PENGALAMAN DI DAKWA & DI BICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI

9/06/2018 10:51:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

PENGALAMAN DI DAKWA & DI BICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI. Rasanya ramai dah tahu sejak setahun lepas saya menghadapi satu kes saman sivil (saman fitnah/malu) kerana menulis something di blog berkaitan 1 produk ni. Sebab perbicaraan masing berlangsung & keputusan mahkamah masih belum ada so saya tak boleh reveal la apa2 berkaitan dengan kes saman cuma saya nak share maybe ada di antara hangpa yang sedang di dakwa di mahkamah maybe boleh buat persediaan awal kan. Almaklum la I kan blogger.. Memang suka share macam macam perkara yang saya rasa boleh memberi ilmu & manafaat kepada orang lain.


Pada 2 & 3 september 2018 lepas saya menghadiri perbicaraan kes saman terhadap saya di mahkamah tinggi Kota Bharu kelantan. Saya bukan orang kelantan ok! Tapi saman di failkan di sana so saya terpaksa mengikuti perbicaraan di mahkamah sana juga la selepas permohonan di bicarakan di tempat saya gagal. Tapi tu cerita tahun lepas la..

Memang saya tak pernah di dakwa atas apa2 pertuduhan sebelum ni malah tak pernah pun masuk mahkamah atas apapun urusan. Tengok perbicaraan kes orang lain pun sebelum ni tak pernah. Kira lepas kena saman itulah kali pertama saya jejak kaki ke mahkamah & dapat tengok juga la kes kes lain di bicarakan secara live sementara nak tunggu turn kes saya di bicarakan. Yang ni penting bagi mereka yang tak ada pengalaman dengan mahkamah. Memang even tarikh tu tarikh kes kita di bicarakan atau sebutan kes atau apa2 prosiding tapi kita tak tahu hari tu turn kes kita di panggil pukul berapa. So kena tunggu. Sebab dalam 1 hari tu bukan hanya 1 kes di bicarakan tapi banyak kes. Dia takde kalau kata pukul 9 pagi.. 9 pagi tepat kes kau akan di panggil. Melibatkan perbicaraan apa2 kes pun.. memang timing tu takkan sharp ok!

Sebagai seorang di dakwa.. Bila di panggil masuk ke kandang tertuduh. Akan bermula dengan di soal jawab oleh peguam pihak plaintif (peguam pihak yang saman). Kebanyakkan soalan hanya boleh jawab ya & tidak. Setuju atau tidak je. Even jawapan memerlukan ulasan tapi semasa soal jawab dengan peguam pihak plaintif jika soalan itu perlu jawab ya & tidak.. setuju atau tidak.. cuma boleh jawab macam tu je. Tak boleh nak ulas apa apa.

Sumber : Menghadapi Proses Mahkamah

Dengar betul betul soalan.. kadang2 soalan agak berbelit susah nak faham boleh minta ulang. Tak apa kalau berkali kali pun.. Sampai faham baru bagi jawapan. Mungkin ada soalan dalam tu seolah menyatakan sesuatu yang sebenarnya anda tak lakukan atau belum terbukti anda lakukan.. Boleh je minta perkataan yang anda rasa tidak sesuai di gunakan dalam soalan tu di gugurkan atau di tukar.

Selepas selesai peguam pihak plantif bersoal jawab.. Peguambela saya pula ambil alih. Ada beberapa soalan dari pihak peguam plantif tadi dia ambil & jawapan yang saya bagi tadi baru di minta mengulas kenapa & mengapa  di jawab ya atau tidak.. setuju atau tidak. Time tu la kita di beri peluang memberi kenyataan & ulasan. So jangan panik ok.. Even soalan dari peguam pihak pendakwa tu kita tak boleh ulas apa2.. Tapi ada sesi kita di beri peluang memberi keterangan & ulasan. Nama pun perbicaraan kan so mesti la ada keterangan dari kedua belah pihak untuk di adili. Cuma yang tak pernah berhadapan dengan kes mahkamah macam saya mula2.. cuak jugak sebab saya tak tahu proses perbicaraan tu macam mana. Sebab tu saya rasa nak share tentang perkara ni. Supaya nanti yang mana terlibat dengan perbicaraan tak la mengelabah sangat.

Semua kenyataan kita akan di catat oleh hakim, pihak peguam plantif & pihak penguambela kita.

