ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID?

2/10/2022 12:48:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID? Allahu sejak drama bersiri korea All of dead di Nexflix jadi trending ada juga yang terlalu taksub sampai terfikir sesuatu yang di luar kewarasan. Sampai sanggup menghantar pertanyaan tersebut kepada Mufti. Tak tahu samada niat dia benar benar ingin tahu atau sekadar cuba mendapat perhatian warganet untuk jadi viral. Niat dia hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Dari pertanyaan dia ni sebenarnya benda tu dah ada jawapan. Cuma kita je malas fikir. Dalam Islam dah bagitahu.. Mati kerana wabak adalah mati syahid cuma pahala syahid tu bukan kita yang tentukan. Kita tak tahu apa di sebalik kita nampak. Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Kalau rajin google kat portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan ada menjawab soalan ini tapi bukan la pasal wabak zombie la. Virus zombie yang di cerekakan dalam filem dan drama tu hanya rekaan semata mata.Tapi di inspirasi dari wabak wabak yang pernah melanda manusia. Jadi tema dia tetap wabak. Cuma di masukan elemen seram dan fiksyen sebagai watak zombie di reka untuk menarik orang menonton. So jika wujudnya virus yang buat orang yang di jangkiti seterusnya bertukar jadi zombie tetap la ia dalam kategori wabak juga kan? kita ambil point sebagai wabak @ penyakit berjangkit. Tapi Bukan zombie yer.. Setakat ni watak zombie tu cuma fiksyen & rekaan semata mata. Tak wujud pun virus macam tu kat dunia ni.

Sedikit info dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tetang mati akibat wabak atau penyakit berjangkit ni..

Orang Islam yang mati kerana wabak dikira mati syahid

Terdapat banyak riwayat yang menyebutkan akan perkara ini. Antaranya riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda :

مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang dibunuh di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang mati kerana taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang mati kerana penyakit perut juga ialah orang yang syahid.” Riwayat Muslim (1915)

Begitu juga, hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya : “Wabak taun itu adalah (penyebab) mati syahid bagi setiap Muslim.”

Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukan bahawa orang Islam yang mati kerana wabak (taun) dianggap sebagai mati syahid. Kurniaan gelaran syahid ini adalah dianugerahkan sendiri oleh Baginda SAW sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi hadis-hadis tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kesemua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT (kepada mereka) kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung mereka. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)


  • Al-Jauhari mengatakan : Taun merujuk kepada kematian yang meliputi umum sama seperti wabak.
  • Syeikh Ibrahim al-Harbi dalam kitab Gharib al-Hadis pula menyatakan : Wabak adalah taun dan juga penyakit yang meliputi umum.
  • Ibn Al-‘Arabi pula menyatakan dalam Syarah al-Tirmizi : Dinamakan sebagai taun kerana musibahnya meliputi umum serta cepat berlaku kematian disebabkannya. Maka penyakit-penyakit yang seumpamanya turut termasuk sebagainya (taun).

(Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 95

Sekarang dunia memang tengah menghadapi wabak yang dah bertahun tahun masih belum pulih iatu covid19. Sebab ia sejenis virus yang bermutasi dengan cepat dan melahirkan macam macam varian. Yang terkini omicron. Hope selepas omicron dia dah mandul la kan tiada lagi varian baru. Jadi covid juga dalam kategori wabak even dalam Al Quran menyebut sebagai taun tapi merujuk kepada wabak.


Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa sesiapa yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19 ini dianggap sebagai mati syahid sebagaimana yang telah difahami daripada hadis-hadis yang sahih. Namun, syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat iaitu mendapat pahala syahid di hari akhirat kelak. Adapun semasa di dunia, jenazah mereka masih perlu diuruskan seperti biasa iaitu perlu dimandikan dan disolatkan.

Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sebenarnya dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita terus berdoa kepada Allah SWT, agar menerima saudara-saudara seagama kita yang terkorban kerana Covid-19 ini sebagai mati syahid di sisiNya.

