PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

1/20/2024 09:05:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

 PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. Hari ni macam ternampak nampak posting blogger Diana rashid tentang isu basuh ke tidak pad (tuala wanita) yang ada kesan darah kotor (haid). Ada yang bersetuju dengan kak diana dan ada yang tidak. Macam biasa la masing masing dengan pendapat mereka. Aku pun tak terkecuali juga bagi pendapat kat posting kak diana tu. Topik menarik jadi apa salahnya kita into the scene.


Ada yang setuju dengan kak diana tak perlu basuh sebab memang tuala wanita di ciptakan untuk pakai dan buang. Basuh akan menyebabkan tandas atau bilik air yang di gunakan membasuh tu menjadi tidak bersih. Ada yang kata perlu basuh untuk elakkan perkara perkara tak d ingini seperti sihir. Macam dalan filen siccin tu. Kedua dua pendapat tu aku terima la. Boleh pakai juga tapi dari segi hukum macam mana pula? 

Jadi aku portal rasmi mufti wilayah persekutuan untuk mencari jawapan. Jadi aku screenshot yang penting saja. Untuk jawapan penuh hangpa boleh baca di sini 👉 https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2413-al-kafi-743-hukum-membasuh-tuala-wanita-sebelum-dibuang


Tu dari sudut hukum agama. Dari sudut kesihatan pula apa yang aku baca boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada orang lain kita tertinggal sisa sisa kotoran dari pad yang kita basuh tu. Jadi kalau nak basuh pastikan selepas tu basuh la tempat seperti tandas yang anda gunakan untuk mencuci tuala wanita tadi sehingga bersih kembali. Kalau kat rumah tu mungkin tak ada masalah jika guna tandas awam mungkin tidak sesuai untuk kita pratikan membasuh terlebih dahulu tuala wanura sebelum di buang. 

Jadi tak perlu nak gaduh gaduh isu ni. Pada pandangan aku nak buat tak salah. Rajin buat la tapi kalau orang tak nak buat jangan pula kita pandang macam satu kesalahan dan dosa. Cuma buang cara baik supaya benda tu tidak bersepah dan mengotorkan kawasan tempat kita buang. 

Moral of the story.. Pad yang ada kesan darah kotor tu aib kita jadi pastikan orang lain tak nampak walau setelah di buang tak kira hangpa nak cuci dulu atau tak. Pandai pandai fikir cara terbaik untuk buang supaya tidak aib tidak terbuka. Aib terbuka lagi bahaya dari hijab terbuka ok. 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU

1/18/2024 03:37:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU. Hari ni kan khamis, malam jumaat. Orang kata nak ambil rasa seram tu elok la baca kisah seram pada hari khamis malam jumaat. Almaklum la kita dari kecil di momokan dengan cerita khamis malam jumaat hantu akan keluar kan. Jadi budak budak semua kena tidur awal. Kalau tidur lambat, hantu datang pegang kaki kalau rasa masih panas dia tahu belum tidur nanti dia datang tunjuk rupa.. Tu kisah dogeng seram mak munah (makcik aku) pernah momokan kat aku masa kecil dulu. Masa tu sumpah aku percaya. Ok kita teruskan ke segmen seram serik lekatlekit hari ni dengan kisah seram yang pernah berlaku di sebuan rel keretapi rembau 

Tersebutlah kisah.. pada zaman tak berapa dahulu. Dalam tahun 2009, tahun di mana blog lekatlekit.com ni di lahirkan. Erkk.. bukan bukan kisah seorang budak Ijat ni baru mula kerja. Waktu tu syarikat dia baru nak melakukan kerja pembersihan kawasan jadi majikan dia tubuhkan satu team untuk buat kerja kerja pembersihan kawasan bermula dari stesen keretapi rembau sehingga ke tampin. 

Majikan ijat ni berbangsa cina dan ijat terlibat sebagai ketua kumpulan. Jadi dia kena periksa paip air, kabel elektrik dan macam macam lagi lah sebelum kumpulan pembersihan kawasan mulakan kerja kerja mereka. Jadi sebagai ketua.. Ijat dengan penuh dedikasi bersedia memulakan tugas. 