Tip dia korang jangan mengelabah. Memang la saya sendiri pun nervous ok masa di panggil ke kandang tertuduh tu. Tak dapat nak describe rasa tu macam mana. Rasa nak tercabut jantung pun ada. Dok terbayang kena sergah dengan lawyer macam drama & filem tu jer. Kang kena sergah hilang ingatan habis semua fakta nak cakap aku lupa mampus! Macam tu la yang saya terbayang pada mulanya. Tapi Alhamdulillah sepanjang perbicaraan tak ada pun kena sergah dari mana2 pihak. Semuanya berlangsung dengan penuh berhemah katanya.

Saya psycho diri saya.. semua yang ada depan saya adalah manusia. Saya tak perlu takut secara berlebihan seolah olah takdir saya mereka yang tulis. Apa yang berlaku & bakal berlaku adalah perancangan Allah. Ingat kita ada Allah.. Tidak ada makhluk yang lebih berkuasa melainkan Allah & semua yang berlaku atas izin Allah juga.

Alhamdulillah.. sepanjang perbicaraan saya rasa saya boleh memberi keterangan dengan tenang even kadang2 saya tak berapa formal sebab dah biasa menulis & bercakap cara santai kan. Takpe mahkamah boleh terima. Tapi make sure jangan menggunakan perkataan kurang ajar sampai menghina mahkamah yer. Kawal emosi anda supaya anda tidak melakukan sebarang perkara yang melanggar peraturan mahkamah secara lisan atau tindakkan.

Lagi satu dalam mahkamah tak boleh ambil gambar, rakam video atau apa yer. So jangan nak selfie.. candid gambar hakim ke hapa pulak. Sebab tu kalau kita tengok berita pasal apa2 perbicaraan pun memang tak ada gambar semasa perbicaraan di jalankan dalam mahkamah.. Kalau adapun lukisan ilutrasi sahaja. Kat luar negara tu lain.. Tapi kat Malaysia tak di benarkan & kalau korang buat juga maybe akan di ambil tindakkan.

Gambar sekadar hiasan

Sebagai blogger yang tak ada banyak pengetahuan tentang undang - undang & kes mahkamah ni.. Setakat tu je saya boleh kongsikan dari pengalaman saya sendiri. Semoga perkongsian yang seciput ni dapat memberi manafaat kepada mereka - mereka yang maybe macam saya baru pertama kali di hadapkan ke mahkamah untuk buat persediaan dari segi mental & fizikal. Niat saya cuma memberi informasi untuk manafaat orang awam sahaja tidak bertujuan menjatuhkan atau mengaibkan mana mana  pihak atau organisasi.

Apapun selama setahun ni saya dah berusaha.. Sekarang saya tawakal je. Apapun keputusannya nanti saya cuma mohon Allah kuatkan hati & apa yang baik saya sedang ubah moga Allah kekalkan. Moga hati saya tidak berbolak balik bila di uji dengan nikmat & tidak berputus asa bila di uji dengan musibah. Itu je saya harap.

Moral of the story.. Menghadapi kes mahkmah ni memang tak ada rasa yang best bila kita di dakwa. Tak tau la ada orang seronok kena dakwa & di hadapkan di mahkamah. Tapi bersangka baik dengan Allah.. sebab apa yang berlaku ada hikmah & hidayah. Mungkin mengubah kita menjadi lebih baik & membetulkan kesilapan yang mungkin kita tak sedar selama ni. Di dakwa tak semestinya kita bersalah atau tidak bersalah.. So jangan judge semua orang yang di dakwa itu jahat atau bersalah. Ini mahkamah dunia.. Apa apa saja boleh berlaku. Tapi sentiasa semat di hati.. Apapun berlaku semua dengan Izin Allah & apapun yang Allah izinkan berlaku tak ada satu pun yang sia sia selain ada sesuatu yang sedang Dia tunjukkan kepada kita secara tersirat atau tersurat. Hikmah kita kena cari bukan tunggu macam tu juga hidayah.

5 comments:

  1. lawak pulak terbayang nak selfie candid dengan Yang Arif XD

    ReplyDelete
  2. Semoga Suria berjaya dalam pembicaraannya...di mahkamah berkaitan kes saman. Amin.....

    ReplyDelete
  3. semoga bertabah, pasti ada hikmah setiap yg berlaku.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas ilmu ini..dan semoga d permudahkan Allah ..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com