunya yang di buat di sebuah kelab tu..


Saya tak nak la mengulas isu launching produk tu & isu tarian tiang yang videonya tersebar ke serata alam maya hari ni. Cuma untuk menjelaskan salah faham.. Yang menari dalam video tu bukan neelofa tapi seorang blogger yang sekarang dah jadi retis. Siapa blogger tu saya tak nak sebut cuma nak menjelaskan apa yang menjadi salah faham sahaja. Blogger tu pun katanya dah membuat permohonan maaf atas apa yang berlaku.

Cuma tadi ternampak sharing dari kawan kawan media sosial surat terbuka yang berunsur teguran kepada Neelofa dari Page Mufti Wilayah Persekutuan. Antara isi kandung surat terbuka tersebut adalah..

Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

‎2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

‎3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

‎4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Semoga teguran dari Mufti tu Cik Hajjah Neelofa ambil pengajaran.. Ke Cik Hajjah rasa perlu ignore jugak tak tau la. Mufti dah lakukan tanggungjawab dia.. Insya Allah kat sana nanti dah takde dakwa dakwi kenapa tak tegur atau cegah kemungkaran terpulang la kepada Cik Hajjah.

Apapun semoga kita ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ELIT TAKAFULINK BUKAN SEKADAR PERLINDUNGAN MALAH PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN

2/26/2018 11:21:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

ELIT TAKAFULINK BUKAN SEKADAR PERLINDUNGAN MALAH PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN. Semua orang tahu pelan perlindungan (Insuran) zaman sekarang sangat penting. Bagi yang berkemampuan elok la ambil. Bagi yang memang tak berkemampuan mungkin kita boleh cuba cara lain untuk memastikan kita ada backup sekiranya berlaku sesuatu di masa akan datang.

Bagi yang sedang survey pelan perlindungan untuk diri sendiri & keluarga.. Sedang elok la membaca entri ni. Bak kata perumpamaan melayu.. Dah mengantuk di sorong pulak bantal busuk. Makin menjadi jadi la lenanya. Kekekkee

So hari ni tetiba je rasa nak share dengan korang satu pelan perlindungan yang ada simpanan & pelaburan macam asb tu. Kalau asb dia pelaburan & simpanan je kan tapi yang ni dia ada pelan perlindungan, simpanan & pelaburan sekali. Dengar macam best je kan? Best ke idok.. meh la baca.

Etiqa Takaful Family sebagai pengenalan adalah satu pelan perlindungan yang berkonsepkan simpanan. Selain mengambil perlindungan insuran anda juga boleh tambah simpanan. Etiqa Family Takaful ada 4 Pelan iatu

1. Prisma
2. Harmoni
3. Intelek
4. Elit Takafulink

Mesti ada di antara kita yang masih belum pernah dengar tentang Elit Takafulink ni kan? Jauh sekali la tahu apa kebaikan, kelebihan & keistimewaan Elit Takafulink ni. 


Sebagai pengenalan, Elit Takafulink ni adalah satu pelan perlindungan yang ada kaitan dengan pelaburan dalam satu masa yang sama. Ia memberi perlindungan yang fleksibel serta peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang tinggi. Jadi korang dapat 2 in 1 la. Perlindungan & Keuntungan pelaburan.

Manafaat yang ada dalam Elit Takafulink ini adalah

Perlindungan Takaful
Jumlah asas yang dilindungi berserta nilai dana terkumpul (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).

Manfaat Matang
Anda akan dibayar jumlah nilai dana terkumpul (jika ada) sekaligus apabila sijil anda matang.

Bonus Kesetiaan
Ganjaran sebanyak 6% daripada nilai dana atau 3% daripada sumbangan tahunan asal (mana yang terendah) akan diberikan kepada anda pada hujung tahun sijil ke-5, ke-10 dan ke-15 sekiranya anda mengekalkan pelan dan membayar sumbangan tepat pada masanya.

Pilihan Pengeluaran
Anda boleh membuat pengeluaran daripada nilai dana anda pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum RM500 pada setiap pengeluaran dengan baki nilai dana sekurang-kurangnya RM1,000 tanpa sebarang caj tambahan.

Pilihan Tambah Nilai
Maksimakan potensi pelaburan dengan deposit tambahan yang boleh dibuat melalui kemudahan tambah nilai pelaburan pada bila-bila masa.

Fleksibiliti untuk Mengubah atau Meningkatkan Perlindungan Anda
Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah yang dilindungi atau sumbangan tetap anda pada ulangtahun sijil. Lengkapkan perlindungan anda dengan pelbagai pilihan rider mengikut keperluan anda pada peringkat kehidupan yang berbeza.

Elite Takafulink datang dengan rider-rider berikut:

➥Rider Elite Takaful Medic
➥Rider Elite Takaful Manfaat Tunai Hospital
➥Rider Elite Takaful Penyakit Kritikal Berkurang
➥Rider Elite Takaful Manfaat Kemalangan
➥Rider Elite Takaful Pengecualian Bagi Penyakit Kritikal
➥Rider Elite Takaful Pengecualian Bagi Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal dan Penyakit Kritikal (Pembayar)
➥Rider Elite Takaful Pengecualian Pembayar Bagi Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal dan Penyakit Kritikal Juvana (Pembayar)
➥Rider Elite Takaful Tambah Nilai Simpanan
➥Rider Elite Takaful Penyakit Kritikal Junior Star

Selain tu yang best pelan Elit Takafulink ni.. Walaupun sumbangan sikit tapi coverage dia besar. Pulangan pelaburan juga tinggi antara 9 - 11%. Contoh monthly RM100 tapi perlindungan dia 300K untuk yang berumur 30an.

Ia bukan sahaja untuk pelan perlindungan & pelaburan malah untuk persaraan, pendidikan & Hibah. Hibah Takaful sangat kuat sehingga tidak mampu di cabar oleh undang undang lain.

Penting jugak Takaful ni untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Sebab kita sedia tahu malang tidak berbau jadi jika ada kemampuan tak salah kita melindungi keluarga kita dengan pelan Takaful. Selain tu Takaful ni berkonsepkan patuh syariah dan pengendali takaful terbesar di Malaysia adalah maybank.

Dengan Takaful ni anda tak perlu risau sebab dia lebih kurang macam korang join khairat kematian jugak la.

Tapi nak ambil pelan Takaful di nasihatkan berurusan la dengan Agent yang boleh di percayai & berpengalaman seperti Puan Yana. Mempunyai pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan Etiqa Takaful. Kalau berminat untuk mengambil pelan Elit Takafulink boleh hubungi beliau

 ☎ Call/Whatsapp 
  Puan Yana  019 4884682 / 019 2810206 
En. Adren  019 2810206 

Insya Allah.. Puan Yana akan memberi konsultasi terbaik buat anda yang berminat untuk mengambil pelan Takaful.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR BABY BOY NORA DANISH & NEDIM YANG SANGAT COMEL

2/22/2018 02:25:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

GAMBAR BABY BOY NORA DANISH & NEDIM YANG SANGAT COMEL. Alhamdulillah.. Terbaca perkhabaran pelakon comel & cantik Nora Danish dah selamat melahirkan anak hasil perkahwinan keduanya bersama Nedim. Bagus depa ni tak payah nak buat press conference nak tunjuk muka anak bagai.. Terus share kat IG jer..


Almaklum la retis kan.. Memang la ramai peminat tak sabar nak tengok gambar baby depa. Tak retis la kalau tak ada orang kesah dia nak beranak ke hapa kan? retis wajib la ada ramai yang ambil kisah pasal kehidupan mereka. Kau suka ke tidak.. tetap benda tu dah jadi lumrah untuk yang bergelar public figure. Sebab tu hangpa kena pikiaq dulu sebelum menjebakkan diri dalam kancah glamour.. Bersediakah anda untuk di skondeng luar & dalam? hehehee

Tadi ternampak kat Ig Nora Danish & suami mula berkongsi gambar baby boy mereka. Kalau dah mak bapak pun sama cantik sama padan.. Keluar produk tu Comel juga la kan. Mana tumpahnya segak kalau tak pada anak kan? Lagipun baby semua comel takde yang buruk pun.. Anak kucing pun comel inikan anak manusia yang Allah jadikan sebaik baik ciptaanNya..

