TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA?

4/06/2022 10:58:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA? Kitak tidak boleh nafikan kewujudan sihir ni. Rasullullah pun pernah di sihir. Walau dunia dah moden tapi masih ramai suka mengamalkan benda benda syirik dan khurafat seperti amalan sihir ni. Dalam Al Quran ada tentang sihir jadi sihir bukan satu mitos atau dongeng rakyat. Nak tak nak kita kena percaya. Percaya ia wujud bukan percaya untuk di amalkan yer.

Tertengok satu konten tiktokers malaysia ni yang pernah jadi kontroversi di ceraikan dengan talak 3 ketika sedang live di tiktok. Saya ada tengok juga.. memang terkejut la sebab si suami tu senang je bagi talak tiga. Macam antara mereka tak pernah ada rasa apa apa. Tenang je dia lafaz talak. Geram juga la masa tu. Sebab yelah si suami tu dah berkahwin lagi satu tanpa keizinan isteri pertama. Lepas tu di ceraikan pulak si isteri pertama dengan talak tiga terus. Kita sebagai wanita ni memang remuk juga la hati, kan.

Tup tup dua tiga hari lalu kat fyp pasangan ni seolah olah dah berbaik semula. Baik atas dasar apa tak pasti cuma sebab dah jatuh talak 3 tu nak rujuk balik bukan senang. Si isteri kena berkahwin dulu dengan orang lain. Selepas berpisah dengan suami tu baru boleh berkahwin semula dengan bekas suami. Cuma tertarik dengan caption pada kontennya yang katanya mereka berpisah angkara sihir pemisah dari orang ketiga. Isunya sekarang adalah sah talak tu jika ia berlaku angkara sihir? Yang tu sebenarnya saya nak tahu. Kisah mereka ni cuma jadi inspirasi je saya nak cari info

Dari apa yang saya baca..

Pendapat ulama tentang talaq di bawah pengaruh disihir

Dalam kitab Fatawa wa ishtisharat al-Islam al-Yaum, juz 11, hal. 358, ditegaskan:

Dan adapun orang yang disihir yang mana sihir tersebut menyebabkan hilang kewarasan dan kesedaran akalnya, sehingga menyebabkan dia mengucapkan apa yang dia tidak mahukan, maka sesungguhnya talaq yang diucapkan ketika itu tidak berlaku berdasarkan hadis Nabi s.a.w. “Tidak jatuh talaq yang dilafazkan dalam keadaan ighlaq”.

Fatwa ini selari dengan pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Mukhtasar Al-Fatawa Al-Misriyyah

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa sekiranya mana-mana suami menjatuhkan talaq dalam keadaan hilang pertimbangan akal akibat disihir, maka hukum talaq tersebut tidak sah.

Tapi bukan semudah mengaku kena sihir kemudian terus mahkamah syariah batalkan talak tu. Ia perlu di buktikan juga.

Persoalannya, adakah isu sihir diterima di Mahkamah Syariah?

Menurut Dr Mahyudin Ismail, ‘kena sihir’ boleh dijadikan pembelaan di Mahkamah Syariah.


Ya, memang benar, ketiadaan undang-undang berkaitan sihir di Mahkamah Syariah menyebabkan tiada punca kuasa kepada hakim untuk memutuskan unsur sihir pemisah dalam rumah tangga.

Namun, ini tidak bermakna isu sihir tidak pernah dibicarakan di hadapan Mahkamah Syariah.

Menurut beliau lagi, bagi kes cerai talak, beban pembuktian oleh pihak yang mendakwa perlu diperincikan iaitu:

a) Seorang suami mendakwa talak dilafazkan dalam keadaan dirinya dipengaruhi sihir; atau,

b) Seorang isteri mendakwa suaminya melafazkan talaq dalam keadaan diri suami tersebut dipengaruhi sihir; maka pihak yang mendakwa perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa:
i) Wujud tanda-tanda dan ’simptom-simptom lazim terkena sihir’ pada diri suami;
ii) Suami mengalami ketidak warasan/ ketidak sempurnaan akal akibat terkena sihir semasa beliau melafazkan talaq;
iii) Ketidakwarasan pemikiran akibat terkena sihir itu menjejaskan kebolehan untuk mempertimbangkan apa yang dilakukannya itu benar atau salah.

Kesimpulannya, dalam membicarakan isu sihir, ada beberapa perkara yang diambil kira oleh Mahkamah iaitu;

1. Pengakuan atau Keterangan Pemohon atau Defendan (Iqrar)
Keterangan dalam bentuk bertulis ataupun berbentuk rakaman audio dan video.

2. Bukti
Bukti yang menunjukkan perubahan drastik kepada karakter suami ketika atau beberapa hari sebelum melafazkan talak.

3. Pendapat pakar
Pakar yang dimaksudkan termasuklah pengamal perubatan Islam yang bertauliah dan mendapat pengiktirafan Jabatan Agama Islam dan Pejabat Mufti. Rawatan yang dijalankan perlu berlandaskan Akidah Islamiyyah.

4. Sumpah Pemohon
Pemohon bersumpah bahawa lafaz talak yang dilafazkan adalah tanpa sedar dan di bawah pengaruh sihir. Sekiranya pemohon bercakap bohong, laknat Allah akan menimpa.
Setelah berpuas hati dengan semua perkara di atas, mahkamah akan memutuskan lafaz talak sabit atau tidak sabit.

Namun, ia bergantung kepada hakim yang mengadili perceraian akibat sihir dengan melihat unsur-unsur pembuktian dan pembelaan sihir.

Walaupun mahkamah tidak menolak unsur sihir dalam penceraian tapi jangan ada yang cuba cuba pula guna alasan konon di sihir sehingga bercerai selepas menyesal menceraikan pasangan dengan talak tiga. Walau sihir tetap perlu di buktikan. Ada pakar dalam perkara tersebut akan di gunakan bagi mengesan samada berlakunya sihir atau tak.

Moral of the story.. talak bukan sesuatu yang boleh di buat main atau bergurau. Jadi hati hati dengannya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com