RESEPI KEK PISANG KUKUS PALING SIMPLE TAPI SEDAP

10/07/2019 12:36:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI KEK PISANG KUKUS PALING SIMPLE TAPI SEDAP. Semalam sempat jugak buat 2 menu berasaskan pisang. Mula mula buat cekodok petang semalam ada lebih 2 biji pisang. Memang sengaja je tinggalkan baki 2 biji pisang sebab berniat nak buat kek pisang. Tak payah la berkerut buat kek guna 2 biji pisang je ke? Yelah.. buat sikit dalam loyang kecik. Banyak banyak sapa la nak makan..

Ni semua gara gara tengok IG si Khairulaming buat kek pisang coklat moist tu. Allahu terliur sampai menitik ayaq lioq atas lantai. Jenuh mop.. Tapi memandangkan tak cukup bahan nak buat kek pisang coklat moist tu.. So jadi kek pisang biasa je la. Tapi cuma bagi la sikit rasa coklat dengan mencampakkan sedikit coklat bar yang ada stok yang rumah ni.



Saya ni bukan la pandai sangat nak mem baking bagai. Oven pun tak ada kat rumah. Setakat kek pisang simple simple macam ni boleh la. Tu pun dulu pernah buat jadi merekah kat tengah tengah tapi yang semalam buat elok & sedap pulak kejadiannya. Yang elok je la kita share ye dak.. Yang nak tau sangat resepi kek pisang kukus yang nampak helok sangat gambarnya tu meh ler kita ke segment dapur lekatlekit.

Bahan bahan

✓ 2 Biji pisang (size sederhana)

✓ 1 cawan tepung gandum (Saya guna mug size biasa bukan besar)

✓ 1 Biji telur

✓ 2 sudu makan gula (taknak manis sangat. Pisang dah manis)

✓ Secubit garam

✓ 1 sudu Baking Soda (sudu kecil)

✓ 1 Sudu Baking powder (sudu kecil)

✓ *Sedikit coklat bar (dalam sebaris tu cukup la sebab buat sikit je) *ni tak wajib.takde pun tak apa.

✓ Butter (agak agak sendiri la. Setengah gengam gitulah)

Cara memasak

➠Lenyek Pisang sampai lunyai (sampai hancur la)

➠Masukkan 1 sudu kecil baking soda

➠Masukan 1 sudu kecil Baking powder (serbuk penaik)

➠Masukan secubit garam

➠Masukan 2 sudu besar gula

➠Masukkan sebiji telur

➠Masukkan butter (mentega) yang dah di cairkan

➠Masukkan Coklat bar yang dah hancur kasar kasar

➠Kacau semua bahan bahan tu sampai sebati

➠Kemudian Masukan tepung gandum sambung pukul (kacau) sehingga adunan sebati

➠Masukan adunan tadi dalam loyang yang dah di sapu sedikit minyak masak (sepatutnya mentega/butter tapi sebab ada cukup cukup untuk masak kek je, So minyak masak pun boleh asalkan kek tak melekat kat loyang bila masak nanti).

➠Panaskan periuk kukus & kukus kek pisang anda sehingga masak lebih kurang 45 minit. Dah masak tunggu sejuk transfer ke pinggan atau apa saja yang bersesuai baru potong.


Please jangan potong kek ketika masih panas. Hancur lebur kek hangpa satgi.

Siaplah sebiji kek kecil yang sungguh gebu & sedap di makan ketika lapar. ekekeke. Senang tak resepi kita share ni. Senang kan? Tak payah sesusah ada perlatan baking. Apa yang ada kat rumah je boleh guna. Kalau nak buat untuk jamuan kat sekolah anak anak pun boleh. Sebab nak buat dia tak susah & tak perlukan masa yang lama di dapur.
Potongan gaya bebas sebab aku guna loyang bulat dah tak tau macam mana nak potong kek pisang ni bagi lawa. Yang gelap gelap adalah cebisan coklat bar yang dah cair dalam kek yer.

Bagi yang baru start nak belajar buat kek.. Ni kira antara kek paling senang nak buat sebab den pun bukan pandai sangat nak buat kek pun. tapi buat kek ni senang nak menjadinya kekekekeke.

1 comment:

  1. Lama benar tak membaking, tiber nengok kek pisang Suria, macam nak buat pulak, sebab semalam beli pisang sesisih hehehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com