BUAT SENDIRI FACE MIST MENGGUNAKAN EVIAN MINERAL WATER

7/30/2018 11:02:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

BUAT SENDIRI FACE MIST MENGGUNAKAN EVIAN MINERAL WATER. Sebenarnya dah lama nak buat entri ni tapi mood dia berjalan jauh sangat. Sementara nak balik ke tanah air ni.. stuck merata rata katanya. Kena tunggu jugak la sampai dia mendarat baru la boleh buat. Sedang elok pagi ni.. cuaca hujan.. sejuk.. perut dah kenyang breakfast frozen roti canai dengan Rendang yang beberapa hari yang lalu di frozenkan dalam peti ais tu. Bila perut dah kenyang hati pun dah senang boleh la menulis dengan riang.


Lambakkan produk kecantikkan & skincare di pasaran ni sampai kita tak tahu yang mana ok & tak. Lebih2 lagi banyak pengusaha & pengeluar produk sekarang sejenis tak bertanggungjawab.. Fikir keuntungan & nak hidup senang dengan jual produk yang bahaya & tidak berkualiti kepada pengguna. Depa focus belajar marketing je.. Depa memang tak peduli produk depa kategori layak kuis kuis dengan hujung ibu jari kaki kemudian terajang masuk logi kumbahan ke hapa. Yang penting pandai market.. untung banyak. Boleh kaya raya.. harta sampai kiamat makan tak habis. Lepas kiamat je reta tu tak boleh beli syurga. Sebelum kiamat maybe dapat la merasa syurga dunia yang sementara.

Di sebabkan perkara tu.. Kita sebagai pengguna la kena lebih bijak. Nak harap KKM ambush semua produk2 bahaya & sampah di pasaran memang tak menang tangan la kan. Founder2 produk macam ni tumbuh bagaikan cendawan atas taik lembut kering. Bersepah.. Kat mana2 boleh nampak ada.

Di sebabkan lambakkan produk tak berkualiti & bahaya tu la.. hari ni I nak ajar Uolls buat Face mist sendiri. Apa.. Ingat produk Face Mist takde spesis kilo & bahaya ke? Ada ok.. Jadi untuk buat anda tak terbeli face mist sampah masyarakat yang harga tahap nirrojim mengalahkan firaun.. Meh la kita pakat DIY Face mist sendiri menggunakan Evian Mineral water.

Sebenarnya tip ni saya baca dari perkongsian di page Khairul Yoi. Aktivis yang lantang menentang produk2 bahaya & overclaim. Menurut perkongsian di page Khairul Yoi.. Air Mineral ni memang bagus untuk lembabkan kulit & bagi kesegaran pada kulit kita. Yer betul sebab saya dah gunakan. Sebelum saya guna Evian mineral water buat face Mist.. saya guna spirtzer mineral water. Masa tu saya kena alergik teruk kat muka dekat sebulan. Memang apa2 skincare tak boleh guna.. Saya cuma cuci muka guna cleanser cetaphil sahaja. Krim malam siang pagi petang subuh zohor asar maghrib isyak semua tak boleh nak tenyeh. dia jadi gatal.. Dah la gatal.. kulit jadi merah2, kering pedih. So untuk kurangkan perit tu saya buat face mist guna mineral water.. Bila sembur air ke muka.. muka kita basah.. so takde la perit & gatal sangat kan. Bila muka tu kering kau bayangkan la rasa merenyam & pedih dia macam mana. So air ni memang sangat membantu.

Keistimewaan Air mineral Evian ni menurut dari posting Khairul Yoi..

Air mineral ni di ambil dari gunung Evian yang berdekatkan dengan Tasik Geneva, Perancis. Syarikat yang menguruskan Evian ni adalah Donane & tiada company lain di benarkan untuk memasarkan air dari pergunungan Evian ni selain Danone. Pihak Danone dah cop sebagai hak milik mereka untuk memastikan air tu tidak tercemar.
Pada label packaging botol air tu tertulis 'Natural Spring Water'. Air salji dari gunung sememangnya tinggi dengan mineralnya. Di tambah lagi air ni adalah air terbersih di dunia & memang tinggi kualitinya.
Selepas guna sebotol mineral water Spritzer tu saya beralih ke Evian water.. Apa yang best guna face mist diy dari mineral water ni.. Serius kalau kau amalkan.. kulit kau jadi lembab & lembut. Evian ni.. saya guna.. kulit pun segan2 nak naik jerawat. Tak kusam & nampak glow glow jugak. Tapi kau kena kerap sembur muka & amalkan secara rutin bukan bila rajin jer ok! Alah.. Nak sembur air kat muka pun malas.. Baik kau pakai topeng ultramen je tak payah jaga muka kekekeke.

Dekat sebulan dah rasanya saya amalkan Face Mist yang guna Air mineral ni. Alhamdulillah puas hati sangat dengan resultnya walau dia takde la.. terus bertukar jadi bidadari sorga katanya. Boleh nampak kulit semakin sihat.. lembab & lembut bila di sentuh. Selain tak kusam & nampak segar.

Selain tu.. DIY face Mist sendiri dengan Mineral Water ni.. Jimat & Insya Allah selamat. Sebab kita tahu kita guna Air mineral je kan? Berbanding produk2 face mist yang bukan bukan kat luar sana. Dia boleh claim produk dia organic la natural la.. selamat la.. tapi belum tentu betul tak? Kecuali yang dah di RND. Hanya ujian makmal yang di iktiraf sahaja boleh membuktikan sesuatu produk tu selamat atau tak..


Alah nak DIY Face Mist sendiri bukan susah.. hang pi la beli Evian Mineral Water sebotol.. Beli botoi spray tu. Kat Mr DIY pun ada jual botol spray lepas tu isi la air dalam botol macam sukaneka masa tadika dulu.. Kemudian spray la muka hang sampai lemas pun takpa. Kos pun tak banyak. Saya beli Evian mineral water 1000ml tu dalam RM10 macam tu. Botol spray tu.. dalam RM5 ke berapa lupa dah.. 1000ml tu bukan sikit beb.. banyak. So memang berbaloi & jimat. Ada jugak evian mineral water yang 100ml & 500ml. Harga lebih kurang RM5 -RM7 macam tu la. Boleh beli kat pasaraya atau nak senang kat 7e ada jual. Cuma 7e ni harga dia mahal sikit la.

Kalau malas juga.. Evian ada keluarkan produk face mist dia. Boleh beli kat drugstore macam guardian & watsons. Tapi mahal sikit la. Bagi orang macam den.. Den guna face mist DIY dengan evian mineral water je la. Jimat katanya hehehehehe


Jadi semua si cantik & ensem di luar sana.. Kalau ragu2 nak beli face mist takut terbeli face mist kilo.. Boleh la DIY face mist sendiri guna air mineral. Kalau nak campur Essential Oil pun boleh.. jangan kau campur clorox dengan harapan muka kau putih macam sajli di pergunungan Evian tu sudah. Kang nak putih.. di baluti kain putih pulak.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua.. Moral of the story.. Sebuah kecantikkan bukan hanya di nilai dari warna kulit tapi tapi otak jugak. Orang yang bijak.. sentiasa nampak cantik tak kira la apapun warna kulit dia. So, jadilah pengguna bijak, hindari produk bahaya & overclaim pilihlah yang selamat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com