MAK KO IJAU ANTARA PERKATAAN ATAU SLANGA YANG DI LARANG DIGUNAKAN OLEH MCMC

6/23/2022 10:55:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

MAK KO IJAU ANTARA PERKATAAN ATAU SLANGA YANG DI LARANG DIGUNAKAN OLEH MCMC. Bila media sosial menjadi trend atau budaya masakini ramai tidak memilih untuk menggunakan media sosial untuk berhubung dan bersosial. Dengan perkembangan teknologi semua sedia maklum media sosial menjadi tempat ramai orang berkomunikasi dan berinteraksi. Jadi penggunaan bahasa tidak rasmi atau bahasa pasar ni memang tidak asing lagi. Tak ramai yang menulis atau membuat konten video di media sosial menggunakan bahasa rasmi ni sebab kebiasannya ia kurang menarik dan kurang mendapat perhatian sangat. Pakar pakar yang membuat perkongsian berilmiah sekarang ni pun banyak menggunakan pendekatan yang berbentuk santai dan tidak rasmi untuk menarik minat pengguna media sosial terutama golongan muda untuk membaca atau menonton konten konten mereka.

Jadi penggunaan bahas atau perkataan tak rasmi ni memang berleluasa la sekarang. Di campur lagi dengan loghat/slang negeri masing masing. Perkata perkata hipster Gen Y pun makin banyak di gunakan sampai golongan acik acik yang pernah hidup di era sebelum wujud gadget dab internet ni terpaksa pulak buat homework untuk memahami penulisan atau perbualan di media sosial. 

Jadi untuk memberi guidelines pada pengguna media sosial terutamanya untuk rujukan. Walaupun rujukan ni bukan hanya untuk pengguna media sosial malah untuk sebarang bentuk penyiaran atau penerbitan juga.

jadi marilah kita semak apa perkataan atau slanga terlarang yang di senaraikan pihak mcmc

rujukan: https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/files/40/403eec38-4dc6-4355-90a3-2369f2bf16a0/index.html#15

tak tertakluk pada penggunaan bahasa melayu dan inggeris sahaja malah apa apa bahasa yang di gunakan kat malaysia ni pun tetap ada perkataan atau slanga hang di larang di gunakan. Mak kau ko Ijau pun tak boleh tau.

 Tapi yang aku pening sekarang penggunaan perkataan bangkai ni. Biasa kita gunakan untuk jasad haiwan yang telah mati. Contoh kalau kita nak cakap atau tulis 'saya nampak ada bangkai tikus bawah almari. Mungkin itu penyebab bau busuk' perkataan bangkai tu nak kena tukar ke? Saya nampak mayat tikus bawah almari.. hahahaha. Macam seram pula bunyinya.

Apapun.. yang baik kita jadikan rujukan yang tak baik tu pandai pandai la guna di tempat sepatutnya sebab kadang kadang perlu juga guna untuk situasi situasi tertentu. Macam hangpa nak cyber bully Is.ra.hell.. Bukan kata perlu guna perkataan kesat tapi perkataan yang keras selalunya kasar. 

Moral of the story.. lu pikir la sendiri.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR

6/18/2022 08:51:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sekali lagi Insustri hiburan tanah air di kejutkan dengan pemergian seorang bintang serba boleh Adibah Noor selepas kita kehilangan seorang bintang veteran Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Baru sebentar tadi berita pemergian Adibah Noor menular di media sosial.

Menurut apa yang saya baca Allahyarhamah Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4.

Sedikit pengenalan tentang Allahyarhamah..

Adibah Noor binti Mohamed Omar (lahir 3 September 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya. 

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru Bahasa Inggeris sebagai lulusan Bahasa Kedua dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana beliau mendapat tempat pertama pada tahun 1994.

Selain seorang penyanyi Allahyarhamah juga banyak aktif dalam lakonan. Antara filem lakonan beliau, Sepet, muhsin dan kebanyakan dari filem & cerita pendek (iklan) Arahan Arwah Yasmin Ahmad.

