SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK

3/01/2024 01:01:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK. Pepagi jumaat terbaca orang dok viral kat facebook satu posting yang mempertikaikan konon saudara kandung dia mewahkan anak isteri dengan pakaikan emas tapi adik beradik tak pula di mewahkan macam tu. Kita orang perempuan sebagai isteri ni baca rasa berbunyi cengkerik (krik krik krik) pula. Dah kenapa kau? Dah anak bini dia.. Di mana salahnya dia nak mewahkan? kenapa pula dia nak kena mewahkan kau walaupun kau adik beradik kandung dia?


Habis tu takkan dia mewahkan anak beranak kau pulak?Mestilah di mewahkan anak bini dia.

Bila dah dewasa, masing masing dah ada keluarga dan kehidupan sendiri sudah semestinya keutamaan di beri kepada anak isteri bukan lagi adik beradik. Adik beradik ni bukan la kita kata lepas kahwin kena buang.. Tak! Tetap silaturrahim tu kena jaga. Yang susah kena bantu cuma tak ada kewajiban pun saudara kandung kita kena bagi semua kemewahan dia pada kita. Melainkan adik beradik kau tu kaya macam chef wan. Boleh angkut kakak kakak dia pergi shopping kat kedai emas gelang besar besar & mahal mahal. Lagipun chef wan tu duda. Bekas bini dia dulu pun dia sara sampai akhir hayat. Duit dia melimpah ruah. Boleh la dia buat macam tu. Kalau adik kau ni setakat setahun sekali dapat bonus belikan anak bini rantai gelang emas mana mampunya dia nak mewahkan adik beradik dia yang lain. Masing masing dah besar panjang pandai pandai la cari sendiri. Takkan la nak beli gelang emas pun minta kat abang & adik lelaki yang dah ada keluarga sendiri. Lain la beras kat rumah kau tak ada.. Duit pun tak ada nak minta tolong adik beradik yang tu munasabah juga la.

Seorang lelaki bila dah berkahwin keutamaan adalah anak dan isteri tapi bukan la sampai tak perlu ambil tahu atau tolong keluarga dia kalau ada yang susah cuma kena faham dalam apapun perkara perlu di utamakan nafkah anak dan bini dulu. Dalam turutan nafkah pun Isteri dan anak lebih utama berbanding ibu dan ayahnya tapi bukan lah Islam tu kejam sehingga membenarkan pengabaian terhadap ibu bapa. Ramai yang tak faham perkara ni terutama bab turutan nafkah. Bagi mereka ibu tetap perlu di beri keutamaan berbanding orang lain. Sebab ibu yang melahirkan dan membesarkan katanya.Contoh Senang faham macam ni beb.. Mak kau tu pun isteri orang. Kalau ikut pendapat kau ibu tetap di beri keutamaan dalam semua perkara jadi bapak kau bagi keutamaan pada mak dia (iatu nenek sebelah bapa kau) mak kau ni kalau ada lebih dan kau adik beradik pun sama dia bagi kalau ada baki dari selepas bagi nenek kau semua baru dia bagi kat mak & hangpa sebagai anak. Apa perasaan hangpa? Contoh ikan seekor.. dia bagi nenek kau makan dulu.. Saki baki tu kalau ada baru dia bagi kat mak & kau adik beradik. Kalau ada.. Kalau tak ada, berpuasa la hangpa sehingga ada lebihan dari nenek kau. Jadi macam mana? Tak ke ada yang teraniaya. Sedangkan nenek kau atuk kau masih mampu bagi makan pakai. Sebab tu Islam tu dah bagi hukum yang cukup cantik. Mentaati ibu bapa tu wajib tapi nafkah pada isteri dan anak tu pun wajib juga.

Kenapa nafkah keutamaan di beri kepada isteri dan anak anak dulu. Mak kita ada suami jadi suami dia kena tanggung nafkah dia. Sistem memang dah baik. Bapak kau nafkahkan mak kau.. kau nafkah anak isteri kau. Kalau bapak kau dah tak mampu, hangpa adik beradik boleh ja sama sama bantu tapi selepas anak dan isteri. Kalau semua keutamaan di beri pada si ibu maka percayalah ramai isteri dan anak anak akan teraniaya. Islam suruh taat pada ibu bapa bukan sehingga mengabaikan anak isteri. 

Percayalah kalau termasuk ke dalam keluarga jenis macam ni memang macam selangkah ke satu episod kehidupan yang menyakitkan bagi seorang wanita bergelar isteri. Serba tak kena jadinya. Semua salah di mata ipar duai. Sebab tu lelaki kalau nak kahwin pastikan sekurang kurangnya kau ada sebuah rumah kalau tak mampu beli, sewa untuk kau mulakan hidup dengan isteri kau. Selagi tiada keperluan mendesak, jangan bawa isteri tinggal dengan mak ayah terutama yang ada adik beradik lain masih tinggal bersama. Kebanyakan akan jadi masalah. Bukan kata semua pasti bermasalah tapi kebanyakan. Mula mula baik lama lama jadi  tahi bak kata orang tua tua. 

Aku ni tak ada pengalaman tinggal dengan keluarga sendiri atau mertua selepas kahwin. Aku memang tinggal sendiri. Masalah dengan ipar duai pun tak ada sangat sebab suami aku dua adik beradik je. Adik dia pun lelaki juga. Biasa lelaki ni dia tak banyak masalah. Yang selalu bermasalah kebanyakan ipar perempuan. Tapi adik beradik aku semua perempuan cuma tak ada masalah apa apa sangat dengan suami aku. Biasa lelaki dengan keluarga mertua tak ada masalah sangat kecuali malas kerja atau yang jenis bermasalah la. 

Bila adik beradik dah berkahwin tak semua perkara kita boleh masuk campur dan mempertikaikan. Walaupun kita seibu dan sebapa dengan dia. Tak semestinya kita berhak keatas dia sepenuhnya selepas dia berkahwin. Ramai yang berkahwin dari tiada apa apa dan mengumpul kesenangan atau keselesaan hidup tu bersama pasangan masing masing. Jadi tiada sebab adik beradik nak cemburu jika dia nak bagi kemewahan kepada pasangannya. Sememangnya pasangan dia berhak.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK

2/29/2024 01:50:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK. Rambut di umpamakan sebagai mahkota wanita jadi menjaga kesihatan dan kecantikan rambut juga perlu walaupun wanita muslim yang berhijab. Sebab.. Yelah kalau rambut tak sihat akan memberi kesan juga kepada masalah di kulit kepala. Jadi gatal dan sebagainya selain rambut yang tidak sihat mungkin menyebabkan kusut, mudah gugur dan sebagainya. Di pendekan mukadimah.. Kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan rambut ini adalah satu keperluan.

Kenapa tiba tiba je aku nak bagitau kepentingan jaga kesihatan & kecantikan rambut ni? rambut aku cantik sangat ke? Tidaklah tijah OOi.. Kalau mandi tu bersepah juga kena kutip. Bagaikan dedaun kekeringan dahan nan kerapuhan rambut rambut ku gugur cuma masih terkawal sahaja. Tak ada la gugur sampai nampak kulit kepala. Tapi cuma aku nak berkongsi la dengan hangpa satu produk penjagaan rambut juga yang aku guna dan aku rasa bagus juga untuk orang lain tahu. Mungkin ada yang tercari cari produk rambut lain.. Yelah sekarang fasa memboikot produk produk yang menyokong YisRahell ni kan. Mungkin dengan review ni hangpa boleh mencuba produk ni.

Baru baru ni aku mencuba satu produk dari rangkaian Safi Shayla. Yang ni bukan Safi Shayla bayar aku yer untuk review. Faham.. Ramai blogger asal review produk mesti review berbayar lepas tu hangpa malas nak percaya la dengan review tu. Aku walaupun berbayar sekalipun Insya Allah aku tak nak guna konsep manipulasi. Dengan ayat baru baru ni saya beli padahal dia dapat free sampel untuk review. Tapi yang ni aku beli yer kat shopee. Sebab sebelum ni aku guna minyak zaitun dari produk safi. Minyak zaitun biasa tu la.. untuk rambut anak perempuan aku yang panjang mengurai. Memang bagus minyak zaitun tu.. Rambut jadi lembut dan mudah terurus. Memandangkan anak dara pun dah makin besar jadi aku bertukar kepada minyak rambut yang ada advance ingredient sikit. Makin besar keperluan dia pun makin berubah di samping aku pun guna untuk rambut aku sebab aku dah malas nak beli serum rambut.

Jadi aku guna hampir selama 3 minggu juga la.. Untuk pandangan pertama menggunakan Safi Shayla hijab hair care ni.. testur dia kalau kita pegang rasa berminyak macam minyak rambut tapi bila kita sapu kerambut dia macam meresap kedalam rambut dan kesan berminyak tu tak ada pada rambut cuma rambut akan jadi lembut dan licin. Mudah di sikat. Rambut tak jadi kering. Rambut tu akan kelihatan bersinar macam tu. Yang penting bau dia wangi dan bila kita bertudung pun buka rambut tau bau kepam atau masam. Selepas 3 minggu pakai rasa kulit kepala tak gatal mungkin sebab kulit kepala dah dapat kelembapan secukupnya. Tidak berkelemumur tapi yang ni dengan penggunaan syampu juga la. Kau setakat dok sapu minyak rambut tapi rambut tak syampu lepas tu nak harap kulit kepala bersih sila meninggal la. Memang sukar untuk berlaku. Rambut tetap kena syampu macam biasa. Syampu tu suka hati hangpa la nak pakai yang mana ikut kesesuaian dan masalah kepala hangpa la. Untuk masalah rambut gugur pun nampak kurang sikit. Rambut lebih kuat. Insya Allah dengan penggunaan berterusan dapat menjimatkan jumlah rambut gugur setiap hari.