Memandangkan ijat ni dia kena buat dulu kerja sebelum ahli kumpulan lain buat kerja, pada satu petang tu ijat bawa dua pembantu dia pekerja Indonesia yang bernama hasan dan alip. Masa tengah periksa kawasan tu, ijat dengan dua lagi pekerja dia jumpa satu kawasan perkampungan lama yang seolah olah sudah lama di tinggalkan & tidak berpenghuni. Ijat mula pelik.. takkan lah sekampung pindah sampai sekerat manusia pun tak ada. Kampung kot. Dah la tanah mahal sekarang. Main tinggal je kampung gitu.. kau biar betul! Ni repair sikit sikit buat homestay pun masyuk juga ni. Manatau ada yang nak healing tengah tengah hutan lari dari kesibukan kotaraya katanya. Dak aihh.. Hat tu aku menambah cerita ja. Kekekeke

Di kawasan kampung tu ada la enam ke tujuh buah rumah tapi semua kosong macam tajuk lagu najwa latif gitu. Kosong..kosong..kosong.. Di celah celah ijat dok rasa pelik.. tiba tiba salah seorang pekerja dia hassan terus berlari ke salah sebuah rumah kosong kat situ. Dah kenapa pulak budak hassan ni tetiba berlari. Terlebih gula ke apa tetiba jadi hyper ni. Rupanya hassan nak kencing. Ingat apa lah tadi.. tetiba berlari tersampuk roh atlik 4x100 meter ka apa dalam hutan ni kan.manalah tahu.. Tapi tak sampai lima minit hassan yang tadi kata nak kencing berlari patah balik. Amboi hassan laju kau kencing. Kau memang kaki kencing ke camna sebelum ni. Nampak pakar dalam acara mengencing ni.. 

Sesampai hassan dekat ijat dan alip, hassan ajak depa semua balik. Balik apa jadahnya kerja pun belum mula buat. Kau jangan hassan aku tampal setem 50sen pos kau balik indonesia nanti baru tau dok buat perangai malas kerja. Maka hassan buka la cerita kejadian yang menimpa dia tadi. Katanya masa dia tengah kencing tu dia kena baling batu dalam rumah kosong tu. Bila hassan tengok sekeliling dalam rumah tu hassan nampak ada orang tua dalam rumah tu. Dengan wajah pucat, mata terbeliak sedang memandang kearah hassan. Marah la tu hassan kencing dalam rumah dia. Hancing tau hassan! 

Lepas dengar cerita hassan masing masing mula rasa tak sedap hati tapi tetap teruskan langkah tapi baru jalan selangkah dua atas batu rel tu tetiba mereka terdengar orang menjerit dari dalam rumah tu. Mereka mula cuak sebab kawasan tu dekat tengah hutan tak ada orang masuk kesitu melainkan keretapi je. Bila dengar je suara jeritan tu apa lagi.. ambil langkah seribu la. Masing masing macam lipas kudung berlari. Tapi kan kalau lipas tu dah kudung macam mana dia berlari? Ok ok.. kita teruskan cerita.

Bila dah semakin jauh berlari tetibat ijat nampak hassan berdiri je kat atas rel tu. Dah kenapa si hassan ni. Orang bagai nak rak lari dia boleh dok posse kat situ. Kau dah kenapa hassan. Di rasuk saitan ke apa?! Risau jadi apa apa kat hassan ijat dengan alip jerit panggil hassan suruh lari ikut mereka. Punya la jerit panggil hassan tapi hassan buat dono (tak tahu) je. Aduh hassan.. kau dah kenapa san? Kang hantu jerit tu datang cekik kau baru tau!

Mungkin alip rasa ada tak kena dengan hassan, alip ambil seketul batu sambil membaca sesuatu dalam bahasa jawa selepas itu di baling batu kedalam semak yang tak jauh dari hassan. Sebaik je di baling batu tu.. tiba tiba mereka dengar ada sesuatu mengejar batu tersebut. Waktu tu baru hassan tersedar dan terus berlari kearah ijat dan alip. 

Ijat buat keputusan untuk balik kerumah kongsi dulu. Bila sampai di rumah kongsi barulah hassan bercerita dia nampak seorang tua berlari samb bawa keris seolah olah nak menyerang dia. Dia cuba lari tapi badan dia tiba tiba jadi kaku. Selepas alip baling batu tu barulah hassan boleh bergerak dan terus berlari.