Mesti hangpa yang tak layan IG tu nak tumpang tengok jugak kan? Ok ok.. kami paham hangpa tak dak account IG so terpaksa la tengok kat blog kami kan? Meh la layan sekeping dua gambar Baby Boy Nora Danish & Nedim ni.. Mesti ramai yang Melting katanya..




Kan? Cheq dah habaq cheq tak tipu.. Memang comel baby nya.. Apapun semoga Baby boy mereka membesar menjadi anak yang soleh. Semoga membesar dengan sihat & bahagia. Semoga dengan kehadiran cahayamata menjadi pengikat kasih sayang mereka hingga ke akhir hayat.. Amin.

Tahniah kepada Nora Danish & Suami atas kelahiran cahayamata yang sempurna sifatnya. Selamat berpantang & selamat bersedia dengan makcik makcik bawang yang maybe akan pertikaian macam macam masa berpantang nanti hehehehe.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN?

2/21/2018 10:05:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN? Dah tengok ke filem badang? Jangan tanya den la dah tengok ke belum.. Last tengok wayang rasanya masa filem Boboiboy The Movie lepas tu kami berwayang je kat rumah kalau nak tengok apa2 filem pun. Behavior anak den tu tak berapa mengizinkan nak bawa dia tengok wayang. Setakat filem2 superhero yang dia suka boleh la.. Kalau badang ni takut anak den jadi badut dalam pawagam tu nanti hehehehe..


Actually.. Memang tak ada niat pun nak tengok filem badang ni. Even dvd cetak rompak pun den tak terfikir nak beli untuk filem ni. Almaklum la den cuma minat filem seram & zombie je. Normally filem luar la.. Bukan kata filem tempatan tak bagus cuma tak banyak yang bagus dari yang memang boleh bagi Thumbs up.

Tak nak komen apa apa pasal filem Badang tu.. Kita tak layak mengkritik kalau tak menonton kan cuma tengok kecaman hebat yang di hamburkan tanpa perikemanusiaan di social media terhadap Filem Badang Arahan Datuk Profesor Madya Dr A Razak Mohaideen yang heronya Jutawan Kosmetik yang memang sangat di kenali di Malaysia Dato Aliff Syukri Terlajak Laris terbayang teruk sangat ke filem ni. Satu pujian pun tak nampak.

Kalau kat Facebook Search #Badang boleh tengok macam2 komen,posting & troll yang di buat netizen termasuk page2 terhadap filem badang. Alahai.. Kesian pulak kan? Nak buat filem ni modal bukan seratus dua.. Paling2 ratus ribu ada yang juta juga. Gamaknya filem ni boleh cover balik modal tak?? tanya je pun jangan sentap!

Sebab filem ni jadi viral baca juga la sinopsis.. Kisah apa sebenarnya badang pakai kostum ni. Sebab kalau cerita rakyat dulu dulu.. Badang ni seorang yang lelaki melayu yang gagah perkasa yang mendapat kekuatan selepas makan muntah jin. Tapi badang versi telajak laris ni dia macam mana pulak.. Jadi gagah pekasam.. ops  perkasa lepas makan produk ke camna..

Katanya filem badang mengisahkan seorang lelaki lembut yang tetiba dapat kuasa luar biasa kemudian menjadi superhero di tengah bandar kuala lumpur untuk membantu orang yang dalam kesusahan & menentang penjenayah2. Tapi dalam pada masa yang sama dia juga berusaha untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Gitulah kisahnya..

Ada terbaca juga, sebelum terima watak Badang Isteri Dato Terlajak Laris ni memang tak setuju takut di kecam orang ramai. Firasat Isteri dia memang betul.. Bila sekarang ia benar benar berlaku kekekeke. Saya rasa isteri Dato Aliff memang seorang penasihat yang baik & bijak cuma mungkin Dato Aliff ni mempunyai satu level confident yang tinggi kadang2 overlimit yang membuatkan dia nak cuba semua perkara dalam hidup dia termasuk berlakon jadi Badang. Ada baik & ada tidaknya..

Rasanya.. Untuk kerja kerja seni macam lakonan ni bagi la pada mereka yang betul2 talented sebab itulah harga yang penonton nak bayar. Kesian penonton.. bila bayar sesuatu yang tak indah khabar dari rupa. Tiket wayang pun bukan murah.. Kalau angkut satu family kau beratus habis kat tiket je belum masuk popcorn bagai.

Apapun.. Ni cuma pandangan peribadi & kupasan isu semasa. Takde niat pun nak menjatuhkan mana2 pihak.

Moral of the story.. Seni sesuatu yang halus & unik bukan sampah. Jadi penggiat seni jangan jadikan seni itu sampah semata mata untuk meraih keuntungan. Hargai seni..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG

2/20/2018 09:55:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

SERAM! HIJAB TERBUKA BERMULA DARI PUAKA POKOK KETAPANG. kembali lagi kita dalam slot seram serik lekatlekit. Tu dia.. Mesti hangpa semua dah siap sedia melukut depan skrin memasing kan? Peminat setia sangat kekdah kan.. Nak otogeraf ke? hehehehe..

Sudah sudah la tu lekatlekit kau feeling retis.. Kau kena saman RM3juta pun takde media nak highlight kes kau lagi dok acah acah macam kau ramai peminat. Pergi kau tulis blog di sana! Apa kau menangis disini!!!

Siang siang hari hang dok gigih tulis cerita seram ni pasaipa?? Bukan apa.. Ada orang jenis minat cerita seram tapi takut nak baca malam - malam.So bagi peluang depa baca update fresh from oven dari blog lekatlekit ni di siang hari pulak. Hangpa yang rasa tak feel baca sengsiang hari.. Simpan je entri ni tunggu sampai malam Jumaat keliwon baru baca. Apadahal... Blog den bukan nak expired lagi pun. Renew domain sampai 2019 ok!

Gambar sekadar hiasan

Semalam den gigih membaca satu kisah seorang kanak kanak di mana bermulanya hijab terbuka selepas bertemu dengan puaka pokok ketapang. Lumrah budak budak ni.. suka buat perangai degil. Alkisah budak ni pun jenis spesis suka melawan arus jugak. Yang orang kata tak boleh itulah yang di buatnya. Tak payah nak libas la.. Berbirat sekejab jer... lepas tu dia lupa dah sakit dia buat balik.

Kisah budak ni yang habis tuisyen tak terus balik rumah tapi ikut kawan kawan tengok bola kat padang. Niat tu nak singgah sekejab tapi kalau budak lelaki dah tengok bola... confirm la sampai habis perlawanan ye dak. Sedar sedar dah lewat petang sangat.. Baru la ingat nak balik. Tu pun selepas perlawanan bola dah habis.

Alkisahnya dalam perjalanan nak balik rumah dia tu.. Ada satu laluan hutan yang menjadi laluan shortcut untuk dia sampai ke rumah tapi Atuk dia dah pesan jangan guna laluan tu tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sesampai di laluan tu.. Tetiba je dia terdetik untuk guna jugak laluan shortcut tu.. Disitulah bermulanya.. Kisah hijab terbuka.. Bukan hijab tudung yer... Budak jantan pejadah pakai tudung. Ni hijab yang di maksudkan adalah deria ke enam ke hapa orang panggil.. Alah susah sangat la nak paham. Hijab terbuka bermakna dia boleh tengok makhluk halus! Makhluk halus bukan semut atau tungau jer. jauh sekali kutu. Ni makhluk halus & Jin syaitan. Mohon jangan loyar buruk sangat ok! Hantar saka kang baru tau!

Walaupun dia tahu dia di tegah menggunakan laluan short cut tu.. Tapi entah kenapa katanya haritu dia macam di ajak ajak pulak guna jalan tu. So, dia pun lintas jalan & terus masuk ke laluan hutan. Memandangkan dah nak masuk maghrib so dia cuba cepatkan langkah nak sampai rumah. Ketika melintas di hadapan satu pokok ketapang ni tetiba.. Opocot! Muncul seorang pakcik tua. Ntah mana datangnya.. tetiba keluar dari pokok ketapang.. Dia fikir mesti orang tua tu baru selesai buang hajat. Biasa la.. Lelaki kan? Berhajat kat memana pun boleh.. Apadahal belakang pokok ketapang pun.

