ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH RM2 PEMBERIAN MURID

ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH PEMBERIAN MURID. Semalam terbaca satu tangkap layar yang di viralkan tentang pengakuan seorang isteri kepada seorang guru yang katanya akan buang hadiah berharga RM2 yang bagi dia tidak bermanafaat sebab terlampau banyak mencetuskan kontroversi juga la di media sosial. Perkara ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah ibu bapa yang mungkin hanya dapat sediakan hadiah yang di beli dari kedai ECO saja. 

Aku memang tak menyokong menormalisasi pemberian hadiah untuk sambutan hari guru tapi aku tak ada masalah pun kalau ibu bapa lain nak bagi hadiah pada cikgu anak anak mereka. Cuma bila tercetusnya isu macam ni, sedikit sebanyak dah jadi satu persepsi yang tidak baik pada cikgu. Memang aku tengok fenomena sekarang berlumba lumba ibu bapa & murid nak sama sama bagi hadiah pada cikgu. Sampai ada yang menjadi beban pada mak ayah yang tak mampu. Budak budak macam dah tanam dalam fikiran mereka.. Hari guru kena bagi hadiah. Bukan salah mereka tapi perkara ni sebenarnya kita orang dewasa yang buat mereka  rasa benda tu wajib buat. Tak buat akan jatuhkan air muka kau di hadapan rakan rakan lain. Tapi ada juga guru yang bagi aku matang & berperikemanusiaan yang awal awal melarang murid dia dari bagi hadiah sebab dia tahu perkara ni akan buat yang tidak berkemampuan rasa rendah diri & malu seterusnya pilih untuk tidak hadir ke sekolah meraikan hari guru.

Aku memang tak normalisasi pemberian hadiah pada guru guru anak aku. Tapi aku ajar dia pergi sekolah & raikan hari guru. Tu cara kita menghargai dan menyambut sesuatu keraian. Hadiah bukan keutamaan. Biar dia duduk dalam kelompok yang tak bagi hadiah. Cuma aku akan bagi berbentuk sumbangan tunai untuk aktiviti sekolah & pembelajaran. Ada rezeki lebih bagi lebih. Suami aku amalkan macam tu. Sebab anak aku belajar di kelas ppki dimana dana untuk ppki ni sentiasa tak mencukupi. prasarana untuk pelajar ppki ni aku rasa basic sangat. Kelas pun tak banyak.. Guru pun tak ramai. Kelas pun bercampur tak ikut tahap kemampuan seoarang murid. PPKI ni sedia maklum untuk pelajar yang berstatus OKU. OKU pulak pelbagai. Ada yang dislesia, autisme, adhd, sindrom down, masalah pembelajaran, slow leaner etc.. Tahap kemampuan mereka ni semua berbeza tapi di sebabkan sekolah bantuan kerajaan ni bukan cukup dana sangat. Cikgu pun tak ramai jadi nak asingkan ikut tahap intelectual pelajar memang tak boleh. Jadi berkumpul la mereka dalam satu kelas. Sebab tu aku lebih utamakan pemberian sumbangan untuk aktiviti sekolah bagi tujuan pembelajaran dari hadiah hadiah ni.

Isu buang hadiah murah & rasa tak bermanafaat ni bagi aku satu tindakan yang agak keterlaluan. Dah kau buang kau bagitau pulak kat media sosial. Tak semua benda kita perlu cerita lebih lebih lagi akan mencetuskan kontroversi & perbalahan. Kau rasa nak buat.. itu hak kau. Tapi pendedahan ni juga sebenarnya untuk membuka mata para ibu bapa jangan terlalu try hard nak sediakan hadiah walau tak mampu atau belajar untuk bagi hadiah yang lebih bermanafaat. Contoh pen, whiteboard marker, kertas A4 atau makanan yang kita tahu boleh di manafaat untuk sambutan hari guru. Sebab kita tak mampu nak bagi hadiah habib jewels macam seorang bapa yang viral hadiahkan guru guru anak dia barang kemas habib tu. Hadiah yang dah tentu takkan ke tong sampah. Kita sendiri pun tak pernah beli barang habib kan. Jadi.. setakat hadiah frame gambar kedai eco, atau barang perhiasan atas meja ni kebanyakan mungkin tidak di gunakan agak tinggi. Kalau terlalu banyak dia akan jadi bersepah dan makan ruang untuk simpan. Akhirnya ke tong sampah. Kalau yang ada otak sikit mungkin dia sedekahkan kat orang lain.