Safi shayla hijab hair care ni pun ada beberapa variasi. yang aku guna label pink dimana kandungan dia adalah minyak zaitun & multivitamin. Ada dua lagi variasi lain dengan haruman yang berbeza iatu label kuning dan biru.Untuk minyak rambut Safi shayla ni memang berfungsi selain menjadikan rambut lembut, licin dan mudah di urus/sikat ia juga mempunyai fungsi anti kelemumur dan kawalan keguguran rambut jadi tak pelik la bila penggunaan secara berteruskan mampu mengawal semua masalah tersebut.

Malas nak walk in boleh dapatkan di sini https://shope.ee/6pcpAhUgwP

Sejak aku pakai Safi shayla ni aku dah malas nak pakai conditioner sebelum ni pun aku malas juga. Tapi bila rasa rambut macam kejung aku guna juga la. Tapi sekarang bertambah malas bila rambut aku dah tak kejung kejung lagi. Lembut & nampak lembab je sentiasa tapi kalau pegang tak berminyak itu yang paling penting. Sebab minyak rambut yang nampak berminyak sangat ni percayalah rasa tak selesa tau pakai. Lambat cuci mula la rambut bau kepam kepom bagai. Safi shayla ni bagi aku dah ok sangat apa kepam pun tak bau. 

Kalau hangpa rasa nak cuba boleh cuba. Harga tidak la sekayangan mana. Harga biasa biasa sahaja. Untuk 100ml harga RM10-RM11 gitu saja. Boleh cari kat mana mana sahaja. online ke walk in ke suka hati hangpa la. 

Panjang panjang pun hangpa bukan rajin baca sangat kan.. Orang sekarang kalau ada gadget boleh sedut bacaan terus ke otak dia tanpa perlu dia membaca setiap patah perkataan rasanya depa sanggup beli. Semua nak mudah jer. Jadi cukuplah setakat review ringkas macam ni untuk menjadi panduan sekiranya hangpa nak cari produk rambut. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI

2/28/2024 02:53:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN DI PASARAYA HARI HARI. Dah habis cuti untuk Tahun baru cina mungkin sekarang ramai dah mula membeli belah untuk keperluan persekolahan anak anak yang akan bermula bulan march nanti, kan? Ada yang memilih untuk membeli terus di kedai fzikal ada yang malas nak bersesak memilih untuk beli secara atas talian. Sekarang ni banyak pasaraya yang membuka kedai atas talian di platform macam shopee, lazada tapi tiktok aku tak pasti sangat. Jadi memudahkan para ibu bapa untuk membuat persiapan persekolah mengikut apa yang mereka selesa.

Aku dah pun siap membeli barang barang asas untuk persekolahan anak aku. Macam biasa setiap tahun kami beli di pasaraya hari hari sahaja. Yelah.. sesetengah orang dengar... hari hari? takde kelassssss!! Kisah pulak aku dengan kelas tak kelas kau! Yang penting bagi aku di pasaraya hari hari menawarkan harga keperluan persekolahan yang sangat berbaloi dan mampu milik. 

Setiap tahun aku akan membeli pakaian sekolah dari jenama Jony&Jeny. Setiap tahun ok! Sebab apa? Sebabnya jenama ni bagi aku kualiti pakaian sekolah dia memang sangat terbaik. Setiap tahun aku memilih pakaian dari material cotton. Kain yang tebal dan tidak panas. Selain warnanya tidak mudah bertukar jadi kekuningan walau lama di pakai. Setiap tahun kondisi baju sekolah anak aku tak pernah rosak atau warna berubah jadi kekuningan & buruk. Biasa kalau tukar baju baru hanya sebab size sahaja. Yelah.. budak budak tengah membesar kan. Setiap tahun akan berubah saiz.

Ni baju tahun lepas. Masih elok. Kain tak bertukar kuning. Sebab tu aku suka baju sekolah jenama johny & jenny ni. 

Tahun ni aku habiskan sebanyak RM200 bagi aku dah paling bajet untuk beli sepasang baju sekolah menengah, 3 pasang tudung sarung, 1 pasang kasut sekolah, 2 pasang anak tudung, dua pasang seluar sukan/koko dan 1 pack stoking yang ada 3 pasang. Selebihnya kena tunggu hari bersemuka untuk beli baju sukan/kokurikulum dan lain lain keperluan sekolah yang perlu di beli di koperasi sekolah nanti. 

Tahun ni ramai yang mengeluh kerana harga barang keperluan mula naik, tarikh buka sekolah untuk darjah/tingkatan baru tak jauh dengan puasa seterusnya raya. Jadi agak kelam kabut masing masing nak kira bajet kan.. Itulah hidup sekarang makin keras. Kita tak ada pilihan lain selain berusaha juga untuk mencukupkan segala keperluan hidup. Terpaksa utamakan yang mana lebih penting. Macam keperluan sekolah. Mungkin tahun ni ramai memilih pakai semula baju raya yang tahun tahun lepas. OK jer sebenarnya. Aku ni last beli baju raya tahun bila pun dah tak ingat. Bagi aku baju raya ni selagi baju tu masih elok, masih baru masih berseri seri di pakai di hari raya tak perlu pun nak baru setiap tahun melainkan untuk anak anak. Anak anak dalam fasa membesar selain faktor saiz kita kena letak diri kita di tempat mereka. Itu salah satu perkara yang mereka nak rasai. Hari raya pakai baju raya baru. Kita dulu lalui perkara yang sama. Kita pun akan sedih kalau tak ada baju raya. Selagi mampu tak salah adakan baju baru untuk anak anak kan?

Jadi yang mana ada pakaian sekolah atau baju baju raya yang lepas lepas dah tak muat untuk di pakai boleh la di sedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka di samping benda tu tak jadi satu pembaziran di buang macam tu sahaja. Dalam nak memberi tu tak perlu la banyak kriteria sangat di letakan pada bakal penerima. Aku pernah baca orang nak sedekahkan baju terpakai. Di sebabkan baju baju dia yang katanya berjenama mahal.. kriteria dia Allahu.. Takkan la lepas bagi kau nak follow up setiap bulan tanya keadaan baju kau bagi tu di jaga dengan elok ke tidak. Aku mudah.. sebab aku bukan jenis pakai barang berjenama terutama pakaian. Jika ada yang masih baru elok.. Aku kumpul packing elok elok aku pergi letak kat bawah apartment aku ni siapa memerlukan ambil la. Selepas dia ambil.. macam mana dia jaga terpulang la. Kalau nak bersedekah pun banyak songeh sangat, simpan je la biar jadi harta karun dalam rumah kau.

Jadi yang belum buat persiapan persekolah.. dahulukan persiapan persekolahan dari persiapan raya. Sebab pendidikan tu lebih penting. Insya Allah ada rezeki lain untuk sambut raya nanti. Jangan terlalu bersedih.. Ingat bukan kita sahaja yang susah sekarang ni malah ramai lagi. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN

2/15/2024 07:55:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KISAH SERAM CALTEX SALOR KELANTAN. Khamis malam jumaat datang lagi dengar cerita seram dari TORA. Tak pepasal la TORA juga dapat nama kan.. Entah la budak budak 80an-90an dah biasa dengan iklan TORA ni memang dia macam terngiang ngiang tagline TORA datang lagi dengan mainan baru.. Tapi TORA tak ada edisi cerita seram na.. Yang sinonim dengan kisah seram ni kalau 90an.. Majalah mastika. Entah cerita betul ka rekaan pun tak tau la tapi zaman tu enjoy juga la membaca. Boleh terbawa bawa emosi seram tu dalam kehidupan seharian. Lepas tu Mastika di transformasi dalam bentuk drama Tanah kubur pula. Yelah.. budak budak makin malas membaca suka menonton je kan. Nak bagi cerita teladan supaya takut sikit buat dosa kena la di dramakan. Tapi apa kena mengena dengan kisah seram Caltex Salor di kelantan? Tak ada kena mengena sebenarnya.. Sesaja la borak kosong dulu sebelum kita ambil ke segmen seram serik lekatlekit.

Kita cerita cerita caltex tu je la yer.. Banyak borak nanti banyak menipu. Alkisah tersebutlah kisah sepasang suami isteri yang hidup nya duka nestapa kerana ibunya batuk.. Tak tak itu tipu. Ni kisah suami isteri ni dari Jeli nak ke pengkalan chepa. Cerita semua kat kelantan lah yer.. Katanya ada rombongan sepupu mereka nak kahwin. Selepas selesai majlis tu sepasang suami isteri ni bersama seorang sepupu mereka niat nak balik malam sikit sebab katanya nak jalan jalan dulu ke pantai alang alang dah kesana. Dah puas berjalan di tepian pantai, bermadu asmara.. lebih kurang 11 malam macam tu mereka pun bertolak balik ke pangkal jalan. Nak balik ke Jeli semula la. Sebab masing masing tinggal kat sana.

Nak balik ke Jeli tu Si suami ni katanya lebih suka guna jalan salor - pasirmas sebab katanya lebih dekat. Di pendekan cerita sikit.. Sebab rasanya hangpa pun tak sabar dah kan nak tau apa yang seramnya. Lebih kurang pukul 12-1 pagi tu kebetulan minyak berkelip kelip dah minta isi. Kebetulan si suami nak pump angin tayar kereta juga. Yang si sepupu pula nak terkuncil dan si isteri pun sama. Yelah.. Dah lama tahan kan.. Dan bermula lah sebuah kisah misteri......

Si suami ambil keputusan nak pump angin tayar dulu lepas selesai pump angin baru nak isi minyak katanya. Mereka singgah kat salah satu stesen minyak caltex. Tapi agak sunyi caltex malam tu. Tak tau la malam depa singgah tu malam jumaat ke sabtu ke ahad. Tak di nyatakan pulak.Tapi kat kaunter bayaran tu nampak ada dua orang perempuan. Mungkin pekerja kat situ la. Seoarang jaga kaunter seorang lagi di bahagian mart tengah memerhati kehadiran mereka. Si isteri ni cakap la pada si sepupu.. Berani yer dua orang tu kerja malam malam buta macam ni. Lepas dah menegur macam tu masing masing ke bilik hajat (tandas). Sampai sahaja di depan pintu tandas si isteri dan sepupu tiba tiba rasa lain macam. Badan rasa panas, lemah dan bulu roma mula meremang tanpa sebab. Selepas selesai membuang hajat tu masing masing menuju kereta semula. Si isteri mula rasa pelik. Sebab suasana sunyi dan tak ada sesiapa singgah di situ selain mereka. 