So, dia pun bagi la salam.. Tapi tak di jawab hanya renungan tajam je. Pahal pakcik ni sombong siot! Jawab salam pun tidak.. tapi usya macam nak ajak gaduh jer. Tak pakcik la gaduh dengan bebudak kan.. Dia malas nak layan pakcik kerek tu.. so dia terus la berjalan mencari sign laluan dia untuk sampai kerumah. Tapi sign dia tu dah takde pulak. Sepatutya dia akan jumpa tokong cina tapi haritu tak jumpa pulak... Cuaca semakin gelap dalam hutan pokok getah.. dalam celah2 dok cari jalan pulang ke pangkal jalan tu.. dia teringat pakcik keret tadi. Dia masih tertanya tanya apa orang tua tu buat kat situ.. Situ dah la ada kuil hindu.. Tak takut tersampuk ke?

Tak semena mena tiba tiba je beg sekolah yang di galas jadi semakin berat.. Buat dia jadi semakin cepat letih & terpaksa berhenti berehat sekejab dari meneruskan perjalanan. Masa dia nak letak beg ke bawah tetiba muncul pakcik keret tadi.. termelatah juga budak tu. tetiba je muncul. Memang orang tua ni spesis wartawan melodi gamaknya suka terjah terjah orang. Atau dia memang suka main aucak macam tu..

Orang tua tu berdiri tak jauh dari belakang dia. Sedikit rasa Kagum juga muncul di hati budak ni. cepat juga orang tua tu berjalan sebab masa dia dok cari sign jalan nak balik tadi tak ada pun nampak kelibat pakcik tu tetiba muncul pulak. Sebab nak cover malu dia terkejut nampak pakcik tu maka dia pun senyum kat pakcik tu tapi hampeh orang tua tu tak balas pun senyuman dia. Macam biasa pakcik tu cuma berdiri tegak & memandang dengan renungan tajam.. Bajet orang jatuh cinta dengan dia ke hapa buat macam tu! hahahaha

Budak tu mula pelik.. Dah kenapa orang tua ni asyik pandang dia dengan muka tak puas hati je. Dia mula terfikir pakcik tu ikut dia sebab bila dia berjalan orang tua tu berjalan bila dia berhenti orang tua berhenti. Nak autograf ke hapa tak sure la kan.. Di amati rupa orang tua tu memang dia tak pernah kenal even kalau orang tua2 kat area tu majoriti dia memang kenal.

Dia mula cuak. Perasam seram sejuk.. seram serik lekatlekit semua dah keluar masa tu. Dia syak pakcik ni bukan manusia.. Tapi puaka pokok ketapang yang menjadi cerita orang kampung selama ni. Selama ni dia ingat saja je orang tua2 nak momokkan budak2 supaya tak guna laluan tu.. Rupanya betul ada puaka pokok ketapang.

Walaupun takut nak mati tapi dia tetap berdiri & sempat check kaki orang tua tu samada cecah ke bumi ke tidak. makin pening dia sebab kaki orang tua tu memang berpijak di bumi yang nyata. Menurut kata orang kalau hantu kaki dia tak jejak ke tanah. dah apa spesis pulak pakcik ni? Manusia ke hantu?? Orang tua masih dok usya tepat pada dia..

Apa lagi dia galas beg.. dia terus berlari mencari jalan pulang. Sesekali dia toleh ke belakang.. orang tua tu still tercegat kat situ. Itu sudah bagus.. dia tak ikut sama berlari seiringan.. seindah bunga di taman.. bak gunung nan megah.. kanda ku puja.. op's... sorry teringat lagu Sharifah Aini pulak.. ok ok.. sambung cerita.

Beg sekolah semakin berat tiba tiba.. Jalan pulang masih jugak tak jumpa jumpa. Habis lenguh2 kaki tangan budak tu.. Dok cari sign jalan pulang tetiba dah muncul pulak orang tua ni. Kau pehal pakcik!! Rasanya dah jauh dia tinggalkan situa sombong tu tetiba ada pulak depan mata ni lahai.. Bila tengok orang tua tu semakin mendekati dia.. dia berlari la apa tunggu lagi. Bila dari tadi dia mencari jalan keluar tak jumpa jumpa, maka sedarlah dia dah tersesat.. So dia ambil keputusan nak patah balik je guna jalan biasa. Kalau dok berjalan tak sampai sampai kesudah.. kang ber camping dalam hutan pulak.

Bila dia cuba nak angkat beg dia dah tak boleh.. seret pun tak jalan. memang berat nak mati begnya. Kedengaran sayup sayup azan dari masjid menandakan dah masuk waktu maghrib.. Time tu dia mula takut.. bukan takut orang tua misteri tu muncul lagi je.. malah takut kena marah dengan bapak dia jugak..

Masa dia cuba menarik beg.. sekali lagi muncul orang tua tu yang berdiri tengah2 jalan kira2 10 tapak dari dia. Kali ni bulu roma dia dah meremang.. lelaki tu bergerak menghampiri dia tapi kaki dia tak berjalan macam manusia biasa. tegak jer.. macam meluncur gitu.. sah bukan manusia. Hatinya makin pasti confirm ni la puaka pokok ketapang yang orang dok cerita tu... Time tu dia langsung tak boleh bergerak.. terus terpaku kaku kat situ manakala situa kutuk tadi... saiznya semakin membesar bagai juara. Ni mesti selalu minum milo kan..

Kelibat lelaki tua yang berpakaian kini tidak lagi berpakaian sebaliknya semakin besar saiz dia.. semakin hilang baju dia & tubuhnya mula di tumbuhi bulu bulu lebat. Salman khan pun kalah ok dengan bulu makhluk tu ok! Nak menjerit pun suara tak keluar. Hanya dia sempat berbisik dalam hati memanggil atuknya.. Wajahnya yang tadi nampak macam pakcik pakcik.. Sekarang dah tak nampak rupa manusia jauh sekali menyerupai najib tun razak yang ensem tu.. Dengan matanya dah tak ada kelopak, biji mata terbuntang macam biji mata tersangkut pada tengkorak, kulit dia pulak bertukar pucat & bertompok tompok kelabu. part rambut pulak bertukar panjang mengerbang serta kusut masai.. So bayangkanlah betapa seramnya permandangan itu.

Dan nak tau apa berlaku kepada budak tu... Sila dapatkan Novel Seram BERTARUNG DENGAN SYAITAN hasil tulisan pengalaman & kisah benar penulisanya sendiri Tajul Zulkarnain. Bukan saja kisah puaka pokok ketapang malah banyak lagi kisah2 yang di kongsikan dalam novel ni.


Antara kisah sekumpulan sepupu yang melalui jalan hutan untuk pergi memancing di sungai. Akibat ada di antara mereka yang mulut celupar & berlagak, salah seorang telah di telan oleh jin tanah. Banyak moral of the story dalam novel bertarung dengan syaitan ni boleh kita ambil pengajaran. Sebab kita sedia maklum.. Jin & syaitan itu wujud.. Mereka pun ada jenis jenis mereka sendiri yang masyarakat melayu bagi nama macam jembalang tanah bagai tu. So semua tu di kumpulkan dalam satu buku yang bertajuk Bertarung dengan syaitan.


Penulisan dalam novel ni memang senang faham.. Gambaran yang di tulis juga senang untuk kita bayangkan situasi dia macam mana. gaya bahasa dia juga santai.. menggunakan dialog2 yang biasa kita gunakan dalam perbualan seharian so perkara menghidupkan lagi watak watak & jalan cerita. takde la rasa macam macam buku teks sastera sangat kan.. hehehe. Tapi jangan membayangkan penulisan Tajul ni macam den tulis cerita seram pulak yer. Tak sama ok! hehehe


Memang enjoy baca. Bagi peminat cerita seram & novel seram memang suggest untuk dapatkan novel ni. Umur yang sesuai bagi pendapat saya.. 12 tahun keatas la. Sebab ramai juga pembaca novel seram di kalangan pelajar sekolah.

Macam mana nak dapatkan novel ni? boleh dapatkan terus dengan penulis novel ni Tajul Zulkarnain. Boleh hubungi beliau di :

 Facebook : Tajul Zulkarnain 


Selain Bertarung dengan syaitan banyak lagi novel novel lain yang menarik untuk di baca seperti mental, Pendosa Dulu Kini Selamanya dan banyak lagi. Boleh follow Tajul di facebook.. Beliau selalu update novel novel tulisan beliau selain boleh beramah mesra dengan penulis jugak. Memang orangnya ramah tamah. hehehhee

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PELAKON WATAK ALI SETAN, AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA

2/14/2018 04:06:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

PELAKON WATAK ALI SETAN, AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Azmil Mustapha yang di khabarkan telah meninggal dunia lebih kurang pukul 1 petang tadi.