Pemergian beliau umpama hilangnya sebutir bintang di persada tanah air. Semoga roh beliau di ampuni dosa dosa dan di tempatkan bersama orang orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Adibah Noor.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI..

6/14/2022 04:42:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Membaca perkhabaran tentang pemergian Bintang Vateran Tanahair Pak Hamid Gurkha yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya awal petang tadi pasti menjadi satu berita sedih buat semua penggiat dan peminat industri seni tempatan. 

Allahyarham Pak Hamid di khabarkan telah meninggal dunia jam 2.11 petang tadi. Sebelum ini pak Hamid sememangnya dalam keadaan uzur kerana faktor usia. Tapi masih sihat dan masih mampu berinteraksi dengan baik. Namun sudah sampai waktu ajalnya..Arwah pergi buat selamanya.

Sedikit info berkaitan Allahyarham..

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha (lahir 22 Ogos 1933) merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.Kemudian Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menawarkan beliau membuat persembahan pentas. Sejak itu beliau bergerak di bawah kementerian .Tidak lama kemudian, Datuk Jamali Shadat (pelawak) mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

Antara filem pernah di lakonkan Allahyarham adalah filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1986), dan Main-main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat. Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Filem Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan terbaru, Alamak Toyol (2011).

Sumber Wikipedia.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Semoga tabah menerima ujian kehilangan orang tersayang dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BON ODORI PERAYAAN HANTU KAUM BUDDHA JEPUN

6/13/2022 07:58:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

BON ODORI PERAYAAN HANTU KAUM BUDDHA JEPUN. Isu yang tengah hangat di perkatakan sekarang adalah sambutan Festival @ Perayaan Bon Odori. Ada berpendapat bon odori adalah festival kebudayaan orang jepun yang tak salah untuk umat Islam menyertai bagi tujuan mengenali budaya bangsa lain tapi Jabatan  Agama Islam (JAKIM) mengesahkan Ia perayaan keagamaan. Jadi yang mana betul? Ia Perayaan yang ada unsur keagamaan atau hanya kebudayaan. Marilah kita tanya apa kata Google..

Hasil dari pembacaan saya dari Wikepedia 

Bon atau Obon bermaksud perayaan dan Odori bermaksud Tarian. Obon atau Bon ialah suatu adat Buddha Jepun untuk menghormati roh nenek moyang. Adat Buddha–Konfusius ini telah berkembang menjadi suatu perayaan cuti keluarga, dengan orang ramai pulang ke kampung halaman serta membersihkan perkuburan moyang-moyang mereka, ketika roh-roh mereka dikatakan melawat semula altar-altar milik rumah tangga (butsudan). Adat ini telah diamalkan selama lebih 500 tahun, dan secara tradisinya turut melibatkan suatu tarian, bon odori ("tarian Bon").

Perayaan Obon berlangsung selama tiga hari; walau bagaimanapun, tarikh permulaannya berbeza-beza mengikut wilayah.

Bon Odori , "tarian Bon", ialah suatu tarian yang dimainkan ketika Obon. Ini ialah pertunjukan warisan dengan sejarah hampir 600 tahun.Tarian ini pada asalnya suatu tarian rakyat Nenbutsu sebagai pelawa kepada roh-roh si mati, dengan gaya persembahan berbeza ikut tempat. Setiap kawasan memiliki gaya tarian serta muzik yang tersendiri. Muzik yang dimainkan boleh terkait dengan inti pati rohani Obon ataupun lagu-lagu min'yō tempatan. 