Dari tandas nak ke kereta tu kena juga melalui depan kaunter. Sebaik tiba depan kaunter tiba tiba si sepupu ni tergamam. Air muka dia tiba tiba berubah. Si isteri pulak tiba tiba badan rasa seram sejuk. Bukan seram serik yer.. Belum lagi sebab depa pun tak tahu lagi apa berlaku. Belum serik lagi. Ok sambung cerita.. Bulu roma rasa meremang sekali lagi. Masa depa dua orang ni melintas di hadapan kaunter macam terdengar suara perempuan ketawa dan suruh mereka berdua pergi dari situ. Kalau dah dua dua dengar suara macam tu takkan la nak lepak makan kuaci sambil tanya itu ini lagi kan. Dah tentu la sepantas pandalela rinong la depa berlari pecut cuma tu la pandalela kan atlik lompat papan anjal dia kalau lari laju ke? entah la nak.. Tak hanya dengar suara tau depa nampak juga susuk wanita berdiri depan pintu mart caltex tu tanpa kaki.. Tapi kan.. tanpa kaki macam mana dia berdiri? Ke terapung? terapung la lebih tepat kan? Kalau berdiri kaki kena berpijak di bumi yang nyata.

Dah la tengah takut sambil berlari macam tak cukup padang sekali tengok dengan kereta pun dah lari. Tak ada. Dah kemana pulak kereta ni. Rupanya si suami awal awal lagi lari bawa kereta parking jauh sikit dari situ. Sampai kat kereta tu memang ber das das la machine gun keluar dari mulut si isteri marahkan suami dia. Boleh dia tinggalkan bini lari parking jauh jauh. Tapi bila tengok muka si suami pun lain macam. Pucat dah macam tak ada darah.. apa lagi cepat cepat depa naik kereta terus  gerak. Nak lagi terkejut kat sebelah caltex tu kubur.. Tapi apa nak terkejut dengan kubur. Ada orang buka tingkap rumah dia nampak kubur biasa jer.. Tak ada kena mengena dengan kubur kalau ada gangguan mistik bagai ni yer. Jadi ubah mentaliti tu.

Bila dah jauh dari caltex tu.. Barulah si suami buka cerita. Katanya masa dia nak pergi bayar duit nak isi minyak dia mula rasa lain macam. Macam ada sesuatu yang tak kena dan pelik dengan caltex ni. Bila sampai dekat kaunter tak ada orang. Puas la dia panggil tak juga ada sesapa yang menjahut atau datang. Tapi masa dari jauh dia nampak ada saja orang kat kaunter. Bila dia toleh ketepi dekat pintu mart dia nampak seorang perempuan yang pandang dia dengan pandangan yang sangat menyeramkan suruh dia pergi dari situ. Tu sebab la si suami pun lari awal lagi dia lagi awal kenal warning kan..

Selepas kejadian tu katanya laki bini demam. Yang sepupu pulak jadi macam terkejut seminggu tak bercakap dengan orang. Katanya bila cuba lalu pada hari lain selepas kejadian memang suasana tempat tu lain sangat tak sama macam malam depa singgah tu. Pada malam tu suasana kat caltex tu nampak terjaga, bersih, terang berlampu tapi bila depa lalu kat tempat tu waktu siang caltex sememangnya dah jadi caltex usang. Pandangan dalam mart pun kosong, sunyi dan seram macam ada sesuatu kat situ.

Bagi orang kelantan yang mana tak tahu terutama yang berhijrah ke bandar mungkin jarang jarang balik kelantan harap maklum caltex yang terletak di laluan salor- pasirmas dah lama di tutup sejak 2014-2015. Manalah tahu kot kot demo lalu malam malam nampak macam masih beroperasi ketahuilah itu hanya salah satu mainan syaitan nirrojim yer. Jangan nak singah. Caltex ni terletak betul betul tepi jalan besar. Jadi ingat yer.. Jangan singgah kalau tak hidup anda akan di selebungi misteriiiii...

Sumber cerita : KELAB CERITA HANTU MALAYSIA

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA

2/11/2024 01:31:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA. Walaupun bukan malam jumaat namun segmen seram serik lekat lekit tetap bersiaran. Tak ada istilahslam keliwon bagai malam paling afdhal nak cerita seram. Malam apapun boleh. Tak malam pun asal ada bahan kita on je la. Apadahal. Yang kau nak extreme sangat tunggu malam jumaat bagai nak menyeramakan rasa seram tu dah kenapa? Tu dia.. Tetiba garang kan? 

Kita dan cerita mistik memang tak dapat di pisahkan sebagai umat islam kita wajib percaya kewujudan alam ghaib. Dalam kehidupan kita bukan ada apa yang kita nampak dengan mata kasar sahaja. Ada makhluk yang Allah tidak memperlihatkan pada manusia dengan mata kasar walau sesetengah orang di beri kelebihan untuk nampak dan boleh berinteraksi dengan makhluk alam ghaib ni tapi bukan semua orang. Dan ia bukan perkara normal. Sebab tu ia di panggil paranormal.

Tak kira zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang tidak memupuskan makhluk alam ghaib ni. Mereka juga berevolusi mengikut peredaran zaman. Kalau tengok konten kat tiktok konon pengamal perubatan alternatif yang merawat mangsa gangguan makhluk halus tak kira sebab sihir atau apa.. Depa tau tengok tiktok wei. Tapi tu la cuma konten tu aku sendiri tak pasti samada benar atau sekadar konten. Sekarang ni macam macam boleh jadi. Benda yang tak ada di ada adakan sekadar untuk konten media sosial. 

Semalam terbaca satu posting dari page hiburan kat facebook pengalaman netizen yang melalui peristiwa mistik. Bagus juga share kat blog ni kan.. Santai santai kita membaca sekadar hiburan. Tak payah ambil serius sambil terbawa bawa dalam kehidupan seharian pulak. Satgi hidup hangpa di selubungi misteri..

Antara pengalaman mistik yang berjaya aku screenshot hangpa boleh la baca kat bawah













0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM

2/08/2024 01:08:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

 ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM. Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap. Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hidup kita, Kan? entah sapa la suka nak berdamping dengan dia macam Qarin. Tak malu dok mai menempek kat kulit muka kita ni. Tapi tu la.. Kau hamun la secukup rasa sekalipun sampai masa dia datang juga. Betul betul spesis persona non grata.

Tapi sebenarnya tak ada perkara berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab munasabnya termasuklah kehadiran seketol jerawat di muka kita. Antara punca punca jerawat ni adalah..

👉Alahan Kepada Makanan. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

👉Tidak cukup tidur

👉Salah guna Produk 

👉Bakteria

👉Hormon Tidak Seimbang

👉Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan

👉Terdedah Dengan Persekitaran yang tidak bersih

Di sebabkan itu juga la aku sentiasa la simpan acne gel (gel jerawat) tak kisah la apa brand yang aku rasa nak cuba. Aku biasa suka tukar tukar untuk merasai pengalaman tu. Boleh buat perbandingan yang mana lebih memberi kesan. Jadi baru baru ni aku cuba produk dari jenama yang memang aku tak berapa kenal sebelum ni. Tak pasti samada jenama baru di pasaran atau aku yang baru tahu pasal jenama ni. Sebab di jual di drugstore jadi aku tak rasa was was sangat nak mencuba tapi aku beli secara atas talian la. Dah lama rasanya tak menagih di kedai dadah. Semua beli online sahaja. Aku sekarang memang jarang keluar. Kalau keluar pun rasa macam dah tak ada apa nak di beli sebab kebanyakan aku beli online je.


Berbalik pada cerita gel jerawat tadi.. Baru baru ni aku mencuba gel jerawat dari produk Acne aid. Acne Aid ni ada lagi siri produk penjagaan kulit lain macam pembersih muka dan ada beberapa item lain. Tapi aku cuma beli gel jerawat sahaja. Aku main beli je tak ada search review ke apa. Bila dah beli tu tiba masa di perlukan mesti la kita guna. Aku ni ada makanan tertentu yang akan mencetuskan jerawat jadi kalau nak makan juga lepas tu kena hadap juga la kesan dari makanan tu. Bila tercetusnya gunung gunung jerawat kat muka aku yang sedia berpuaka ni maka aku pun melakukan ritual membunuh jerawat jerawat tersebut.

Makin teruja bila kita ada produk baru nak cuba kan. Testur dia macam biasa la gel yang putih sikit dan tak jernih. Tidak melekeit dan ada sedikit bau dari mungkin bahan yang di gunakan cuma tak kuat. Bila kita sapu cuma rasa sejuk gel. Tak ada rasa panas atau membahang di kulit. Cara penggunaan macam biasa sapu pada jerawat. Boleh di gunakan untuk jerawat yang jenis timbul tapi tidak bernanah, atau yang bernanah, jerawat jenis rata cuma timbul kesan kemerahan pada kulit.. Alah panjang pulak ceritanya. Pendekan asalkan namanya jerawat kau sapu je la enon Ooi.. Tak kira la apa spesis jerawat tu. Letih pulak aku nak menaip panjang panjang ni.

Kali pertama cuba jerawat yang manja manja ni dia akan surut seawal 24 jam.. Yang monster sikit dia ambil masa 2-3 hari. Kalau merah merah tu dalam 1-2 hari hilang la. Bagi aku kesan agak cepat berbanding gel jerawat yang pernah aku gunakan sebelum ni. Tak ada kesan iritasi atau apa apa kesan buruk yang berlaku kat muka aku bila guna gel jerawat ni. Muka hangpa tak tau la. Hangpa kena cuba dulu la. Bagi yang tak ada masalah dengan kandungan salicylic acid mungkin boleh cuba. 