Semua orang tahu Pelakon Azmil Mustapha yang pernah popular dengan Filem Ali Setan antara pelakon yang popular sekitar tahun 80an. Banyak filem2 yang di bintangi & memegang watak hero.

Allahyarham Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dengan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979.

Ustaz Azmil Mustapha (1 Januari 1953 - 14 Februari 2018) adalah seorang pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan Box Office iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi Lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato' Mokhtar Dahari sebagai pemain undangan.Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau adalah Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu antara filem-filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Iman Alone (1998) dan Fifty Cent (1991). Memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986) - Filem Ali Setan. Beliau bersara ketika nama beliau di kemuncak kerjaya sekitar 1980-an, Namun beliau tidak pernah kesal dengan keputusan yang diambil

Sumber : Wikipedia

Marilah kita sama sama mendoakan semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & menempatkan dia bersama orang orang yang beriman.

Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati. Semoga keluarga Allahyarham redha dengan pemergian insan tersayang.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KES PELAJAR BUNUH DIRI.. POLIS SAHKAN RAKAMAN CCTV MENUNJUKKAN DIA AMBIL TELEFON TERSEBUT

2/12/2018 11:53:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

KES PELAJAR BUNUH DIRI.. POLIS SAHKAN RAKAMAN CCTV MENUNJUKKAN DIA AMBIL TELEFON TERSEBUT. Walaupun nampaknya isu ni dah diam di media sosial.. Tak nampak dah ada mana2 pihak menjalankan kempen solidarity kepada keluarga pelajar yang membunuh diri selepas di tuduh mencuri telefon bimbit milik gurunya. Biasa la kan, netizen ni dia ikut trend. Viral ni bukannya lama.. Sampai masa habis la isu tu. Tak payah nak touching2 sampai see u in court bagai. hehehe


Berbalik kepada isu Pelajar tersebut sebelum ni ramai yang maki hamun si cikgu. Keluarga mangsa pun menyalahkan guru sebab menuduh anak dia sehingga menyebabkan pelajar tersebut mengambil keputusan membunuh diri. Kita pun tak kurang... Menambah rencah dengan spekulasi sendiri sedangkan kes masih dalam siasatan. Seolah olah kita nampak segala kejadianya.

Tadi terbaca kat Harian Metro online.. Menurut sumber polis mengesahkan rakaman cctv memang menunjukkan pelajar tersebut mengambil telefon bimbit cikgu dia. Tapi kes masih dalam siasatan lagi so sesapa pun jangan nak buat apa2 spekulasi sendiri la. Kita tak tahu sejauh mana guru itu bersalah & sejauh mana pelajar itu teraniaya. Rakaman cctv mengesahkan dia ambil.. Sebab cikgu refer dari cctv sebab tu cikgu tu tahu dia ambil. Kenapa dia ambil.. Kat mana telefon bimbit tu selepas tu.. Wallahualam. Tunggu je sehingga siasat polis selesai baru kita tahu jalan cerita yang sebenar.



Sebab pandangan mata manusia ni.. Apa yang kita nampak belum tentu benar & belum tentu jalan ceritanya seperti apa yang kita sangka. Sungguhpun dia ambil.. Kita tak tahu apa sebab musabab. So, tunggu je la polis siasat. Tak payah nak jadi inspektor sahab sangat la kan.

Harap kes ini dapat di selesaikan dengan cepat.. Kesian semua pihak yang terlibat termasuk guru tersebut. Rasanya cikgu tu pun menghadapi tekanan yang hebat sekarang ni bila di tuduh menyebabkan kematian pelajar tersebut. Sama la dengan keluarga pelajar tersebut.. Bukan mudah nak terima orang yang tersayang dah tak ada di dunia ini hanya kerana sebuah handphone. Kita doakan je la yang terbaik buat kedua dua belah pihak.

Moral of the story.. Komen hati hati yer.. erkk macam ayat iklan pulak. kekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MAKSUD DOULA DAN TUGAS MEREKA YANG ORANG MALAYSIA SALAH FAHAM

2/11/2018 12:57:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

MAKSUD DOULA DAN TUGAS MEREKA YANG ORANG MALAYSIA SALAH FAHAM.  Minggu ni kecoh isu pasal Doula atau di kenali sebagai peneman ibu bersalin. Kes ini masih dalam siasatan polis so elok la tak payah den mengulas apa apa yang di dakwa di media sosial. Ni bukan tuduhan ok. So fahami maksud di dakwa. Bukan saya yang mendakwa atau menuduh. Bangang letak tepi sekejab yer. Cuma atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pengamal media sosial dan blogger ni.. Saya nak kongsi satu info yang bermanafaat buat semua.


Info ni hasil perkongsian Doktor Imelda Balchin yang terlibat untuk memberi kesedaran kepada orang awam di media sosial dengan isu isu berkaitan kesihatan orang terutama ibu ibu mengandung dan bakal melahirkan cahaya mata.

Menurut Dr Imelda Balchin.. Doula adalah perkataan berasal dari bahasa Greek (Yunani) iatu bermaksud 'Hamba Wanita.'

Untuk zaman sekarang Doula berfungsi sebagai peneman semasa bersalin dan selepas bersalin. Tugasnya untuk memberi perangsang kepada ibu, memberi kata kata positif untuk ibu lebih bersemangat dan yakin supaya dapat mengatasi kesakitan dan keletihan semasa proses bersalin. Selain tu mereka juga perlu menurut kehendak ibu ibu seperti mengurut dan membantu pergerakkan ibu supaya berada dalam posisi yang selesa dan posisi yang memudahkan proses kelahiran. Selepas bersalin pula peranan Doula untuk membantu para ibu dari segi penyusuan bayi

Jadi peranan Doula cuba meneman dan memberi motivasi selain membantu ibu ibu yang sedang menghadapi proses kelahiran agar lebih positif dari segi emosi dan fizikal. Bukan membidankan mana mana ibu yang bersalin yer..

Menurut Dr Imelda Balchin Profesional Doula mempunyai sijil sebagai Doula tapi kemahiran mereka tidak setanding bidan atau jurujarawat terlatih. Mereka juga tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang perubatan sekiranya berlaku sesuatu masalah semasa proses kelahiran.

22 Kajian perubatan daripada 16 negara, yang merangkumi lebih daripada 15 ribu wanita bersalin sudah membuktikan ada kelebihannya jika ibu yang bersalin ini mendapat sokongan yang berterusan dari permulaan hingga ke akhir persalinan (continuous support during labour). Sokongan yang terus-menerus ini (samaada daripada bidan, jururawat, doula yang diberi petunjuk yang sederhana, suami atau rakan-rakan) telah terbukti meningkatkan kelahiran alami (mengurangkan pembedahan caesar, mengurangkankan kelahiran forceps/vacuum), mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit, meningkatkan kepuasan ibu bersalin, dan mengurangkan peratusan bayi yang dilahirkan dengan 'Apgar score' yang rendah.

Didapati yang paling berkesan sekali ialah ibu yang mendapat sokongan terus-menerus ini daripada peneman yang datang hanya dengan tujuan untuk memberi sokongan dan sudah diberi petunjuk yang sederhana tentang kaedah memberi sokongan (bukan rakan-rakan sosial).

Jadi memang ada kebaikannya jika ada peneman yang sudah diberikan petunjuk yang sederhana yang meneman ibu di hospital bersalin. Di sini Doula ada peranannya. Tetapi Doula tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan untuk menyambut kelahiran bayi di rumah tanpa bantuan bidan terlatih atau doktor.

Doula tidak ada kelayakan untuk membuat ‘birth plan’ dengan ibu. Birth plan hanya patut dibincangkan dengan bidan atau doktor.

Dari segi kelahiran di rumah pula, Kajian dari banyak negara sudah pun menunjukkan walaupun ibu-ibu bersalin di rumah dengan bantuan bidan terlatih, terdapat lebih ramai kematian bayi apabila dilahirkan di rumah jika dibandingkan di institusi yang memberi perkhidmatan perbidanan.

