AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK

3/04/2019 03:44:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK. Sebab lambakkan produk kosmetik terutama skincare ni di kesan mengandungi bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sekarang ni segelintir pengeluar/ponder beralih arah dengan menggunakan taktik claim produk depa organik pulak. Yang paling tak tahan tu.. 100% organik kau! Yelah.. hang klepet (tipu) pi la macam mana confirm masih ada golongan yang akan percaya & terpedaya.


Bukan kata tak ada produk organik.. Ada je cuma yang claim 100% organik tu nak percaya dengan tak percaya sama banyak je. Produk yang buat tuntutan organik ni kena di ada sijil organik. Kalau tak ada tak boleh nak claim produk depa organik. Tak ada bukti sokongan yang menyatakan produk mereka organik so kita kena ragui la. Zaman masing masing berlumba nak kaya raya ni dia bukan kisah dah rezeki dia halal ke, berkat ke tidak. Yang dia fikir.. apa saya marketing yang boleh menaikkan jualan produk dia.. kita belasah je. Dalam hal ni yang konon sifu sifu dok buat kelas marketing terutama yang beragama Islam mohon highlight isu halal, haram & keberkatan rezeki sikit. Ni asyik ajar teknik nak naikkan sale.. buat copywritting overclaim je kan. Ajar la sikit depa jujur dalam berniaga ni.

Seperti biasa atas keprihatinan & sama sama nak belajar dengan hangpa semua.. den kongsikan sedikit info berkaitan produk kosmetik organik & apa itu produk kosmetik organik yang patut kita semua tahu. Even info ni sangat basic.. At least membantu kita dari kena tipu.

Produk kosmetik organik tidak dikawal oleh mana-mana perundangan ataupun badan kawalselia. Ini bermaksud sesiapapun boleh mengunakan terma 'Kosmetik Organik' tanpa larangan. 
Label Organik pada produk kosmetik pula tidak semestinya bermaksud bebas bahan kimia, tetapi bermaksud menggunakan bahan organik dalam
penghasilannya. 

Bahan organik dalam kosmetik ini boleh jadi hanya 1% sahaja daripada kandungan kosmetik. Contohnya, produk kosmetik yang hanya mengandungi 0.01% minyak lavender organik juga melabelkan produk mereka sebagai kosmetik organik. Tetapi ramai pengguna yang tidak sedar. 
Kajian yang terbaru mendapati, 1 daripada 3 orang pengguna sanggup untuk membayar harga 25% lebih mahal untuk mendapatkan produk- produk yang dihasilkan secara organik ataupun bebas bahan kimia. 
Jadi hari ini, terma 'ORGANIK' telah dijadikan sebagai alat pemasaran oleh syarikat kosmetik untuk mereka jual dengan harga yang lebih mahal selain untuk yakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan bebas bahan kimia beracun. 
Anda boleh survey sendiri trend produk-produk kosmetik di kedai kosmetik ataupun farmasi komuniti yang semakin banyak menggunakan label organik. Tak perlu pergi jauh, kita juga boleh lihat trend penjualan kosmetik di Facebook dan Insta oleh penjual-penjual online kebanyakkan claim produk kosmetik mereka adalah organik dan bebas bahan kimia beracun. 
Tambah mengelirukan lagi, pelbagai logo-logo organik dikeluarkan oleh pelbagai badan dan persatuan yang menggunakan standard organik sendiri. Ada yang mengatakan kosmetik organik mesti mengandungi 95% bahan berasaskan tumbuhan dan 10% daripada kandungannya adalah organik. 
4 KATEGORI LABEL ORGANIK 
Menurut USDA, produk kosmetik boleh menggunakan logo USDA Organic mengikut 4 kategori label organik sama seperti produk makanan. 4 jenis label organik ini adalah: 
1. "100% ORGANIC" - Produk mesti mengandungi bahan yang dihasilkan secara organik sahaja tidak termasuk air dan garam.
2. "ORGANIC" - Produk mesti mengandungi sekurang-kurangnya 95% bahan organik. 
3. "Made With Organic Ingredient" - Produk mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan organik dan boleh letakkan 3 bahan organik pada label. 
4. Jika produk mengandngi kurang 70% bahan organik. Produk tidak boleh menggunakan terma "organik' pada label tetapi boleh nyatakan kandungan spesifik yang dihasilkan secara organik. 
Air dan garam tidak termasuk dalam kategori 'bahan organik'. Di US, mana-mana produk yang tidak menepati 4 kategori label organik di atas tidak boleh menggunakan label USDA Organic pada produk kosmetik mereka. 
Jadi, apa yang pengguna boleh lakukan jika mahukan produk kosmetik organik? 

Jawapannya. Luangkan lebih banyak masa untuk membaca dan fahami label produk kosmetik tersebut. Semak siapa pengilangnya dan siapa yang berikan logo atau persijilan organik kepadanya. Periksa kandungan bahan-bahan yang digunakan. Jika masih tidak jelas, hubungi syarikat tersebut dan tanya. 
"Memilih untuk menggunakan produk kosmetik yang organik dan bebas bahan kimia adalah hak pengguna". Jadi, jika kita buat pilihan untuk gunakan produk Kosmetik Organik pastikan kita betul-betul dapat apa yang kita bayar. 
"JIKA KITA BAYAR HARGA UNTUK PRODUK KOSMETIK ORGANIK, PASTIKAN APA YG KITA DAPAT BETUL-BETUL PRODUK ORGANIK. BUKAN CLAIM SEMATA-MATA"
Sumber : FB Rahman Baco, Pharmacist

Semoga tips & info berkaitan produk kosmetik organik membantu hangpa supaya dapat mengenalpasti samada produk tu betul betul organik atau sekadar claim organik je bagi memanipulasikan iklan bagi melariskan jualan.

Moral of the story.. ada berhak bertanya bukti sesuatu produk itu samada betul organik atau tidak kepada pengedar/pengeluar/penjual. Kalau banyak dolak dalih & alasan.. Anda wajib meragui kejujuran mereka. Jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya.

1 comment:

  1. Sekarang semakin ramai yang mencari dan ubah fokus ke produk mesra organik. Dan banyak juga penawarannya. Cuma mahu memastikan benar atau sebaliknya bahan yang digunakan adakah benar-benar organik itu yang sukar.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com