Keesokan harinya ijat terserempak dengan orang kampung dekat dengan kawasan tu. Orang tua dah level level atuk dengan dia. Dia bagitau la atuk tu apa yang berlaku pada mereka semalam. Menurut cerita atuk tu apa yang mereka nampak tu adalah jelmaan dari belaan bomoh yang tinggal kat situ dulu. Selepas dia meninggal, satu kampung di ganggu oleh makhluk belaan dia tu. Makhluk ni katanya nak cari penjaga baru dia. Kesian.. lain kali hantar kat nursey alam bunian sana. Ok ok sambung.. 

Sebab gangguan tu orang kampung jadi takut untuk tinggal di situ dan mengambil keputusan berpindah. Baru ijat faham.. patut la dia nampak kawasan tu pun nampak menyeramkan rupanya memang ada kisah seram kat situ. Rupanya dah di huni makhluk alam sebalik mata. Ok.. geng paranormal boleh terjah nanti. 

Begitulah kan.. Apapun makhluk belaan tak kira haiwan atau jin bila penjaga dah tak ada selagi depa hidup depa perlukan penjaga baru untuk jaga kebajikan makan dan minum depa. Sebab tu la Islam melarang kita untuk berdamping dengan jin dan syaitan. Pengakhirannya membawa kemudaratan bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling. 

Moral of the story.. Nak bela, bela la ayam itik kambing lembu. Kalau tuanya meninggal pun tak risau, ramai sukarelawan sudi menjadi pewaris. Apadahal.. Mahal kot kalau jual. Peace yo! 

Sumber cerita : https://vt.tiktok.com/ZSNE87fPa/

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM?

1/15/2024 09:53:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM? Isu hangat minggu ni berkaitan dengan stesen radio Suria.fm. Aku baca gitu gitu je la pasal kontroversi yang berlaku antara dj suriafm Tyzo vs pihak pengurusan di mana Dj lin antara yang di sebut dalam kontroversi tu. Sebagai netizen aku tak ada berkomen isu ni sangat. Aku ambil pendekatan tunggu kenyataan dari pihak pengurusan Suriafm. Cuma pagi ni terbaca kat blog hiburan isu berkaitan berapa sebenarnya umur Dj Tyzo ni? Ada kata dah lewat 50an.. ada kata lewat 40an walau ramai kata rupa dia macam 30an. 

Jadi aku cuba google kot kot ada biodata lengkap pasal tyzo ni kan? Lain di cari lain pulak yang jumpa wei.. nak gelak pun ada tapi tak baik tau hangpa edit edit kat wikipedia gitu.. 

Netizen Malaysia ni memang bab menganjing orang A++ gitu. Memang bab cyberbully netizen malaysia antara top la. Cuma cyberbully ni ada situasi memang di perlukan ada situasi tak baik juga. Contoh cyberbully semua media media sosial Israhell.. memang beberapa kali dah account media sosial puak Israhell ni diserang oleh netizen malaysia. kalau dengan keyboard warrior netizen malaysia atau lebih di kenali sebagai onion army atau bawang rangers memang belum ada yang mampu kalahkan. Juara bertahan gitu. Memang untuk isu isu berkaitan kemanusian macam ni bawang rangers malaysia di perlukan untuk menyerang pihak pihak zalim di sosial tapi isu berkaitan suriafm ni tak baik tau hangpa usik usik djlin macam tu. Nakal na hangpa...



Sumber : Wikipedia

Buat dj lin tak payah sedih atau ambil serius. Wikipedia ni sesiapa je boleh edit. Nanti suruh staff suriafm edit balik yer.. Alah, anggap je bebudak nakal buat vandalisme gitu. 

Hangpa pun nak melawak jangan la kasar sangat. Sikit sikit sudah la.. kita kena dengar dulu penjelasan kedua belah pihak dan selepas tu kita sebagai netizen akan menilai. Tak best la asyik netizen kena uturn. Sebab banyak isu isu viral sekarang mesti ada plot twist jadi lebih selamat kita tunggu & lihat sebelum memberi komen atau ulasan.

Apapun aku doakan kemelut antara Tyzo dan suriafm ada penyelesaian yang baik dan menguntungkan kedua belah pihak. Aku dah lama tak dengar radio. Dj lin ni aku dengar masa sekolah dulu je. Dari hari pertama dia bergelar Dj di RFM mengendalikan rancangan tak silap aku citra cinta masa tu. Aku sebenarnya suka dengar kc Ismail yang lebih havoc masa tu. Tapi jenis taksub ni.. aku dengar je semua rancangan kat rfm. Semua segmen aku call radio. Aku gila glemer sikit masa tu. Tapi suara je la orang kenal aku sebab selalu call radio sembang sembang on air dengan dj.