Kajian terbaru pula telah menunjukkan di antara bayi-bayi yang kecederaan otak akibat kekurangan oxygen semasa kelahiran (Hypoxic Ischaemic Encephalopathy atau HIE), bila dikaji dimanakah bayi-bayi dilahirkan, didapati 44 kali ganda yang bayi HIE dilahirkan di luar hospital jika dibandingkan dengan tempat kelahiran bayi yang sihat tanpa HIE.

Diharap semua faham apakah peranan Doula yang sebenarnya, bukan untuk menyambut kelahiran anak kesayangan anda, tetapi sebagai peneman disisi anda disamping bidan terlatih atau doktor yang menyambut bayi anda.

Jika ada keraguan tentang kesihatan anda atau kesihatan janin anda, sila bertanya kepada bidan atau doktor anda yang sedia membantu.

Sumber : Facebook Dr Imelda Balchin

Semoga perkongsian ini membantu anda semua lebih memahami peranan doula dan tidak terpengaruh dengan manipulasi fakta dari segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengambil alih tugas pakar sehingga mendedahkan anda dengan risiko kematian tak kira kematian bayi atau ibu yang melalui proses bersalin. Kita dah maju.. hospital dah bersepah.. Kau gigih nak beranak kat rumah tanpa pantauan pakar kau fikir kau kucing. Renung renungkan selamat bersalin buat semua ibu yang sedang tunggu hari. Peace Yo

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JANGAN BERANI IKLAN PRODUK PEMUTIHAN DI INSTAGRAM PELAKON NABILA HUDA

2/07/2018 10:33:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

JANGAN BERANI IKLAN PRODUK PEMUTIHAN DI INSTAGRAM PELAKON NABILA HUDA. Nabila Huda antara pelakon yang berbakat walau masa mula2 kemunculan dia di dunia lakonan agak kayu jugak. Tapi boleh nampak improvement dia dari masa ke semasa sehinggalah ke hari ni tak siapa boleh kata Nabila Huda tak pandai berlakon. Bagi apa saja watak, Insya Allah tak mengecewakan langsung.


Semua orang rasanya tahu nabila huda ni anak kepada Penyanyi & Vokalis Otai Search, Amy. Cuma bakat dia tidak dalam bidang nyanyian macam bapak dia.. Dia terarah ke bidang lakonan.

Semalam jadi viral juga satu screenshot di mana pelakon Nabila Huda sekolahkan seorang Agent or maybe seller satu jenama produk kecantikkan untuk putihkan kulit. Nabila Huda ni kulit dia tak macam bapak dia Amy Search, putih. Nabila Huda ni mempunyai kulit yang sawo matang tapi nampaknya Nabila huda tak berminat untuk menjadi 'Orang Putih'. Dia lebih bangga dengan kulit asalnya.. Nabila Huda sejenis manusia yang suka berjemur macam mat saleh. Mustahil la dia suka nak cloroxkan kulit dia sampai jadi putih gebu macam Emma Maembong. Emma Maembong memang gen dia putih melepak..

Tetiba kau datang IG orang menumpang iklan percuma mendapat la. Nabila Huda bukan jer sekolahkan dia tentang bahaya produk pemutihan kulit untuk jangka masa panjang malah bagitau dia kulit orang melayu ni la kulit paling cantik pada pandangan mata orang luar negara.


Orang luar rasa kulit kita cantik.. Dah kenapa pulak orang melayu tetiba nak jadi mat saleh pulak kan. Setiap bangsa & etnik tu ada la identiti dia tersendiri.. Tak perlu sangat la kau nak jadi macam bangsa lain. Berbanggalah kau jadi orang melayu yang kulit sawo matang macam den ni.. Den dulu pun terpengaruh juga sebab yelah.. Mentaliti masa tu fikir putih tu cantik padahal cantik itu bukan di nilai dari warna kulit. Kalau putih je cantik.. Orang negro memang semua hodoh 2 lah yer takde yang cantik.

Lambakkan produk kosmetik terutama produk pemutihan kulit tak kira dalam bentuk skincare untuk di sapu pada kulit atau di ambil sebagai supplement.. Kita sendiri pun kadang2 tak tau mana ok mana yang tidak. Ikut saranan doktor pakar memang kita tak perlu ambil supplement. Amalkan pemakanan & gaya hidup sihat dah cukup. Paling penting minum air putih secukupnya.. Ikut doktor rafidah tak payah nak sukat2 berapa air nak minum.. Asal cukup jer.

Dan sebab banyak sangat produk yang mencurigakan di pasaran walau berdaftar dengan KKM.. den stop sekejab ambil sebarang produk kosmetik & supplement untuk review.. nak declare stop terus tak berani la kan. Tengok juga pada produk macam skincare tu. Kalau produk yang cukup kriteria seperti berdaftar dengan KKM, ada ujian clinical atau lab test terhadap produk tu, ada RND, di keluarkan dari pihak2 yang punya tauliah dalam bidang tersebut minta den review Insya Allah.. Den ambil la review tu tempek kat blog. Kalau setakat produk tengok packaging setakat ada nama produk NOT KKM, alamat pengilang pun takde.. Malas la dulu. NOT KKM tu bukan jaminan selamat pun.. Yang menentukan selamat atau tau adalah ujian clinical atau lab test terhadap produk tersebut. tengok berapa lama depa buat RND pada produk tu sebelum di pasarkan.

Kesimpulannya.. Hapuskan mentaliti putih itu cantik. Kecantikkan adalah dari badan yang sihat & insya Allah kulit pun akan cantik. Kau nak putih sampai mana kalau dah lahir coklat.

Moral of the story.. Saya dulu pun saya tak faham sangat tentang produk ni. Saya dulu ambil review & ikut je apa client minta saya nak. Saya tak faham tentang overclaim apa bagai.. Tapi bila kita dah ada info sikit sikit ni, saya cuba ubah. Yang lepas tu jadikan pengajaran.. Duit ni kalau kita kejar memang sampai bila2 kita akan terus kejar sebab kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. So, tepuk dada tanya selera.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MUSIM BUNGA PALING SESUAI MELAWAT KOREA, NAK TAHU KENAPA? BACA NI..

2/06/2018 11:00:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

MUSIM BUNGA PALING SESUAI MELAWAT KOREA, NAK TAHU KENAPA? BACA NI... Sejak sejak virus Kpop menular ke Malaysia ni, Korea antara pilihan destinasi pelancongan ramai Malaysia yang agak popular sejak dua menjak ni. Masing masing nak merasi jenjalan kat negara retis kpop kesayangan mereka dengan harapan mana tau terserempak dengan retis korea kat sana..


Bagi yang ada perancangan nak ke korea tahun 2018 ni.. Sedang elok lahai hangpa baca entri kat blog lekatlekit.com ni. Bak kata perumpamaan melayu.. Dah mengantuk orang sorongkan bantal busuk pulak kan.. menjadi jadi lenanya.

Sangat rekemen kalau korang nak melancong ke korea pilih la musim bunga, Nak tau kenapa? Musim bunga antara musim paling best untuk korang melancong ke korea. Sebab korang boleh tengok keindahan bunga bunga berkembang mekar termasuk bunga Tulip & cherry Blossom (yang biasanya berkembang mekar pada bulan April.

lagipun cuaca & suhu di musim bunga ni memang sedang elok untuk kita yang biasa hidup di iklim khatulistiwa ni. Sebab suhu dia tak panas sangat & tak sejuk sangat. Cuaca dia cerah so sangat afdal untuk berjalan jalan melawat tempat tempat menarik di sana. Orang kata takde la kena kejutan cuaca bila sampai sana ye dak? Kang sampai sejuk sangat demam pulak.. Almaklum la sejuk2 di Malaysia ni tak sama dengan musim sejuk dia korea sana. hehehehe. Jadi untuk rakyat malaysia.. Kalau nak melancong ke korea pilih la musim bunga selain tak payah sesusah nak beli sweater tebal tebal & mahal mahal.. Sebab boleh pakai je pakaian yang kita biasa pakai untuk beridah semasa di Malaysia. Cuma alas la sweater... Walau tak sesejuk musim sejuk tapi tetap sejuk jugak.

Selain musim bunga kita kena tahu juga kalau ke korea kat mana tempat menarik yang boleh kita lawati. Antara tempat menarik yang boleh di lawati jika anda ke korea adalah kat seoul. Seoul banyak tempat menarik boleh di lawati antaranya..

