PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

1/20/2024 09:05:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

 PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. Hari ni macam ternampak nampak posting blogger Diana rashid tentang isu basuh ke tidak pad (tuala wanita) yang ada kesan darah kotor (haid). Ada yang bersetuju dengan kak diana dan ada yang tidak. Macam biasa la masing masing dengan pendapat mereka. Aku pun tak terkecuali juga bagi pendapat kat posting kak diana tu. Topik menarik jadi apa salahnya kita into the scene.


Ada yang setuju dengan kak diana tak perlu basuh sebab memang tuala wanita di ciptakan untuk pakai dan buang. Basuh akan menyebabkan tandas atau bilik air yang di gunakan membasuh tu menjadi tidak bersih. Ada yang kata perlu basuh untuk elakkan perkara perkara tak d ingini seperti sihir. Macam dalan filen siccin tu. Kedua dua pendapat tu aku terima la. Boleh pakai juga tapi dari segi hukum macam mana pula? 

Jadi aku portal rasmi mufti wilayah persekutuan untuk mencari jawapan. Jadi aku screenshot yang penting saja. Untuk jawapan penuh hangpa boleh baca di sini 👉 https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2413-al-kafi-743-hukum-membasuh-tuala-wanita-sebelum-dibuang


Tu dari sudut hukum agama. Dari sudut kesihatan pula apa yang aku baca boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada orang lain kita tertinggal sisa sisa kotoran dari pad yang kita basuh tu. Jadi kalau nak basuh pastikan selepas tu basuh la tempat seperti tandas yang anda gunakan untuk mencuci tuala wanita tadi sehingga bersih kembali. Kalau kat rumah tu mungkin tak ada masalah jika guna tandas awam mungkin tidak sesuai untuk kita pratikan membasuh terlebih dahulu tuala wanura sebelum di buang. 

Jadi tak perlu nak gaduh gaduh isu ni. Pada pandangan aku nak buat tak salah. Rajin buat la tapi kalau orang tak nak buat jangan pula kita pandang macam satu kesalahan dan dosa. Cuma buang cara baik supaya benda tu tidak bersepah dan mengotorkan kawasan tempat kita buang. 

Moral of the story.. Pad yang ada kesan darah kotor tu aib kita jadi pastikan orang lain tak nampak walau setelah di buang tak kira hangpa nak cuci dulu atau tak. Pandai pandai fikir cara terbaik untuk buang supaya tidak aib tidak terbuka. Aib terbuka lagi bahaya dari hijab terbuka ok. 

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Saya follow sini.

    ReplyDelete
  2. Semalam tetiba hot pulak isu nie dekat medsos..pendpt linda sendri, mmg linda basuh lah.. Sebab kita takde tempat khas utk sanitary pad nie.. Semua pun kita masuk dalam tong sampah domestik.. Jadinya, elok lah basub dulu, lepas tu balut ngan surat khabar ke.. Kertas tisu ke.. Dah siap tu pulak.. Cek lah bilik air yg kita guna tu.. Jangan tertgal sisa2 darah ke apa.. Mmg peel linda mcm tu, lepas guna tandas.. Msti cek dulu.. Kalau2 ad tertgal sisa najis ke apa.. Kadang2 ad masuk tandas awam, nmpk titisan2 air kencing.. Konpiuss pulak kita nie, diorg membuang mcm mana...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com