KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR

3/15/2019 10:02:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR. Sesungguhnya saya masih berpegang dengan kepercayaan.. Allah takkan menguji seseorang itu apa yang di luar kemampuannya. Jadi saya akan teruskan usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kes mahkamah saya ni. Putus asa? Belum lagi.. Selagi bernyawa selagi tu peluang sentiasa ada.

Selepas keputusan mahkamah keluar macam macam spekulasi & tuduhan saya terima. Ada yang mempertikaikan kenapa saya tak terima tawaran penyelesaian di luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung? Ada yang dengan yakin cari gali artikel saya berkaitan penulisan saya tentang produk tersebut & menuduh dengan yakin bahawa artikel tu menyebabkan saya kalah 3 posting di mahkamah sedangkan artikel itu tidak termasuk dalam perbicaraan & bukan artikel tersebut yang menyebabkan saya kalah di mahkamah.

Soalan pertama kenapa saya tidak terima tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung?

1. Saya adalah penerima sumbangan yang mewakili ramai pengguna & netizen yang nak saya terus fight & membela nasib mereka. Jadi mereka menyumbang untuk saya harap saya teruskan kes ni sampai habis. Itu tujuan mereka memberi sumbangan selain untuk meringankan beban yang saya tanggung.

2.  Semasa perbicaraan dah berlangsung.. Saya dah bayar berpuluh ribu kepada firma guaman yang mewakili saya. Adalah sangat tidak adil.. saya terima tawaran penyelesaian & mengaku bersalah sedangkan perbicaraan masih berlangsung ketika itu & belum terbukti saya bersalah. Kos saya keluarkan akan lebur & usaha saya selama ni akan jadi sia sia. Sumbangan yang saya terima dari pengguna & netizen juga jadi membazir. Sumbangan adalah amanah besar yang perlu saya pegang & gunakan sebaik mungkin bagi tujuan yang saya minta.

3. Andai ada tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa saya tak mampu nak ambil lawyer & tiada bantuan dari mana2 pihak masa mula mula dulu.. Berbaloi saya terima. Waktu tu saya hampir hampir kalah tanpa perbicaraan & hampir hampir di mufliskan sebanyak RM3juta kerana tidak mampu mengambil peguam & hadir ke mahkamah atas faktor lokasi yang jauh dari tempat tinggal saya iatu di Kota bahru kelantan sedangkan saya di selangor.  Tapi waktu tu tiada tawaran penyelesaian pada saya. Tawaran hanya di beri selepas saya berjaya dapatkan lawyer yang sanggup mewakili saya yang pada waktu itu tiada kewangan yang cukup. Selepas dapat lawyer baru saya buat kutipan sumbangan.

Jadi.. saya teruskan juga walau di tawarkan penyelesaian luar mahkamah. Memikirkan yang saya bayar lawyer dengan duit sumbangan dari mereka yang mahu saya teruskan perbicaraan di mahkamah bukan nak saya tarik diri bila dah sampai peringkat perbicaraan. Jumlah bukan sedikit. Amanah mereka saya jaga & harapan mereka saya bawa sehingga selesai. Mereka tidak salahkan saya walau saya tak mampu menang secara keseluruhan tapi penulisan saya terhadap produk tersebut kebanyakkan berpandukan fakta yang sahih & benar. Saya dah buktikan di mahkamah. Itu sudah cukup bagi mereka. Saya dah membuktikan apa yang saya tulis bukan semuanya fitnah.

Saya tidak boleh menjelaskan apa2 sepanjang kes sedang berlangsung sebab saya terikat dengan injuksi iatu satu perintah mahkamah yang di failkan oleh pihak plantif menghalang saya update sebarang perkara melibatkan kes saman saya dengan mereka. Waktu tu untuk melawan & membatalkan injuksi terhadap saya.. saya tak cukup kewangan. Terpaksa saya terima & ikut sahaja injuksi. Semua orang tahu kekangan saya adalah masalah kewangan. Apa saja yang boleh menjimatkan kos waktu tu saya terpaksa akur & terima.