1. DONGDAEMUN

Kat sini korang boleh melawat & tengok rekaan senibina arkitek terkenal Zaha Hadid iaitu Dongdaemun Design Plaza (DDP). Bangunan ini telah terpilih sebagai salah satu tempat wajib dikunjungi oleh New York Times. Rekaannya yang sofistikated ini ialah merupakan pusat utama bagi acara konvensyen, persembahan, dan pameran. LED rose garden adalah salah satu spot yang paling popular untuk bergambar sama ada waktu siang atau malam.

Dongdaemun juga terkenal dengan pasar malamnya yang santai dengan pelbagai barangan yang dijual serta aneka street food untuk dicuba.

Di Dongdaemun juga ada tempat bagi die hard Fans ikon Kpop seperti Bigbang dan 2NE1. Di K-Live, Dongdaemun Lotte FitIn, anda boleh membeli pelbagai official merchandise daripada artis-artis kesayangan, mengambil gambar secara virtual di photobooth serta konsert hologram bagi yang nak feeling macam pergi konsert kat korea

2. NAMI ISLAND

Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, anda boleh pergi ke Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Di sinilah penggambaran drama terkenal Winter Sonata. Mesti peminat drama penuh airmata taknak lepaskan peluang kesana kan?


Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melalui zipline bagi yang sukakan cabaran. Di dalam pulau tersebut, anda boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Terdapat juga taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik dan surau bagi pengunjung Muslim.

3 ITAEWON

Itaewon adalah bandar yang terkenal dengan gabungan budaya yang meluas termasuk Islam. Disinilah terletaknya Seoul Central Mosque untuk kemudahan umat Islam. Makanan juga mudah dicari disini kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai. Pelbagai makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di kawasan ini bagi santapan pengunjung.

Di sini juga anda boleh mencuba kafe dan mengambil gambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.

4. EVERLAND



Everland Resort adalah sebuah taman hiburan yang besar. Ia menempatkan pelbagai tarikan yang sesuai tanpa mengira peringkat umur, festival yang berbeza termasuk Tulip Festival, Rose Festival, Summer Splash, Halloween dan perayaan-perayaan lain sepanjang tahun. Salah satu tarikan yang paling terkenal di taman ini adalah T-Express, roller coaster kayu pertama Korea yang popular di kalangan pengunjung muda. Juga terdapat Zootopia yang mempamerkan 2,000 haiwan daripada 201 spesies. Lost Valley dibuka pada tahun 2013 dan mempunyai dunia safari ekologi terbesar dan menawarkan lawatan dengan kereta amfibia untuk melihat 150 haiwan daripada 20 spesies.
Mesti hangpa teruja kan? Tu contoh 4 tempat yang best untuk di lawati di Seoul, korea. Sebenarnya banyak lagi tempat menari di Seoul korang boleh lawat.

Yang best lagi Everland sangat popular dengan tulips garden ketika musim bunga. So inilah peluang korang nak tengok berjuta bunga tulips di everland dan bergumbira di spring festival yang diadakan di everland setiap hari sepanjang musim bunga. Amacam best ke tidak??

EVERLAND

Nak jalan ke korea budget tak berapa 5 star sangat.. Jangan risau ada pakej jimat kalau korang nak jenjalan ke seoul. Antaranya pakej murah dari Travelling Buddies Seoul Budget Trip.

Konsep pakej mereka adalah Pakej perjalanan percutian budget, yang menyediakan sepenuhnya pengangkutan, makan 3 kali sehari, guesthouse yang selesa, admission fees, semuanya ditanggung beres! Matlamat mereka adalah korang dapat menghabiskan masa di Seoul, dan memudahkan perjalanan korang dengan budget yang rendah. Tak nak ke boleh bercuti di luar negara tapi dalam bajet yang murah lagi jimat?? Almaklum la matawang kita sekarang dah jadi rendah.. Elok sangat la kalau ada pakej pakej jimat macam ni kan?

Gyeongbokgung Palace

Gangnam & K-Star Road

Antara Pakej yang di tawarkan oleh Travelling Buddies Seoul Badget Trip ni untuk 2018 adalah seperti di bawah..

PAKEJ MURAH SEOUL (5 Hari 4 Malam)
Travelling Buddies Seoul Budget Trip – Spring 2018

Harga pakej:
㉿➛ 5H4M - RM 1799
㉿➛ 5H4M - RM 1899 (Entrance to Theme Park - Everland)

Pakej termasuk:
✓ Airport Pick Up & Drop
✓ Pengangkutan (Subway / Bus / Taxi)
✓ Makan 3x sehari
✓ Entrance Fee
✓ Accommodation
✓ Tour guide melayu, muslim & comel

Pakej tidak termasuk:
✘ Flight Ticket
✘ Personal Expenses

Pakej 5 hari 4 Malam
Tarikh :
➠11-15 April 2018
➠18 -22 April 2017

Deposit:
RM500 (Deposit tidak akan dikembalikan jika ada sebarang pembatalan, dan baki perlu diselesaikan sebulan sebelum tarikh travel)

 ITINERARY RINGKAS / TEMPAT YG BAKAL DILAWATI

HARI PERTAMA
✑ Kuala Lumpur - INCHEON, KOREA
✑ Check-in guesthouse
✑ Cheonggyecheon Stream
✑ Cheonggye Plaza
✑ Dongdaemun
✑ Dotta Mall

HARI KEDUA
✑ The Garden of Morning Calm (아침고요수목원)
✑ Nami Island (남이섬 종합휴양지)
✑ Spring Flower Festival

HARI KETIGA
✑ Changdeokgung Palace
✑ Changgyeonggung Palace
✑Seoul Central Mosque
✑ Itaewon
✑ Namsan Tower (N 서울타워)
✑ Namdaemun (남대문 시장)
✑ Myeongdong

HARI KEEMPAT
✑ Everland

HARI KELIMA
✑ INCHEON, KOREA - Kuala Lumpur

Jika anda memilih pakej tanpa theme park, itinerari akan diubah bagi memenuhi hari
Anda akan dibawa ke flower festival (lokasi dirahsiakan) Jeng jeng jeng
Jika ada masa lebih, akan ada lokasi tambahan yang akan dimasukkan kedalam itinerari
(special deal!)

Untuk Keterangan Lanjut & menempah Pakej Ini Hubungi:
Hidayah : 010-209 8918 
Sally : 018-666 5141


Atau boleh layari social media mereka:

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JANGAN TERTIPU! PRODUK DI BAWAH PENGKELASAN MAKANAN TIDAK BOLEH DI IKLAN KAN UNTUK MERAWAT LUAR ATAU DALAMAN

2/06/2018 02:50:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JANGAN TERTIPU! PRODUK DI BAWAH PENGKELASAN MAKANAN TIDAK BOLEH DI IKLAN KAN UNTUK MERAWAT LUAR ATAU DALAMAN. hangpa perasan tak.. Kadang kadang ada penjaja produk ni terutama jamu atau apa2 produk berbentuk makanan tambahan (supplement) tak kira dalam bentuk jus ke, tablet ke, kapsul ke hapa.. bila kita tanya dia nombor pendaftaran KKM dia akan jawab.. Produk dia tak perlu berdaftar dengan KKM sebab di kelaskan sebagai produk makanan. Betul la tu.. Produk di bawah pengkelasan Makanan tak perlu KKM tapi hangpa kena tengok juga dia claim apa tentang produk dia.

Claim maksudnya.. dia iklan fungsi produk dia tu untuk apa? Contoh dia jual produk jus atau jamu.. Kemudian dia kata boleh merawat masalah dalaman, menguruskan badan, mengetatkan tut.. merancang kehamilan, meningkatkan kesuburan.. Kalau claim dia macam tu dia bukan lagi dalam kategori produk makanan. Sebab produk dia di ambil dengan cara makan atau minum dengan claim merawat bagai.. Dia kena ada Nombor MAL KKM. Kalau dia bagitau tak perlu bermakna dia bohong. Samada di bohong hangpa produk dia mampu memberi kesan rawatan macam dia claim atau dia tipu Ingredient produk dia.

Sebab produk dalam pengkelasan makan apa yang saya baca dia cuma boleh ada bahan bahan makanan bukan bahan bahan untuk merawat apa2 masalah atau penyakit. Produk makanan adalah produk yang diambil untuk tujuan keperluan zat dan nutrisi badan dan bukanlah untuk tujuan-tujuan perubatan seperti merawat penyakit dan sebagainya. Produk makanan hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan pada nutrien tertentu sahaja dan bukannya pada produk.