Sekarang dengar radio pun tak.. apa lagi nak call stesen radio. Eh.. eh.. termelalut pulak. Apapun, macam aku cakap tadi.. kita tunggu kenyatan dari pihak pengurusan Suriafm dulu sebelum membuat komen atau ulasan. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN?

1/14/2024 02:10:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN? Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok. Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain. Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokongan & untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku. Sudah semestinya tak hanya konten tentang palestine. Apa yang fyp dan melintas di feed tiktok aku.. Aku tengok jer. 

Ternampak seorang tiktokers yang mengaku sebagai guru pendidikan khas di mana arwah adik zayn pernah bersekolah di situ. Ramai yang tahu kes pembunuh kanak kanak autisme 6 tahun di damansara damai. Sehingga ke hari ini, tiada siapa tahu pelaku yang tergamak melakukan perkara kejam terhadap seorang anak istimewa seperti zayn. Aku masih ikuti kes zayn tapi tidak la rasa sampai hati nak ambil kesempatan perkara tu untuk viral. Tapi aku macam tak puas hati juga tengok tindakan katanya bekas guru arwah zayn sering berkongsi video video zayn di account tiktok. Kita semua sedih.. Kita semua simpati tapi sebagai guru sepatutnya dia tahu apa dia buat dah melanggar etika seorang guru. Aku tak kisah kalau cikgu buat konten dengan untuk tujuan pembelajaran atau perkongsian yang berilmiah tapi kalau konten konten peribadi macam ni nampak sangat nak ambil kesempatan untuk meraih populariti & views di sosial media. 

Masa hayat arwah masih ada tak ada pulak guru guru yang obses sehingga nak jadikan dia sebagai konten. Bila kes kematian budak tu menjadi viral.. Dan dan la nak jadikan dia konten. Lain la ibu ayah dia. Dah semestinya itu anak dia. Dia lebih merasa kehilangan berbanding orang lain. Tak payah guna alasan simpati, rindu kalau sekadar mengambil kesempatan. 

Bagi guru guru kena tahu etika seorang guru.  Tak kira pelajar tu masih hidup atau dah meninggal dunia. Banyak cara kita nak zahirkan rasa simpati & rindu bukan cara menjadi gambar &  video murid sebagai konten. Kalaupun ingin bersolidariti bukan begitu caranya cikgu. Aku sebagai mak kepada anak yang masih bersekolah rasa macam 'tak selamat' dengan wujudnya guru macam tu. Aku tak suka sesiapa sahaja jadikan gambar atau video anak aku sebagai konten sosial media. Setakat cikgu share gambar gambar aktiviti di sekolah dalam group whatsapp atau page rasmi sekolah tu bagi aku, aku boleh terima lagi. Sebab page rasmi tak ada kepentingan peribadi selain perkongsian lebih kepada aktiviti di sekolah sahaja. 

Wahai guru.. Tugas anda di sekolah mendidik bukan menjadi content creator dengan gunakan murid sebagai subjek konten anda. Jadi jangan langgar etika. Mungkin ada ibu bapa tidak senang atau selesa gambar atau video anak mereka di kongsi secara umum lebih lebih lagi melibatkan anak anak istimewa ni. Kalau untuk tujuan pembelajaran pun perlu keizinan ibu bapa atau penjaga mereka. Jadi berpada pada lah. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA?

1/13/2024 02:20:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA? Kisah orang tersesat dan masuk ke alam sebalik mata atau lebih senang faham masuk alam ghaib @ bunian ni bukan cerita yang pelik. Macam macam kisah.. Ada berjaya balik semula ke alam dan manusia ada yang tak terus bermastautin kat alam sana. Tak tau la dia dapat warga alam bunian atau PR je. Nak kata betul pun aku tak tahu nak kata bohong pun aku tak berani. Benda benda mistikus ni kadang kadang di kuar kotan parcel pemikiran kita. Hanya orang yang melalui pengalaman tu dan Allah saja yang tahu. Tanya aku.. Aku tak tahu.

Tapi ni pengalaman aku semalam. Gila berdebar wei.. Tiba tiba aku ada di satu tempat yang kau tak familiar langsung. Nak balik ke pangkal jalan kau tak tau jalan mana harus kau pilih. 