Bagi hadiah tak salah cuma itulah.. bila menjadi budaya kanak kanak akan faham sebaliknya. Mereka tak faham perkara tu tidak semestinya kena buat walau boleh buat tapi bila di normalisasi kanak kanak akan faham wajib buat. Nak asuh balik pemikiran mereka tu mungkin ambil masa. Mungkin selepas ni sambutan hari guru kita boleh sama sama tolong fikirkan kaedah sambutan yang lebih baik di mana semua murid boleh datang meraikan tanpa ada rasa rendah diri atau malu. Nanti cakap pihak sekolah kena fikirkan cara ada pula kata semua beban letak atas bahu guru. Jadi kita boleh turut sama sama tolong fikir, hulurkan tangan dan ringankan beban.

Sebab isu ni aku share kat facebook aku di label bodoh, miskin & papa kedana oleh seorang guru sebab katanya aku ajak orang jangan bagi hadiah pada hari guru. Mungkin dia rasa puas hati boleh maki macam tu.. lantak dia la kan. Tapi aku berdoa dia takkan jadi cikgu anak aku. Kita tak tahu bumi ni bulat pusing pusing tiba tiba dia mengajar anak aku pulak akan datang. siapa tahu. Risau juga hari guru anak aku tak bawa hadiah dia kata bodoh, miskin dan papa kedana pulak.


APA AKU BUAT SEKARANG NI?

 APA AKU BUAT SEKARANG NI? Jarang jarang aku nak update kehidupan aku sekarang di blog. Malah blog ni makin sendu dengan cerita. Tak sama macam zaman kegemilangannya dulu. Meriah dengan entri entri baru setiap hari. Orang kata blog dah tak relevan sekarang tapi jiwa seorang blogger masih ada di hati aku. Aku masih nak blog nio terus hidup dan aku masih mencari masa untuk aktif semula menulis di sini. Relevan atau tak itu cuma persepsi orang tapi bagi aku masih relevan untuk aku menulis sebab aku suka.

Mungkin dulu blog ni jadi salah satu punca pendapatan sampingan aku selepas aku pilih untuk jadi surirumah sepenuh masa bermula dari tahun 2011 sehingga sekarang. Tapi sekarang memang dah tak ada sebarang tawaran kolabrasi dengan mana mana pihak yang melibatkan blog tapi tak bermakna rezeki aku terus terputus kat situ je. Di sebabkan aku aktif di media sosial (Facebook) jadi aku sekarang banyak buat affiliate. Setakat ni dengan shopee & lazada. Banyak kali juga dapat tawaran kolabrasi dengan lazada & shopee untuk kempen kempen tertentu selain menjana pendapatan dari perkongsian barang barang yang di jual di platform tersebut. Jadi tak perlu risau. Rezeki ni semua dari Allah. Tertutup satu pintu rezeki.. Mungkin di buka dua tiga pintu rezeki yang lain. Selagi kita berusaha, Insya Allah.. Allah tak pernah lupa memberi. 

Kehidupan aku masih macam biasa.. Masih seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak (perempuan & lelaki). Sebenarnya tak ada apa menarik sangat. Aku jalani kehidupan macam biasa. Kehidupan aku masih sederhana tapi Alhamdulillah sentiasa cukup keperluan kami sekeluarga. 

Sebenarnya aku masih mencari rentak baru untuk blog ni. Aku sendiri tak tahu nak aktifkan balik dengan cerita apa. Kalau dulu cerita cerita seram aku rasa macam dah tak berapa best sebab ramai yang buat review filem. Tapi aku masih die hard fans filem seram sampai sekarang. Cuma zaman kumpul dvd cerita seram dah tak ada. Sebab susah dah nak cari koleksi dvd ni. Masa aku masih kumpul pun dah tak banyak yang ada bila teknologi digital dah ambil alih. Walaupun seronok kumpul dvd ni.. Benda yang kita boleh nampak secara fizikal depan mata. Pun macam tu koleksi koleksi dvd aku masih di jaga baik sampai sekarang. Semua original aku beli. Anak anak aku pun tak boleh main. Benda tu nanti di masa akan datang jadi sesuatu yang sangat berharga tau!