Kami akhiri dengan sabda Nabi SAW :

مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ

Maksudnya : “Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).” Riwayat Muslim (1909)

Semoga Allah SWT menghilangkan wabak yang sedang melanda negara kita dengan segera serta melindungi kita semua. 

Pada budak budak bbnu ni korang kalau nak attention pun jangan la dok buat pertanyaan merepek. Bukan je tak nampak bijak malah tak berapa lawak juga jika orang yang di tanya tu bukan dari peserta maharaja lawak atau artis komedi. Kau nak tanya Mufti biarlah soalan itu nampak berilmiah dan betul betul nampak kau serius ingin tahu.


Moral of the story.. kalau dah bosan sangat scroll je blog lekatlekit dari dok merapu tag Mufti dengan soalan soalan gila macam tu. Peace Yo!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU

2/08/2022 12:35:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU. Perniagaan secara atas talian bukanlah sesuatu yang baru malah menjadi satu trend di zaman sekarang. Berniaga secara online menjadi pilihan masakini kerana lebih mudah. Tidak perlu menyewa tapak atau premis perniagaan. Produk boleh di pasarkan secara terus kepada pengguna melalui atas talian. Boleh di lakukan di mana mana sahaja. Hanya di perlukan cuma peranti elektronik seperti telefon pintar, laptop dan talian internet. 

Melakukan perniagaan atas talian ni marketing atau teknik pemasaran melalui copywritting sangat penting. Copywritting main peranan besar untuk menarik pembeli. Jadi berbagai teknik marketing di gunakan bagi tujuan menarik pelanggan membeli barangan mereka.

copywritting adalah teknik cerita yang di gunakan untuk tujuan pemasaran melalui penulisan. Jadi tak terlepas dari berlakunya penipuan. Ada yang tergamak menggunakan taktik marketing yang mengelirukan dan juga menipu demi menarik pembeli untuk membeli jualan mereka. Antaranya memberi testimoni palsu, mereka reka cerita sedih yang mungkin tidak lagi berlaku dalam hidup mereka atau menggunakan teknik misleading marketing @ iklan/pemasaran yang mengelirukan. 

Dari segi moral pun ia memang tidak baik. Tiada pembeli suka di tipu. Apatah lagi jika bercakap dari sudut agama. Tiada agama dalam dunia ini menyokong perbuatan menipu. 

Dalam Islam juga menegah perbuatan marketing yang berunsur penipuan ni.

Tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.

Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.

Hukum Marketing (Secara Umum)

Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

(Surah al-Baqarah: 275)

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:

الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد

Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)

Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.

Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ 

Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”

Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:

  • Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
  • Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.
  • Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Sumber : Website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Zaman sekarang ada dua golongan perniaga online yang suka menipu. Satu suka menipu yang mengambarkan dia kaya dengan hasil perniagaan online dia dan satu golongan lagi menggunakan taktik yang mengambarkan hidup dia daif, susah, miskin, sakit,cacat untuk meraih simpati dan melariskan jualan dan pada yang sama mendapat sedekah dari individu individu yang terpedaya dengan ceritanya

Moral of the story.. Yakin dengan usaha, InsyaAllah, ada rezeki dari Allah. Tak perlu menggunakan marketing menipu & misleading (mengelirukan). Rezeki Allah ada di mana mana. Orang jujur Insya Allah murah & berganda rezekinya. Walau sedikit andai ada keberkataan Insya Allah itulah sebaik baik rezeki yang kita dapat.


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INI SEBAB PERLU TONTON DRAMA BERSIRI ALL OF US ARE DEAD

2/05/2022 12:15:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

INI SEBAB PERLU TONTON DRAMA BERSIRI ALL OF US ARE DEAD. Tengah trending sekarang korean Drama di Nexflix All of us are dead. Masing masing dok update kat akaun media sosial tentang drama bersiri Nexflix yang satu ni. Nampaknya drama bersiri korea ni memang menjadi tontonan ramai berdasarkan pemerhatian saya la.