Cerita dia macam ni.. Aku tengah jalan jalan tiba tiba aku sampai satu kawasan perumahan. Kawasan yang biasa kita tengok. Taman taman perumahan yang ada blok blok kedai, premis perniagaan gitu la. Cuma tempat tu aku tak pernah sampai dan aku sendiri tak tau kat mana. Aku berlegar legar sambil on gps tapi gps macam tak dapat kesan lokasi aku tu. Aku tengok ada satu jalan raya tapi kosong tak ada kenderaan. Semakin jauh pandangan semakin gelap kearah jalan tu. Ada lagi satu jalan kecil kiri kanan hutan. Dua dua jalan tu aku tak tau menuju kemana. Signboard apapun tarak. Sapalah YB kawasan tu. Next pru jangan undi dia. 

Lepas tu aku nampak dua orang remaja perempuan. Aku tanya la apa nama tempat ni.. Sebab aku nak search guna gps nak cari jalan balik rumah aku. Aku tak tau nak balik dah ni. Sesat. Budak cuma bagitau tempat tu nama kencana ke gencana ke gitulah. Rasanya kencana tak silap aku. Aku macam lupa lupa dah. Aku try search guna gps.. Tak dapat kesan lokasi tu. Ah.. Sudah. Aku nak balik macam mana pun tak tau. 

Aku mula tak sedap hati. Tempat tu totally pandangan mata kasar nampak macam penempatan manusia biasa cuma sunyi sangat. Tak ada orang kecuali dua orang remaja perempuan tu je aku jumpa. Nama tempat tu pun macam pelik. Ada bunyi bunyi klasik. Ya Allah.. Aku tersesat di alam sebalik mata dah ni wei. Aku masuk alam bunian ke? 

Tetiba aku nampak dua tiga orang yang aku kenal sedang berjalan guna jalan yang kiri kanan hutan.. Sambil sembang sembang. Aku jerit panggil depa sorang pun tak toleh. Aku kejar dari belakang sambil panggil pangil.. Sampai la dengar suara suami aku tanya.. Kenapa? Aku buka mata. La.. Mimpi rupanya. Sah sah aku mengigau suami aku dengar terus kejutkan aku. 

Pagi ni bangun aku terfikir dalam mimpi tu sebenarnya aku nak ikut jalan raya yang kosong yang mana bila semakin jauh semakin gelap tu. Sebab tu jalan raya jadi aku rasa mungkin jalan tu boleh jumpa jalan keluar. Tapi sebab aku nampak orang aku kenal berjalan jalan guna jalan yang kiri kanan hutan tu aku lari ikut depa. Kalaulah aku pilih jalan raya.. Kat mana pulak aku sampai dalam mimpi tu yer. 

Ni sah sah la sebab semalam aku dok cari cari kisah kisah seram nak share dalam blog sampai terbawa bawa dalam mimpi. Apa kita fikir tak mustahil akan bersambung dalam tidur kan. Ada mimpi benar ada mimpi sekadar mainan tidur. Macam mimpi aku ni dah sah sah di pengaruhi apa yang aku fikir sebelum tidur. Tapi kan.. Ada ke kawasan penempatan bunian yang namanya kenchana? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.... 

Moral of the story sesiapa yang ada pengalaman seram nak share boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU?

1/12/2024 12:38:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU? Di kesunyian malam ini.. Ku datang menghampiri.. Diri mu yang telah berjanji.. Sehidup dan semati.. 

Ha.. Tu dia mukadimah lagu OST perjanjian syaitan gitu. Bukan apa hari jumaat ni aku nak share dengan hangpa sebuah kisah seram untuk masa depan katanya. Nak kata seram sampai merinding oh bulu roma ku bila hangpa baca mungkin tidak la sebab hangpa baca ja. Tapi bagi aku yang pernah lalui peristiwa tu waktu tu memang 'berdengup jantung ku.. Bila ku dengar nama mu ah.. ah.. ' gitu. 

Kisah ni memang kisah lama la sebab sekarang perangai lebih hantu dari hantu mungkin sebab tu jarang la ada gangguan syaiton nirrojim ni. Kisahnya masa tu aku masih tinggal kat kampung. Belum lagi berhijrah apa lagi kahwin jauh sekali ada anak macam sekarang. Masih muda, cantik, tertarik kau memang da'bomb macam sekarang juga. Tak ada beza pun. Kecantikan tu kekal sehingga hari ini.. 