Harga dia tak la semahal rumah sewa pprt walaupun ppr singkatan dari projek perumahan rakyat termiskin tapi bila pemilik sewakan balik kat 3rd party harga dah jadi bukan harga orang miskin. Gitulah perumaan yang saja di buat bagi tujuan sindiran. Harga dia murah je. Penganggur pun mampu milik tapi kena la pepandai pow duit mak bapak nak beli.

Kandungan untuk 1 tube 10g. Tapi kalau jenis jerawat yang datang waktu waktu tertentu tu tak la sebulan tu habis guna satu tube. Melainkan kau buat mask guna gel jerawat tu bukan kata sebulan.. sekali pakai pun dah kerahmatullah. yang jenis tube ni sesuai untuk masalah jerawat yang tumbuh sebiji sebiji bukan jenis yang berjemaah satu muka. Yang tu mungkin kena rujuk pakar kulit untuk dapatkan rawatan dan ubat yang bersesuaian untuk mematikan jerawat.

Bagi yang nak cuba samada hangpa boleh walk in ke mana mana watsons, guardian atau farmasi. Atau malas boleh dapatkan secara atas talian kat sini 

Shopee 👉 https://shope.ee/1fuBQ6w03t

Lazada 👉 https://s.lazada.com.my/s.i9mmM?cc

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA

2/06/2024 01:45:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

 KHAIRUL AMING DI DATANGI LEMBAGA. Viral seantero alam maya bila Khairul Aming melancarkan produk terbarunya Sambal dendeng Nyet berapi selepas produk Sambat Nyet berapi. Tak payah tanya la berapa juta terjual. Kalau search bersepah kat media sosial berita pasal produk terbaru khairul Aming yang dah terjual sebanyak 80 ribu pack. Ramai yang berkampung di Tiktok katanya pada malam pelancaran produk Khairul Aming sambal dendeng tu. Memasing mencuba nasib untuk dapatkan sambal dendeng Khairul Aming. Ada yang berjaya dan sudah semestinya ramai juga yang gagal. Itu biasa. Sambal Nyet yang sebelum ni pun sentiasa sold out kat shopee Inikan yang baru. Semua berebut nak jadi orang pertama yang beli & rasa.


Aku macam biasa aku tak minat sangat nak berebut makanan viral ni. Tapi tidak la aku nak kondem produk Khairul Aming. Dia menaikan branding nama dia sebelum keluarkan produk sendiri. Marketing dia bersih tanpa isu isu panas. Hanya konten konten masakan dengan cara tersendiri dan menghiburkan walaupun masakan dia tu masakan biasa biasa je kadang kadang tapi konten dia buat orang lain terinspirasi untuk mencuba. Bagus Khairul Aming ni. Pempengaruh yang berpendidikan tinggi. Dia belajar sampai Amerika sana na.. Bukan macam Influencer yang katanya SPM tak penting. Tu Influencer sampah yang biasa viral dengan isu isu tak bermoral. Zaman sekarang ni Bapak ayam pun di angkat sebagai Influencer konon manusia boleh berubah. Betul tapi tak payah kau nak angkat angkat manusia macam tu sebagai pempengaruh selagi dia tak berubah. Kau nak orang ambil iktibar apa dari dia? mempromosiklan individu macam tu sama kau sedang mengalakan orang lain terutama golongan belia untuk menjadikan dia inspirasi. Takpa buat kerja jahat pun boleh di terima masyarakat. Makin gila & sakit manusia zaman sekarang.

Berbalik pada kisah Khairul Aming di ganggu lembaga.. Dalam keterujuaan Khairul Aming melihat sambutan hangat Sambal dendeng Nyet berapi dia yang terjual berjuta juta tu tetiba dia di datangi satu lembaga di mana lembaga ni memang agak menyeramkan. Lembaga ni sekarang memang suka mendatangi Influencer Influencer di Tiktok. Selain artis la. Pendek kata lembaga ni lebih suka golongan yang menjadi tumpuan masyarakat yang kaya dan berjaya. Khairul Aming pun tak terkecuali di datangi lembaga yang amat menyeramkan ni, Tapi terapksa juga hadap lembaga ini kalau kita melakukan perniagaan di atas talian sebab benda tu tak dapat sorok dari pengetahuan lembaga ini. Lembaga ni boleh muncul di mana mana sahaja platform media sosial. Jadi para pempengaruh hati hati la kalau nak menunjuk kaya atau menunjuk keuntungan perniagaan anda. Nanti hidup anda di selubungi... Lembaga.

Mesti ramai nak tahu lembaga apa? Lembaga ni dalam jelmaan apa? rupa bentuk macam mana. Hantu raya ke? pocong? Pontianak? Jenglot.. Toyol atau apa? Lembaga ni tengok gambar screenshot di bawah..



Lembaga ni la paling menyeramkan semua orang orang kaya di Malaysia. Orang orang bisnes dan para pempengaruh. Sekarang ni lembaga ni rajin merayap. Dia boleh tau mana pempengaruh yang dah ada pendapatan selayaknya untuk bayar pada lembaga tersebut. Lembaga kaki paw betul kan? tak boleh tengok orang senang sikit.. kuikuikui

Apapun.. Lembaga ini cuma menjalankan tugasnya sebagai Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) mengutip cukai. Jangan la marah.. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Yang tak payah bayar cukai ni cuma Rohingya je. Kita sebagai rakyat memang la segala cukai mukai kena bayar. Lepas tu claim warga asing, PATI dok malaysia boleh kaya raya sebab depa rajin kerja macam la rakyat Malaysia ni majoriti pemalas kan? Jadi PATI lagi senang hidup kat Malaysia dari jadi warganegara sekarang ni. Barang subsidi pun depa rembat dulu. Kita ni pulak nak kena beli barang tak ada subsidi. Yelah sebab barang keperluan.. Nak tak nak kena juga beli. Habis tu macam mana depa tak lebih hidup senang dari orang tempatan.

eh.. eh.. termelalut pulak ke isu lain. Apapun Lembaga itu jangan cari saya na.. Saya bukan orang ada ada. Saya mak sudin je bukan mak zeton na.. Mak zeton lain la Ada 2 cincin berlian. Mak sudin ada juga 2 cincin tapi cincin tembaga je. Harap maklum.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ARTIS KALAU BAGI KENYATAAN BODOH SAMADA DIA MEMANG BODOH ATAU SEKADAR UNTUK PUBLISITI MURAHAN

2/04/2024 06:46:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

 ARTIS KALAU BAGI KENYATAAN BODOH SAMADA DIA MEMANG BODOH ATAU SEKADAR UNTUK PUBLISITI MURAHAN. Kecoh hari ni kat media sosial seoarang retis yang tetiba nak into the scene isu Majlis anugerah kecemerlangan murid atau juga di sebut majlis apresiasi atau majlis konvokesyen peringkat sekolah yang di buat di hotel hotel dan ibu bapa perlu membayar kos untuk menghadiri majlis tersebut. Sebelum ni isu ni di suarakan oleh seorang artis wanita yang rasa benda ni membebankan para ibu bapa sebab bayaran yang di kenakan bukannya murah. Semakin bertambah kos sekiranya ada lebih seorang anak yang terlibat dalam majlis tu. Bayaran juga di kenakan kepada ibu bapa yang ingin hadir ke majlis tersebut bagi meraikan anak anak yang mendapat anugerah. 

Ramai bersetuju perkara macam tu tak perlu pun untuk di buat. Buat majlis kat dewan sekolah pun dah cukup. Tak perlu membebankan ibu bapa semata mata nak buat majlis yang grand di hotel hotel. Tetiba muncul pula retis sorang ni konon kita sebagai ibu bapa tak perlu berkira katanya. Beli beg & barang mahal kat anak anak boleh.. Takkan nak bayar sekali setahun untuk majlis macam tu nak berkira. Mungkin masa dia menyuarakan pandangan tu dia terlupa isi poket orang lain tak sama dengan isi poket dia. Dia mungkin lupa pendapatan orang lain tak sama macam pendapatan dia. Dia mungkin kurang prihatin ramai orang sekarang terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Dia lupa dalam dunia ni ada orang kaya dan ada orang susah di mana kadang kadang sementara nak tunggu gaji hujung bulan beras kat rumah dah boleh kira tinggal berapa butir.. Jangan tanya lauk pauk sedap. Kepala ikan bilis pun kadang kadang dah tak ada,

Sebelum mengeluarkan kenyataan atau pandangan sila la guna akal. Artis ni antara dua jer kalau dok keluarkan kenyataan kenyataan yang mengundang kontroversi atau kemarahan orang ramai.. Kalau tak sebab dia memang bodoh secara semulajadi.. Tak lain tak bukan bila nama dah sendu dalam industri kena la buat kontroversi untuk nama kekal relevan sebagai artis kan. Antara dua tu je la sebab musababnya. Bila buat sesuatu perkara yang mencetuskan kemarahan orang benda tu marketing yang paling padu cuma tidak bermaruah la. Tapi retis ni tak tahu la samada dia kurang aware & alert tentang orang lain atau sengaja untuk viral yang pasti kenyataan dia memang minta di kecam. Maka sang netizen datang beramai ramai mengecam.