Jadi sekarang aku nak tengok apa yang boleh aku jadikan tema untuk penulisan di blog aku nanti. Sayanglah kalau tak di gunakan.. domain masih di bayar setiap tahun dan harga domain pun makin naik. Nak lepaskan sayang.. 

Pada yang masih letak link blog aku di bloglist hangpa.. terima kasih dan pada yang masih setia follow blog lekatlekit ni pun terima kasih. Semoga blog ni kembali di hiasi dengan cerita cerita lebih bermanafaat dan menghiburkan pembaca.



SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK

SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK. Pepagi jumaat terbaca orang dok viral kat facebook satu posting yang mempertikaikan konon saudara kandung dia mewahkan anak isteri dengan pakaikan emas tapi adik beradik tak pula di mewahkan macam tu. Kita orang perempuan sebagai isteri ni baca rasa berbunyi cengkerik (krik krik krik) pula. Dah kenapa kau? Dah anak bini dia.. Di mana salahnya dia nak mewahkan? kenapa pula dia nak kena mewahkan kau walaupun kau adik beradik kandung dia?


Habis tu takkan dia mewahkan anak beranak kau pulak?Mestilah di mewahkan anak bini dia.

Bila dah dewasa, masing masing dah ada keluarga dan kehidupan sendiri sudah semestinya keutamaan di beri kepada anak isteri bukan lagi adik beradik. Adik beradik ni bukan la kita kata lepas kahwin kena buang.. Tak! Tetap silaturrahim tu kena jaga. Yang susah kena bantu cuma tak ada kewajiban pun saudara kandung kita kena bagi semua kemewahan dia pada kita. Melainkan adik beradik kau tu kaya macam chef wan. Boleh angkut kakak kakak dia pergi shopping kat kedai emas gelang besar besar & mahal mahal. Lagipun chef wan tu duda. Bekas bini dia dulu pun dia sara sampai akhir hayat. Duit dia melimpah ruah. Boleh la dia buat macam tu. Kalau adik kau ni setakat setahun sekali dapat bonus belikan anak bini rantai gelang emas mana mampunya dia nak mewahkan adik beradik dia yang lain. Masing masing dah besar panjang pandai pandai la cari sendiri. Takkan la nak beli gelang emas pun minta kat abang & adik lelaki yang dah ada keluarga sendiri. Lain la beras kat rumah kau tak ada.. Duit pun tak ada nak minta tolong adik beradik yang tu munasabah juga la.

Seorang lelaki bila dah berkahwin keutamaan adalah anak dan isteri tapi bukan la sampai tak perlu ambil tahu atau tolong keluarga dia kalau ada yang susah cuma kena faham dalam apapun perkara perlu di utamakan nafkah anak dan bini dulu. Dalam turutan nafkah pun Isteri dan anak lebih utama berbanding ibu dan ayahnya tapi bukan lah Islam tu kejam sehingga membenarkan pengabaian terhadap ibu bapa. Ramai yang tak faham perkara ni terutama bab turutan nafkah. Bagi mereka ibu tetap perlu di beri keutamaan berbanding orang lain. Sebab ibu yang melahirkan dan membesarkan katanya.Contoh Senang faham macam ni beb.. Mak kau tu pun isteri orang. Kalau ikut pendapat kau ibu tetap di beri keutamaan dalam semua perkara jadi bapak kau bagi keutamaan pada mak dia (iatu nenek sebelah bapa kau) mak kau ni kalau ada lebih dan kau adik beradik pun sama dia bagi kalau ada baki dari selepas bagi nenek kau semua baru dia bagi kat mak & hangpa sebagai anak. Apa perasaan hangpa? Contoh ikan seekor.. dia bagi nenek kau makan dulu.. Saki baki tu kalau ada baru dia bagi kat mak & kau adik beradik. Kalau ada.. Kalau tak ada, berpuasa la hangpa sehingga ada lebihan dari nenek kau. Jadi macam mana? Tak ke ada yang teraniaya. Sedangkan nenek kau atuk kau masih mampu bagi makan pakai. Sebab tu Islam tu dah bagi hukum yang cukup cantik. Mentaati ibu bapa tu wajib tapi nafkah pada isteri dan anak tu pun wajib juga.