Cara persembahan tarian juga berbeza di setiap wilayah, walaupun tarian Bon tipikal melibatkan orang ramai berbaris dalam bulatan mengelilingi perancah kayu tinggi yang dibuat khas untuk perayaan yang dipanggil yagurayagura biasanya juga merupakan gerai bagi pemuzik dan penyanyi muzik Obon. Beberapa tarian dilakukan mengikut arah jam, dan beberapa tarian berjalan melawan arah jam di sekeliling yagura. Sesetengah tarian pula berbalik semasa tarian, walaupun kebanyakannya tidak. Kadang-kadang, orang menghadap yagura dan bergerak ke arah dan menjauhinya. Masih terdapat beberapa tarian, seperti tarian Ohara Awa Odori yang menari dalam garis lurus melalui jalan-jalan di bandar ini.

Kalau kat Malaysia ni sama seperti Perayaan Hantu yang di sambut oleh kaum cina beragama Budha, dimana tiba perayaan hantu mereka akan bersembahyang dan meletakan makanan untuk menjamu roh roh yang berkeliaran. Cuma cara sambutan festival ni bagi setiap bangsa dan negara mungkin ada sedikit perbezaan la. Ia bergantung dengan adat & budaya juga cara sambutanya tapi point utama dia sama. Meraikan roh roh yang telah mati.

Jadi memang ia ada kaitan dengan kepercayaan yang bertentangan dengan amalan umat Islam. Dalam agama Islam tiada kepercayaan roh orang mati kembali ke dunia apatah lagi untuk makan makanan yang di sediakan oleh orang yang hidup. Orang yang dah mati takkan kembali ke dunia dalam apa juga bentuk atau jelmaan tapi Sambutan Bon Odori ni adalah untuk meraikan roh roh orang yang dah mati mengikut kepercayaan agama mereka. 

Kesimpulannya.. Ia bukan sambutan kebudayaan semata mata tapi memang ada ritual keagamaan kat situ. Yang aku pelik ni dah kenapa orang Melayu Islam kat Malaysia ni sibuk pula nak sambut sampai bergaduh. Dah majlis agama Islam sahkan perayaan keagamaan lagi nak pertikai ke. Tak cukup ke raya setahun dua kali. Kecoh nak ber Bon Odori sangat dah kenapa? Terlebih tengok doremon ke macam mana?

Lagi satu yang di tegah cuma umat Islam dari menyertai sambutan Festival Bon Odori ni bukan di tegah festival ni di adakan kat Malaysia. Yang bukan muslim nak sertai itu hak mereka. Lagipun ia berkaitan dengan perayaan untuk penganut beragama Budha.

Moral of the story.. Tak payah nak sibuk dengan sambutan perayaan atau festival yang sebenarnya tak ada kena mengena dengan kita pun sampai tak hormat pandangan & teguran pihak berautoriti. Kalau dah Jabatan Agama Islam putuskan ia perayaan berbentuk keagamaan dah tentu mereka sudah membuat kajian & penilaian sebelum mengeluarkan sebarang keputusan atau kenyataan. Kau yang baca Al Fatihah pun tak berapa betul ada hati nak pertikai. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ROADTAX PERCUMA BAGI IBU BAPA YANG ADA ANAK BERSTATUS OKU

6/05/2022 05:12:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

ROADTAX PERCUMA BAGI IBU BAPA YANG ADA ANAK BERSTATUS OKU. Mungkin ramai yang masih belum tahu perkara ni tapi mesti ramai yang akan suka bila tahu perkara ni. Dengar je percuma sapa tak suka, ye dak? Nak nak lagi sekarang ni semuanya barang naik harga bagaikan klcc tingginya. Yang turun cuma hujan. Jika ada perkara yang di kecualikan pembayaran ni siapa tak suka, ye dak? Lebih lebih lagi bagi golongan yang kurang upaya atau mempunyai tanggungan ahli keluarga yang kurang upaya.

Menjaga golongan kurang upaya ni kadang kadang kos memang lebih besar dari individu normal jadi bila ada pengecualian pembayaran atau diskaun pembayaran untuk golongan ni sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Ramai yang tak tahu.. pihak kementerian pengangkutan turut mengumumkan pelaksanaan insentif pengecualian cukai LKM bagi golongan kurang upaya (OKU).

