RENTAS NEGERI PUNCA ZON HIJAU DI KENAKAN PKP

1/31/2021 11:31:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

RENTAS NEGERI PUNCA ZON HIJAU DI KENAKAN PKP. Assalammualaikum. Salam pagi minggu yang tak ada bezanya dengan hari hari biasa. Biasa la berada di negeri zon merah.. 24jam.. 7 hari seminggu hanya berkurung dalam rumah la dengan anak anak bila tak ada urusan penting untuk keluar. Sampaikan budak shahila sampai dah enjoy duduk dalam rumah. Dah tak minta nak keluar. Yang penting adakan barang barang yang dia minat untuk beraktiviti. 

Melihat statistik kes yang masih empat angka.. sepanjang dua hari lepas masing masing dah melepasi angka lima ribu kes harian. Dah tak nampak bayang kes akan turun dalam masa sebulan dua ni. Kena buat persediaan yang mungkin kita akan lebih lama terpaksa had kan pergerakan. PdPR pun mungkin akan berlarutan dengan lebih panjang. So kalau ada bajet.. belilah gadget gadget untuk membolehkan anak anak kita meneruskan PdPR. 

Semua berlaku bila kita di beri kelonggaran untuk bergerak. Sempadan negeri di buka maka berpusu pusu orang mengambil kesempatan untuk pergi bercuti tak kira di tempat percutian atau balik kampung. Bila di suarakan kebimbangan akan menjadi punca peningkatan kes, akan ada suara mempertahankan dan menggunakan alasan kluster tersebar sekarang adalah kluster tempat kerja @ kluster industri. Belum ada kluster holiday, kluster balik kampung bagai.

Memang belum ada kluster besar melibatkan aktiviti rentas negeri ni tapi mungkin kita terlupa pandang beberapa negeri yang sebelum ni berada di zon hijau juga turut di kenakan PKP kerana ada peningkatan kes di situ. Di situ membuktikan aktiviti merentas negeri juga penyumbang pada peningkatan kes. Takkan kita nak tunggu sampai jadi kluster besar baru kita nak ambil langkah berjaga jaga. Baru rasa perkara tu penyumbang pada peningkatan kes.

Kenapa kita tak boleh ambil langkah mencegah sebelum parah? Bila tak mampu nak kawal penularan jangkitan dah tentu semua pihak akan terkesan. Orang bising suruh kawal pergerakan, patuhi SOP tak dengki pun dengan hangpa yang boleh catwalk sana sini cuma orang nak cepat kes turun & kita boleh kembali hidup macam biasa. Yang bekerja boleh bekerja.. sekolah boleh di buka.. pusat asuhan & taska boleh beroperasi..hari minggu boleh keluar lepak MALL.. boleh beriadah..hari cuti boleh pergi melancong.  Tempat tempat ibadah macam surau dan masjid boleh berjemaah macam biasa.

Tapi tu la.. bila di tegur ada yang melenting. Dok ungkit yang dah jadi kluster besar punca statistik kes harian naik. Macam la kluster tempat kerja tu takkan keluar dari kawasan tempat kerja dia. Dah tentu habis kerja dia balik rumah.. balik rumah ada family. Mungkin sebelum pkp dia tak tahu dia positif bawa family balik kampung. Kenapa kita tak nak fikir sejauh tu?

Betul.. sepatuh mana kita dengan SOP atau kita berkurung dalam rumah sekalipun masih ada risiko bila ahli keluarga kita keluar bekerja tapi sekurang kurangnya dengan patuh arahan pihak berautoriti mengurangkan risiko jangkitan. Kita di suruh berusaha dulu baru tawakal. Tak boleh la main doa & tawakal tapi tak ada usaha untuk elak kemudaratan.

PKP mungkin tidak akan di sambung cuma mungkin SOP akan di perketatkan. Hope sempadan negeri tidak di buka. Sebab kalau di beri kelonggaran.. Memang manusia takkan pernah serik selagi belum kena batang hidung sendiri. Mereka akan menyerbu keluar dari zon masing masing macam sebelum ni. Maka sampai abang jamil hidup semula pun keadaan takkan berubah.

Tak siapa suka hidup terkurung dan terikat dengan SOP. Memang perkara tu memberi kesan pada kesihatan mental tapi jika kita masing masing cuma fikir diri sendiri kesannya semua akan rasa. Takkan ada kesudahan yang baik jika tiada kerjasama dari semua pihak untuk memutuskan rantaian jangkitan. 

Tak perlu kita mengungkit kluster PRN yang menjadi punca. Benda dah berlaku tak boleh nak ubah apa apa. Apa yang perlu kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku agar kita tidak menjadi penyumbangkan pada kluster kluster baru.

3 comments:

  1. betul. bila fikir balik memang mula mula tu salah PRN tapi takkan la sampai sekarang disebabkan PRN lagi. tengoklah masa boleh bercuti bulan 12 haritu, semua tempat penuh! tanpa mengira tua muda, semua pergi berjalan. kitaorang kat kedah ni, haritu mula mula kes naik sebab sivagangga, masa tu semua orang taknak kawan dengan orang kedah hahaa pastu kluster tembok pula, pastu sekarang dengan kes macam ni sampai hampir semua merah kat kedah haha. kitaorang ni mampu berhuhu jelah kat rumah :') takpergi mana pun, orang dari zon merah balik kampung.. bawak kes adoi

    ReplyDelete
  2. itulah, bagi rentas negeri yang jadi macam ni, elok-elok selayang zon hijau, jadi kaler merah!

    ReplyDelete
  3. Diri masing-masing kena sedar dan bertindak.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com