Kenapa nafkah keutamaan di beri kepada isteri dan anak anak dulu. Mak kita ada suami jadi suami dia kena tanggung nafkah dia. Sistem memang dah baik. Bapak kau nafkahkan mak kau.. kau nafkah anak isteri kau. Kalau bapak kau dah tak mampu, hangpa adik beradik boleh ja sama sama bantu tapi selepas anak dan isteri. Kalau semua keutamaan di beri pada si ibu maka percayalah ramai isteri dan anak anak akan teraniaya. Islam suruh taat pada ibu bapa bukan sehingga mengabaikan anak isteri. 

Percayalah kalau termasuk ke dalam keluarga jenis macam ni memang macam selangkah ke satu episod kehidupan yang menyakitkan bagi seorang wanita bergelar isteri. Serba tak kena jadinya. Semua salah di mata ipar duai. Sebab tu lelaki kalau nak kahwin pastikan sekurang kurangnya kau ada sebuah rumah kalau tak mampu beli, sewa untuk kau mulakan hidup dengan isteri kau. Selagi tiada keperluan mendesak, jangan bawa isteri tinggal dengan mak ayah terutama yang ada adik beradik lain masih tinggal bersama. Kebanyakan akan jadi masalah. Bukan kata semua pasti bermasalah tapi kebanyakan. Mula mula baik lama lama jadi  tahi bak kata orang tua tua. 

Aku ni tak ada pengalaman tinggal dengan keluarga sendiri atau mertua selepas kahwin. Aku memang tinggal sendiri. Masalah dengan ipar duai pun tak ada sangat sebab suami aku dua adik beradik je. Adik dia pun lelaki juga. Biasa lelaki ni dia tak banyak masalah. Yang selalu bermasalah kebanyakan ipar perempuan. Tapi adik beradik aku semua perempuan cuma tak ada masalah apa apa sangat dengan suami aku. Biasa lelaki dengan keluarga mertua tak ada masalah sangat kecuali malas kerja atau yang jenis bermasalah la. 

Bila adik beradik dah berkahwin tak semua perkara kita boleh masuk campur dan mempertikaikan. Walaupun kita seibu dan sebapa dengan dia. Tak semestinya kita berhak keatas dia sepenuhnya selepas dia berkahwin. Ramai yang berkahwin dari tiada apa apa dan mengumpul kesenangan atau keselesaan hidup tu bersama pasangan masing masing. Jadi tiada sebab adik beradik nak cemburu jika dia nak bagi kemewahan kepada pasangannya. Sememangnya pasangan dia berhak.


MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK

MINYAK RAMBUT YANG TIDAK MENINGGALKAN KESAN BERMINYAK. Rambut di umpamakan sebagai mahkota wanita jadi menjaga kesihatan dan kecantikan rambut juga perlu walaupun wanita muslim yang berhijab. Sebab.. Yelah kalau rambut tak sihat akan memberi kesan juga kepada masalah di kulit kepala. Jadi gatal dan sebagainya selain rambut yang tidak sihat mungkin menyebabkan kusut, mudah gugur dan sebagainya. Di pendekan mukadimah.. Kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan rambut ini adalah satu keperluan.

Kenapa tiba tiba je aku nak bagitau kepentingan jaga kesihatan & kecantikan rambut ni? rambut aku cantik sangat ke? Tidaklah tijah OOi.. Kalau mandi tu bersepah juga kena kutip. Bagaikan dedaun kekeringan dahan nan kerapuhan rambut rambut ku gugur cuma masih terkawal sahaja. Tak ada la gugur sampai nampak kulit kepala. Tapi cuma aku nak berkongsi la dengan hangpa satu produk penjagaan rambut juga yang aku guna dan aku rasa bagus juga untuk orang lain tahu. Mungkin ada yang tercari cari produk rambut lain.. Yelah sekarang fasa memboikot produk produk yang menyokong YisRahell ni kan. Mungkin dengan review ni hangpa boleh mencuba produk ni.