Istilah kalah.. Yer saya kalah 3 posting dari 11 Pertuduhan fitnah yang di failkan kepada saya. Secara jujur artikel & posting saya banyak menulis tentang produk tersebut bukan kebanyakkan menjurus kepada founder produk tersebut cuma penulisan saya tidak formal & lantang jadi ada ayat ayat sarcasm yang keras menyebabkan saya kalah di mahkamah. Lagi 8 artikel/posting saya berkaitan produk tersebut berjaya dalam pembelaan Justifikasi atau mudah faham saya memang secara majoriti (8 artikel) di mahkamah & kalah kepada 3 posting yang mahkamah sifatkan sebagai fitnah.

Antara statement yang saya kalah adalah. 
1. Menulis produk tati sebagai timbang kilo 
2. Menulis statement ""hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! " 
Boleh merujuk kepada posting ni untuk keputusan mahkamah : https://www.facebook.com/suria.lekatlekit/posts/2726154484065163

Walaupun menang majoriti.. sebagai pihak yang di saman sememangnya pihak plantif (Yang menyaman) boleh memfailkan tuntutan gantirugi kepada saya terhadap 3 posting yang saya kalah tu. Cuma yang akan putuskan berapa perlu saya bayar adalah mahkamah.

Pada 20 febuari 2019.. mahkamah memberi peluang kepada pihak plantif untuk membuat tawaran penyelesaian tanpa melalui bicara tafsiran di mahkamah tapi pihak plantif menuntut jumlah pampasan seperti di dalam saman & atas nasihat peguam saya.. Perlu teruskan bicara tafsiran kerana tuntutan mereka memang tidak logik sama sekali.

Mahkamah menetapkan 20 march 2019 sebagai tarikh mula perbicaraan tafsiran tuntutan pampasan gantirugi. Untuk meneruskan bicara tafsiran ni memang saya perlu membayar kos guaman untuk terus di wakili peguam. Boleh rujuk Quotation di bawah



Saya memang tak mampu untuk sediakan kos sebanyak tu.. Jadi andai anda masih percaya & menyokong perjuangan saya bantulah saya melalui 2 cara ni..

Bagi menyediakan bayaran untuk menjalani bicara tafsiran.. Saya membuka peluang anda membantu dengan mengambil slot review di blog saya

Atau ingin menyumbang tak kira RM1, RM5 atau RM10 atau berapa sahaja bergantung pada keikhlasan anda.. boleh salurkan ke 


Maybank account

514392522914

Nursuria

Selain itu saya harap ramai terus share entri ni & posting di FB untuk misi mencari dana kedua saya untuk mencukupkan kos bagi membayar kos guaman bicara tafsiran. Sekurang kurangnya sekarang (bulan ni march 2019) saya perlu bayar dulu RM2K untuk membolehkan saya meneruskan bicara tafsiran ni. Anggaran masa untuk bicara tafsiran ni antara 6 - 9 bulan untuk selesai.

Sebagai manusia saya cuma mampu berusaha selebihnya hanya doa & tawakal kepada Allah. Saya yakin perjalanannya dah tertulis & Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya walau mungkin yang terbaik itu sangat pahit pada awalnya. Saya mohon doa dari semua semoga di permudahkan segalanya.. Di turunkan bantuan yang maha hebat. Semoga saya dapat melahirkan cahaya mata kedua (lebih kurang 7 minggu lagi) dengan selamat & sihat walau masih di himpit dengan masalah berkaitan kes saman ni.

Terima kasih atas bantuan & sokongan semua. Sesungguhnya ia juga menjadi sumber kekuatan saya untuk teruskan usaha ni & terus memberi kesedaran pada orang awam tentang produk produk bahaya yang bersepah di jual secara online. Tiada apa yang perlu di kesalkan.. Cuma apa yang salah saya perbaiki & yang baik untuk kepentingan masyarakat saya teruskan. Kenapa takut untuk buat sesuatu yang memberi kebaikkan kepada orang lain??? Perjuangan & prinsip kita mungkin berbeza tapi setiap manusia ada amanah & tanggungjawab mereka.

2 comments:

  1. Moga urusan melahiran dipermudahkan.
    Moga urusan lainnya juga Allah lancarkan.
    Bantuan SENTIASA ada selagi mana niat yang baik itu dijaga.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Usaha selagi mampu. Berani kerana benar, takut kerana salah.
    Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com