BILA DI DATANGI PENGEMIS MINTA DUIT DENGAN ALASAN NAK MAKAN

2/13/2019 11:35:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

BILA DI DATANGI PENGEMIS MINTA DUIT DENGAN ALASAN NAK MAKAN. Sapa pernah berdepan dengan situasi ni? Kalau den dengan laki den banyak kali ok. Almaklum la hidup di bandar golongan macam ni memang ramai sangat. Boleh jumpa kat mana mana je. Ada yang betul betul susah.. ada yang ambil kesempatan, ada warga tempatan & ada juga warga asing. Almaklum la ibu kota ni tempat tumpuan pelbagai golongan.. dari sekaya kaya manusia sehingga  semiskin miskinnya. Warganegara tak payah cakap la.. Nak nak lagi kat malaysia ni kan? Tempat tumpuan warga asing nak cari rezeki. Yang masuk secara sah, secara haram & ada yang masuk sebagai pelarian under UNHCR.


Berbalik pada topik. Hangpa pernah tak, tengah tengah prepare nak makan tak kira kat restoran, gerai, fastfood tetiba someone dengan gaya pengemis datang minta sedekah. Normally minta duit la. Lepas tu alasan lapar nak beli makanan. Apa tindakkan hangpa kalau orang tu minta duit nak makan?

Kalau saya & suami.. Kalau sekadar datang hulur tangan minta sedekah kadang kadang tak bagi juga. Sebab kita tau peminta sedekah sekarang kebanyakkan bukan sebab susah tak mampu kerja tapi dia jadikan minta sedekah tu satu kerjaya. Sebab mudah & pendapatan dia lumayan. Kalau yang minta secara menjual.. Kita beli jugak jualan dia bagi tujuan membantu. Tapi kalau yang tengok muka macam something wrong somewhere.. Bau pun lain macam. Bukan busuk sebab tak mandi ke apa.. Bau bau minuman keras bagi datang minta duit alasan lapar nak makan. Kita tolong juga. Tapi suruh dia pergi order nak makan apa kita bayar. Duit memang tak bagi la.. Sebab tau jenis orang macam ni satgi kalau bagi duit dia pi membotoi. Kalau betul betul dia lapar.. kita bagi dia makan, ok dia kenyang.

Tapi ada juga yang datang minta sedekah alasan lapar tapi bila suruh order makan dia tak nak. Nak duit. Yang spesis tu.. sila mereput la! Nampak sangat membohongnya. Kau cakap lapar.. Orang nak belanja makan tak nak. Kau lapar menatang apa sebenarnya? Banyak tau spesis ni guna taktik & alasan lapar nak dapatkan duit untuk beli something macam arak/dadah atau apa2 benda yang depa sedang ketagih. Nampak gaya macam pengemis tapi mengemis untuk sesuatu yang salah. So, kalau kita bagi duit memang macam menyokong pulak depa untuk terus ambil barang barang terlarang.

Kat sabah pun ramai budak budak kecik yang datang minta sedekah alasan nak makan.. Tapi bila orang bagi makan dia tak nak pulak. Ni pengalaman sendiri masa bercuti kat sabah dulu. Lupa dah tahun bila.. Yang berseluar tak berbaju, yang berbogel.. Nampak macam bajau laut tapi menurut orang sana budak budak bukan orang sabah. Tapi warga asing. Ni pun akan buat kita jadi serba salah. Kita nak makan dia tercongok kat depan kita. Ajak makan tak nak.. Nak duit. Di bagi sorang datang lagi ber orang orang.

Zaman sekarang kalau nampak macam ada tak kena, kena juga bersangka buruk. Memang sedekah kita bagi antara kita dengan Allah tapi mungkin niat kita buat kerana Allah cuma takut benda tu menyumbang kepada perkara yang tak elok. Jadi tak salah pun kita bersangka buruk pada sesuatu yang kita rasa macam ada tak kena dengan niat kita tak nak pertolongan kita di salah guna untuk sesuatu tujuaan yang tak baik, memudaratkan & mengundang jenayah.

Moral of the story.. Sedekah tu satu perbuatan yang baik tapi tu la zaman dah berubah. Ramai yang ambil kesempatan. Jadi pandai pandai la menilai. Jangan tersedekah dengan scammer sudah.

3 comments:

  1. ya.. saya pun tengok jugak macam mana orang yang datang mintak sedekah tu..kalau cukup sifat suhat tubuh badan macam tak perlulah kot..

    ReplyDelete
  2. Pernah juga jadi macam ni, tapi sbb tak nak pengemis tu lama lama duk ngan saya, saya hulur je terus... Tak byk la.. Tapi kalau hulur makan tapi tak nak tu, diamkan je..

    ReplyDelete
  3. Biasa yang lalu waktu kami nak makan, yang jenis jual tisu siap berteman tu. Part ni adakala kami bagi adakala kami tak bagi. Tapi tak suka dengan yang meneman tu, seolah-olah mengambil kesempatan pada yang mengemis tu (ni berlaku pada mereka yang buta)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com