AWAS! HAND SANITIZER TIMBANG KILO CLAIM ORGANIK DI JUAL BERLELUASA

3/14/2020 11:26:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! HAND SANITIZER TIMBANG KILO CLAIM ORGANIK DI JUAL BERLELUASA. Dengan penularan wabak covid 19 @ corona virus nampak ada golongan mula ambil kesempatan atas kesempitan manusia lain. Yelah sekarang ni banyak tempat yang out of stock untuk produk hand sanitizer ni. Mana mana pun cari susah dah nak jumpa. rakyat malaysia sedang panik dengan kes covid-19 yang setiap hari ada saja bertambah. Jadi memasing kemain nak pastikan berada di dalam keadaan tangan sentiasa hygiene katanya padahal yang lebih bersih adalah dengan mencuci guna sabun/hand wash. Hand sanitizer ni memudahkan bila kita berada di tempat yang susah nak dapat air untuk cuci tangan. Kat rumah atau tempat tempat yang menyediakan air untuk mencuci tangan tak payah la membazir hand sanitizer tu.


Bila manusia dalam keadaan panik.. Ada pulak manusia lain rasa inilah peluang depa nak buat duit. Maka muncul la ponder ponder instant yang konon buat hand sanitizer sendiri secara homemade. Tak cukup macam tu buat pulak claim produk dia organik tanpa ada lampiran pengesahan pengiktirafan sijil organik. Confident katanya produk dia organik. Almaklum la manusia zaman sekarang sebut organik je semua rasa Ooo.. selamat di gunakan tak fikir pulak dia buat sendiri yang rumah.. peralatan, bahan & tempat pemprosesan dia tu macam mana? Adakah betul betul bersih. etika dia ketika menyediakan produk tu macam mana? confirm ke dia tak terbatuk atau terbersin. habuk habuk tak berterbangan masuk ke dalam adunan hand sanitizer dia?

lepas tu nak buat packaging.. dia ceduk ceduk masuk dalam botol tu guna senduk bagai. Lepas tu bahan di guna kan tu selamat ke tidak. Even pada asal setiap bahan di gunakan tu memang bukan racun tapi di campur menjadi satu produk adakah masih selamat? Dia pergi test kat lab mana yang membuktikan produk dia benar benar selamat? Sukatan kandungan bahan di gunakan adakah mengikut sukatan yang selamat seperti di tetapkan KKM?

macam macam benda kita kena fikir bila nak buat produk ni? Bukan simply kau pergi kelas sejam dua jam.. Kau dah tau buat produk lepas tu nak jual kat orang lain. Kau kena juga study macam macam perkara lagi. Ia melibatkan keselamatan & kesihatan orang yang nak guna produk tu.

Bukan tak boleh buat produk sendiri.. Tapi kalau tak ada bukti ia selamat di gunakan, tidak di daftarkan dengan KKM buat sendiri guna sendiri. Jangan jual. Sebab anda bertanggungjawab keatas produk anda jual tu kalau berlaku apa apa komplikasi & kemudaratan kepada orang lain.

Satu lagi dia claim homemade.. Betul ke dia bancuh sendiri? Boleh jadi dia beli secara pukal (borong) lepas tu dia buat packaging sendiri kat rumah claim homemade. Alah.. benda tu bukan sesuatu yang baru. produk timbang kilo ni semua orang tau.. Bagi yang dah kaya dia buat kat kilang OEM.. bagi ponder bilis baru nak mencuba nasib dia cedok & pack sendiri dulu kat rumah.

Kita sebagai pengguna berhak untuk tanya semua tu sebelum membeli apa apa produk terutama yang di jual secara online dengan claim homemade la.. organik la. Nak nak lagi hand sanitizer ni. Ia untuk tujuan kebersihan & membunuh kuman bagi mengelakkan di jangkiti virus terutama yang sedang melanda dunia sekarang. Benda tu bukan benda kecik yang kita boleh ambil sebagai asal boleh. asal ada. Sebab kuman atau virus ni dia bukan asal nampak hand sanitizer je dia mampus. Bergantung pada kandungan bahan di gunakan tu juga samada mampu membunuh kuman atau virus atau tidak.

berhati hati lah nak beli hand sanitizer lebih lebih yang tidak berdaftar dengan KKM ni. Sebab hand sanitizer ni pun produk yang perlu di daftarkan sebelum di jual. Jangan ingat hand sanitizer jer.. kalau ada kandungan bahan terlarang pun boleh memudaratkan. tak ke menyusahkan diri sendiri nanti

Tips memilih hand sanitizer yang lebih berkesan adalah yang mempunyai kandungan alkohol 60 - 95% yer. Sebab lebih effective membunuh kuman. Kalau kurang tak mampu membunuh kuman terutama virus yang sedang melanda dunia sekarang ni. jadi penting pilih hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol yang menepati keperluan buat masa sekarang.

Tapi kalau tangan kotor pun tak effective sangat guna hand sanitizer. tetap kena cuci kotoran tu dengan sabun atau hand wash gel/foamy jugak. Ia cuma berkesan kalau tangan hangpa tak ada kesan kotoran yang boleh nampak dengan mata kasar. Untuk rujukan boleh baca artikel di blog Dr Che Puteh ni : SIRI 50: HAND SANITIZER BERALKOHOL DAN TANPA ALKOHOL.

Kelebihan menggunakan pembersih tangan beralkohol adalah ia cepat membunuh kebanyakan mikroorganisme dan lebih efisien berbanding pembersih tangan tanpa alkohol.
Jadilah pengguna yang bijak dan tidak tertipu dengan pembersih tangan yang mahal hanya kerana dakwaan organik, natural dan bebas bahan kimia.

Orang melayu ni dengar alkohol satgi panik pulak.. Alkohol dalam produk hand sanitizer ni tak bahaya pun. nak solat hangpa kena wuduk.. bila wuduk tu kena cuci tangan jugak. So hilang la.. tak payah mengelabah sangat. Bukan babi nak kena sertu bagai.

Berikut adalah kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai alkohol: 
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 
a. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. 
b. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. 
c. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal. d. Tapai halal dimakan. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

e. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
 
Sumber : https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3097-irsyad-al-fatwa-siri-ke-290-hukum-pewarna-makanan-20-peratus-alkohol
Paling selamat beli hand sanitizer yang memang ada jual di pasaran seperti di farmasi. Online ni bukan tak boleh beli, Tapi hati hati. Terutama yang homemade atau jenama jenama sendiri tu. Kena lebih alert kandungan bahan yang ada dalam produk tersebut. Kalau dia claim organik tanya dia sijil pengiktirafan organik tu dulu. Takut claim dia pakai air liur basi je.

tak payah panik bila hand sanitizer out of stock sedangkan kita ada pilihan yang lebih baik iatu penggunaan sabun/hand wash gel/foamy. Guna je la. yang tu ada je stock kan? Dah kenapa kau nak jugak hand sanitizer tu. Kat malaysia ni memana je boleh jumpa air nak cuci tangan. Dont worry & jangan over sangat mengelabah pun.

Moral of the story jangan kerana sikap panik kita tak ketahuan hala kita menjadi mangsa scammer produk timbang kilo yang tak berhati perut suka mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Salurkan rasa panik anda dengan membuat langkah pencegahan penularan wabak seperti yang di sarankan KKM & guna produk yang terbukti selamat & dah lama berada di pasaran. Tu je tip untuk jadi pengguna bijak.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com