Di jadikan kisah adik aku dapat sambung belajar kat politeknik nun jauh di terengganu sana. Jadi family aku nak pergi hantar dia kesana. Depa buat rombongan 2 buah family. Family aku dengan family mak munah (makcik aku). Tak la ramai. Mak munah masa tu ada seorang anak dan seorang je menantu. Campur mak munah 3 orang je la. Family aku sapa je la ada. Mak, arwah ayah, adik aku yang bongsu, dua kakak aku lagi tak ikut. Sorang masih belajar time tu. Lepas tu adik aku yang dapat sambung belajar tu lah. Pergilah mereka bermusafir kesana. 

Aku tak nak ikut bukan tak di ajak. Aku pun lupa kenapa aku tak nak ikut. Bila tak ada 2 family aku ni maka macam sebatang kara la. Tak ada pilihan kalau aku lari tidur rumah mak munah pun tak ada orang, baik aku duduk kat rumah mak ayah aku ja. Sekurang kurangnya makhluk berbulu ramai boleh buat teman bergaduh. 

Aku ni memang sejenis lewat tidur. Pukul 12 tengah malam tu kategori malam masih muda.. Asal kau duduk tak buat apa apa. Jadi aku lepak lepak kat ruang tengah (ruang tengok tv) sambil berniat nak tidur kat situ je tak tidur dalam bilik. Tapi malam tu aku rasa macam malam paling sunyi.. Sampai macam tak dengar apa apa bunyi. Tapi aku tak fikir la bukan bukan. Aku cuma rasa kesunyian tu sebab mungkin tak ada sapa kat rumah. Jadi aku baring baring sambil tengok tv. Tetiba aku dengar suara berdehem. Aku tutup volume tv tu.. Nak pastikan aku tak berhalusinasi. Yer suara sama macam mak aku biasa berdehem malam malam kalau tekak dia rasa tak selesa. Masalahnya takkan mak aku berdehem kat terengganu dengar sampai kedah. Argh... Menda ni saitan. Tak logik la nak suruh aku positif pun. 

Time tu aku mula rasa seram dah. Tapi mana aku nak lari. Makcik aku pun ikut rombongan hantar adik aku ke terengganu. Kalau dia ada confirm tengah malam pun aku lari kerumah dia & menyelit tidur celah ketiak dia. Sebab aku memang tinggal dengan mak munah sebelum anak dia kahwin & bawa bini dia tinggal kat situ. Memang tempat tidur aku celah ketiak dia la. Rumah mak munah tu macam rumah aku ja. 

Memang tak ada pilihan lain selain anggap diri aku macam dalam rancangan fear factor sambil berdoa kau jangan nak berdehem lagi saitan. Aku dah takut dah ni. Mujur la tak ada dah bunyi berdehem. Mungkin dia dah dapat strepsils gamaknya tekak dah tak gatal. Tapi bunyi berdehem tu serius bukan ilusi tau. Jelas aku dengar dan ingat sampai sekarang. Sebiji suara mak aku. Saitan betul.. Dia boleh tiru suara mak aku sebiji gitu. Kau memang betul betul saitan la beb! 

Tu salah satu pengalaman seram yang pernah aku lalui. Memang la hangpa baca tak seram sebab cerita tak ada muncul lembaga penapisan filem malaysia ke apa. Cuma sound effect je. Tapi cuba kau yang hadapi situasi tu.. Tidur pakai pampers beb! 

Moral of the story.. Tak semestinya orang suka tengok cerita seram macam aku ni tak akan rasa takut dengan gangguan mistik. Menonton tak sama feel macam menghadapi sendiri. 

Jadi itu je la pembukaan segmen seram serik lekat lekit untuk tahun 2024. Bagi aku masa sikit nak ingat balik kisah kisah seram lain. Kalau ada nanti aku share lagi yer.. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERIMA KASIH FOLLOWERS SETIA SEJAK 2009

1/11/2024 07:15:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Walaupun orang kata zaman blog dah berlalu tapi bagi blogger yang jiwanya suka menulis pasti bukan trend yang di utamakan. Sama macam aku walau lama juga tak aktif di blog bukan bermakna ikut trend. Aku masih suka menulis di blog cuma perjalanan aku seorang blogger penuh cerita, pengalaman dan suka duka. Apa aku lalui buat aku berehat sebentar dari dunia blog bukan kerana blog sudah tidak relevan atau sudah bukan trend tapi apa pernah aku lalui di sebabkan penulisan di blog ni memerlukan aku mencari kekuatan dan semangat untuk kembali menulis. 