Pengecualian cukai tersebut tertakluk kepada mana-mana kenderaan yang diubahsuai khas untuk kegunaan OKU, atau kenderaan motor yang tidak diubahsuai di mana ia hanya dihadkan kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kereta nasional sahaja.

Selain daripada golongan OKU, pengecualian cukai jalan ini juga boleh dimohon oleh golongan ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang berdaftar, serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun begitu, pengecualian ini hanyalah tertakluk kepada kenderaan yang telah dilesenkan bermula 1 Januari 2022 sahaja.

Permohonan pengecualian ini boleh dibuat bermula 15 Mac 2022, di mana pemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan kembali LKM, menuntut rebat berdasarkan amaun yang telah dibayar sebelum ini dan seterusnya memohon pengecualian LKM ke atas kenderaan mereka.


Jadi pada penjaga anak anak berstatus OKU yang berdaftar dengan JKM boleh la gunakan keistimewaan yang di beri. Tak salah pun. Kerajaan memberi pengecualian tu jadi nikmati je lah yer.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JOHNNY DEPP MENANG SAMAN 15 JUTA USD BUKTIKAN LELAKI TAK SELALUNYA SALAH

6/02/2022 07:57:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

JOHNNY DEPP MENANG SAMAN 15 JUTA USD BUKTIKAN LELAKI TAK SELALUNYA SALAH. Rasanya ramai yang mengikuti kes saman antara pelakon hollywood Johnny Depp dengan bekas isterinya Amber Heard. Tak payah nak ulas pasal kronologi kes sebab kalau hangpa search atau google boleh baca apa yang berlaku antara mereka sehingga membawa ke Mahkamah.

Biasa kita selalu dengar sindiran perempuan tak pernah salah walau bersalah. Kiranya apa perempuan buat samada salah atau betul.. dia tetap jadi tak salah. Apatah lagi macam kes Johnny depp ni.. Memang permulaannya ramai berpihak kepada Amber Heard konon di aniaya dan di dera tanpa terfikir pun walau lelaki ni di lihat sebagai seorang yang lebih kuat dan berkuasa, tak mustahil mereka juga boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga. 

Macam kes Johnny Depp ni dia tak melawan bukan sebab takut atau tak boleh tapi atas sebab sebab lain. Bila seseorang yang hidup dalam keluarga berpecah belah mungkin dia tak nak ulangi apa yang pernah berlaku dalam proses mereka membesar menyebabkan mereka mungkin terus bersabar walaupun dianiaya, di dera atau di curangi. Membuatkan pasangan mereka mengambil kesempatan.

Tapi di sebabkan tidak tahan di fitnah, di kecam dan di boikot sehingga kerjayanya hampir musnah.. Johnny Depp mengambil keputusan untuk membersihkan kembali namanya dengan menyaman bekas isteri atas tuduhan memfitnah. Dan akhirnya segala kebenaran di bongkarkan sepanjang perbicaraan kes tersebut. Dan dunia menyaksikan keputasan mahkamah memberi kemenangan pada insan yang sebelum ni di tuduh sebagai pemangsa tapi sebenarnya dialah mangsa 

Apapun dalam dunia 'Money is king' ni.. nak tegakan kebenaran pun perlu ada duit. Tak ada duit, kuasa & pengaruh macam kes Johnny depp ni rasanya susah sikit la sebab pada peringkat awal semua orang percaya dan berpihak pada Amber Heard. Bukan mudah bagi Johnny deep nak membuktikan dia tak bersalah dan meraih kembali kepercayaan orang pada dirinya. Di tambah lagi Saman menyaman ni kos memang la tinggi dan memakan masa bertahun tahun untuk di habiskan. Kalau kau tak ada duit.. Kau betul ke kau salah, mereput la kat situ. Harap mahkamah akhirat je nanti.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com