Gamak bengap sangat meh makan kismis ni banyak banyak sikit. Bagi anak anak kismis lagi bagus dari gula gula. Boleh dapatkan di sini 👉 https://shope.ee/6UzLAYvUBB


Bagi aku setakat bersekolah di sekolah bantuan kerajaan yang pelajar terdiri dari pelbagai latar belakang ni buat je majlis di tempat yang semua pelajar mampu untuk sertai. Lain la sekolah swasta atau international school. Dah tentu yang belajar kat situ anak orang kaya. Macam sazali.. Bapak aku orang kaya. Buat pi la kat hotel lima bintang sekalipun dah tentu tak ada sapa nak merungut. Depa mampu bayar. Tak ada sapa nak pertikai. Ini sekolah pun guna subsidi kerajaan nak buat majlis kat hotel lepas tu nak minta ibu bapa bayar. Yuran PIBG pun ada sampai dapat duit bantuan awal persekolah baru dapat bayar tu pun kadang kadang sebab cikgu tolak siap siap. Lagi nak bayar beratus ratus untuk majlis anugerah yang sebenarnya kalau buat kat dewan sekolah pun boleh. Lain la kau nak buat kau usaha cari sponsor kan.. Ok la. Ini kau usulkan orang lain yang kena tanggung. Konon benda macam ni dah di bincangkan di mesyuarat PIBG dan mendapat persetujuan ibu bapa.. Yang setuju tu aku percaya bukan semua la. Yang mampu je setuju. Yang tak mampu memang takkan setuju.

Tolong la para artis.. Hangpa tu public figure. Jangan la tunjuk tak ada perikemanusiaan sangat. Mentang mentang la peminat kat Malaysia ni jenis pemaaf. Buat salah.. lepas tu minta maaf dah settle. Jarang la depa nak boikot lama lama kecuali kes kes tertentu ja macam Ali puteh. Kesian pulak aku dengan dia macam tiada maaf bagimu netizen buat. Sampai dia nak meniaga cari rezeki pun kena kecam. Bagi aku biarlah dia nak meniaga cari rezeki. Dia ada anak bini kot nak bagi makan. Takkan la nak suruh dia jadi scammer sara anak bini dia. Kita boleh kecam pada kesalahan yang dia buat tapi bukan semua perkara dia buat. Kita pun manusia yang ada bahagian salah & silap masing masing.

Apapun pada retis tu sesekali libatkan diri dalam aktiviti amal & kemasyaratan untuk tahu bahawa di luar sana ramai orang susah. Kadang kadang orang susah ni tak nampak susah. Nampak hidup dia berjalan macam biasa. Nampak serba ada serba cukup tapi ada kesusahan mereka sendiri. Cuma mereka berusaha mencukupkan segalanya untuk keluarga. Mungkin untuk bayar majlis apresiasi yang di buat di hotel hotel ada ibu bapa yang terpaksa berhutang dengan individu lain demi memastikan anak anak dapat sertai siapa tahu sebab bukan semua orang suka bercerita tentang kesusahan mereka jadi tolong sebagai manusia berakal waras sesekali cuba untuk fikir tentang kesusahan orang lain juga.

Moral of the story.. Terlajak kata memang susah nak undur tapi masih boleh minta maaf. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK PERLU PUN MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SEKOLAH ALA ALA MAJLIS KONVOKESYEN DI UNIVERSITI

2/02/2024 04:44:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

TAK PERLU PUN MAJLIS APRESIASI PERINGKAT SEKOLAH ALA ALA MAJLIS KONVOKESYEN DI UNIVERSITI. Jadi viral konten seorang pelakon wanita yang membidas dengan lantas isu budaya baru mengadakan majlis yang dulu masa sekolah kita sebut Hari penyampaian hadiah yang biasa di buat setiap hujug tahun untuk memberi hadiah atau anugerah pada pelajar cemerlang. Sekarang di sebut majlis apresiasi tapi di perbaharui dengan majlis konvokesyen peringkat sekolah dimana pelajar di pakai jubah akan naik kepentas menerima sijil masing masing. Dari peringkat tadika sehinggalah sekolah menengah. 

Salah ke? dak aihh.. Mana ada salah. Tak salah kalau tidak membebankan para ibu bapa.Masalah yang pelakon wanita tu lantang mengkritik apabila pihak sekolah yang nak buat majlis 'Grand' tapi yang kena bayar mak bapak bebudak tu la. Anak aku yang buat kat sekolah pun tetap kena bayar RM70 untuk sewa jubah dan lain lain. Bagi aku jumlah tu aku masih mampu bayar tapi ada orang yang tak mampu. Apatah lagi kalau jumlah bayaran tu melebihi 100 - 200 ringgit Malaysia. Sebab katanya ada sekolah yang mengadakan majlis apresiasi di hotel. Tak kalah kau.. Kalau seorang anak dah RM100 - RM200 bayangkan la yang ada 2 - 3 orang anak. Dengan lepas tu nak kena buat persediaan untuk masuk darjah/tingkatan baru lagi. Tahun ni lagi la teruk.. Semua lebih kurang serentak. Sekolah, raya bagai.

Kita kalau bercakap dari sudut poket kita yang mampu atau anak tak ramai memang la rasa perkara tu satu bebanan.. Tapi bagi golongan yang tak berkemampuan tak sama apa kita rasa. Memang tak salah pihak sekolah nak buat sambutan yang macam tu. Memang nampak meriah, Cantik dan comel anak anak dengan jubah konvo naik pentas ambil sijil. Zaman sosial media ni seronok dapat kongsi gambar atau video majlis apresiasi yang ala ala macam konvokesyen selepas tamat belajar di Universiti tu.

Tapi sejenak letak diri kita dalam golongan orang tak mampu. Aku bukan la semua benda orang buat nak kritik. Tapi ada di kalangan kawan kawan aku kat social media yang kadang kadang makan pun tak lepas. Belum gaji, lauk beras semua habis. Anak anak ramai. Bayangkan golongan ni nak bayar untuk majlis yang bagi aku kalau buat biasa biasa tanpa sewa jubah konvo atau di buat di tempat tempat mahal.. cukup sekadar buat di dewan sekolah pun dah ok. Kemeriahan.. kegembiraan pelajar yang dapat penghargaan & anugerah tu sama je. 

Sekolah anak aku semalam aku pergi untuk majlis apresiasi.. dengan bouquet, photobooth, jubah konvo semua tu adalah berbayar. bouquet yang dapat tu pun semua jajan je. Tak ada benda apa sangat pun. Ada perkara tak perlu ada pun tak apa. Tetap meriah juga. Aku tak kisah pun pihak sekolah nak buat tapi adalah lebih baik carilah penaja. Jangan pihak sekolah nak dapat nama ibu bapa di bebankan untuk bayar. Ni kejab lagi ada yang nak bandingkan dengan sekolah jenis kebangsaan konon sumbangan ibu bapa lagi banyak dari sekolah kebangsaan biasa. Sumbangan untuk tujuan menaiktaraf keperluan belajar anak anak aku tak kisah sangat. Sumbangan ni yang mampu boleh menyumbang dan tiada paksaan bagi yang tak mampu. Yang tak mampu boleh sama sama menggunakan kemudahan dan keperluan belajar hasil sumbangan ibu bapa yang mampu. Tapi bila melibatkan majlis majlis macam ni ada perkara bukan keperluan untuk buat. Semata mata untuk dapat nama dan kepuasan sesetengah pihak sahaja. Boleh jadi satu pembaziran juga la,

Ada perkara nak buat kena buat kajian terlebih dahulu. Anak anak yang bersekolah kebangsaan bantuan kerajaan ni datang dari pelbagai latarbelakang. Kalau istilah sekarang B40,M40 dan T20. B40 tu pun ada lagi pecahan. Ada B40 yang masih mampu dan ada yang tidak berkemampuan. M40 pun ada yang tak mampu juga bila banyak komitmen. T20  mungkin tak ada masalah kewangan untuk membayar aktiviti aktiviti macam tu. 

Kita nak buat sesuatu acara di sekolah ni kalau melibatkan semua murid yang dari pelbagai latarbelakang dan taraf ekonomi biarlah semua dapat merasa kegembiraan tu. Tak boleh la guna konsep.. Tak mampu tak payah sertai. Sedangkan perkara yang di buat tu sebenarnya lebih kepada kehendak bukan keperluan. Jadi rasanya dalam keadaan ekonomi sekarang.. Pihak sekolah kena ada timbangrasa sebelum merancang sesuatu majlis tu. Buat la yang dalam kadar kemampuan semua golongan. Perkara ni patut menjadi sesuatu yang mampu menjadi motivasi pada pelajar bukan buat mereka rasa kecewa atau rendah diri.

Cara sambutan mungkin berubah ikut zaman cuma jangan la sampai membebankan. Sekolah yang nak buat majlis grand grand ni kalau boleh berusahalah cari penaja untuk meringankan beban yang perlu di pikul ibu bapa. Tak salah pun nak buat kat hotel atau mana mana kalau ada sponsor. Mungkin tak sepenuhnya sekurang kurang bayaran tu dapat di kurangkan sebab sebahagian di tanggung pihak penaja.

Bila cakap isu macam ni ada segelintir guru macam tak puas hati. KIta tidak menghentam guru yer sebab aktiviti atau majlis macam ni perlu kelulusan dari pihak pihak tertentu. Idea boleh di usulkan tapi di benarkan untuk di adakan adalah bergantung pada kelulusan pihak tertentu. Pihak tertentu tu la sila guna akal sebelum membuat keputusan. Sepatutnya ada timbang tara dan perbincangan lebih terperinci sebelum meluluskan sesuatu aktiviti & majlis yang bakal di adakan oleh pihak sekolah.

Lagipun aku rasa kalau dari peringkat tadika dah melalui majlis yang seakan akan konvokesyen macam rasa tak best pulak bila sambung ke peringkat universiti memakai seragam yang sama untuk naik pentas ambil sijil. Dulu kita nak dapat moment moment tu kena belajar bersungguh sungguh supaya dapat sambung belajar seterusnya kena lulus baru la merasa sarung kostum yang sangat bermakna tu. Tapi sekarang.. Tadika pun dah merasa pakai.