Produk-produk yang digunakan untuk tujuan menjaga kesihatan, mengekal atau mengembalikan fungsi anggota badan dan yang lebih khusus untuk merawat atau menyembuhkan penyakit merupakan produk ubat.

Produk ubat bukan sahaja tertumpu kepada ubat hospital sahaja malah produk suplemen kesihatan seperti produk-produk vitamin dan mineral, produk ubat tradisional yang mengandungi campuran herba-herba, bahan mineral, bahan dari sumber semula jadi serta produk-produk homeopati.

Selain itu, produk yang mengandungi bahan-bahan makanan yang diformulasikan dalam bentuk dosej dan dijual untuk tujuan perubatan juga adalah dikategorikan sebagai produk ubat. Contohnya, kapsul bawang putih, kapsul atau cecair minyak zaitun, kapsul atau cecair minyak kelapa dara dan lain-lain lagi.

Contoh akuan fungsi bahan yang diluluskan adalah seperti vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi daripada makanan; Zink penting untuk tumbesaran dan lain-lain lagi.

So hangpa kena faham juga produk yang tidak memerlukan berdaftar dengan KKM adalah produk di bawah pengkelasan makanan & produk tu memang tak boleh claim merawat apa apapun macam produk ubat. Kalau dah jamu atau jus2 menggunakan bahan bahan herba & claim boleh merawat macam macam masalah tu tapi dok membohong kata produk dia tak perlu berdaftar dengan KKM mohon jauhi pengedar/agent/seller tu yer. Dia membohong ok. Kalau benda macam tu pun dia dah tak bertanggungjawab untuk memberitahu perkara yang benar.. Kalau berlaku apa2 kemudaratan kat hangpa nanti.. sah sah.. dia takkan bertanggungjawab. Silap haribulan dia spin cerita untuk menampakkan hangpa yang salah.

Kebiasaannya, produk ubat yang berdaftar dengan KKM pun tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang kenyataan atau tuntutan menyembuhkan penyakit pada iklan dan label produk ubat tersebut. Malah, sekiranya produk-produk ubat ini ingin mengiklankan produk mereka di pasaran atau media, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu.

Yang semakin berleluasa sekarang adalah produk-produk makanan yang diiklankan untuk tujuan perubatan. Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah ia juga bertentangan dengan tujuan sebenar produk makanan yang seharusnya dijual untuk fungsi membekalkan zat dan nutrisi seharian dan bukannya untuk merawat penyakit.

Perlu diingatkan bahawa membuat tuntutan perubatan terhadap produk makanan adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Sekiranya pengusaha atau pengeluar sesuatu produk ingin membuat tuntutan perubatan atau kesihatan pada produk mereka, maka mereka perlu mendaftarkan produk mereka dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah melalui Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah KKM.

Sekiranya sesuatu produk dijual dengan tuntutan untuk tujuan perubatan, maka produk tersebut adalah produk ubat dan bukanlah produk makanan. Sesuatu produk ubat seperti produk suplemen, herba tradisional, jamu dan vitamin perlulah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah terlebih dahulu dan diberikan nombor kelulusan MAL sebelum boleh dijual di pasaran. Manakala produk makanan tidak sepatutnya mempunyai sebarang nombor pendaftaran atau kelulusan KKM seperti yang selalu dinyatakan oleh para penjual.

Moral of the story.. Penjual produk sekarang even kau tengok berimejkan islamik.. Takzirah dari pagi membawa ke tengah malam. Caption dia petik agama manjang.. Kadang2 bukan boleh percaya. Depa pun menipu boleh tahan. Golongan penunggang agama ni ramai.. Semata mata nak meraih syurga dunia, tampil dengan imej niqab serban bagai.. Jual produk menipu orang. Jadilah pengguna bijak. Banyak membaca Insya Allah kurang kena klepet (tipu).

Sumber Jom Kenal Ubat


1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FILEM DUKUN YANG DI HARAMKAN TAYANGNYA PADA TAHUN 2007 AKHIRNYA BOCOR JUGA

2/04/2018 11:31:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

FILEM DUKUN YANG DI HARAMKAN TAYANGNYA PADA TAHUN 2007 AKHIRNYA BOCOR JUGA. Sapa tahu pasal Filem Dukun yang di tarik balik kelulusan tayangannya selepas iklan promo di buat pada tahun 2007 dulu. Antara filem yang den sendiri nak sangat tengok. Yelah.. Sebagai peminat filem seram of course la salah satu filem yang saya rasa teruja nak tonton nak nak lagi pelakon utama filem ni Umi Aida yang siapapun tak boleh pertikaikan mutu lakonannya yang boleh bawa apa saja watak yang di beri.


Filem ni base on kisah benar. Kisah pembunuhan seorang ahli politik yang melibatkan seorang bekas penyanyi Mona Fandey. Jangan tak tahu Allahyarhamah Mona Fandey bekas seorang penyanyi dulu tapi kerjayanya sebagai seorang penyanyi kurang menyerlah sangat. Filem ni di katakan di haramkan tayangannya atas alasan melibatkan seorang ahli politik.. Ada juga yang kata ahli keluarga Mona Fandey tak izinkan.. Semua tu cuma spekulasi yang saya baca jer.. Sejauh mana kebenarannya saya sendiri tak pasti.

Filem yang selama ni tak bocor dari tahun 2007.. 2018 akhirnya terlepas juga secara online. Tak tahu la depa dapat mana.. Ingat dah lupus tanpa jejak rupanya masih ada dalam simpanan. Sapalah yang berjaya bocorkan filem ni gamaknya. Sebab selama 10 tahun ia di simpan rapi sapapun tak dapat bocorkan filem ni.. Tapi terlepas juga di alam maya ni. Memang dahsyat la.

Dari promo filem ni yang saya pernah tengok memang mengambarkan macam best je untuk di tonton. Nak tengok juga apa sebenarnya yang berlaku sehingga terbunuhnya ahli politik tersebut. Dengar dengar bukan satu pembunuhan terancang tapi terbunuh secara tidak sengaja. Kenapa & apa yang berlaku sebenarnya kalau ada rezeki saya tonton nanti saya review yer.


Saya belum tonton so tak boleh nak review apa apa lagi. Seram seperti yang di gembar gemburkan ke? Atau sebaliknya tunggu la sampai saya dah tonton nanti saya bagi komen. Lama jugak saya tak layan filem filem seram ni.. Koleksi filem seram saya pun dah lama tak update. Koleksi dvd yang lepas lepas je ada.. Sapa2 ada nak bagi saya dvd filem2 seram yang dia rasa dah tak nak simpan tu boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com. Kalau belum ada dalam koleksi saya boleh la tambah koleksi. Tak kira filem lama atau baru.. Filem luar atau filem tempatan.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TELEFON BIMBIT MILIK GURU KEPADA PELAJAR YANG MEMBUNUH DIRI MASIH BELUM DI TEMUI

2/03/2018 08:41:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

TELEFON BIMBIT MILIK GURU KEPADA PELAJAR YANG MEMBUNUH DIRI MASIH BELUM DI TEMUI. Sejak dua tiga hari ni.. Masing masing mengeluarkan pendapat & luahan perasaan terhadap kes seorang remaja yang tekad membunuh diri selepas di tuduh mencuri iPhone milik salah seoarang guru di sekolahnya.. Tak payah la eden nak tulis balik kronologi kes tu.. bersepah dah orang share. Salah satu yang menjadi viral susulan kes tersebut adalah luahan hati ibu remaja tersebut yang membuat kenyataan kepada media yang katanya telefon guru tersebut sudah di temui tapi nyawa anaknya yang dah tiada bolehkah di kembalikan.


Ada juga saya baca katanya iPhone guru tersebut di temui tercicir di sebuah kedai makan.. Tadi terbaca kat harian metro online & terdengar kat buletin Utama TV3 katanya spekulasi yang mengatakan telefon bimbit guru tersebut dah di temui adalah tidak benar. Yelah.. yang kita baca semua spekulasi kan.. Bukti telefon milik cikgu tersebut yang di katakan dah jumpa tu memang tak ada pun..


