BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU

4/14/2022 07:57:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU. Sejak semalam kembali hangat di perkatakan tentang kes kemalangan ngeri yang melibatkan seorang pemandu wanita yang melanggar kanak kanak yang berbasikal lajak di lebuhraya pada waktu awal pagi (3am). Kejadian ini berlaku 5 tahun lalu.

Semalam keluar keputusan dari mahkamah tinggi yang mendapati pemandu wanita tersebut bersalah kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 kanak kanak yang berbasikal lajak waktu itu. Dia di jatuhi hukuman denda sebanyak RM6,000 dan penjara selama 6 tahun.

Rata rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan mempertikaikan tindakan sekumpulan kanak kanak bawah umur yang berkeliaran jam 3 pagi dan bermain basikal di jalan raya. Kalau kita pun kita tak terfikir ada budak budak waktu tu bermain basikal di kawasan jalan yang sunyi mungkin kita akan memandu sedikit laju untuk cepat sampai. Lebih lebih lagi wanita yang memandu sendirian waktu tu. 

Apapun saya sendiri tak suka sangat dengan budak budak terjebak dengan basikal lajak ni. Kat mana mana pun geng basikal lajak ni suka berlumba di tengah jalan raya di mana banyak kenderaan berat & besar menggunakan laluan tu. Seolah olah sedikit pun tak ada rasa takut malah mereka seolah olah mencabar pengguna jalanraya yang lain . Bila di tegur kebanyakan mereka bersikap kurang ajar. Pengalaman saya sendiri terserempak dengan budak budak basikal lajak ni macam tu la situasinya. Lebih kurang sama sahaja yang di ceritakan orang lain.

Lagipun basikal lajak ni memang tak ada ciri ciri keselamatan dan memang bahaya. Basikal lajak ni sebenarnya basikal yang telah di ubahsuai untuk tujuan berlumba. Dengan tak ada breaknya.. bayangkan tengah laju tiba tiba ada rintangan atau halangan kat depan. Memang bahaya. Selain tu ia telah di ubahsuai untuk memastikan boleh mencapai kelajuan yang tinggi.

Jadi pada ibu bapa sila pantau anak anak anda. Jangan biarkan anak anak miliki basikal lajak. Basikal lajak ni memang tak memenuhi spesifikasi keselamatan yang perlu ada.

Dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh secara beriringan, bersopan serta tidak melulu. Sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengklaskan atas kesalahan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana ubahsuai tiada brek dan loceng.

Bagi kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Ini kerana perbuatan mengubahsuai basikal (Basikal Lajak) bukan saja memberi risiko kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain.

Bila berlaku kemalangan macam ni sudah pastinya yang teraniaya adalah pemandu kenderaan yang lebih besar walaupun budak budak basikal lajak itu sendiri yang melakukan aksi bahaya di jalanraya. 

Moral of the story.. aktiviti berbasikal ni sebenarnya aktiviti yang sihat tapi bila semuanya di ubahsuai untuk aktiviti extreme dan di buat pula di tempat tidak sepatutnya maka pengakhirannya juga tidak baik dan tidak sihat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com