Pada pendapat aku yang bukan dari golongan bijak pandai ni.. Rasa tak perlu kot majlis anugerah kecemerlangan peringkat sekolah ni di budayakan dengan jubah konvo bagai. Cukup dengan pakaian seragam sekolah. Sebenarnya dah ok pun. Yang cemerlang di beri penghargaan yang kurang cemerlang jadikan sebagai motivasi supaya boleh naik kepentas macam rakan rakan yang cemerlang.

Apapun ini sekadar pandangan seorang netizen buka dari sudut profesional. Hanya pandangan seoarang ibu yang mempunyai anak. Apapun aku tetap meraikan majlis apresiasi yang di adakan di sekolah anak aku. Anak aku salah seorang yang di sarungkan jubah konvo dan naik pentas untuk terima sijil walau sijil tamat persekolahan. Apapun walau dia tak dapat anugerah peningkatan prestasi macam tahun tahun sebelum ni.. Tapi ok la dia mencapai tahap minimun. 

Sebagai kenang kenangan di blog ni jom tengok beberapa gambar anak aku yang dah graduate darjah 6. Masa aku buka blog ni dia pun belum wujud bapak dia pun aku tak kenal lagi. Tup tup da habis darjah enam. Allah.. cepatnya masa berlalu.



Apapun semoga anak anak kita membesar dan dewasa menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Maaf andai pandangan aku ni ada yang terasa hati. Yang baik kita ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan,

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

1/20/2024 09:05:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

 PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. Hari ni macam ternampak nampak posting blogger Diana rashid tentang isu basuh ke tidak pad (tuala wanita) yang ada kesan darah kotor (haid). Ada yang bersetuju dengan kak diana dan ada yang tidak. Macam biasa la masing masing dengan pendapat mereka. Aku pun tak terkecuali juga bagi pendapat kat posting kak diana tu. Topik menarik jadi apa salahnya kita into the scene.


Ada yang setuju dengan kak diana tak perlu basuh sebab memang tuala wanita di ciptakan untuk pakai dan buang. Basuh akan menyebabkan tandas atau bilik air yang di gunakan membasuh tu menjadi tidak bersih. Ada yang kata perlu basuh untuk elakkan perkara perkara tak d ingini seperti sihir. Macam dalan filen siccin tu. Kedua dua pendapat tu aku terima la. Boleh pakai juga tapi dari segi hukum macam mana pula? 

Jadi aku portal rasmi mufti wilayah persekutuan untuk mencari jawapan. Jadi aku screenshot yang penting saja. Untuk jawapan penuh hangpa boleh baca di sini 👉 https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2413-al-kafi-743-hukum-membasuh-tuala-wanita-sebelum-dibuang


Tu dari sudut hukum agama. Dari sudut kesihatan pula apa yang aku baca boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada orang lain kita tertinggal sisa sisa kotoran dari pad yang kita basuh tu. Jadi kalau nak basuh pastikan selepas tu basuh la tempat seperti tandas yang anda gunakan untuk mencuci tuala wanita tadi sehingga bersih kembali. Kalau kat rumah tu mungkin tak ada masalah jika guna tandas awam mungkin tidak sesuai untuk kita pratikan membasuh terlebih dahulu tuala wanura sebelum di buang. 

Jadi tak perlu nak gaduh gaduh isu ni. Pada pandangan aku nak buat tak salah. Rajin buat la tapi kalau orang tak nak buat jangan pula kita pandang macam satu kesalahan dan dosa. Cuma buang cara baik supaya benda tu tidak bersepah dan mengotorkan kawasan tempat kita buang. 

Moral of the story.. Pad yang ada kesan darah kotor tu aib kita jadi pastikan orang lain tak nampak walau setelah di buang tak kira hangpa nak cuci dulu atau tak. Pandai pandai fikir cara terbaik untuk buang supaya tidak aib tidak terbuka. Aib terbuka lagi bahaya dari hijab terbuka ok. 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU

1/18/2024 03:37:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU. Hari ni kan khamis, malam jumaat. Orang kata nak ambil rasa seram tu elok la baca kisah seram pada hari khamis malam jumaat. Almaklum la kita dari kecil di momokan dengan cerita khamis malam jumaat hantu akan keluar kan. Jadi budak budak semua kena tidur awal. Kalau tidur lambat, hantu datang pegang kaki kalau rasa masih panas dia tahu belum tidur nanti dia datang tunjuk rupa.. Tu kisah dogeng seram mak munah (makcik aku) pernah momokan kat aku masa kecil dulu. Masa tu sumpah aku percaya. Ok kita teruskan ke segmen seram serik lekatlekit hari ni dengan kisah seram yang pernah berlaku di sebuan rel keretapi rembau 

Tersebutlah kisah.. pada zaman tak berapa dahulu. Dalam tahun 2009, tahun di mana blog lekatlekit.com ni di lahirkan. Erkk.. bukan bukan kisah seorang budak Ijat ni baru mula kerja. Waktu tu syarikat dia baru nak melakukan kerja pembersihan kawasan jadi majikan dia tubuhkan satu team untuk buat kerja kerja pembersihan kawasan bermula dari stesen keretapi rembau sehingga ke tampin. 

Majikan ijat ni berbangsa cina dan ijat terlibat sebagai ketua kumpulan. Jadi dia kena periksa paip air, kabel elektrik dan macam macam lagi lah sebelum kumpulan pembersihan kawasan mulakan kerja kerja mereka. Jadi sebagai ketua.. Ijat dengan penuh dedikasi bersedia memulakan tugas. 

Memandangkan ijat ni dia kena buat dulu kerja sebelum ahli kumpulan lain buat kerja, pada satu petang tu ijat bawa dua pembantu dia pekerja Indonesia yang bernama hasan dan alip. Masa tengah periksa kawasan tu, ijat dengan dua lagi pekerja dia jumpa satu kawasan perkampungan lama yang seolah olah sudah lama di tinggalkan & tidak berpenghuni. Ijat mula pelik.. takkan lah sekampung pindah sampai sekerat manusia pun tak ada. Kampung kot. Dah la tanah mahal sekarang. Main tinggal je kampung gitu.. kau biar betul! Ni repair sikit sikit buat homestay pun masyuk juga ni. Manatau ada yang nak healing tengah tengah hutan lari dari kesibukan kotaraya katanya. Dak aihh.. Hat tu aku menambah cerita ja. Kekekeke

Di kawasan kampung tu ada la enam ke tujuh buah rumah tapi semua kosong macam tajuk lagu najwa latif gitu. Kosong..kosong..kosong.. Di celah celah ijat dok rasa pelik.. tiba tiba salah seorang pekerja dia hassan terus berlari ke salah sebuah rumah kosong kat situ. Dah kenapa pulak budak hassan ni tetiba berlari. Terlebih gula ke apa tetiba jadi hyper ni. Rupanya hassan nak kencing. Ingat apa lah tadi.. tetiba berlari tersampuk roh atlik 4x100 meter ka apa dalam hutan ni kan.manalah tahu.. Tapi tak sampai lima minit hassan yang tadi kata nak kencing berlari patah balik. Amboi hassan laju kau kencing. Kau memang kaki kencing ke camna sebelum ni. Nampak pakar dalam acara mengencing ni.. 

Sesampai hassan dekat ijat dan alip, hassan ajak depa semua balik. Balik apa jadahnya kerja pun belum mula buat. Kau jangan hassan aku tampal setem 50sen pos kau balik indonesia nanti baru tau dok buat perangai malas kerja. Maka hassan buka la cerita kejadian yang menimpa dia tadi. Katanya masa dia tengah kencing tu dia kena baling batu dalam rumah kosong tu. Bila hassan tengok sekeliling dalam rumah tu hassan nampak ada orang tua dalam rumah tu. Dengan wajah pucat, mata terbeliak sedang memandang kearah hassan. Marah la tu hassan kencing dalam rumah dia. Hancing tau hassan! 

Lepas dengar cerita hassan masing masing mula rasa tak sedap hati tapi tetap teruskan langkah tapi baru jalan selangkah dua atas batu rel tu tetiba mereka terdengar orang menjerit dari dalam rumah tu. Mereka mula cuak sebab kawasan tu dekat tengah hutan tak ada orang masuk kesitu melainkan keretapi je. Bila dengar je suara jeritan tu apa lagi.. ambil langkah seribu la. Masing masing macam lipas kudung berlari. Tapi kan kalau lipas tu dah kudung macam mana dia berlari? Ok ok.. kita teruskan cerita.

Bila dah semakin jauh berlari tetibat ijat nampak hassan berdiri je kat atas rel tu. Dah kenapa si hassan ni. Orang bagai nak rak lari dia boleh dok posse kat situ. Kau dah kenapa hassan. Di rasuk saitan ke apa?! Risau jadi apa apa kat hassan ijat dengan alip jerit panggil hassan suruh lari ikut mereka. Punya la jerit panggil hassan tapi hassan buat dono (tak tahu) je. Aduh hassan.. kau dah kenapa san? Kang hantu jerit tu datang cekik kau baru tau!

Mungkin alip rasa ada tak kena dengan hassan, alip ambil seketul batu sambil membaca sesuatu dalam bahasa jawa selepas itu di baling batu kedalam semak yang tak jauh dari hassan. Sebaik je di baling batu tu.. tiba tiba mereka dengar ada sesuatu mengejar batu tersebut. Waktu tu baru hassan tersedar dan terus berlari kearah ijat dan alip. 

Ijat buat keputusan untuk balik kerumah kongsi dulu. Bila sampai di rumah kongsi barulah hassan bercerita dia nampak seorang tua berlari samb bawa keris seolah olah nak menyerang dia. Dia cuba lari tapi badan dia tiba tiba jadi kaku. Selepas alip baling batu tu barulah hassan boleh bergerak dan terus berlari.