Sebenarnya saya bukan la so called 'kdrama fans'. Memang saya tak ikuti sangat korean drama terutama yang ber genre cinta ni. Tapi saya memang die hard fans cerita cerita horror terutama cerita cerita bertemakan zombie. Sebab tu la saya teruja nak menonton drama bersiri korea All of us are dead.

Ia mengisahkan di sebuah sekolah menengah di mana bermulanya berlaku jangkitan virus zombie ni sehingga menyebabkan seluruh bandar terjangkiti. Drama ni sebenar mengisahkan perjalanan Sekumpulan pelajar yang berjaya menyelamatkan diri dari di jangkiti berusaha untuk keluar dari kawasan sekolah mereka dan menyelamatkan diri dan terpaksa menyaksikan orang orang yang mereka sayang mati akibat serangan zonbie dan bertukar menjadi zombie selepas itu. Ada satu babak di mana mereka terpaksa berlawan dengan zombie di mana salah seorang ibu kepada kawan mereka sambil di saksikan sendiri anak kepada zombie tersebut. Apa reaksi seorang anak bila melihat ibunya yang dah bertukar jadi zombie di pukul kawan kawan yang lain, pastinya menyentuh hati.

Episod ke 9 dan seterusnya banyak bermain dengan emosi di mana korang akan turut rasa kecewa, sedih, marah bila menonton. Memang babak babak dalam episod tersebut berjaya la sampai ke hati. Korang kena tengok sendiri la. Kalau saya cerita nanti yang belum menonton akan rasa spoil pulak kan.

Bagi saya dari permulaan episod pertama cerita ni dah buat kita tertarik. Bermakna dia tak meleret leret dengan babak babak yang tak perlu sampai jadi membosankan. Babak babak dalam drama bersiri ni semua terus ke point yang kita nak tengok. Setiap episod akan buat kita jadi tak sabar untuk menonton episod seterusnya.

Watak watak penting dalam drama ni juga berjaya menghidupkan peranan masing masing. Yang jahat kita tengok pun sampai jadi benci. Yang bodoh pun kita rasa macam nak maki. Yang nampak macam psycho pun nampak psycho nya. Jadi keseluruhan watak penting di bawa dengan baik. Tak ada sangat la watak penting dalam drama ni macam tiang sedang baca skrip. 

Plot plot twist dalam drama ni bagi saya tak banyak sangat. Ada babak saya macam boleh ramalkan sebab dah clise sangat benda tu dalam sesebuah drama atau filem. Cuma jalan cerita drama ni masih best di tonton walau tak banyak sangat kelainan yang di tonjolkan.

Kesimpulan yang saya boleh buat bagi peminat korean drama atau cerita bertemakan zombie drama bersiri nexflix All of us are dead ni korang boleh tengok dan peratus menyesal selepas tengok tu memang 10% sahaja. Tu pun kalau korang jenis tak minat cerita cerita bergenre horror & thriller. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

USOP MENTOR DAH SAH JADI SUAMI ORANG

2/04/2022 12:18:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

USOP MENTOR DAH SAH JADI SUAMI ORANG. Rasanya ramai masih mengenali bintang kelahiran program realiti televisyen, Mentor Milenia 2017 yang bernama Usop ni. Pernah menjadi protege hazama dan nama gelaran usop juga adalah dari inspirasi hazama juga sebenarnya. Nama panggil usop sebelum menyertai mentor milenia tak salah saya adalah epul.

Usop anak kelahiran lunas, kedah yang mempunyai suara serak serak basah pernah menjadi naib juara program realiti Mentor Milenia.

Hari ini di khabarkan beliau dah selamat di ijabkabul bersama pasanganya. 

Alhamdulillah..tahniah usop dah sah jadi suami orang. Moga berkekalan hingga akhir hayat, di kurniakan zuriat yang baik.

Sedikit info berkaitan usop

Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor (lahir 24 Oktober 1997) atau lebih dikenali sebagai Usop merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali setelah menyertai Mentor Milenia 2017 dimana beliau dinobatkan sebagai naib juara didalam program realiti TV tersebut.[1] Beliau juga merupakan naib juara program realiti TV Big Stage musim 3.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com