Sempat juga buka komen komen yang belum Approve untuk paparan di blog.. Terharu rupanya masih ada followers sejak awal aku berblog yang masih mengikuti blog aku sehingga kini walaupun tak aktif agak lama. Ya Allah rasa bersemangat proton waja nak menulis balik agar penulisan ni terus menjadi proton persona buat followers setia. Dah proton pulak terlibat.. Tiber...!!! 



Sekarang ni tengah cari momentum balik nak menulis blog. Bukan mudah. Menulis di blog tak sama hangpa dok up posting kat social media lain macam fb, X threat bagai tu. Tulis blog ni macam kau buat karangan juga nak kena ada mukadimah, pengisian cerita dan penamat. Tak kisah penulisan hangpa tak formal atau formal tapi dia punya format menulis tu sama je. Takkan kau nak menulis macam rojak dalam satu entri macam kau bersembang di facebok. Dan takkan kau nak menulis hanya 1 perenggan dengan tak sampai 50 patah perkataan. Baik tutup je blog kalau camtu. 

Lagipun sekarang pc aku pun rosak.. Hanya yang ada phone murahan dan buka blog terpaksa guna mobile views. Memang tak ada jiwa sangat la nak menulis di skrin kecil. Tunggu mak hangpa dapat laptop sebiji dulu yer.. Hari hari aku update blog sampai hangpa muntah darah.  Jangan pulak hangpa pi upah hacker lepas ni. 

Walaupun aku tahu.. Dah tak ramai rakan rakan blogger bersama aku tapi aku menulis bukan kerana sesiapa. Tak kisahlah.. Sesiapa rasa sudi clik & baca, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun aku anggap aku menulis hanya untuk kepuasan sendiri. Mungkin yang baik & membawa manafaat boleh di jadikan panduan buat orang lain. 

Betapa waktu dah berlalu kan.. Zaman kegemilangan blog dulu ramai masih muda remaja sekarang ramai dah berkeluarga. Ada yang dah pergi.. Allahyarham blogger relevan sokmo antara blogger yang sudah pulang kepangkuan Ilahi. Antara rakan blogger yang baik bagi aku. Antara rakan blogger yang juga turut membantu waktu aku dalam kesusahan dulu. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang orang yang beriman. 

Apapun.. Terima kasih pada yang masih menyokong blog lekatlekit sehingga hari ini. Anda adalah sebahagian dari orang orang yang terus memberi saya semangat & inspirasi. 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERHOBI DENGAN PIXEL 3XL

1/11/2024 05:42:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

 Assalammualaikum.. Sudah 2024. Tapi masih wujud blog lekatlekit ni walau semakin sepi tanpa cerita. Semakin suram tanpa kata. Kesian pulak.. Dulu dialah yang memberi daku kebahagiaan. Rasa seronok menulis sampai naik court gitu. Pengalaman paling berharga sebagai seorang blogger. 

Sayangnya aku pada blog apa yang melekat lekit hari ni.. Setiap tahun aku tetap renew domain. Sebab masih ada niat nak menulis disini macam dulu dulu. Insya Allah doakan 2024 blog lekatlekit kembali meriah dengan pelbagai cerita dan aktiviti. Walaupun aku tak pasti masih ada kah rakan rakan blogger sudi menjenguk di sini. Tak kisahlah.. Yang penting blog ni masih wujud. 

Sebenarnya aku cerita hobi aku sekarang. Semenjak memiliki google pixel 3xl original used item beli kat shopee.. Semakin menjadi jadi la hobi aku dok tembak gambar. Tapi di sebabkan aku kurang aktiviti di luar banyak gambar dari luar tingkap rumah aku je. Kebetulan banyak pulak cik pati (merpati) suka menyinggah membawang tepi tingkap rumah aku atau dok buat lima de tepi tingkap rumah aku apa lagi depa semua di paksa tanpa rela jadi model aku. Actually aku mula terjebak dok snap gambar depa ni sebelum memiliki pixel lagi. Lepas dapat pixel semakin menjadi jadi la dok ambil gambar kan. 

So sebagai mukadimah untuk blog lekatlekit sempena 2024 jom aku share beberapa gambar hasil bidikan dari pixel 3xl. 



























0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com