Baru baru ni aku mencuba satu produk dari rangkaian Safi Shayla. Yang ni bukan Safi Shayla bayar aku yer untuk review. Faham.. Ramai blogger asal review produk mesti review berbayar lepas tu hangpa malas nak percaya la dengan review tu. Aku walaupun berbayar sekalipun Insya Allah aku tak nak guna konsep manipulasi. Dengan ayat baru baru ni saya beli padahal dia dapat free sampel untuk review. Tapi yang ni aku beli yer kat shopee. Sebab sebelum ni aku guna minyak zaitun dari produk safi. Minyak zaitun biasa tu la.. untuk rambut anak perempuan aku yang panjang mengurai. Memang bagus minyak zaitun tu.. Rambut jadi lembut dan mudah terurus. Memandangkan anak dara pun dah makin besar jadi aku bertukar kepada minyak rambut yang ada advance ingredient sikit. Makin besar keperluan dia pun makin berubah di samping aku pun guna untuk rambut aku sebab aku dah malas nak beli serum rambut.

Jadi aku guna hampir selama 3 minggu juga la.. Untuk pandangan pertama menggunakan Safi Shayla hijab hair care ni.. testur dia kalau kita pegang rasa berminyak macam minyak rambut tapi bila kita sapu kerambut dia macam meresap kedalam rambut dan kesan berminyak tu tak ada pada rambut cuma rambut akan jadi lembut dan licin. Mudah di sikat. Rambut tak jadi kering. Rambut tu akan kelihatan bersinar macam tu. Yang penting bau dia wangi dan bila kita bertudung pun buka rambut tau bau kepam atau masam. Selepas 3 minggu pakai rasa kulit kepala tak gatal mungkin sebab kulit kepala dah dapat kelembapan secukupnya. Tidak berkelemumur tapi yang ni dengan penggunaan syampu juga la. Kau setakat dok sapu minyak rambut tapi rambut tak syampu lepas tu nak harap kulit kepala bersih sila meninggal la. Memang sukar untuk berlaku. Rambut tetap kena syampu macam biasa. Syampu tu suka hati hangpa la nak pakai yang mana ikut kesesuaian dan masalah kepala hangpa la. Untuk masalah rambut gugur pun nampak kurang sikit. Rambut lebih kuat. Insya Allah dengan penggunaan berterusan dapat menjimatkan jumlah rambut gugur setiap hari.

Safi shayla hijab hair care ni pun ada beberapa variasi. yang aku guna label pink dimana kandungan dia adalah minyak zaitun & multivitamin. Ada dua lagi variasi lain dengan haruman yang berbeza iatu label kuning dan biru.Untuk minyak rambut Safi shayla ni memang berfungsi selain menjadikan rambut lembut, licin dan mudah di urus/sikat ia juga mempunyai fungsi anti kelemumur dan kawalan keguguran rambut jadi tak pelik la bila penggunaan secara berteruskan mampu mengawal semua masalah tersebut.

Malas nak walk in boleh dapatkan di sini https://shope.ee/6pcpAhUgwP

Sejak aku pakai Safi shayla ni aku dah malas nak pakai conditioner sebelum ni pun aku malas juga. Tapi bila rasa rambut macam kejung aku guna juga la. Tapi sekarang bertambah malas bila rambut aku dah tak kejung kejung lagi. Lembut & nampak lembab je sentiasa tapi kalau pegang tak berminyak itu yang paling penting. Sebab minyak rambut yang nampak berminyak sangat ni percayalah rasa tak selesa tau pakai. Lambat cuci mula la rambut bau kepam kepom bagai. Safi shayla ni bagi aku dah ok sangat apa kepam pun tak bau. 

Kalau hangpa rasa nak cuba boleh cuba. Harga tidak la sekayangan mana. Harga biasa biasa sahaja. Untuk 100ml harga RM10-RM11 gitu saja. Boleh cari kat mana mana sahaja. online ke walk in ke suka hati hangpa la. 

Panjang panjang pun hangpa bukan rajin baca sangat kan.. Orang sekarang kalau ada gadget boleh sedut bacaan terus ke otak dia tanpa perlu dia membaca setiap patah perkataan rasanya depa sanggup beli. Semua nak mudah jer. Jadi cukuplah setakat review ringkas macam ni untuk menjadi panduan sekiranya hangpa nak cari produk rambut. 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com