Keesokan harinya ijat terserempak dengan orang kampung dekat dengan kawasan tu. Orang tua dah level level atuk dengan dia. Dia bagitau la atuk tu apa yang berlaku pada mereka semalam. Menurut cerita atuk tu apa yang mereka nampak tu adalah jelmaan dari belaan bomoh yang tinggal kat situ dulu. Selepas dia meninggal, satu kampung di ganggu oleh makhluk belaan dia tu. Makhluk ni katanya nak cari penjaga baru dia. Kesian.. lain kali hantar kat nursey alam bunian sana. Ok ok sambung.. 

Sebab gangguan tu orang kampung jadi takut untuk tinggal di situ dan mengambil keputusan berpindah. Baru ijat faham.. patut la dia nampak kawasan tu pun nampak menyeramkan rupanya memang ada kisah seram kat situ. Rupanya dah di huni makhluk alam sebalik mata. Ok.. geng paranormal boleh terjah nanti. 

Begitulah kan.. Apapun makhluk belaan tak kira haiwan atau jin bila penjaga dah tak ada selagi depa hidup depa perlukan penjaga baru untuk jaga kebajikan makan dan minum depa. Sebab tu la Islam melarang kita untuk berdamping dengan jin dan syaitan. Pengakhirannya membawa kemudaratan bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling. 

Moral of the story.. Nak bela, bela la ayam itik kambing lembu. Kalau tuanya meninggal pun tak risau, ramai sukarelawan sudi menjadi pewaris. Apadahal.. Mahal kot kalau jual. Peace yo! 

Sumber cerita : https://vt.tiktok.com/ZSNE87fPa/

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM?

1/15/2024 09:53:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM? Isu hangat minggu ni berkaitan dengan stesen radio Suria.fm. Aku baca gitu gitu je la pasal kontroversi yang berlaku antara dj suriafm Tyzo vs pihak pengurusan di mana Dj lin antara yang di sebut dalam kontroversi tu. Sebagai netizen aku tak ada berkomen isu ni sangat. Aku ambil pendekatan tunggu kenyataan dari pihak pengurusan Suriafm. Cuma pagi ni terbaca kat blog hiburan isu berkaitan berapa sebenarnya umur Dj Tyzo ni? Ada kata dah lewat 50an.. ada kata lewat 40an walau ramai kata rupa dia macam 30an. 

Jadi aku cuba google kot kot ada biodata lengkap pasal tyzo ni kan? Lain di cari lain pulak yang jumpa wei.. nak gelak pun ada tapi tak baik tau hangpa edit edit kat wikipedia gitu.. 

Netizen Malaysia ni memang bab menganjing orang A++ gitu. Memang bab cyberbully netizen malaysia antara top la. Cuma cyberbully ni ada situasi memang di perlukan ada situasi tak baik juga. Contoh cyberbully semua media media sosial Israhell.. memang beberapa kali dah account media sosial puak Israhell ni diserang oleh netizen malaysia. kalau dengan keyboard warrior netizen malaysia atau lebih di kenali sebagai onion army atau bawang rangers memang belum ada yang mampu kalahkan. Juara bertahan gitu. Memang untuk isu isu berkaitan kemanusian macam ni bawang rangers malaysia di perlukan untuk menyerang pihak pihak zalim di sosial tapi isu berkaitan suriafm ni tak baik tau hangpa usik usik djlin macam tu. Nakal na hangpa...



Sumber : Wikipedia

Buat dj lin tak payah sedih atau ambil serius. Wikipedia ni sesiapa je boleh edit. Nanti suruh staff suriafm edit balik yer.. Alah, anggap je bebudak nakal buat vandalisme gitu. 

Hangpa pun nak melawak jangan la kasar sangat. Sikit sikit sudah la.. kita kena dengar dulu penjelasan kedua belah pihak dan selepas tu kita sebagai netizen akan menilai. Tak best la asyik netizen kena uturn. Sebab banyak isu isu viral sekarang mesti ada plot twist jadi lebih selamat kita tunggu & lihat sebelum memberi komen atau ulasan.

Apapun aku doakan kemelut antara Tyzo dan suriafm ada penyelesaian yang baik dan menguntungkan kedua belah pihak. Aku dah lama tak dengar radio. Dj lin ni aku dengar masa sekolah dulu je. Dari hari pertama dia bergelar Dj di RFM mengendalikan rancangan tak silap aku citra cinta masa tu. Aku sebenarnya suka dengar kc Ismail yang lebih havoc masa tu. Tapi jenis taksub ni.. aku dengar je semua rancangan kat rfm. Semua segmen aku call radio. Aku gila glemer sikit masa tu. Tapi suara je la orang kenal aku sebab selalu call radio sembang sembang on air dengan dj.

Sekarang dengar radio pun tak.. apa lagi nak call stesen radio. Eh.. eh.. termelalut pulak. Apapun, macam aku cakap tadi.. kita tunggu kenyatan dari pihak pengurusan Suriafm dulu sebelum membuat komen atau ulasan. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN?

1/14/2024 02:10:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN? Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok. Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain. Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokongan & untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku. Sudah semestinya tak hanya konten tentang palestine. Apa yang fyp dan melintas di feed tiktok aku.. Aku tengok jer. 

Ternampak seorang tiktokers yang mengaku sebagai guru pendidikan khas di mana arwah adik zayn pernah bersekolah di situ. Ramai yang tahu kes pembunuh kanak kanak autisme 6 tahun di damansara damai. Sehingga ke hari ini, tiada siapa tahu pelaku yang tergamak melakukan perkara kejam terhadap seorang anak istimewa seperti zayn. Aku masih ikuti kes zayn tapi tidak la rasa sampai hati nak ambil kesempatan perkara tu untuk viral. Tapi aku macam tak puas hati juga tengok tindakan katanya bekas guru arwah zayn sering berkongsi video video zayn di account tiktok. Kita semua sedih.. Kita semua simpati tapi sebagai guru sepatutnya dia tahu apa dia buat dah melanggar etika seorang guru. Aku tak kisah kalau cikgu buat konten dengan untuk tujuan pembelajaran atau perkongsian yang berilmiah tapi kalau konten konten peribadi macam ni nampak sangat nak ambil kesempatan untuk meraih populariti & views di sosial media. 

Masa hayat arwah masih ada tak ada pulak guru guru yang obses sehingga nak jadikan dia sebagai konten. Bila kes kematian budak tu menjadi viral.. Dan dan la nak jadikan dia konten. Lain la ibu ayah dia. Dah semestinya itu anak dia. Dia lebih merasa kehilangan berbanding orang lain. Tak payah guna alasan simpati, rindu kalau sekadar mengambil kesempatan. 

Bagi guru guru kena tahu etika seorang guru.  Tak kira pelajar tu masih hidup atau dah meninggal dunia. Banyak cara kita nak zahirkan rasa simpati & rindu bukan cara menjadi gambar &  video murid sebagai konten. Kalaupun ingin bersolidariti bukan begitu caranya cikgu. Aku sebagai mak kepada anak yang masih bersekolah rasa macam 'tak selamat' dengan wujudnya guru macam tu. Aku tak suka sesiapa sahaja jadikan gambar atau video anak aku sebagai konten sosial media. Setakat cikgu share gambar gambar aktiviti di sekolah dalam group whatsapp atau page rasmi sekolah tu bagi aku, aku boleh terima lagi. Sebab page rasmi tak ada kepentingan peribadi selain perkongsian lebih kepada aktiviti di sekolah sahaja. 

Wahai guru.. Tugas anda di sekolah mendidik bukan menjadi content creator dengan gunakan murid sebagai subjek konten anda. Jadi jangan langgar etika. Mungkin ada ibu bapa tidak senang atau selesa gambar atau video anak mereka di kongsi secara umum lebih lebih lagi melibatkan anak anak istimewa ni. Kalau untuk tujuan pembelajaran pun perlu keizinan ibu bapa atau penjaga mereka. Jadi berpada pada lah. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA?

1/13/2024 02:20:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA? Kisah orang tersesat dan masuk ke alam sebalik mata atau lebih senang faham masuk alam ghaib @ bunian ni bukan cerita yang pelik. Macam macam kisah.. Ada berjaya balik semula ke alam dan manusia ada yang tak terus bermastautin kat alam sana. Tak tau la dia dapat warga alam bunian atau PR je. Nak kata betul pun aku tak tahu nak kata bohong pun aku tak berani. Benda benda mistikus ni kadang kadang di kuar kotan parcel pemikiran kita. Hanya orang yang melalui pengalaman tu dan Allah saja yang tahu. Tanya aku.. Aku tak tahu.

Tapi ni pengalaman aku semalam. Gila berdebar wei.. Tiba tiba aku ada di satu tempat yang kau tak familiar langsung. Nak balik ke pangkal jalan kau tak tau jalan mana harus kau pilih. 

Cerita dia macam ni.. Aku tengah jalan jalan tiba tiba aku sampai satu kawasan perumahan. Kawasan yang biasa kita tengok. Taman taman perumahan yang ada blok blok kedai, premis perniagaan gitu la. Cuma tempat tu aku tak pernah sampai dan aku sendiri tak tau kat mana. Aku berlegar legar sambil on gps tapi gps macam tak dapat kesan lokasi aku tu. Aku tengok ada satu jalan raya tapi kosong tak ada kenderaan. Semakin jauh pandangan semakin gelap kearah jalan tu. Ada lagi satu jalan kecil kiri kanan hutan. Dua dua jalan tu aku tak tau menuju kemana. Signboard apapun tarak. Sapalah YB kawasan tu. Next pru jangan undi dia. 

Lepas tu aku nampak dua orang remaja perempuan. Aku tanya la apa nama tempat ni.. Sebab aku nak search guna gps nak cari jalan balik rumah aku. Aku tak tau nak balik dah ni. Sesat. Budak cuma bagitau tempat tu nama kencana ke gencana ke gitulah. Rasanya kencana tak silap aku. Aku macam lupa lupa dah. Aku try search guna gps.. Tak dapat kesan lokasi tu. Ah.. Sudah. Aku nak balik macam mana pun tak tau. 