Satgi ada pulak yang kata aku backing cikgu tu.. Dalam soal ni bukan backing sesapa.. Kita sampaikan apa yang di laporkan pihak berkuasa jer. Memang untuk apa2 isu selalunya den suka baca dulu.. Memang den mengulas lambat sikit. Kalau awal awal kita buat kesimpulan maybe komen kita jadi fitnah pulak kan.. Yelah, semua orang marah dengan apa yang berlaku. Apa yang kita dengar dari sebelah pihak & kes masih dalam siasatan. Kadang2 tidak adil jugak la bagi pihak yang di hentam. Bukan aku kata cikgu tu tak salah.. atau tak jugak saya letakkan 100% kesalahan tu di bahu dia. Saya pun tak mau judge sapa salah sapa betul.. Sebab tu malas nak ulas sangat sebab I is not Inspector sahab.. Jangan sampai lekatlekit speaking OK! Kang tunggang langgang hangpa tak faham.. hehehe

Cuma nak bagitau laporan berita cakap enpon cikgu tersebut belum di  temui jer. Lain lain macam biasa kita tunggu je sampai siasatan selesai. Kita betul kematian pelajar tersebut adalah kerana tuduhan tidak berasas oleh guru tersebut & tekanan yang di berikan tu menyebabkan pelajar tersebut mengambil keputusan membunuh diri.. Hope undang undang dapat memberi pembelaan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.

Apapun saya harap keluarga pelajar tersebut kuat & tabah.. Memang kehilangan orang tersayang dengan cara macam tu memberi kesan trauma & kesedihan yang mungkin tak dapat di gambarkan dengan kata kata.. Tapi hidup tetap kena teruskan kan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SERAM! PEMANDU PREBET SAPU SESAT SELEPAS 3 KALI DI TAHAN PEREMPUAN MISTERI TEPI JALAN KE BANDAR BARU KULIM

2/02/2018 04:48:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

SERAM! PEMANDU PREBET SAPU SESAT SELEPAS 3 KALI DI TAHAN PEREMPUAN MISTERI TEPI JALAN KE BANDAR BARU KULIM. Ampun.. ibuk ibuk bapak bapak.. Lama tak bersiaran segmen seram serik lekatlekit. Allahu... sejak2 berbisnes dropship ni lahai.. Busy mengalahkan jutawan kosmetik ok! Tu dia kan.. Kalau cerita langit pun boleh runtuh katanya. Sebab dah lama sangat bercuti dari menghantui hangpa semua.. Maka Tora datang lagi dengan cerita seram untuk di isi dalam slot ni.


Ni kami nak share kisah yang kami baca dari 1 forum.. Pengalaman bebudak ni ha. Almaklum bebudak U kan selalu belajar jejauh kan.. Bila dapat emergency call mengelabah la nak balik kampung. Dia tak tunggu esok dah.. Malam pun malam la..

Alkisahnya seorang budak masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. Dia dapat call nenek dia sakit tenat. Dia dapat panggilan tengahari.. Memandangkan dia memang spesis celah ketiak nenek.. Alahai, dia rapat dengan nenek dia maka petang tu jugak di berdesup balik kampung walaupun kalau ikutkan dia memang tak suka bertolak balik kampung petang petang hari. Katanya sebab kawasan tu agak sunyi. Petang2 pun dah sunyi yer.. Malam apatah lagi.

Rezeki dia la kan.. Dapat jugak bas pukul 5 petang nak balik kampung. Katanya perjalanan untuk sampai ke kampung lebih kurang 5 jam.. Ni mesti dari ibukota la ni nak balik utara. Den tau la den kan orang utara.. Memang normally nak balik kampung paling cepat 5 jam juga la kan kalau naik bas ekspress. Nak balik kampung dia katanya boleh je redah je naik bas apapun yang menuju ke Butterworth, Parit Buntar atau ke kulim. Tapi di sebabkan Bas paling awal cuma ke parit buntar.. Kira boleh la tu. Lebih kurang pukul 11 macam tu la.. Maka sampai la di di stesen bas parit buntar. Dari Parit buntar memang membohong sangat la nak jalan kaki balik Bandar baru kedah sana nu.. So, dia survey2 teksi kat situ semua kerek tak mau hantar dia. Mujur la ada satu prebet sapu yang sudi hantarkan.. Prebet sapu yer.. Bukan Uber. Tahun 2000 rasanya belum ada uber. Nak tak nak dia kena juga sudi terima pertolongan pakcik prebet sapu tu.. Janji tak sapu licin wallet dia sudah la. Sebab dia dok fikir takut tak sempat jumpa nenek dia.

Sementara nak sampai ke destinasi yeah.. yeah.. puncak cinta tertinggi yeah.. yeah.. Op's sorry tetiba teringat lagu Dato Siti Nurhaliza pulak. Ok ok.. sebelum kena ludah skrin kita sambung balik cerita tadi. Sementara nak sampai tu dia pun berbual la dengan pakcik prebet sapu tu. Satgi orang kata tiang pulak kan sampai tak bertegur sapa. Tengah asyik dok sembang tu tetiba ada sorang minah mana ntah tetengah malam tahan kereta. Pakcik ni tak berhenti la sebab dia dah ada passenger kan? Si budak tu pun masa tu tak fikir apapun pasal perempuan yang tetiba tahan kereta tepi jalan memalam buta sebab otak dia focus nak jumpa nenek dia jer.. Datang bidadari secantik sajat pun dia dah jadi tak bernafsu katanya hehehehe

Bila sampai ke depan sikit.. Ada lagi perempuan tahan kereta. Budak tu mula fikir ramai betul perempuan pukul 11 malam masih tak balik rumah. Macam biasa la driver prebet sapu tu buat lex wat peace jer.. Dia tetap dengan prinsip dia. Dia dah ada penumpang.

Masuk kali ketiga.. Nampak minah yang sama tahan kereta melambai lambai macam yang pertama & kedua tadi memasing rasa tak sedap dah. Yang penumpang tu terkumat kamit la baca apa apa yang patut, si driver tu diam on the spot.. Time ni kalau terkentut confirm kantoi walau bunyi angin je pun. Sebab masing2 sunyi basi layan seram serik sejuk bagai.

Tak lama lepas tu baru pakcik prebet sapu hentikan kereta & suruh budak tu baca la apa yang patut. Mamat tu memang tak berani dah nak pandai luar apatah lagi pandang belakang tepi tengah bagai. Dia tunduk jer.. Memang rasa nak menangis. Tetiba kedengaran pakcik driver melaungkan azan.. Azan tu katanya dengar sayu sangat. Selesai azan.. Pakcik tu takde la lepak lepak isap okok bagai. Start enjin terus gerak la sampai la kerumah budak tu.

Sampai je rumah budak tu.. So di pelawa la pakcik prebet sapu tu bermalam kat rumah dia. Risau juga kang nak balik, minah tu dok tunggu lagi. Almaklum la dia nak tumpang tadi depa tak bagi kan.. Mula2 pakcik tu tolak tapi di pujuk ayah & abang dia.. Pakcik tu setuju la. Lagipun dah larut malam.. Kalau pun tak di ganggu makhluk2 halus, mengantuk pun boleh jadi punca kemalangan.

Maka terbongkar la cerita masa kejadian tu berlaku... Kata pakcik tu dia nampak perempuan tu 3 kali. Perempuan yang sama tahan kereta dia. Lepas tu baru dia perasan macam dia dah sesat sebab dia perasan masa dia tengah drive dia nampak macam ada simpang padahal sepatutnya jalan tu jalan sehala. Dia memang yakin 100% sebab memang selalu guna jalan tu berulang alik. Lepas azan tu baru dia nampak jalan pulang ke pengkal jalan katanya

Lepas kejadian tu.. Memang budak tu takkan balik time kejadian seram tu.Kalau lewat dia lebih rela tunggu sampai siang kat stesen bas. Tu dia memang trauma yang melanda.. menikam nikam jiwa  sungguh budak tu kan? Aje giler kau! Kau belum kena senang la ejek ejek orang.. cer kau yang kena. Jenuh renjis renjis air penawar nak pulih semangat. hehehehe

Moral of the story.. Hantu hantu zaman sekarang pun dah mengalami Osteoporosis.. Jangankan nak terbang.. nak jalan pun dah tak mampu. Sebab tu dia tahan kereta nak tumpang.. Tu pun kedekut hangpa ni. Tumpang sampai kubur sana jer pun.. Boleh la bang... dekat je. hahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com