Aku mula tak sedap hati. Tempat tu totally pandangan mata kasar nampak macam penempatan manusia biasa cuma sunyi sangat. Tak ada orang kecuali dua orang remaja perempuan tu je aku jumpa. Nama tempat tu pun macam pelik. Ada bunyi bunyi klasik. Ya Allah.. Aku tersesat di alam sebalik mata dah ni wei. Aku masuk alam bunian ke? 

Tetiba aku nampak dua tiga orang yang aku kenal sedang berjalan guna jalan yang kiri kanan hutan.. Sambil sembang sembang. Aku jerit panggil depa sorang pun tak toleh. Aku kejar dari belakang sambil panggil pangil.. Sampai la dengar suara suami aku tanya.. Kenapa? Aku buka mata. La.. Mimpi rupanya. Sah sah aku mengigau suami aku dengar terus kejutkan aku. 

Pagi ni bangun aku terfikir dalam mimpi tu sebenarnya aku nak ikut jalan raya yang kosong yang mana bila semakin jauh semakin gelap tu. Sebab tu jalan raya jadi aku rasa mungkin jalan tu boleh jumpa jalan keluar. Tapi sebab aku nampak orang aku kenal berjalan jalan guna jalan yang kiri kanan hutan tu aku lari ikut depa. Kalaulah aku pilih jalan raya.. Kat mana pulak aku sampai dalam mimpi tu yer. 

Ni sah sah la sebab semalam aku dok cari cari kisah kisah seram nak share dalam blog sampai terbawa bawa dalam mimpi. Apa kita fikir tak mustahil akan bersambung dalam tidur kan. Ada mimpi benar ada mimpi sekadar mainan tidur. Macam mimpi aku ni dah sah sah di pengaruhi apa yang aku fikir sebelum tidur. Tapi kan.. Ada ke kawasan penempatan bunian yang namanya kenchana? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.... 

Moral of the story sesiapa yang ada pengalaman seram nak share boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU?

1/12/2024 12:38:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU? Di kesunyian malam ini.. Ku datang menghampiri.. Diri mu yang telah berjanji.. Sehidup dan semati.. 

Ha.. Tu dia mukadimah lagu OST perjanjian syaitan gitu. Bukan apa hari jumaat ni aku nak share dengan hangpa sebuah kisah seram untuk masa depan katanya. Nak kata seram sampai merinding oh bulu roma ku bila hangpa baca mungkin tidak la sebab hangpa baca ja. Tapi bagi aku yang pernah lalui peristiwa tu waktu tu memang 'berdengup jantung ku.. Bila ku dengar nama mu ah.. ah.. ' gitu. 

Kisah ni memang kisah lama la sebab sekarang perangai lebih hantu dari hantu mungkin sebab tu jarang la ada gangguan syaiton nirrojim ni. Kisahnya masa tu aku masih tinggal kat kampung. Belum lagi berhijrah apa lagi kahwin jauh sekali ada anak macam sekarang. Masih muda, cantik, tertarik kau memang da'bomb macam sekarang juga. Tak ada beza pun. Kecantikan tu kekal sehingga hari ini.. 

Di jadikan kisah adik aku dapat sambung belajar kat politeknik nun jauh di terengganu sana. Jadi family aku nak pergi hantar dia kesana. Depa buat rombongan 2 buah family. Family aku dengan family mak munah (makcik aku). Tak la ramai. Mak munah masa tu ada seorang anak dan seorang je menantu. Campur mak munah 3 orang je la. Family aku sapa je la ada. Mak, arwah ayah, adik aku yang bongsu, dua kakak aku lagi tak ikut. Sorang masih belajar time tu. Lepas tu adik aku yang dapat sambung belajar tu lah. Pergilah mereka bermusafir kesana. 

Aku tak nak ikut bukan tak di ajak. Aku pun lupa kenapa aku tak nak ikut. Bila tak ada 2 family aku ni maka macam sebatang kara la. Tak ada pilihan kalau aku lari tidur rumah mak munah pun tak ada orang, baik aku duduk kat rumah mak ayah aku ja. Sekurang kurangnya makhluk berbulu ramai boleh buat teman bergaduh. 

Aku ni memang sejenis lewat tidur. Pukul 12 tengah malam tu kategori malam masih muda.. Asal kau duduk tak buat apa apa. Jadi aku lepak lepak kat ruang tengah (ruang tengok tv) sambil berniat nak tidur kat situ je tak tidur dalam bilik. Tapi malam tu aku rasa macam malam paling sunyi.. Sampai macam tak dengar apa apa bunyi. Tapi aku tak fikir la bukan bukan. Aku cuma rasa kesunyian tu sebab mungkin tak ada sapa kat rumah. Jadi aku baring baring sambil tengok tv. Tetiba aku dengar suara berdehem. Aku tutup volume tv tu.. Nak pastikan aku tak berhalusinasi. Yer suara sama macam mak aku biasa berdehem malam malam kalau tekak dia rasa tak selesa. Masalahnya takkan mak aku berdehem kat terengganu dengar sampai kedah. Argh... Menda ni saitan. Tak logik la nak suruh aku positif pun. 

Time tu aku mula rasa seram dah. Tapi mana aku nak lari. Makcik aku pun ikut rombongan hantar adik aku ke terengganu. Kalau dia ada confirm tengah malam pun aku lari kerumah dia & menyelit tidur celah ketiak dia. Sebab aku memang tinggal dengan mak munah sebelum anak dia kahwin & bawa bini dia tinggal kat situ. Memang tempat tidur aku celah ketiak dia la. Rumah mak munah tu macam rumah aku ja. 

Memang tak ada pilihan lain selain anggap diri aku macam dalam rancangan fear factor sambil berdoa kau jangan nak berdehem lagi saitan. Aku dah takut dah ni. Mujur la tak ada dah bunyi berdehem. Mungkin dia dah dapat strepsils gamaknya tekak dah tak gatal. Tapi bunyi berdehem tu serius bukan ilusi tau. Jelas aku dengar dan ingat sampai sekarang. Sebiji suara mak aku. Saitan betul.. Dia boleh tiru suara mak aku sebiji gitu. Kau memang betul betul saitan la beb! 

Tu salah satu pengalaman seram yang pernah aku lalui. Memang la hangpa baca tak seram sebab cerita tak ada muncul lembaga penapisan filem malaysia ke apa. Cuma sound effect je. Tapi cuba kau yang hadapi situasi tu.. Tidur pakai pampers beb! 

Moral of the story.. Tak semestinya orang suka tengok cerita seram macam aku ni tak akan rasa takut dengan gangguan mistik. Menonton tak sama feel macam menghadapi sendiri. 

Jadi itu je la pembukaan segmen seram serik lekat lekit untuk tahun 2024. Bagi aku masa sikit nak ingat balik kisah kisah seram lain. Kalau ada nanti aku share lagi yer.. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERIMA KASIH FOLLOWERS SETIA SEJAK 2009

1/11/2024 07:15:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Walaupun orang kata zaman blog dah berlalu tapi bagi blogger yang jiwanya suka menulis pasti bukan trend yang di utamakan. Sama macam aku walau lama juga tak aktif di blog bukan bermakna ikut trend. Aku masih suka menulis di blog cuma perjalanan aku seorang blogger penuh cerita, pengalaman dan suka duka. Apa aku lalui buat aku berehat sebentar dari dunia blog bukan kerana blog sudah tidak relevan atau sudah bukan trend tapi apa pernah aku lalui di sebabkan penulisan di blog ni memerlukan aku mencari kekuatan dan semangat untuk kembali menulis. 

Sempat juga buka komen komen yang belum Approve untuk paparan di blog.. Terharu rupanya masih ada followers sejak awal aku berblog yang masih mengikuti blog aku sehingga kini walaupun tak aktif agak lama. Ya Allah rasa bersemangat proton waja nak menulis balik agar penulisan ni terus menjadi proton persona buat followers setia. Dah proton pulak terlibat.. Tiber...!!! 



Sekarang ni tengah cari momentum balik nak menulis blog. Bukan mudah. Menulis di blog tak sama hangpa dok up posting kat social media lain macam fb, X threat bagai tu. Tulis blog ni macam kau buat karangan juga nak kena ada mukadimah, pengisian cerita dan penamat. Tak kisah penulisan hangpa tak formal atau formal tapi dia punya format menulis tu sama je. Takkan kau nak menulis macam rojak dalam satu entri macam kau bersembang di facebok. Dan takkan kau nak menulis hanya 1 perenggan dengan tak sampai 50 patah perkataan. Baik tutup je blog kalau camtu. 

Lagipun sekarang pc aku pun rosak.. Hanya yang ada phone murahan dan buka blog terpaksa guna mobile views. Memang tak ada jiwa sangat la nak menulis di skrin kecil. Tunggu mak hangpa dapat laptop sebiji dulu yer.. Hari hari aku update blog sampai hangpa muntah darah.  Jangan pulak hangpa pi upah hacker lepas ni. 

Walaupun aku tahu.. Dah tak ramai rakan rakan blogger bersama aku tapi aku menulis bukan kerana sesiapa. Tak kisahlah.. Sesiapa rasa sudi clik & baca, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun aku anggap aku menulis hanya untuk kepuasan sendiri. Mungkin yang baik & membawa manafaat boleh di jadikan panduan buat orang lain. 

Betapa waktu dah berlalu kan.. Zaman kegemilangan blog dulu ramai masih muda remaja sekarang ramai dah berkeluarga. Ada yang dah pergi.. Allahyarham blogger relevan sokmo antara blogger yang sudah pulang kepangkuan Ilahi. Antara rakan blogger yang baik bagi aku. Antara rakan blogger yang juga turut membantu waktu aku dalam kesusahan dulu. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang orang yang beriman. 

Apapun.. Terima kasih pada yang masih menyokong blog lekatlekit sehingga hari ini. Anda adalah sebahagian dari orang orang yang terus memberi saya semangat & inspirasi. 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com